Home Novel Cinta Abangku, CEO Sengal! a.k.a (Suamiku CEO)
Abangku, CEO Sengal! a.k.a (Suamiku CEO)
Mastura Abdullah
14/3/2014 15:43:33
1,168,362
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 16

16

IZZUL Haq tiba di perkarangan Litar Subang pada jam sembilan pagi. Seperti yang dimaklumkan dalam mesyuarat akhir minggu lepas, mereka yang terlibat dengan pelancaran Porche 2014 911 Targa 4 dan Targa 4s akan berkumpul di litar tersebut pada pukul 8.30 pagi.

"Bos, dah lama sampai ke?"

Sapa Shahrul apabila mendapati Izzul Haq sudah berada di sisinya. Dia yang sedang mengawasi pemasangan khemah tetamu jemputan mengalih tumpuan ke arah Izzul Haq buat seketika.

"Baru aje. Mana yang lain? Saya tengok ada berapa ketul aje ni."

"Apa yang ketul?"

"Ketul lah, penjodoh bilangan bagi staf yang komited macam awak. Yang lain mana? Tak sampai lagi?"

Jelasnya bersahaja, kemudian mengulang kembali soalan yang menjadi tanda tanyanya sejak tadi.

"Bos ni perli ke apa?"

"Emm, ada yang belum sampai, ada yang tengah makan, ada yang buat kerja! Yang pergi toilet pun, mungkin ada kot!"

"Kumpul semua. Saya nak jumpa dalam masa setengah jam lagi."

Arahnya selamba sebelum meninggalkan Shahrul terpinga-pinga di situ. Matanya melilau ke kiri dan kanan, tajam mencari sasaran. Kemudian, dia terlihat seorang lelaki tua sedang mengangkat besi bagi mendirikan khemah. Simpati melihat keadaan lelaki tua yang pada firasatnya seusia dengan ayahnya, Izzul Haq mendekati namun panggilan Sheena membantutkan niatnya.

"Yes, Sheena! How can I help you?"

"Ada wartawan nak jumpa bos."

"Eh, bukan you dah arrange PC?"

Soalnya kembali.

"Memang tapi ni wartawan dari majalah hiburan."

Jelas Sheena, merungkai sedikit pengenalan diri wartawan tersebut. Izzul Haq menanggalkan cermin mata hitamnya. Sedikit maklumat yang disampaikan oleh Sheena sudah cukup untuk menjadi bekalan buatnya. Dia berjalan ke arah wartawan tersebut dengan diiringi oleh Sheena.

"Selamat pagi Encik Izzul. Saya Syahira dari Unit Hiburan akhbar Edisi Harian dan ini jurugambar kami, Encik Syafiq."

Kata Syahira memperkenalkan diri. Izzul Haq mengangguk. Dia menyambut tangan yang dihulur Syafiq bersama senyuman yang dilorek ringkas.

"Ada yang boleh saya bantu?"

"Tentu sekali. Kami datang ke sini sebab nak menemuramah Encik Izzul. Boleh kita duduk di sana?"

"Puan atau cik?"

Wanita yang memperkenalkan diri sebagai Syahira, senyum malu. Dia menundukkan kepala sebelum menjawab soalan itu.

"Cik."

"Emm, Cik Syahira. Maaf kalau jawapan saya bakal mengguris perasaan Cik Syahira tapi saya tak punya masa untuk ditemubual. Lagipun, saya tiada kaitan dengan artikel hiburan yang Cik Syahira dan kawan-kawan perjuangkan."

Balas Izzul Haq serta-merta. Barangkali kasar, namun dia tidak ingin menjadi objek sasaran yang boleh melariskan perniagaan mereka.

"Oh, kalau begitu, saya boleh buat temujanji dengan Encik Izzul di lain hari? Ianya tentang Majlis Pelancaran Porsche ini juga."

"Jika ia berkenaan kerja, saya terima, tapi Cik Syahirah dipersilakan membuat temujanji tersebut dengan Cik Aina di lain masa. Saya minta diri dulu."

Ujarnya, masih berhemah. Dia kemudian berjalan meninggalkan wartawan tersebut tetapi tidak lama. Namanya dipanggil lagi. Izzul Haq lantas menoleh ke belakang.

"Err, boleh saya bergambar dengan Encik Izzul. Saya minat Encik Izzul sejak dulu lagi?"

"Dulu lagi?"

"Iya, saya pernah berada di majlis pelancaran Alpha Romeo dua tahun lepas. Juga pernah berada di Malam Amal Aidilfitri The Speeds setiap tahun. Saya sangat mengagumi peribadi Encik Izzul. Kalau Encik Izzul sudi meluangkan sedikit masa untuk bergambar, saya amat menghargainya."

Jelas Syahirah. Izzul Haq terkedu. Di saat dia memberi layanan kasar, Syahirah memperkenalkan diri, yang mengaguminya semenjak dua tahun yang lepas. Sumpah, dia tidak pernah perasan keberadaan Syahirah di mana-mana kerana tetamu yang datang untuk setiap majlis yang disebut itu bukan sedikit, sehingga dia boleh mengecam mereka satu per satu, melainkan mereka memperkenalkan diri. Syahirah masih menanti jawapannya.

"Terima kasih. Mari kita bergambar di tempat yang lebih terbuka."


"HI handsome!"

Sapa seseorang, hampir berbisik di telinganya. Suara itu begitu lunak, seakan-akan mahu menggoda. Izzul Haq berpaling apabila mendapati seorang wanita dengan skirt di atas lutut berdiri begitu dekat dengannya. Tubuhnya meliuk lentok seperti sotong tidak bertulang.

Alahai perempuan! Bahasa badanmu begitu mudah diterjemah namun aku bukan lelaki gelojoh.

"Hi...gorgoeus!"

Balasnya, teragak-agak lantas berundur setapak. Perempuan yang disapa cantik itu ketawa kecil. Barangkali itulah Putri Ariyana yang disebut-sebut oleh staf mereka. Dia begitu bergaya penuh pesona. Izzul Haq mempersiapkan diri.

Dalam masa lebih kurang tiga puluh minit lagi, mereka bakal 'beraksi' di atas litar. Bukan untuk berlumba apatah lagi menunjukkan kehebatan dan skil memandu namun itu adalah gimik sempena pelancaran sebuah kereta mewah jenama terkenal dunia, iaitu Porsche 2014 911 Targa 4. Justeru, dia 'dikurung' bersama-sama seorang wanita jelita yang dikhabarkan oleh stafnya sebagai seorang selebriti terkenal Malaysia.

"You, gorgeous tu hanya sebutan di mulut ke?"

"If not?"

"You step backward. Ada apa-apa yang kurang pada I ke?"

Tanya Putri Ariyana melangkah setapak lagi ke hadapan. Kali ini wajah mereka hampir bertemu namun Izzul Haq pantas mengelak. Dia memegang kerongkong sebelum melepaskan batuk yang sengaja dibuat.

"Perfect. Just like the car."

"Excuse me!"

Sambungnya lantas mengambil jaket kulit berwarna hitam sebelum menyarung ke badan namun tindakannya dihentikan oleh Putri Ariyana. Izzul Haq lantas berpaling ke arah Putri Ariyana. Apa lagi agaknya?

"I boleh tolong you."

Putri Ariyana tersenyum sebelum membantunya menyarung jaket itu. Izzul Haq tergamam sebelum pintu bilik itu ditolak seseorang. Mereka berdua pantas berpaling. Hakimi berdehem apabila terlihat adengan mesra antara uda dan dara itu.

"So guys, let's go to the car. They are waiting for you."

Ujarnya. Putri Ariyana melorek senyuman sekali lagi sebelum menyarung jaketnya pula.


"BOLEH tahan jugak Putri Ariyana ni."

Ulasnya hampir tidak kedengaran seraya memberhentikan Audi kesayangan di sebelah Porsche yang bakal dipandu Putri Ariyana. Kemudian, terdengar bunyi desing sebelum suara Kevin muncul di antaranya.

"Ready guys."

Suara Kevin kedengaran dari earphone yang dipasang di telinganya. Kemudian, menyusul satu lagi suara lunak di telinganya.

"Are you ready, honey?"

"Of course I am."

Jawabnya, yakin.

"Remember apa yang I dah briefpada both of you. Satu pusingan sahaja and Putri, stop your car at the stage.Bos, your car is not on the stage. They will guide you to park the car near the stage. Is it clear?"

"Got it!"

"Crystal clear."

Balasnya pula, bersedia untuk memandu. Kakinya sudah berada di atas pedal minyak, menunggu masa sahaja untuk menekannya.

"Okay guys, five, four, three, iklan kejap...owh Ipulak yang nervous,"

"Hoi, main-main, ya!"

Marah Izzul Haq, tertekan dengan lawak jenaka Kevin di saat genting seperti itu.

"Ha ha ha."

Suara Putri Ariyana pula kedengaran.

"Okay continue, two, one, goooooooooooo!"

Jerit Kevin, menyebabkan dia menekan pedal minyak, pantas sebelum mencapai kelajuan yang telah ditetapkan kumpulan pelepas. Putri Ariyana juga barangkali begitu kerana seperti dalam pelan mereka, Audi mengiringi Porche 911 Targa 4s dari sebelah kanan dan dia sedang mengikuti pelan itu dengan keyakinan tinggi.

"Bos memang membanggakan!"

Suara Kevin kedengaran ketika dia sedang fokus memandu. Bukan itu yang disasarinya. Dia inginkan majlis itu berjalan seperti yang telah mereka rancangkan. Ketika kereta mula memasuki perkarangan stadium, kerlipan cahaya berkelip-kelip menghala ke arah mereka.Suara Putri Ariyana pula kedengaran.

"Proud of you Mr. CEO!"

Izzul Haq tersenyum, terus memandu Audi kesayangannya menuju ke arah pentas penamat yang menyerlah dari jauh.


BEBERAPA naskhah akhbar diletakkan di hadapannya oleh Aina. Izzul Haq mengangkat muka, tidak perasan akan kehadiran Aina di dalam biliknya. Baru hendak membuka mulut, telefon bimbitnya berdering lagi. Semenjak tiba di pejabat, dia tidak putus-putus menerima panggilan telefon untuk mengucapkan tahniah kepada dirinya yang berjaya menjadikan majlis pelancaran Porche 2014 911 Targa 4 berjalan dengan penuh meriah.

"Kejap ya, Aina."

Katanya, mengangkat tangan untuk meminta Aina tunggu.

"Hello, yes speaking. Alhamdulillah, It's about teamwork Dato'. I have great number of staff that willing to work in a team. That helps me so much. Thank you so much for your support. Yes, yes. Thank you Dato'. Waalaikumussalam."

"Tak daya dah saya nak jawab call. Lenguh dah tangan ni."

Omelnya lantas meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Aina yang mendengar keluhan itu ketawa cuma.

"Kenapa awak suka?"

"Siapa suruh bos jadi bos? Successful lagi. Ambillah cabaran yang tak seberapa ni bos."

"Lancarnya mulut awak."

Tegur Izzul Haq lantas mengambil akhbar yang paling atas untuk dibaca. Teringat akan Aina yang masih teguh berdiri di hadapannya, Izzul Haq mengangkat kembali mukanya.

"Bukan selalu, lagipun saya orang paling hampir dengan bos. Kalau saya tak tegur, siapa lagi? Tapi kenapa bos lambat hari ni? Lambat bangun ke?"

"Saya balik rumah papa, breakfast dulu di sana."

"Oh, okay. emm...pukul 12.00 nanti bos ada lunch appointment dengan lembaga pengarah dan wakil Persatuan Automotif ASEAN tau."

Beritahu Aina selepas menyelak diari kerja Izzul Haq. Izzul Haq mengangguk. Ingatannya terus melekat pada pesanan Dato' Zawawi semalam.

"Lagi?"

"Tak ada. Itu sahaja untuk hari ni."

"Err, bos!"

Panggil Aina, kembali berpusing menghadap Izzul Haq. Aina seperti ingin menyatakan sesuatu tetapi mulutnya masih berkunci.

"I'm waiting."

"Bos nampak mesra bergambar dengan Putri Ariyana. Ada apa-apa ke?"


IRIS Suhayla menyelak akhbar tempatan yang diberikan oleh Siti Hajar sebentar tadi. Katanya, tolong pegang sementara dia membeli pisang goreng. Sesekali dia mengangkat kepala, meninjau kelibat Siti Hajar. Kemudian, tertangkap dek matanya mesin air batu.

"Lamanya tak makan cendol."

Omelnya sebelum mengambil keputusan untuk mematikan enjin kereta. Siti Hajar yang sedang berjalan menuju ke arah kereta dipanggilnya.

"Jom pekena cendol!"

"Kau belanja?"

Tanya Siti Hajar, mengusik. Iris Suhayla mengangguk tanpa banyak bicara. Manakan tidak, perutnya sudah menyanyi beberapa lagu. Apa sahaja yang diminta, pasti dia akan menurut dengan mudah.

"Adik nak makan apa, ya?"

"Cendol satu."

"Apa pulak satu. Tadi kata nak belanja, tigalah!"

Sampuk Siti Hajar, tidak berpuas hati dengan pesanan Iris Suhayla. Teman serumahnya ketawa sahaja.

"Kita berdua, satu lagi untuk siapa?"

"Aku jugaklah. Aku memang suka makan cendol. Lagipun orang belanja, takkan makan sikit."

"Okay kak, cendol tiga, saya nak makan rojak mee campur ayam, Siti, kau order kau punya, ya? Aku tak tahu kau nak makan apa."

"Rojak mee campur ayam dua."

Pesan Siti Hajar pula. Iris Suhayla ketawa, gelihati dengan sikap Siti Hajar yang makan hendak sama dengannya.

"Kenapa tak makan benda lain?"

"Saja."

Balasnya selamba. Kemudian, suasana kembali sepi. Sementara menunggu pesanan tiba, mereka berdua menikmati bayu laut yang menyapa diri. Iris Suhayla mengambil akhbar yang terselak di atas meja mereka. Apabila dibuka satu halaman, matanya cuba mengecam wajah yang terpapar di dada akhbar itu. Seakan wajah tunangnya, Izzul Haq namun Iris Suhayla tidak yakin lantas dilirik pula matanya pada tajuk berita itu.

"CEO The Speeds Kemudi Pelancaran Porsche 911 Targa 4 dengan Jayanya."

Iris Suhayla membaca tajuk berita tersebut perlahan namun tertangkap juga dek telinga Siti Hajar.

"Apa yang kau baca tu?"

"bla, bla, bla, bla...Izzul Haq Dato' Izhar selaku CEO The Speeds (gambar) berkata bahawa kelainan yang dibawa dalam pelancaran model baharu Porsche adalah hasil idea kreatif kakitangan The Speeds. Berikutan kejayaan majlis pelancaran tersebut, 8 buah kereta Porsche telah ditempah selepas pelancarannya dan bakal tiba di Malaysia pada pertengahan bulan Jun nanti."

Iris Suhayla membaca perlahan selepas matanya terhenti pada maklumat penting yang ingin dicari disebalik berita tersebut. Berita itu membuatkan dadanya berdetak kencang secara tiba-tiba.

"Beliau telah memandu sebuah kereta mewah Audi R8 milik sendiri, mengiringi Porsche 911 Targa 4s baharu yang dipandu pelakon jelita, Putri Ariyana sejauh dua kilometer sebagai gimik pelancaran."

Matanya kemudian melirik pada gambar utama berita tersebut. Izzul Haq berdiri di samping Putri Ariyana dan beberapa lelaki dengan berlatar belakangkan kereta Porsche itu.

"Siapa Izzul Haq ni?"

Tanyanya sendirian. Siti Hajar yang sedang menyuap sesudu demi sesudu cendol yang dipesan tadi, tertarik dengan reaksi Iris Suhayla terhadap berita tersebut. Siti Hajar menjenguk tajuk berita yang dibaca Iris Suhayla.

"Lah, takkan kau tak kenal? Izzul Haq tu pemilik syarikat kenderaan mewah kat Malaysia. Macam Porsche, Lamborghini, Austin Martin. Jutawan tu! Handsome, kan?"

Terang Siti Hajar, menjawab soalannya dalam satu nafas. Iris Suhayla mengangkat mukanya, tercengang dengan jawapan Siti Hajar.

"Macam mana kau kenal dia?"

"Gila ke apa kau ni? Siapa tak kenal dia? Anak muda Melayu yang paling berjaya dalam Malaysia dan diimpikan semua perempuan."

"Termasuk kau?"

Tanya Iris Suhayla, membuatkan Siti Hajar ketawa. Dia menjawab dalam senda.

"Kalau ada peluang, apa salahnya, kan?"

"Tak payah aku kerja kalau dapat suami kaya. Duduk goyang kaki aje kat rumah. Yang kau tertarik sangat baca berita dia kenapa? Mesti kau pun tertarik dengan dia, kan?"

"He looks so familiar. Aku rasa dia yang duduk sebelah aku dalam flight dulu."

Jawab Iris Suhayla, setelah mendapat kekuatan untuk bercerita, tetapi sedikit sahaja. Sebahagian besarnya, biar dia selidiki terlebih dahulu.

"Bila?"

"First time ke Labuan."

Jawab Iris Suhayla, sengaja memancing reaksi Siti Hajar.

"Habis kau tak bersembang dengan dia ke?"

"Tak ada. Dia mintak minyak angin aje dengan aku."

"Habis tu?"

Tanya Siti Hajar. Bulat mata sahabat itu memandangnya, seakan tidak percaya akan ceritanya.

"Habis tu? Habis tu, aku bolayanlah. Aku ingat dia yang saja nak jual minyak."

Cerita Iris Suhayla, teringat kembali akan memori mereka. Namun cukup sekadar itu. Bukan kenangan itu yang hendak diceritakan. Dia sebenarnya ingin membongkar misteri tunangnya yang bernama Izzul Haq.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.