Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 3

ARMELL duduk bersandar dikepala katil sambil matanya tidak lepas merenung ke arah almari yang luas bukaan pintunya. Satu keluhan kecil kedengaran.

"Lah, Mell... Kenapa tak siap lagi?" soal Bella yang sudah tercegat dihadapan pintu bilik.

Seperti biasa, Bella mengenakan Bodycon Dress apabila ingin ke kelab malam yang menjadi tempat kebiasaannya. Sama juga seperti Armell. Pakaian itu tidak akan disentuh jika waktu itu adalah waktu mereka ke kuliah. Jika tidak, pakaian itu lah menjadi pakaian rutin harian mereka. 

"Aku tak ada baju lah."

Bella toleh memandang ke arah pintu almari yang terbuka luas. Laju langkah diatur ke arah almari pakaian itu. Tangannya lincah saja membelek baju-baju milik Armell yang sedang elok tergantung.

"Yang ni cantik, Mell." ujar Bella seraya menarik sehelai Bodycon Dress dari almari pakaian tersebut.

Armell mencebik dan menggeleng. Cantik bagi Bella, tapi tidak baginya. Dah naik bosan dia tengok semua itu. Semua yang ada kat dalam almari tu, semua dia dah selalu pakai. Yang paling parah, pergi club pun dia dah rasa jemu bapak bin jemu dah.

"Ye eh? Jap ek..." Bella menggantung semula Bodycon Dress pilihannya tadi dan mula mencari baju yang lain. Bersungguh-sungguh dia pilihkan baju untuk Armell sedangkan Armell tiada selera langsung untuk menari terkinja-kinja pada malam ini. Tak ada mood.

"Tak payah lah Bella... Lagipun aku rasa aku tak pergi kut party malam ni. Takde mood lah."

Terhenti tangan Bella yang sedang lincah memilih baju. Terus kepala ditoleh memandang Armell.

"Mell, jangan lah macam ni. Geng kita dah tunggu kat sana. Kan kita dah janji nak enjoy sama-sama malam ni." pujuk Bella.

"Kau pergi aje lah. Aku tak halang pun kalau kau nak pergi. Kau pun dah siap cantik-cantik macam ni. Tengok aku, baju pun tak pilih lagi."

"Tak best lah macam ni Mell. Haritu elok je kau enjoy menari sampai tak ingat dunia apa semua. Kenapa harini macam ni pulak?"

"Kan aku dah cakap, aku tak ada mood. Kau faham tak malam ni aku takde mood nak berseronok?"

"Sejak bila pergi party nak kena ikut mood ni, Mell?"

Armell merengus perlahan. Tak faham-faham bahasa betul budak ni. Apa yang special sangat party malam ni? Getus hatinya.

"Mell, rugi besar kalau kau tak join malam ni tau. Ramai pakwe yang ada. Bukan student sini-sini tau. Yang datang ni confirm kau memang tak pernah tengok punya. Mell, jom la Mell. Please..." Bella seperti cuba menduga Armell.

Armell tarik senyum herot. Mendengar kata-kata Bella buatkan hatinya melonjak kembali ingin ikut bersama.

"Sounds interesting..."

"Memang menarik, Mell! Pakwe-pakwe kali ni bukan calang-calang orang tau. Body masing-masing cantik beb. Berketul-ketul macam Zul Ariffin, fuh! Tapi muka tak payah cakap, jauh lagi hensem dari Zul Ariffin pun ada kalau kau nak." bersungguh-sungguh dia bercerita sehingga tak tersedar Armell sudah berdiri di hadapan almari pakaian.

"Kau cakap yang ni cantik kan?" soal Armell sambil memegang Bodycon Dress pilihan Bella tadi.

Laju Bella mengangguk.

"Ini lah Mell yang aku kenal. Armell yang aku kenal mana boleh berkurung dalam bilik macam tadi. Yang aku tahu, Armell dan clubbing memang berpisah tiada. Lagipun, mana pernah lelaki yang tak nak kat kau? Tak ada, memang tak ada. Betul tak?"

Armell hanya tersengih apabila dipuji Bella sebegitu.

"Diorang datang dari mana?" soal Armell ingin tahu. Kalau lelaki dekat sini dah bosan dia menghadap.

"Neddy cakap mostly dari Perth. Sebab Neddy ramai geng dekat sana. Entah, aku pun tak tahu."

"Perth? Apa yang jauh sangat si Neddy tu bergaul? Aku rasa Melbourne ni dah cukup besar kalau nak cari pakwe body berketul pun. Hebat betul dia."

