Home Novel Cinta SEINDAH HADIRNYA CINTA
SEINDAH HADIRNYA CINTA
AYUMA UMAIRAH
13/2/2017 15:43:32
18,869
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 28

Bab 28

Irdina berdiri di depan cermin, wajahperempuan yang agak kusut diperhati lagi, sudah la kusut, matanya bengkakakibat menangis, bibirnya juga lebam. Wajah yang dipantulkan oleh cermin adalahwajahnya, keadaannya yang tidak pernah diketahui oleh orang luar termasuklahalih keluarganya sendiri.

            Tangannyadibawa menyentuh bibir, kesan biru akibat dipukul oleh suami sendiri disentuhperlahan, masih terasa kesakitannya. Rambut yang agak kusut diraut lemah,selemah tenaganya sekarang. Dia melangkah ke arah katil, tubuhnya direbahkan.

            Diamerenung siling biliknya, entah kenapa nasibnya malang, bahagia yang dirasaihanya sementara, selebihnya hanyalah kesakitan yang dipendam di dalam hatinya,sukar untuk diluahkan.

            Malamraya Aidil Adha, malam yang memberikannya kesakitan yang sudah tidaktertanggung lagi. Hanya kerana dia bertanyakan ke mana suaminya mahu pergi, diadihadiahkan dengan penampar, tidak cukup dengan itu, ditolak tubuhnya sehinggajatuh tersungkur ke lantai. Kata-kata sinis yang menjadi makanannya setiap haridilontarkan lagi sampai si suami puas hati.

            Salahkahjika dia bertanya, dia hanya bertanya, bukan berniat untuk menyekat kebebasansi suami, tetapi dia juga ada hak untuk tahu.

            Laungantakbir bergema memuji nama Ilahi, dia pula menangis meratapi nasib diri. YaAllah, aku redha, aku sedang diuji dan aku percaya kau tidak akan mengujikumelebihi kemampuanku.

            Sampaisekarang suaminya tidak muncul, ke mana dia pergi, balik ke rumah orang tuanyake, atau merayap entah ke mana. Esok dia perlu ke pejabat, mamanya masih diluar negara, tetapi macam mana dia hendak sembunyikan keadaan wajahnya yanglebam itu, mungkin stafnya akan perasan. Dan jika ditanya apa yang perlu diajawab, jatuh tangga? Siapa yang akan percaya, ini bukan kesan jatuh tangga, iniadalah kesan dera.

            Diabaring mengiring, air mata yang mengalir disapu perlahan. Sedih apabilaterpaksa menanggung kesakitan sendirian, dia tiada tempat untuk mengadu, tiadasiapa yang bertanyakan khabarnya. Mamanya tidak menelefon, papanya juga tidakbertanya khabarnya, pagi raya dia menangis sendiri di biliknya.

           

Ariana diam, segala cerita yangdisampaikan oleh Sarah didengar dengan penuh minat, dia angguk faham. Mukaberpuas hati bila Sarah tidak lagi mengelak untuk memberitahu segala kepadanya.

            “Betulni cerita kau, kau tak sorok apa-apa lagi dari aku kan?” Ariana bertanya,matanya mula merenung muka Sarah yang mula geram dengan dirinya itu.

            “Betulla, semua aku dah cerita, dari A sampai Z.” Sarah menyandar di sofa, sudahlahdipaksa untuk bercerita, tetapi Ariana masih tidak percaya dengan dirinya.

            “Hehe…tak sangka kan, punyalah susah kau roundsatu airport cari dia dulu, alih-alihdekat Kelantan juga kau jumpa dia semula.” Ariana sengih, dia bukan nakmenyibuk tetapi dia memang suka menyibuk.

            “Itulah,tak sangka pula jumpa dia, dan aku pun dah dapat jawapan apa yang aku cariselama ni kan.” Sarah senyum, tidak pernah dia menganggap kawannya itumenyibuk, sekurang-kurangnya dia ada tempat untuk bercerita.

            “Tapikan aku rasa Ishraf ni adik Khalil, sebab dia macam muda lagi.” Ariana membuatandaian.

            “Akupun rasa begitu, tak apa, itu aku akan siasat.”

            “Siasat?Bila boleh dapat jawapan? Tahun depan?” Ariana mula senyum tayang gigi, memerlikemahiran kawannya itu.

            “Kautak payah nak perli aku sangat, kali ini siasatan aku lebih terperinci sebabaku dah tahu siapa Ishraf.” Sarah menjawab yakin.

            “Masalahnyasekarang kau ada ke nombor telefon dia?”

            Sarahmula gigit bibir, memang la dia tak ada nombor Ishraf, tapi kan Ishraf dah adanombornya, mungkin Ishraf akan menghubunginya nanti.

            “Memangla aku takde, tapi dia ada nombor aku.”

