Home Novel Cinta SEINDAH HADIRNYA CINTA
SEINDAH HADIRNYA CINTA
AYUMA UMAIRAH
13/2/2017 15:43:32
18,873
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

Bab 22

Sarah menyandar di pintu kereta, darijauh mereka dapat melihat kapal terbang. Dia memandang langit yang agakmendung, memang nasibnya baik hari ini, suasana mendung membuatkan hatinya legauntuk berdiri di situ. Kalau hari-hari biasa mungkin saat ini matahari sudahterpacak di atas kepala.

Sepatutnya dia kerestoran tadi, dia sudah berjanji dengan Syawal untuk mengambil barang-barangyang dibeli oleh sepupunya itu untuk keperluan hari raya esok. Dia sudahberjanji dengan adiknya untuk memasak rendang, walaupun tidak berapa mahir tetapidia sudah siap menyalin resepi daripada ibunya semasa ibunya menelefon beberapahari yang lepas.

Khaliesya yang berdiridi sisinya sambil memeluk patungnya itu direnung, sungguh asyik memerhati,walaupun hanya dari jauh tetapisi comel itu sudah berpuashati.

            Fikirannyamula teringatkan Ishraf, perlu ke dia mendekati lelaki itu sedangkan dia tahuIshraf bukannya Khalil Imran, perlukah dia mendekati lelaki itu untukmengetahui tentang Khalil Imran.

            “Mama,yang tu nak pergi mana?” Khaliesya mengangkat tangannya lalu diarahkan ke arahkapal terbang yang sedang bergerak di landasan, mengambil tempat untukberlepas, bersiap sedia untuk terbang ke udara.

            Sarahkembali ke alam nyata, bayangan Ishraf mula lenyap.

            “Yangtu nak terbang la.” Sarah menjawab dengan senyuman.

            “Kenapadia pergi dekat sana?” Khaliesya menyoal lagi.

            “Ialah,kena pergi sana dulu, baru boleh terbang.” Sarah menjawab sambil tersenyum,ada-ada sahaja soalannya. Matanya juga tidak terlepas dari melihat kapalterbang Air Asia yang sedang bergerak dilandasan.

            “Mama,dia dah terbang la, dia nak pergi mana, dia nak balik rumah dia ke?”

            Sarahhanya mengiakan sahaja, melayan segala soalan Khaliesya. Soalan yang samaditanya apabila dia membawa Khaliesya ke sini.

            Tudungnyayang ditiup angin dibetulkan, mungkin kejap lagi hujan akan turun, dia mulamembuat andaian.

            “Mama,dah jauh dah tu dia terbang, bila dia nak balik sini lagi?” Khaliesya membawatangannya ke langit biru, mengikut gerak kapal terbang yang semakin hilang.

            “Nantidia balik la semula.” Sarah senyum lagi. Dia juga turut memandang langit.Fikirannya mula melayang jauh, segala persoalan mula bermain diminda. Khalil?Ishraf? Siapa kau sebenarnya.

 

Ishraf meminta pemandu teksi yangdinaikinya berhenti di bahu jalan, ada sesuatu yang menarik perhatiannya disitu. Tanpa banyak bertanya, pemandu teksi itu mula memberi isyarat untukberhenti,teksi yang semakin perlahan mula keluar dari garisan putih jalan rayalalu diberhentikan. Ishraf menoleh ke belakang, matanya memerhati wanita yangsedang berdiri bersama anaknya, dia mula berbelah bahagi mahu keluar ataumeneruskan sahaja perjalanannya. Tetapi kalau dia tidak mahu keluar buat apadia menyuruh pemandu teksi itu berhenti.

Tetapi apa salahnya,dia hanya ingin menegur si comel itu, dari jauh dia dapat melihat si comel yangteruja sambil tangannya terarah ke langit biru.

            “Pakcik boleh tunggu sekejap?” Ishraf bertanya sopan.

“Boleh, takde masalah.”

Pintu mula dibuka, kakimula melangkah, si comel mula dihampiri.

            “Hai.”Senyuman manis dipamerkan.

            Sarahmenoleh, teguran itu mengejutkannya yang dari tadi asyik berfikir. Dia telanliur, wajah yang tadi bermain difikirannya kini muncul didepan matanya. Tetapidia buat apa dekat sini, lelaki yang berbaju t-shirt hitam itu direnung denganpertanyaan yang berlegar dimindanya.

            “Haiuncle.” Khaliesya menjawab teruja,muka lelaki di depannya dipandang lama.

            “HaiKhaliesya, best ke dapat tengok kapalterbang?” Ishraf berdiri di sebelah Khaliesya. Nampaknya kehadirannya tidakdisenangi oleh wanita itu, ditegur pun tidak dijawab.

            “Best, tengok tu, yang tu pun nak terbangjuga la, yang tu nak pergi mana pula?” Kini soalan diutarakan kepada Ishrafpula. Hanya sekali berjumpa tetapi seakan sudah lama kenal.

            “Yangtu, dia nak pergi mana ek? Ishraf menjawab dengan soalan, dia pun tidak tahu,tidak pula dia melihat jadual penerbangan untuk hari ini.

            “Dianak balik rumah juga ke?” Khaliesya masih tidak berpuas hati.

            “Yalahkut, dia nak balik rumah.” Ishraf ketawa kecil, soalan dari mulut petah sikecil kedengaran lucu di telinganya.

            Merekaberdua khusyuk memerhati, kapal terbang yang sudah bersedia untuk menjejak awandiamati dari jauh. Itu juga sebahagian daripada hobinya, memerhati gerak-gerikapal terbang semasa ingin berlepas dan mendarat.

            Sarahjuga dari tadi memerhati, matanya tidak berganjak daripada wajah itu sambilotaknya membuat kesimpulan tentang kesamaan wajah Ishraf dan Khalil. Ya, daritepi nampak sama dengan gambar yang ada didalam album itu, mereka berdua memangada iras, mungkin adik-beradik.

            Ishrafmenoleh ke sisi, mata mereka bertentangan buat seketika sebelum Sarahmengalihkan matanya ke arah lain. Sarah mula kalut, alamak, dia perasan ke akutengok dia dari tadi. Aduh, mesti dia ingat aku syok dekat dia.

            Sarahtelan liur, nak berbual tetapi lidahnya kelu, lagipun nak bercerita tentangapa, mereka pun bukan kenal.

            Ishrafmemandang ke depan semula, dia mula pelik, kenapa wanita itu merenungnyabegitu. Renungan yang sama semasa pertama kali mereka berjumpa, renungan yangsukar untuk ditafsirkan.

            Ataupunmungkin betul apa yang dikatakan oleh Yusof hari itu, Sarah curi-curimemandangnya kerana dia sukakan aku. Biar betul, mudahnya sukakan seseorangtanpa mengenali hati budi.

            Tetapipandangan itu bukan pandangan menggoda, dan bukan juga pandangan untukmeluahkan isi hati. Pandangan itu agak misteri baginya, seolah-olah ingin mengatakansesuatu tetapi tidak terluah.

            “Mama,semua dah pergi.” Khaliesya memandang Sarah, landasan kapal terbang yang sudahkosong tidak lagi dapat menarik minatnya.

“Jom balik mama, Esyapenat la.” Khaliesya bersuara lagi.

            “Okay, jom.” Sarah mula ingin membukalangkah, dia sudah tidak betah untuk berdiri di situ lagi, lidahnya kelu,hatinya tidak tenteram, otaknya mula menyusun segala ayat yang perlu ditanyakepada Ishraf tetapi satu pun tidak dapat diperkatakan.

            “Bye uncle, nanti kita tengok kapalterbang sama-sama lagi ek, Esya tunggu uncle.”Khaliesya bersuara manja.

            “Okay, bila?” Kini Ishraf pula yangteruja.

            Khaliesyamemandang Sarah, menghantar pertanyaan melalui pandangan matanya.

            “Esokpetang uncle akan datang sini lagi,kalau Esya nak tengok kapal terbang dengan uncleEsya datanglah dengan mama.” Ishraf menjawab bila Sarah hanya diam.

            “Okay, boleh kan mama?” Khaliesya ceriamemandang Sarah.

            Sarahmasih tidak memberi jawapan, esok kan Hari Raya Haji, takut nanti dia tiadamasa untuk membawa Khaliesya, kalau dia sudah berjanji pasti dituntutKhaliesya, dia juga yang susah nanti.

            “Mamatak janji, tapi kalau sempat kita datang sini.” Sarah menjawab sambil berkira-kiradiminda, mungkin sempat dia membawa Khaliesya ke sini.

            “Okay, pukul 6.15 uncle tunggu Esya dekat sini.” Tangannya mula membelai rambutKhaliesya yang dibiarkan lepas ditiup angin.

            “Okay uncle.” Khaliesya makin teruja.

            “Sayabalik dulu.” Sarah mencapai tangan kiri Khaliesya, pandangannya ditundukkan.

Khaliesya  melambai mesra ke arah Ishraf. Dia mula masukke dalam kereta.

            Ishrafturut melambai, dia bergerak ke belakang sedikit, memberi laluan kepada keretaitu untuk berlalu.

            Sarahmenarik nafas lega, tanpa berlengah dia terus berlalu. Lelaki itu selalu munculdisaat dia tidak bersedia untuk bertanyakan soalan yang sering bermaindimindanya. Tetapi sepatutnya aku gunakan saat itu tadi untuk mengenali lelakiitu, sekurang-kurangnya aku tahu apa hubungannya dengan Khalil Imran. Aduh,kenapalah aku tak berbual je tadi, takpe, esok masih ada. Sarah senyum sendiri.

            Ishrafkembali semula mendapatkan teksi yang sedia menunggunya, dia masuk danmengarahkan pemandu teksi itu untuk meneruskan perjalanan. Dia ke sini tanpapengetahuan mamanya, hanya papanya yang tahu, itupun kerana semasa dia hendakkeluar rumah pagi tadi papanya baru sahaja pulang dari masjid, menunaikan solatSubuh secara berjemaah.

            Kepadapapanya dia memberitahu ke mana hala tujunya. Tangan lelaki itu disalamisebelum dia pergi. Dia tahu mamanya mengamuk kerana dia tidak hadir ke majlisitu semalam, dia masih belum tidur disaat mamanya pulang, dia dengar denganjelas kemarahan mamanya semalam. Derhakakah aku? Sungguh dia tidak minat untukpergi ke majlis sebegitu, dipenuhi dengan wartawan dan orang-orang ternama, diakaku untuk bergaul dengan mereka.

 

“Kau pergi mana? Dari tadi aku tunggukau, kata nak datang pagi, tapi sekarang baru kau muncul.” Syawal menyambutkedatangan Sarah dengan pertanyaan yang panjang. Dari tadi dia menunggu, asyikmenoleh sahaja ke pintu restoran setiap kali ada pelanggan yang masuk, tetapibatang hidung Sarah pun tak nampak.

            “Sorry la, aku ada hal tadi.” Sarah senyumpaksa, sudah lama tidak dengar sepupunya itu membebel panjang.

            “Halapa?”

            “Adalah,mana boleh bagitahu.” Sarah duduk di kerusi, melepaskan penat buat seketika.Perutnya mula terasa lapar apabila melihat roti canai yang dihidangkan kepadapelanggan. Kalau waktu pagi, restorannya menyediakan sarapan seperti nasilemak, roti canai dan kuih-muih. Semua makanan dihantar oleh penduduk di sekitaruntuk dijual, manakala roti canai pula dijual oleh Abang Majid, bayaran sewabulanan akan dibayar kepada restorannya kerana menyediakan tempat untuk membuatroti canai.

            “Syawal,nak roti telur satu.” Sarah memanggil sepupunya yang sudah hilang di sebalikdapur.

            “Cakapla sendiri dekat Abang Majid dekat depan, macam tak biasa.”

            Sarahbangun malas. “Esya nak apa?”

            “Rotikosong.” Khaliesya menjawab, masih duduk di kerusi dengan patung diletakkan diatas ribanya.

            AbangMajid dihampiri, senyuman mula diberi.

            “YaSarah, nak makan apa?” Majid senyum manis.

            “Rotitelur satu, roti kosong satu.” Setelah selesai membuat order dia kembali kepada Khaliesya, duduk sambil menunggu rotitelurnya sampai.

            Pagitadi dia sudah makan nasi goreng sebelum keluar, tetapi sekarang dia laparkembali, kalau hari-hari dia datang restoran ni boleh menambahkan berat badan,tak boleh jadi ni.

            “Nahroti telur dan roti kosong.” Syawal muncul dengan pinggan di tangan.

            Sarahtayang muka pelik, tadi bukan dekat dapur ke, bila masa dia keluar, ke aku yangtak perasan.

            “Kenapa?”Syawal duduk di depan Sarah.

            “Takdelah,kau tak penat ke Awal, pagi sampai malam kerja, kehulu ke hilir.” Sarahbersuara sambil menjamah roti telur didepannya.

            “BiasalahSarah, namapun kerja, lagipun bukan aku yang buat semua kerja, aku pergi belibarang je, lepas tu duduk dekat kaunter, malam aku masuk dapur, yang lain semuapekerja lain yang buat.”

            Sarahsenyum, bertuah sungguh ibu dan ayahnya, punyai anak saudara yang bolehdiharap. Dan kalau suatu hari nanti jika ayahnya ingin menyerahkan kedai itukepada Syawal, dia tiada halangan, malah dia akan menyokong.

            “Barang-barangyang kau nak semua aku dah beli, ada dekat dalam peti ais.” Syawal bersuarabila agak lama mendiamkan diri.

            “Okay, berapa ringgit semua?” Roti teluryang hanya tinggal sedikit itu mula dihabiskan.

            “Takpayah la, aku belanja.”

            “Kauni, aku tahu la duit kau banyak tapi tak payah la nak belanja.” Sarah menolakkeras.

            “Bukanbanyak pun.” Syawal juga tidak mahu mengalah.

            “Taknak, aku nak bayar juga.” Pursenyayang diletakkan di atas meja dicapai, note 50 puluh ringgit dikeluarkan.

            “Cukuptak?” Kini duit itu diletakkan di depan Syawal.

            “Takpayah la, aku ikhlas.” Syawal menolak semula duit itu kepada Sarah.

            “Akupun ikhlas, ambil jelah.” Sarah turut menolak.

            “Taknak, aku belanja.” Duit ditolak lagi ke arah Sarah.

            “Ambiljelah.” Kini mereka sama-sama menolak, not lima puluh mula bergerak kehulur danhilir, masing-masing tidak mahu mengalah.

            “Ambil.”Duit itu diletakkan di dalam tangan Syawal. Tetapi Syawal juga tetap berkeras,tangan Sarah ditarik lalu duit itu dipulangkan.

            “Ehem!”

            Merekamenoleh serentak, Sarah menarik tangannya, melepaskan duit lima puluh yangmasing dipegang oleh Syawal.

            “Kauorang buat apa ni?” Jannah menyoal dengan nada sangsi.

            “Tak,akunak bagi duit dekat Syawal tapi dia tak nak ambil, itu yang tadi jadi macamtu.” Sarah cuba mengawal nada suaranya yang agak gugup, takut kalau-kalauJannah salah sangka.

            “O…..”Jannah masih kaku di situ.

            “Dudukla Jannah.” Sarah mempelawa, air milo suamnya dicapai lalu dibawa ke mulut.

            Jannahhanya menurut, kerusi kosong di sebelah Syawal ditarik lalu dia duduk di situ.

            “Nahduit kau, kalau kau nak bayar juga, kau kena masak lauk yang aku beli tu sedap-sedapdan bagi aku rasa, esok pagi aku pergi rumah kau.” Syawal bangun, duit limapuluh ringgit dihulurkan semula kepada Sarah.

            Sarahmula serba-salah, tak kan nak buat lagi adegan tolak menolak duit di depanJannah. Dengan berat hati duit yang dihulurkan itu diambil juga.

            “Akumasuk dapur dulu.” Syawal melangkah pergi.

            “Kaunak beli apa?” Sarah menegur apabila Jannah diam dari tadi.

            “Akudatang cari kau, tadi aku pergi rumah kau, Farah cakap kau ada dekat sini.”Jannah senyum, segala prasangka buruknya cuba dibuang.

            “Yalah,aku datang nak ambil barang-barang dari Syawal, aku kirim masa dia nak pergipasar tadi.”

            Jannahangguk dengan senyuman, hatinya makin tidak keruan. Entahlah, kenapa dia perlufikir yang bukan-bukan.

            “Kautak kerja ke hari ni?” Sarah cuba untuk berbual, biasanya Jannah bukan begitu,orangnya banyak cakap tetapi hari ini lain pula gayanya.

            “Tak,aku ambil cuti.”

            “O….kenapa kau cari aku, mesti ada cerita baru kau nak bagitahu aku kan.” Sarahbersuara lagi.

            Jannahsenyum pahit, dia memang ingin bercerita dengan Sarah, tetapi apabila adegantadi yang menjadi tatapan matanya disaat dia sampai ke situ, semua ceritanyahilang, moodnya berubah mendadak.

            “Takdelah,aku saja je, aku balik dulu la, mak aku suruh beli barang dekat kedai runcitdepan sana.” Jannah bangun dari duduknya.

            “Yake, esok datang rumah aku tau, nanti kita borak panjang.” Sarah masih cubabermesra dengan kawan baiknya itu.

            “Tengokla nanti, takut tak sempat.” Jannah berlalu pergi.

            Sarahgigit bibir, mesti kawan baiknya itu salah sangka melihat kemesraan dia denganSyawal, tetapi dia bukan sengaja. Dia menyandar di kerusi, keluhan muladilepaskan. Jam ditangan ditoleh, dia juga sudah mahu pulang, hanya tungguKhaliesya habiskan roti kosongnya sahaja.

 

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AYUMA UMAIRAH