Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
43,169
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

"Harith dah tengok dokumen yang uncle hantar?" suara Syed Arshad bergema di ruang ofis Sayf Harith melalui Skype.

"Hmmm adalah tengok sikit-sikit je tapi uncle, yang jadi masalah sekarang ni, perlu ke buat syarat macam tu sekali?" Sayf Harith memandang tepat ke skrin komputer.

"Maksudnya Harith belum baca dokumen yang uncle hantar tu? Kalau Harith dah baca, mesti Harith tak akan cakap macam ni."

Sayf Harith mengeluh. Kepala ditundukkan.

"Harith, ingat satu je. ARQ & CO milik arwah atuk. Apa uncle buat ni, demi Harith untuk jangka panjang. Tak apa, biar kita mengalah dan uncle nak beri peluang kepada Hadif. Kita beri dia peluang untuk Hadif buktikan yang dia boleh jalankan tanggungjawab sebagai CEO ARQ & CO."

"Kita semua sayang Harith. Uncle harap Harith faham apa yang uncle buat ni untuk kebaikan Harith. Ummi Harith dah amanahkan uncle untuk selalu tengokkan Harith," suara Syed Arshad berubah menjadi hiba.

Sayf Harith mengetap bibir untuk melawan rasa sedih. "I miss her uncle."

"Uncle pun. Dia satu-satunya adik uncle."

"Bila uncle nak balik Malaysia? Rindulah dengan semua orang," Sayf Harith menyeka airmata yang sudah bertakung di tubir mata.

"Belum tahu lagi tapi mungkin uncle balik akhir bulan ni ataupun bulan depan. Sebab uncle kena jumpa dengan daddy Harith. Uncle dengar ada orang berminat nak melabur dengan syarikat kita."

"Kalau uncle dah tahu bila nak balik sini, mesej Harith tau! jadi Harith boleh kemas kondo Harith sebelum uncle datang. Harith tak nak uncle duduk hotel."

"Yalah! nanti bila uncle dah ada tarikh untuk balik, uncle akan mesej Harith. Hmm..sekarang kat sana pukul berapa?" 

Sayf Harith melihat jam di sebelah komputer.

"Pukul sembilan malam."

"Sembilan malam? Harith tak nak balik ke? Dari pagi Harith kat ofis kan? Badan tu tak penat ke?" Syed Arshad menyoal tanpa henti. Risau dengan kesihatan Sayf Harith yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

"Uncle jangan risau! Harith dah besar dan tahulah Harith jaga diri sendiri. So don't worry! Alhamdulillah kesihatan Harith masih baik,

" Sayf Harith memberi jaminan.

"Uncle tahu Harith dah besar, pandai jaga diri sendiri tapi uncle tetap risau dengan makan minum kamu. Kalau Harith ada isteri, uncle tak perlu risau lagi."

Sayf Harith mula rasa tidak selesa. Dia tidak suka bila topik berkaitan dengan isteri atau apa-apa yang ada kait dengan cinta dipersoalkan. Dia akan cuba untuk mengelak. Syed Arshad dapat mengesan perubahan di wajah Sayf Harith. Syed Arshad mula rasa serba-salah.

"Harith duduk ofis malam-malam ni, tak takut ke?" Syed Arshad sengaja menukar topik. Dia tidak mahu mengecilkan hati anak saudaranya itu.

Sayf Harith tertawa kecil. 

"Uncle ni fikir bukan-bukanlah! Ini mesti banyak tengok cerita seram kan?" tawa Sayf Harith masih bersisa. Lega hati Syed Arshad melihat Sayf Harith sudah kembali riang.

"Uncle tanya je. Ada orang tak berani nak duduk kat ofis sampai malam. Satu bangunan dah kosong. Tinggal pakcik guard je kat bawah."

"Uncle, Harith dah biasa balik lambat. Lagi pun uncle, bukan satu bangunan yang kosong, ofis Harith je yang kosong. Comcare department kan ada orang kerja shif malam."

"Oh ya uncle lupa! Comcare kita berkhidmat untuk 24 jam. Kalau macam tu, Harith pergi balik dan berehat. Uncle pun sekarang ada kerja nak buat. Ingat tau pesan uncle, jaga kesihatan, jaga permakanan. Uncle tak nak bila uncle balik sana, Harith dah kurus macam lidi," Syed Arshad mengusik.

"Uncle ni pun! Taklah sampai macam tu sekali! Jangan lupa mesej Harith bila uncle dah tahu bila nak balik sini. Boleh Harith sediakan apa yang patut."

"Iya! Uncle ingat. Pergi balik. Panjang umur kita jumpa lagi. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." jawab Sayf Harith. Tangan mencapai tetikus untuk menutup lelaman Skype. Komputer terus dimatikan.

Sayf Harith mengemas meja dan barang miliknya disimpan ke dalam beg. Sayf Harith membimbit beg dan kotnya di tangan kiri. Tangan kanan mencapai kunci di atas meja. Sayf Harith melangkah ke pintu dan memastikan penghawa dingin dan lampu sudah ditutup suisnya.

Semasa Sayf Harith sedang mengunci biliknya, dia terdengar bunyi cawan berlaga datang dari ruang pantri. Sayf Harith berasa hairan. 

Bunyi cawan berlaga semakin kuat sehingga membuat bulu roma Sayf Harith meremang. Sayf Harith berjalan berhati-hati menuju ke pantri. Makin dia dekat, makin kuat bunyinya. Mulut Sayf Harith mula berkumat-kamit dengan zikrullah.

Sayf Harith berdiri di tepi pintu masuk pantri. Dengan perlahan-lahan, dia menjenguk ke dalam.

"Astaghfirullah!" Sayf Harith terjerit.

***

"Astaghfirullah!"

"Ya Allah!"

Dua suara menjerit dengan serentak.

"You buat apa kat sini?!" Sayf Harith mengurut dada. Boleh gugur jantungnya bila tiba-tiba ada kepala terpacul keluar dari dalam. 

"Ya Allah! Tuan Sayf! Nasib baik saya tak pengsan tadi. Kenapa Tuan Sayf mengintip tadi? Lain kali tegur atau beri salam ke?" Hana Sofea mengatur nafasnya. Dada ditepuk lembut sambil menarik nafas. 

"You pun sama jugak! tiba-tiba je kepala you terkeluar tadi!" Sayf Harith mencekak pinggang.

"I ingat I seorang je dalam ofis. Manalah I tahu you masih ada kat sini. Kenapa tak balik lagi?" Sayf Harith berdehem. Mana dia nak sembunyikan mukanya? Muka handsome tapi penakut! Buat malu kaum lelaki.

"Saya tak balik sebab nak revise apa yang saya belajar tadi. Saya buat nota jadi apa abang Luq ajar, saya tak lupa. Kalau Tuan nak tahu, abang Luq ajar saya lebih dari apa yang Tuan suruh. Abbreviation, SOP files..."

"Abang Luq? Maksud you...Luqman?" Sayf Harith mencelah.

Hana Sofea menyengih lalu kepala diangguk lambat.

"Sejak bila dia jadi abang angkat you?" soal Sayf Harith.

"Dia bukan abang angkat saya. Abang Luq cakap formal sangat bila berencik-encik. Lagi pun abang Luq memang tua daripada saya jadi...memang patut pun saya panggil dia abang Luq," Hana Sofea jawab bersahaja.

"I pun tua daripada you. Kenapa tak panggil I abang Harith?"

Gulp!

Sayf Harith tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tanpa perasaan.

"Urrmmm..." Hana Sofea sudah ketandusan idea untuk menjawab. Kenapa Sayf Harith sengaja nak menguji perasaan dia?

"Err...Tuan bos saya. Abang Luq kirakan kawan sekerja sebab...sebab...sebab kita kerja kat department yang berbeza. Tuan Sayf pulak sah-sah orang atasan yang bayar gaji saya." Hana Sofea berharap jawapannya akan memuaskan hati Sayf Harith. Janganlah panjangkan isu ni lagi!

Sayf Harith mengurut dagu. Hatinya tertarik-tarik untuk menguji Hana Sofea.

"Maksud you, Kalau I transfer you pergi department lain, you bukan staf I lagi. Kirakan kita kawan sekerja kat syarikat ni.So...you akan panggil I abang Harith? Betul tak?"

Aduh! Hana Sofea sudah meraung dalam hati. 

"Tuan Sayf, dah malam ni. Saya kena balik. Saya gerak dulu ya?" Hana Sofea tidak mahu lama-lama berada di situ dengan Sayf Harith. Nanti soalan pelik-pelik akan keluar dari mulut lelaki itu. 

"I hantar you balik sebagai hukuman."

Hana Sofea rasa pelik. "Hukuman untuk apa?"

"Sebab buat I terperanjat tadi. Jom ikut I. Jangan banyak soal!" Sayf Harith menegas.

Hana Sofea tiada pilihan lain tapi terpaksa menurut kehendak Sayf Harith. Hana Sofea mendiamkan diri sepanjang mengikut Sayf Harith ke tempat letak kereta. Semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah, Hana Sofea membuang pandangan ke luar tingkap tetapi adakalanya dia akan mencuri pandang ke sebelah kanan. Sayf Harith nampak kacak dengan cara dia memandu. Aduhai hati! Kenapa mula rasa macam ni? Hati jangan buat hal please!

Sayf Harith memandu sambil jari mengetuk-getuk stereng kereta. Rasa janggal sangat bila dua-dua tak buka mulut. Radio yang dipasang pun langsung tidak membantu untuk hilangkan rasa canggung antara mereka berdua. So awkward!

Hana Sofea mula bermain dengan hujung tudung. Pelbagai persoalan bermain di benak hati. Dia mahu bincangkan sesuatu dengan Sayf Harith tetapi tak tahu nak mula dari mana. Lagi pun dia belum rasa selesa untuk berbual dengan Sayf Harith secara santai. Alangkah baiknya kalau dia boleh berbual dengan Sayf Harith sama seperti dia berbual dengan Luqman. 

Hana Sofea mengetap bibir. Lagu kegemarannya Donde dari Andi Bernadee mula berkumandang di corong radio. Kaki mula bergerak mengikut rentak lagu. Mulut dikemam rapat agar tidak ikut nyanyi sama. Hana Sofea pejam mata dan tangan digenggam kemas. Kena kawal perasaan! Buat malu je kalau dia mula menyanyi depan Sayf Harith tapi lagu ni memang berhantu. Mulut mesti nak ikut nyanyi sekali.

Sayf Harith melirik ke sebelah. Reaksi muka Hana Sofea mencuit hatinya. Dia bagaikan faham apa yang sedang bermain di dalam minda Hana Sofea. Sayf Harith sengaja menguatkan radio. Mata Hana Sofea terbuka luas! Ini tidak membantu langsung. Tangan mula menepuk-nepuk beg mengikut rentak muzik. 

"Kalau you nak nyanyi, nyanyi je. I won't judge," ujar Sayf Harith dengan selamba.

"Eh taklah! Saya suka gitu-gitu je," Hana Sofea berdalih.

Sayf Harith melirik ke sebelah sambil tersenyum kecil. "Terpulang."

Kepala Sayf Harith mula bergoyang mengikut rentak lagu. Meihat Sayf Harith di sebelah turut ber"donde", Hana Sofea akhirnya menurut kati hati. Mulut mula bernyanyi dengan suara yang perlahan. 

Kemana kau pergi

Ku masih mencarimu

Ke mana kau hilang

Donde donde donde

Ta da da

Donde donde donde

Oh na na

Donde donde donde 

Ta da da

Ummm bae um

Sayf Harith cuba menahan diri dari ketawa. Pertama kali melihat sisi Hana Sofea yang berbeza. Sayf Harith tersenyum gembira bila Hana Sofea sudah mula selesa. Hana Sofea rasa malu bila dirinya asyik diperhatikan.Hana Sofea menggosok pipi untuk hilangkan rasa malu. Mata mereka berlaga buat sesaat lalu masing-masing mengukir senyuman mekar.

"Dah sampai dah," Sayf Harith menarik brek. Kereta berhenti di depan pagar rumah

"Terima kasih sebab hantar saya pulang," Hana Sofea melepaskan tali pinggang keledar. 

"My pleasure. Terima kasih sebab hiburkan I dengan nyanyian you," Sayf Harith mengusik. Hana Sofea tersenyum malu. Melihat angin Sayf Harith yang cukup baik itu, Hana Sofea memutuskan untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.

"Er..pasal hal Cik Mallika, apa yang dia cakap tu..." tiba-tiba hati rasa berat untuk menyambung ayat seterusnya. Lidah menjadi keluh. Patutkah dia memberitahu Sayf Harith perkara yang sebenar?

"Hana, I tak kuasa nak ambil tahu pasal kisah silam you. Itu semua perkara lama dan kita patut pandang ke depan. Tak guna kita pandang ke belakang," Sayf Harith tertunduk. Dia terasa dengan kata-katanya sendiri. Bijak menasihati orang lain tetapi dia sendiri tidak mempraktik apa yang dikatakan tadi. 

"Tuan tahu ke tentang saya dan..." Hana Sofea takut-takut untk teruskan bicara.

"Hana, antara you dengan Hadif itu semua cerita lama. Jangan sebab Hadif, you takut dengan I jugak. I dengan Hadif tak sama," Jawapan Sayf Harith sedikit sebanyak membuat hati Hana Sofea jadi lebih tenang.

"Terima kasih sebab tak fikir bukan-bukan pasal saya."

"I bukan orang macam tu Hana. Cuma ada satu benda yang I nak cakap kat you."

"Apa dia?"

Wajah Sayf Harith berubah menjadi serius. Mata Hana Sofea direnung. Lama.

"Choose wisely who you want to take side with."

Hana Sofea terpanar. Dia faham maksud Sayf Harith. Mungkin Sayf Harith dapat menghidu apa yang terjadi antara dia, Lutfi dan Syaiful Hadif?

"I tahu you faham apa yang I cakap ni. I nak you fikir masak-masak. Sampai bila you nak mengalah?"

Hana Sofea menghela nafas. Dari dalam kereta, Hana Sofea memandang ke pagar rumah. Dia teringatkan Puan Salehah.

"Mengalah bukan bererti saya lemah Tuan."

"Maksud you?"

"Saya sanggup berkorban untuk melindungi orang yang saya sayang," Hana Sofea senyum tawar.

"Tapi sampai bila?" Sayf Harith menyoal lagi.

"Sampai bila? sampai saya dah ada jalan untuk selesaikan masalah saya. Tuan jangan risau. Saya akan selesaikan masalah saya sendiri. Saya balik dulu. Sekali lagi, terima kasih. Assalamualaikum," Hana Sofea keluar dari kereta tanpa menunggu balas dari Sayf Harith. 

Kepala Sayf Harith bersandar ke cemin tingkap. Satu tangan diletak di stereng kereta. Otak masih cuba menghadam kata-kata Hana Sofea sebentar tadi. Sayf Harith mencapai telefon pintarnya yang tergantung di atas dashboard. Emel dibuka lalu mencari dokumen yang dihantar oleh Syed Arshad. Dokumen diibaca beberapa kali. Otak ligat berfikir.

Kata-kata Syed Arshad bermain di kotak fikiran diikuti pula dengan kata-kata Hana Sofea. Sayf Harith mengecilkan mata sambil jari telunjuknya menggosok bibir. 

Sayf Harith tersenyum kecil. Tanpa membuang masa, pedal minyak ditekan dan terus memandu pulang ke rumah. Kalau Datuk Ilyas belum masuk tidur lagi, malam ini juga dia mahu mengajak Datuk Ilyas untuk berbincang. 

Tiba saja di rumah agam milik Datuk Ilyas, Sayf Harith terdengar gelak ketawa dari ruang tamu. 

"Lambat Harith balik hari ni?" soal Datuk Ilyas.

"Ada kerja sikit," jawab Sayf Harith pendek sambil mengambil tempat duduk di sebelah Datuk Ilyas.

Syaiful Hadif tidak mahu duduk di ruang yang sama dengan abang tirinya. Dia masih tidak boleh lupakan apa yang telah terjadi di pejabat tadi. Niat untuk masuk ke bilik terbantut apabila Sayf Harith menyapanya.

"Hadif, duduk dulu," Sayf Harith bersuara.

"Nak apa?" Syaiful Hadif menjeling tetapi badan menurut arahan Sayf Harith. Punggung dilabuhkan di sofa tunggal bertentangan dengan Sayf Harith.

Sayf Harith berpusing memandang ke Datuk Ilyas yang duduk di sebelah. "Harith setuju dengan rancangan daddy. Harith setuju Hadif ganti tempat daddy sebagai CEO ARQ & CO."

Terbuntang mata Syaiful Hadif bila mendengar berita baik itu. Biar betul? Dia tak salah dengar kan?

"Alhamdulillah," Datuk Ilyas mengucap rasa syukur. Nampaknya apa yang dihajatkan, akhirnya akan termakbul.

"Tapi Harith ada syarat. Kalau daddy dan Hadif tak ikut syarat- syarat Harith, Harith akan cuba sedaya-upaya untuk merebut jawatan daddy. Daddy fahamkan?" Sayf Harith senyum dengan maksud yang tersirat. Dia tahu Datuk Ilyas bijak dan faham apa yang dia maksudkan. 

"Harith nak apa? cakap dengan daddy. Harith nak kereta baru? kondo baru?" Datuk Ilyas tak kisah apa syaratnya asalkan Sayf Harith bersetuju! Bila Sayf Harith sudah setuju, setentunya Syed Arshad juga akan setuju. Syarat yang dikenakan oleh Syed Arshad, biarlah rahsia antara mereka bertiga. Syaiful Hadif tidak perlu tahu. 

"Kau macam mana? Setuju tak?" soal Sayf Harith. Syaiful Hadif mencebik. 

"Leceh betullah! Kalau kau ikhlas, tak perlu nak ada syarat!"

"Hadif, ini bukan perkara main-main. Ini bukan zaman budak-budak yang aku boleh kasi semua mainan aku kat kau,"

"Hadif...jangan macam tu," Datuk Ilyas menegur.

"Fine! Whatever it is, aku setuju," Syaiful Hadif terpaksa bersetuju.

Datuk Ilyas kini memberi perhatian sepenuhnya kepada Sayf Harith. Dia akan cuba sebaik mungkin untuk menuruti semua syarat-syarat Sayf Harith, asalkan Syaiful Hadif dipilih menjadi CEO ARQ & CO. 

" So Harith, beritahu daddy, apa syaratnya?" 


*Terima kasih kepada yang masih membaca Ingin mencintamui selayaknya. Maaf jika ada kesalahan (ejaan contohnya) dalam cerita ini. Komen dialu-alukan jadi saya boleh perbaiki cara penulisan saya.*

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q