            “Kalaudia tak call kau macam mana?”

Soalan Ariana mulamembuatkan Sarah diam, berfikir seketika, kalau Ishraf tidak menghubunginyabermakna segala siasatannya hanya sampai di situ sahaja. Terpaksalah dia round satu KLIA2 lagi mencari Ishraf.

“Kenapa kau tak mintanombor dia tadi?” Ariana bertanya geram. Sarah ni memang suka buat kerja duatiga kali betul.

“Kau ni kan, tak kanaku nak minta nombor dia pula, nanti tak pasal-pasal dia cop aku perempuan taktahu malu.” Sarah menjawab tidak puas hati.

“Alah, minta nombor je,bukan minta benda yang bukan-bukan.” Ariana menyandar di sofa, dia mula diamdan terus tersengih-sengih.

“Aku tahu mesti kaumalu kan nak minta, tadi pun masa dia minta nombor kau pun kau dah tersipu-sipu,ala-ala malu tapi mahu.”

“Aku tersipu-sipu malu,takde maknanyalah.” Sarah mula mengawal reaksi wajahnya, betul ke akutersipu-sipu malu tadi?

“Alah, pandang Ishrafpun kau macam nak tak nak je, malu nak bertentang mata la tu.” Ariana mulagalak mengusik.

“Kau jangan nakmengarut.”

“Patutlah la sebelum nikau asyik kelu je bila jumpa Ishraf, handsomerupanya, aku rasa dia lagi handsomedari Khalil. Khalil dekat dalam gambar tu nampak macam berisi sikit mukanyatapi Ishraf kurus sikit, Khalil takde lesung pipit tapi Ishraf ada tadi masadia senyum, aduh, boleh tergoda, lesung pipit dia tu comel sangat.” Ariana mulatersenyum sendiri.

“Amboi kau, lebihnampak, sempat lagi kau perhatikan dia tadi kan.”

“Macam tu la baru betulsiasat, sekurang-kurangnya aku dah dapat tahu perbezaan antara Khalil Imrandengan Khalil Ishraf, nak harapkan kau, entah bila la dapat jawapan.” Arianamula tersenyum bangga.

Sarah mencebik geram,memang dia tidak perasan itu semua, kalau Ariana tidak memberitahunya sampaibila-bila dia tidak akan tahu. Atau memang dia tiada bakat dalam penyiasatan,alah aku bukan nak menyiasat macam dalam cerita CSI tu, aku akan buktikan yangaku akan dapat jawapan secepat mungkin.

“Wei aku nak tunjuksesuatu dekat kau ni.” Anak rambutnya yang terjuntai di dahi ditolak ke celahtelinga, tangan kirinya masih bermain-main di dahinya dan kemudian ke telingalagi.

“Tunjuk apa?” Sarahbertanya geram apabila sudah beberapa saat dia menunggu tetapi Ariana masihdiam, asyik duk main rambut je dari tadi.

“Kau tak nampak ke?”Tangan kirinya mula menyentuh hidungnya yang mancung.

“Apa?” Sarah masihmemerhati, tetapi masih tidak nampak apa-apa yang pelik pada kawannya itu.

“Aduh, kau ni kan,rabun dekat ke pula, aku dari tadi duk angkat tangan macam ni sikit pun kau takperasan, ni nampak tak?” Cincin di jari manisnya ditunjuk geram ke arah Sarah.

“La, cincin ke, akuingat kau nak tunjuk apa, lain kali cakap jelah terus.” Tangan Ariana dipegang,cincin yang tersarung di jari manis kawannya itu diamati.

“Kau ni memang, macammana kau nak siasat pasal Khalil kalau aku tunjuk cincin macam tu pun kau takperasan.”

Sarah sengih, kenalagi, tak apa, aku akan buktikan.

“Bila Hakimi bagicincin ni?”

“Masa dia datangsemalam, cincin ni dia bagi dekat ayah dan mak aku, katanya sebagai tanda, diaakan hantar rombongan dalam masa terdekat ni.” Ariana mula tersenyum gatal.

“Wow, bestnya, aku tumpang gembira.” Sarahturut tersenyum.

“Aku tak sangka puladia nak bagi cincin, sebab dia cakap nak datang jumpa mak dengan ayah aku je,aku macam terkejut sangat, aduh, tak sabarnya nak kahwin.” Ariana tayanggiginya yang cantik tersusun, dah mula buat ayat gatal.

“Aku tahu kau memangdah tak sabar nak kahwin, tergedik-gedik je dari tadi kan.” Sarah gelak kecil.Aksi Ariana yang asyik tersengih-sengih memandang cincin di jari membuatkan diageli hati, dah memang wajib kahwin dah kalau macam ni.

Previous: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AYUMA UMAIRAH