Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 48

HARI Isnin merupakan hari yang paling sibuk bagi Armell dipejabat. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Fail yang sedari tadi dia tilik diletakkan kembali di atas meja kerjanya. Dia perlu berjumpa dengan Tan Sri Hazahar berhubung dengan satu syarikat baru. Ganggang telefon diangkat.

"Assalamualaikum Kak Tini, Tan Sri ada?"

"Waalaikumussalam. Ada, Cik Iman. Cik Iman nak berjumpa dengan Tan Sri ke?" Soal Fatini dihujung talian, selaku pembantu peribadi Tan Sri Hazahar.

"Ya, kenapa? Tan Sri ada tetamu ke?"

"Ha'ah, ada tetamu."

Armell diam seketika.

"Em... Kalau macam tu nanti aje lah. Kalau guests dah takde nanti, call saya ya."

"Baiklah, Cik Iman."

Ganggang telefon diletak. Lama berjeda, satu helaan nafas keluar dari bibir Armell.

Tangan naik menompang dagu. Memikirkan tentang hubungannya bersama Huzzair. Dua tahun berkawan, selepas itu bertunang. Dan kini, tinggal hanya tiga bulan lagi menunggu majlis. Tangan bergerak dan ditekapkan di dada. Mata dipejam. Sudah ada cinta ke?

Mata dicelik semula. Cinta? Armell cintakan Huzzair? Benarkah? Kalau sayang, sudah tentu. Mestilah sayang dengan tunang sendiri. Ada ke yang tak sayang dengan tunang sendiri?

Jam tangan dikerling. Terbeliak biji matanya. Dia sudah terlambat untuk berjumpa dengan Huzzair tengah hari itu. Jarang sebenarnya dia keluar tengah hari bersama Huzzair. Harini lelaki ini menelefonnya ingin berjumpa dengannya. Ikutkan saja lah. Mungkin rindu. Rindu? Takkan baru dua hari tak jumpa dah rindu kut? Armell sempat tersenyum kecil.

Tiba di tingkat G, Armell terus melangkah keluar dari bangunan gah itu. Laju kakinya dihayun menuju ke arah restoran dimana tempat kebiasaanya. Dek kerana terlalu laju berjalan, tak pandang kiri kanan atas bawah, tiba-tiba dia terlanggar satu susuk tubuh lelaki. Kuat tak kuat, terundur jugak lelaki itu dibuatnya, sampai bahu sendiri yang terasa sakit.

Menyedari akan kesalahannya, terus mulut laju meminta maaf. "Sorry, sorry, encik! Saya tak sengaja!"

"Hei, perempuan! Buta ke? Jalan main langgar orang aje!"

Armell kalih pandang ke arah seorang wanita yang berdiri disebelah lelaki itu. Marah sangat tu sampai panggil dia perempuan. Nampak sangat biadab.

"Lain kali jalan guna mata. Bukannya guna hidung!" Bidas wanita itu lagi.

Mengecil mata Armell merenung wanita itu. Geram, rasa macam nak pijak pijak aje muka tak berapa nak lawa itu dengan high heels yang sedang tersarung dikakinya sekarang. Yang kena langgarnya boyfriend dia, tapi dia pula melebih nak maki orang itu ini dah kenapa? Dasar makhluk bumi. Huh!

"Maaf, saya tak sengaja. Nak cepat tadi." Sekali lagi maaf dipinta.

"Ooo, kau fikir cepat kau aje lah? Then, suka-suka hati nak langgar orang macam tempat ni kau punya?"

Armell menarik nafas dalam. Mana datang lah perempuan tak berapa nak cerdik ni? Kalau dia nak langgar, tak payah tunggu nak cepat pun, boleh aje dia langgar orang suka-suka hati lepas tu buat muka tak bersalah dan blah!

"Sayang... You okay tak? Sakit kat mana?" Manja wanita itu menyoal.

Armell juling bola mata. Menyampahnya! Dah nampak boyfriend dia tengah tegak berdiri tu, kira okay lah! Tak ada pulak dia nampak terkehel sampai bahu nak tercabut. Mengada!

"I'm okay. By the way, are you okay?" Barulah lelaki itu bersuara. Kotak suara baru boleh berfungsi agaknya. Ada nada prihatin di dalam suaranya.

"Ah, saya okay. Awak betul ke okay? Tak terkehel ke bahu tu? Nak saya bawa pergi hospital?" Menyindir.

Lelaki itu terdiam seketika.

"Kau memang kurang ajar kan?" Wanita itu bersuara lagi.

Apa kena perempuan gila ni?

"Saya minta maaf bagi pihak dia. Awak betul okay?" Lagi suara garau itu menyoal. Siap wakilkan diri untuk meminta maaf lagi.

"Saya okay. Lain kali tolong jaga girlfriend awak yang seorang ni, ya. Bercakap guna hidung agaknya, tak reti nak bercakap elok-elok dengan orang. Saya saja lah pesan awal-awal. Takut dia biadab dengan orang lain nanti, tak pasal-pasal makan pelempang." Bukan Armell lah kalau tak membaling paku buah keras. Itu aje cara dia nak lepas geram.

Pang!

Dengan tamparan hebat itu, terteleng kepala Armell dibuatnya. Pijar. Pedih. Tangan kanan naik memegang pipi sendiri yang sudah menjadi mangsa. Wajah sudah bertukar merah membahang.

"Riana! What is wrong with you?!" Jerkah lelaki itu seraya menolak tubuh wanita bernama Riana itu. Terundur juga Riana dua langkah kebelakang.

"Dia dah melampau, sayang!" Jerit Riana pula.

"You yang melampau! You shouldn't provoke and slap her!" Tengking lelaki itu.

"Awak, awak okay?" Kini perhatian lelaki itu beralih pada Armell yang sudah merah padam wajahnya.

"Ayden!" Riana menjerit marah. Geram agaknya melihat boyfriend sendiri berlembut dengan wanita lain.

Namun panggilan itu langsung tak dihiraukan. Sebaliknya, mata menumpu sepenuhnya ke arah Armell dengan riak wajah yang jelas kelihatan bersalah.

Armell menarik nafas panjang dan menghembus perlahan. Cuba meredakan api kemarahannya yang bila-bila saja boleh meletus. Husnuzon, Armell. Mungkin emosi wanita itu tidak berapa baik hari ini.

"Saya okay. Setakat kena tampar, tak cacat lah muka lawa saya ni." Armell buat buat ketawa.

"Girlfriend awak tu, tangan dia okay ke? Kuat jugak dia tampar saya tadi. Tak berkudis ke tangan tu?" Armell jeling wajah Riana yang cemberut. Buruk betul rupa.

Hai... Macam mana lah dia boleh berperang dengan orang asing dekat tengah-tengah jalan ni? Memalukan!

"Saya dah lambat. Got to go, Ayden. Jangan lupa bawa sayang awak tu pergi klinik, ya." Sebelum pergi, sempat lagi dia memerli.

"SORRYI'm late," ucap Armell seraya melabuhkan duduk bertentangan dengan Huzzair. Pasti sudah lama lelaki ini menunggu. Mana taknya? Sudah lah dia terlewat, lepastu berperang pula dengan makhluk bumi sesat dekat tengah-tengah jalan tadi. Buang masa!

"No it's okay. Yang muka awak ni macam baru lepas kena tampar ni dah kenapa?" Soal Huzzair bila melihat kulit pipi kanan Armell yang kelihatan sedikit merah. Jelas, memang nampak macam betul-betul kena tampar.

"Memang baru lepas kena tampar pun," selamba Armell menyuarakan kenyataan. Dah memang itu kenyataannya.

"What?!" Membulat mata Huzzair. Terkejut barangkali? Tidak tahulah terkejut sebab tekaan dia tu betul ataupun terkejut sebab tunang kesayangan kena tampar.

Armell mengangguk dengan riak wajah bersahaja. "Ya, saya tengah berjalan tadi, lepastu saya tak sengaja terempuh bahu orang. Dan perempuan dekat sebelah lelaki yang saya baru langgar dia tu, menjerit marahkan saya. Dia cakap saya berjalan guna hidung. Lepas tu saya cakap lah dekat dia balik yang dia bercakap pun guna hidung. Lepastu dia tampar saya."

Mendengarkan itu, rahang Huzzair hampir jatuh ke tanah. "Berani dia tampar tunang saya?"

"Alah takde apa lah awak. Sikit je ni. Itu mujur ada boyfriend dia dah tolong tengkingkan dia untuk saya. Kalau tak, memang dah lama kenyang dengan high heels saya ni." Sempat lagi Armell berseloroh.

Huzzair menggeleng perlahan. Wajah Armell yang nampak sungguh bersahaja itu dipandang. "Hai... Awak ni... Dah kena tampar pun, selamba je muka."

"Lah, takkan saya nak menangis?"

Huzzair akhirnya ketawa suka.

"Saya nak jumpa dengan awak ni sebenarnya sebab saya nak tanya sesuatu. Sesuatu yang dah lama saya rasa nak tanya."

Armell letakkan dua-dua tangan di atas meja. "Tanya sesuatu? Apa dia?"

Huzzair melemparkan pandangan ke arah lain. Nafas ditarik dan dihela perlahan sebelum anak mata kembali merenung ke arah Armell. "Awak pernah kenal ke Hayy sebelum ni?"

Gulp!

Tidak semena jantung Armell berdetak hebat. Tidak pernah pernah selama ini Huzzair bertanyakan soalan seperti ini.

"Hayy? Mana lah pernah! Saya pun baru kenal dia tau sejak dia balik sini." Nafi Armell. Dalam hati bersyukur kerana tiada getaran dalam suaranya.

Huzzair diam. Seolah sedang memikirkan sesuatu.

"Huzzair, kenapa awak tanya macam tu?"

"Sebab... Sebab saya nampak macam ada sesuatu yang tak kena sejak Hayy balik Malaysia. Hurm... Something fishy is goin on, you know?"

Armell menggeleng. Seolah-olah tidak memahami maksud tersirat disebalik kata-kata Huzzair itu. "Apa yang tak kena?" Berhati-hati dia menyoal.

"Entah. Mungkin perasaan saya aje kut. Tapi saya rasa macam ada yang tak kena antara awak dan dia." Luah Huzzair lagi tentang suara hatinya.

"Perasaan awak je tu kut. Mana lah saya kenal Hayy. Awak pun sendiri cakapkan yang dia baru balik. Bila masa saya jumpa dia?"

"Dia baru balik dari UK, dan awak pun pernah belajar di UK kan?" Risik Huzzair.

"Huzzair... Awak nak tuduh saya ke apa ni?" Perlahan Armell menyoal.

"No... Bukan nak tuduh. Cuma... Faham tak apa yang rasa sekarang? Sebab hari masa kita minum petang dekat rumah Hayy tu, saya nampak Hayy macam tak banyak bercakap. Selalunya, dia yang bising. Dan saya dapat lihat, pandangan mata Hayy terhadap awak macam ada sesuatu."

Armell meraup wajah. "Takkan lah sebab dia tak banyak bercakap, awak nak syak sebab saya pula? Pasal pandangan dia terhadap saya tu, saya rasa semua orang dia pandang macam tu."

"Tak, saya kenal Hayy. Saya tau cara pandangan dia terhadap seseorang itu memang berbeza. Saya lelaki, sayang. Saya tahu." Bangkang Huzzair lagi menegakkan kebenaran yang sememangnya betul itu.

Armell mendengus perlahan. "Biarlah dia nak pandang saya macam mana pun, saya tetap sayangkan tunang saya ni. Saya sayangkan awak, awak tahu tu kan?" Pujuk Armell. Meredakan hati Huzzair yang nampak sangsi dengannya.

Huzzair tenung Armell dalam-dalam. Mencari sesuatu yang dia perlu tahu. Wajib tahu. "Perasaan sayang, tak menjaminkan apa-apa tanpa adanya cinta. Sayang dan cinta adalah sesuatu yang berbeza."

Armell terkedu. Terkaku. Baru saja Armell ingin membuka mulut, Huzzair lebih laju memotong.

"Saya nak jumpa Hayy."

Previous: Bab 47
Next: Bab 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya