Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 33

HAYY MIKAEL menutup pintu utama apartmen dengan rapat. Dahi disentuh ke pintu yang masih tidak dapat dilepaskan. Sejak tadi dia asyik menyalahkan dirinya. Mahu saja tubuh Armell dipeluk sekuat hati dan tak akan dibiarkan gadis itu pergi meninggalkannya.

"Hayy," Arash menghampiri dan bahu Hayy Mikael dipegang. "Kau kenapa ni?"

Perlahan-lahan Hayy Mikael angkat wajah memandang abang iparnya. "It's. All. Over."

Arash kerut dahi. Cuba memahami maksud disebalik kata-kata Hayy Mikael. Wajah muram lelaki itu direnung lama mencari jawapan. Dan tanpa banyak bicara, Hayy Mikael terus berjalan masuk ke dalam bilik dimana keberadaan isterinya. Dibiarkan Arash yang dalam kebingungan itu.

Daun pintu ditolak sedikit dan terlihatlah susuk tubuh seorang wanita yang sedang duduk dibirai katil menghadap cermin tingkap. Perlahan-lahan Hayy Mikael berjalan dan mengambil tempat disebelah isterinya yang sedang termenung itu.

Segera Evarisya menoleh pandang ke sebelah. Terkejut dengan kepulangan suaminya. Tadi setahu dia, Hayy Mikael ingin berjumpa dengan Armell. 

"Abang?"

Hayy Mikael tersenyum kelat. 

"Hei abang, kenapa ni? What's wrong?" soal Evarisya lantas meletakkan kedua-dua tangannya di kiri dan kanan wajah Hayy Mikael. Dia sedar bahawa ada kelainan diwajah suaminya ini. Air muka lelaki itu tampak sedih dan muram.

Hayy Mikael menarik nafas sedalamnya dan menghembus keluar. Sekarang dia amat memerlukan kekuatan dari isterinya. Wajah Si Isteri di tatap lama.

"She leaves me. Abang cuba, cuba untuk explain tapi dia pergi dulu. She threatened me and I couldn't do anything."

"Macam mana Armell boleh tahu, abang yang bagitahu?"

"Dia terdengar perbualan abang dengan Hans. Abang tak sempat nak explain lebih dia dah menjerit menangis. Sumpah abang takde niat nak lukakan hati dia. I'm really in love with her." tutur Hayy Mikael seraya menundukkan wajahnya. Dia tahu luahan hatinya itu akan melukakan hati seorang isteri. 

Melihat Hayy Mikael yang menyorok wajah, pantas dagu suaminya itu diangkat lembut. Satu senyuman yang paling manis dilemparkan. "Eva izinkan abang kahwin jika abang bertemu dengan cinta sejati abang. Dan abang kena betul-betul sayang dan cintakan perempuan itu. Cari lah di mana-mana. Bumi Allah ni luas." bicara Evarisya mengulangi ayat yang pernah dia nyatakan suatu ketika dahulu. Suatu ketika dahulu dimana lelaki ini masih belum bertemu dengan cinta sejatinya, Armell.

"Walaupun kisah silam Hael kadang-kadang menggamit memori Eva dengan dia, namun kewajipan Eva adalah untuk mencintai suami Eva sendiri. Perjanjian abang dengan arwah Hael itu abang berjaya tunaikan walaupun pada masa itu abang tak cintakan Eva."

Wajah Hayy Mikael ditatap penuh kasih. Wajah suaminya ini saling tidak tumpah dengan wajah arwah Hael Redza. 

Sewaktu Hayy Mikael sah menjadi suaminya, dia pernah mengizinkan lelaki itu supaya mencari cinta sejatinya sendiri. Namun tawaran yang sangat hebat itu Hayy Mikael langsung tidak hiraukan. Baginya, sebaik sahaja Evarisya sudah sah menjadi isterinya, itu bermakna dia takkan sesekali melukakan hati Si Isteri. Perempuan yang telah diamanahkan oleh adik kembar seirasnya, Hael Redza.

Namun, takdir telah menemukan Hayy dan Armell di satu restoran Papparich yang menyebabkan hubungan mereka sampai ke tahap ini. 

Hari pertama dia mengenali Armell, terus diceritakan kepada isterinya. Sewaktu Armell pernah menolaknya dahulu, juga diceritakan kepada Evarisya dan hanya wanita itu yang selalu memberinya kekuatan. Begitu juga semasa majlis pertunangan dia dan Armell pada baru-baru ini. Evarisya sudah sedia maklum tentang itu dan siap melihat lagi gambar gadis pilihan suaminya semasa majlis. Sedikitpun tidak ada rasa dendam di dalam hati malah dia lebih senang melihat Hayy Mikael sekarang yang sudah banyak tersenyum. Dia percaya, bahawa Armell boleh bahagiakan Hayy Mikael.

"Abang sayangkan isteri abang," ungkap lelaki itu perlahan.

"Tapi abang juga cintakan Mell. Eva tahu, dari sinar mata milik suami Eva ni, Eva dapat rasa apa yang abang rasa pada Armell."

Hayy Mikael menelan liur menampakkan halkumnya yang bergerak naik. "Armell dah bencikan abang, Eva..."

Evarisya lekas-lekas menggeleng menidakkan kata-kata suaminya. Pipi suaminya diusap perlahan. "Dia bencikan abang sebab dia tak tahu cerita sebenar. And you should go, abang. Pergi pujuk dia."

"Tadi dia ugut abang supaya jangan ikut dia. Now Eva nak abang pergi pujuk dia? Nak lagi ke dia bersua dengan abang bila dia tahu status diri abang ni?"

"At least try la... Jangan sia-siakan usaha abang untuk dapatkan dia selamani. I see your effort."

Hayy Mikael menghela nafas perlahan.

"Go, abang." pujuk Si Isteri sambil menggosok perlahan lengan Hayy Mikael.

"Eva rehat dulu ya? Janji nanti bila abang balik, abang tak nak tengok Eva termenung macam tadi lagi. Rehat kena cukup. Jangan banyak sangat bergerak." 

Mendengar nasihat itu, Evarisya koyak senyum nipis. "Abang Arash kan ada."

"Arash, Arash. Abang, abang."

Hayy Mikael bangun dan menolak tubuh isterinya dengan perlahan-perlahan sehinggalah tubuh Evarisya terhenyak di atas tilam empuk itu. "Nanti kalau nak makan, jangan bangun sendiri. Panggil Arash tu."

"Abang ni kenapa? Macam dah tak jumpa lagi aje lepas ni... Kan selama ni Arash dengan Evelyn yang jaga Eva masa abang takde."  tegur Evarisya dengan sikap terlalu prihatin suaminya yang secara tiba-tiba ini. Dan sesaat lepas itu terasa dahinya dikucup lembut.

"Abang tetap sayangkan isteri abang."


Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya