Bab 26
Sarah menolak pintu bilik Farah yangsudah kosong, cadarnya sudah dirapikan sebelum ditinggalkan pagi tadi, bantaljuga sudah tersusun elok. Tuala Farah yang tergantung di atas palang penyidaidicapai, baju-baju yang tersangkut di dinding juga diambil. Setelah memastikansemua pakaian kotor yang ditinggalkan oleh Farah sudah tiada, dia melangkahkeluar semula.
Pakaiandan tuala Farah dimasukkan ke dalam bakul, bersama pakaian kotornya dan jugaKhaliesya, ingin dibasuh bersama. Lagipun cuaca hari ini cerah, sempat jekering sebelum petang nanti.
Sarahsenyum sendiri apabila teringatkan usikan adiknya itu, sebelum bersalam tadi sempatlagi dia bertanya bila nak kenalkanIshraf kepadanya, sudah jauh adiknya ituberangan, kononnya akan dapat abang ipar dalam masa terdekat.
Diamelangkah ke dapur dengan bakul di tangan, mesin basuh automatik dihampiri,baju-baju kotor mula dimasukkan satu persatu, suis mula ditekan, butang yangtertera ditekan seperti biasa, sabun mula dimasukkan apabila air mula keluardari salurannya dan memenuhi ruang di dalam mesin basuh, penutup mesin ditariklalu ditutup, mesin mula dibiarkan untuk menjalankan tugasnya.
Diamelangkah ke arah kerusi dapur lalu duduk di situ. Rumahnya sudah bersihdikemas, tinggal tunggu bajunya siap dibasuh dan terus jemur. Khaliesya jugatiada, pagi-pagi lagi sudah ke rumah Mak Esah, suka sangat ke sana.
“Assalamualaikum.”
Sarahmengangkat wajahnya, matanya memandang wajah yang memberi salam tadi dan terusmengukirkan senyuman.
“Jannah.”Sarah bangun mendapatkan kawannya itu.
“Kenapatak datang semalam?” Tangan kawannya itu ditarik ke ruang rehat lalu merekaduduk di sofa.
Jannahsenyum, apa alasan yang patut diberi, sibuk sampaikan tak sempat nak datang,macam tak logik.
“Kalauaku tak datang ke rumah kau, kenapa kau tak datang rumah aku je, asyik aku jedatang sini.” Jannah sengih, cuba mengelak untuk menjawab pertanyaan Sarah.
Sarahturut senyum, ya tak ya juga, tapi semalam dia agak sibuk, dia senyum sendiri.
“Yangkau tersenyum-senyum kenapa?”
“Takdelah,itulah, aku lupa nak pergi rumah kau.” Sarah menjawab sengal.
“Lupa?Kau ni memang la, kawan dari sekolah tapi nak datang rumah aku pun susah.”Jannah mula buat ayat merajuk.
“Alah,dah tiba masanya aku datang la rumah kau tu.” Sarah masih dengan senyumannya.
“Tibamasa? Masa apa?”
“Masakau kahwin la, masa apa lagi.”
Jannahsenyum, kahwin? Wajah Syawal mula bermain diminda, dan aksi dua hari lepas mulaterbang di matanya, keluhan mula dilepaskan.
“Sarah,aku minta maaf pasal hari tu.” Jannah bersuara perlahan.
“Mintamaaf, kenapa?”
“Yalah,aku dah salah anggap kau dengan Syawal, lepas tu aku blah macam tu je, akuminta maaf, sampaikan semalam pun aku tak datang rumah kau.” Jannah mulaberterus-terang, tidak tenang hatinya bila dia masih tidak bercakap denganSarah.
“Alah,kau tak payah nak jealous sangat, kitaorang tak akan lebih dari sepupu.” Sarah memegang tangan Jannah.
“Akutahu, itu yang aku rasa bersalah tu, selagi aku tak cakap, selagi tu aku taktenang, aku minta maaf okay.”
Sarahangguk, senyuman semanis mungkin dihadiahkan kepada kawan baiknya itu. Danmulai hari ini dia akan menjaga batasnya dengan Syawal, tidak mahu kawanbaiknya itu fikir yang bukan-bukan.
Syawal memandu perlahan, selepas Maghribtadi dia terus ke rumah Sarah, ingin menghantar Sarah ke lapangan terbang. Keretamula berhenti di depan tangga rumah sepupunya itu, hon dibunyikan sebagai tandadia sudah pun sampai, tepat pada waktu yang dijanjikan.
Sarahmelangkah ke pintu, isyarat tangan diangkat supaya tunggu sekejap. Jam didinding direnung sekilas, baru pukul lapan, awal betul la Syawal ni. Begnyamula diletakkan di sofa, kemudian dia masuk semula, suis elektrik dimatikan,setelah memastikan rumah yang akan ditinggalkan itu sudah selamat, dia mulamematikan suis lampu dapur dan ruang rehat, dia melangkah ke atas semula,menghampiri Khaliesya yang duduk di sofa.
“Dah ke mama?” Khaliesyabertanya apabila Sarah menghampirinya, dia sudah bersiap sedia untuk pergi, begjuga sudah digalasnya dari tadi.
“Dah,jom kita pergi.” Beg galasnya dicapai, tangan Khaliesya mula dipimpin sehinggake pintu.
Setelahmematikan suis lampu ruang tamunya itu, dia melangkah keluar dan pintu dikuncirapat.
“Okay jom.” Khaliesya mula melangkahturun, diikuti dengan Sarah. Syawal yang sudah menanti dari tadi mengambil begdari tangan Sarah, ingin diletakkan di tempat duduk belakang.
“Dahtak ada yang tertinggal?” Syawal bertanya, kan tak pasal-pasal kena patah baliknanti.
“Takde,semua dah ada.” Sarah mula berkira-kira dalam fikirannya, semua sudah diambilnyatermasuklah tiket flight.
“Okay, jom.” Syawal melangkah ke pintudepan setelah membukakan pintu untuk Khaliesya menyuruhnya masuk di tempatduduk belakang.
Sarahturut membuka langkah, pintu kereta dibuka lalu dia melangkah masuk.
“Awal,aku cakap sikit boleh?” Sarah bersuara apabila kereta Syawal sudah keluar darisimpang rumahnya.
“Cakapjelah.”
“Awal,kalaulah ada seorang perempuan yang kau dah kenal dari dulu lagi sukakan kau,orangnya baik, cantik, kau boleh terima tak?” Sarah menyusun ayatnya supayajelas di pendengaran Syawal.
“Siapa?”Syawal bertanya setelah diam untuk beberapa saat, mungkin terkejut dengansoalan Sarah.
“Takkisah la siapa pun, tapi dia memang sukakan kau dari dulu lagi, kau rasa kauboleh terima tak?”
“Susahnak jawab, bergantung kepada siapa yang suka aku, kalau aku juga sukakan dia,bermakna aku boleh terima la, kalau tak suka tak boleh la.” Syawal menjawabdengan nada bersahaja, tepat dan ringkas.
Sarahgaru kepala, tidak mungkin nama Jannah disebutnya, dia takut untuk mendengarjawapan dari mulut Syawal, kalau jawapannya negatif macam mana, nanti dia jugayang akan rasa bersalah, dia biarkan Jannah membina impian setinggi langitpadahal dia tahu impian itu akan runtuh menghempap kawannya sendiri, sungguhdia tidak sanggup.
“Kenapakau tanya macam tu?” Syawal tanya kembali, pelik dengan gaya soalan sepupunyaitu.
“Takdelah,saja nak dengar pendapat kau.” Sarah senyum.
“Keada yang suruh kau masuk merisik aku?” Syawal sengih, mula la nak perasansendiri.
“Perasan,siapa yang nak merisik kau.” Sarah ketawa perlahan.
“Tapikau cakap je dekat orang tu yang aku dah tak available, hati aku dah dicuri.”
“Yake? Siapa yang curi?” Sarah mula bernada terkejut.
“Takkisah la siapa pun, yang penting dia dah curi hati aku.” Syawal sengih.
Sarahmencebik bibir, macam tiru ayat aku je, tak kisah la siapa pun, takpe, rahsiaek, tetapi kalau betul dah tak availablemacam mana dengan Jannah nanti, aduh, kesian Jannah, perlu ke aku cakap denganJannah yang Syawal sudah berpunya? Kecewa sakan la Jannah nanti.
Keretamula memasuki kawasan lapangan terbang. Sarah mula menyuruh Syawal membawanyaterus ke pintu utama, tidak perlu susah-susah mencari parking.
Syawal mengikut danmemberhentikan keretanya di pintu paling hujung, dekat sikit dengan kawasan departure.
“Thanks Awal.” Sarah mula membuka pintudan melangkah turun. Khaliesya juga begitu, turun bersama beg galas kecilnya.
“Okay, dah sampai nanti SMS aku.” Beggalas dihulurkan kepada Sarah.
“Okay.” Sarah angguk dengan senyuman.
“Akubalik dulu.” Syawal melangkah kepintu keretanya semula. Tangannya melambaimesra sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.
Sarahdan Khaliesya turut melambai sehingga kereta itu mula menjauh. Mereka mulamelangkah masuk, skrin kecil yang tertera di depan pintu balai berlepas diperhati,nombor flightnya masih belum terteradi situ, jam tangan dijeling sekilas, masih awal lagi nampaknya.