Bella tergelak kecil. Liptint yang sudah dikenakan pada bibir diratakan.

"Macam kau tak kenal Neddy orang yang macam mana?"

"Tapi tak boleh nak lawan lah dengan anak Tan Sri yang sorang ni! Baru tunjuk muka, pakwe dah beratur panjang. Tak tunjuk lengan lagi tu." sambung Bella lagi.

"Tau takpe." Armell bersetuju dengan kata-kata Bella.

PANG !

"Mell! Apa ni?" soal Neddy cemas apabila rakan lelakinya itu sudah terteleng kepalanya dek tamparan padu Armell.

"Don't you dare do that to
me! It's annoying and rude! Bastard!" tengking Armell kepada lelaki yang dikenali sebagai Pietro itu.

Tanpa berlengah, sling bag berjenama Gucci miliknya dicapai lalu kakinya laju melangkah keluar dari situ.

"Mell! Mell!" jerit Bella sambil mengikuti langkah Armell yang semakin laju.

"Mell tunggu!" jerit Neddy pula.

Armell pantas berpusing. Anak matanya tajam merenung ke arah Bella dan seterusnya Neddy. Nafasnya berombak menahan marah dek perbuatan biadab lelaki tadi.

"You cakap dekat member you yang tak ada akal tadi tu, kalau nak lempiaskan nafsu, bukan dengan aku! Suruh dia cari perempuan yang sebangsa dan seagama dengan dia! Faham?" hambur Armell sambil jarinya menunding-nunding ke arah kelab malam yang baru dijejakinya tadi.

"Beb, dah namanya mat salleh. Mana lah dia tahu kau ni jenis yang macam mana. Dah budaya dia memang macam tu." tukas Neddy.

"Masalahnya, tempat yang kita pergi ni, ada peraturan dia! Peraturan dia, menari, santai-santai, ataupun minum saja. Itu pun aku tak teguk benda haram tu. Tapi mamat tu dah biadab dengan aku!"

Bella mengeluh. Tak jangka ini pula yang akan berlaku. Neddy pun satu hal, beragak la pilih member pun.

"Kalau tak nak kena sentuh, jangan jejak lagi tempat-tempat macam ni." ujar satu suara dari belakang.

Pantas Armell berpaling. Termasuk Bella dan juga Neddy.

"You buat apa kat sini?!" soal Armell terus.

"You tu, buat apa kat sini?" soal Hayy Mikael semula.

"I punya suka lah nak buat apa pun kat sini. Yang you sibuk tu kenapa?" balas Armell kasar.

"So, I punya suka jugak lah nak buat apa pun kat sini."

"You boleh berambus tak? I rimas lah." marah Armell. Kehadiran lelaki ini buatkan kepalanya bertambah serabut.

"Tak. Sebab I nak cakap dengan you."

"Cakap apa?!"

"You datang kat tempat macam ni, setan bersepah. Lepas tu you nak menindakkan keinginan lelaki? Lelaki tak ambik kesempatan? Bukan lelaki lah namanya." kata Hayy Mikael sambil tersenyum penuh makna.

"You yang cari nahas pergi tempat-tempat yang macam ni, lepas tu bila benda buruk terjadi dekat you, you nak melenting pula. Kenapa? You ingat tempat yang you jejak tadi masjid?" provok lelaki itu lagi.

"Can you just stop it?" pinta Armell perlahan.

Hayy Mikael menggeleng laju.

"No, I can't. Selagi you jejak tempat-tempat bodoh macam ni, I takkan berhenti."

"You siapa? You siapa nak halang-halang I buat itu ini? Mak bapak I pun tak pernah larang I inikan you?"

"Sebab mak bapak you tak pernah melarang lah, I yang larang." jawapan selamba Hayy Mikael selalu membuahkan rasa sakit dihati Armell.

"Ingat Mell, you perempuan. Maruah you hanya satu. Hilang sekali, you akan merana seumur hidup. Percaya lah cakap I."

Wajah lelaki itu Armell renung tajam. Sementara Hayy Mikael pula hanya beriak selamba. Dia tau, dari lirikan mata pun dia dah tahu perasaan marah membuak-buak Armell terhadap dirinya.

"Jaga mulut you..." ujar Armell dengan suara bergetar. Jari telunjuknya ditunding rapat pada wajah Hayy Mikael. Tak cakap banyak, kakinya terus dihayun laju pergi dari situ. Panggilan Bella dibelakang sudah tidak dihiraukan.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya