Home Novel Cinta ku akan menjagamu cinta
ku akan menjagamu cinta
aisyahannuar
5/4/2014 21:24:16
47,004
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 3

Aiman ashraff tercenggang, kelu seketika mana tidaknya penampilan anita pagi itu amat luar biasa dengan kebaya merah dan berkain songket.aiman ashraff tersenyum “anita awak cantik nak kemana dating ke?” soal aiman ashraff . anita menjeling “ya ada dating dekat hotel mewah lagi.”jawab anita . Aiman ashraff hanya tersengih “sejak bila anita ni ada boyfriend kena siasat ni.”

Suasana hotel grand mega sungguh menenangkan pilihan warna yang menarik membuatkan hati dia tenang “mana budak ni.”pantang betul orang yang buat dia menunggu ni.tidak lama kemudian muncul seorang lelaki berkaca mata hitam kacak bergaya “emm boleh tahan.”

“puan, saya hisham penyiasat peribadi , this my card.”anita mengambil kad yang dihulurkan “hisham bin nordin.”anita segera memerhati takut diperhati “ni orangnya saya mahu awak siasat perempuan ni bab duit jangan bimbang.”dihulurkan sekeping gambar.

Mustakim berasa sangat letih sangat hari ini,baru hendak merehatkan badan sebuah panggilan mematikan niatnya. “apa, mastura pengsan.”

Mastura terkejut dia berada dibiliknya ,dilihatnya wajah cemas mama dan mustakim juga ada di biliknya setahunya di dapur sedang mencuci mug .mama memegang erat tanganku seeratnya “mas, tadi mas pengsan mama risau sangat mas sebab tu mama cepat cepat call mustakim.”

Mustakim sempat juga membebel “awak tahukan awak kan saya sayang awak sangat , kenapa awak degil sangat.”dilihatnya mastura buat tidak tahu sahaja “awak tahu ,awak ada penyakitkan.”mastura hanya diam “saya tahu jaga diri saya.”mastura cuba membela diri

“awak tahu tak barah hati tu penyakit biasa je, awak tidak kasihankan mama ye dan tidak sayangkan saya lagi.” Bebel mustakim bercampur risau dan sedih dipegangnya tangan mastura

Mastura tahu penyakit yang baru dikesannya minggu lalu .hampir pitam apabila diberitahu dia menghidap penyakit barah hati patutlah badan terasa lemah sangat baru baru ini dan tidak lalu nak makan “ya allah dugaan apakah ni.”

Sepatutnya dia harus berjumpa dengan aiman ashraff petang itu, tentu aiman tertunggu dirinya dicapai telefon bimbitnya

aiman ashraff kecewa dan hampa baru dia gembira apabila mastura mahu berjumpa dengan dia "tak pe ashraff sabar ye ."

anita duduk didapur menghirup secawan kopi “aku lakukan semua untuk kau aiman ashraff aku sayangkan kau aku takut kehilangan kau.”

Mustakim sudah berbincang dengan doktor safiah tentang penyakit mastura hanya pembedahan perlu untuk menyelamatkan nyawa mastura.kepalanya berdenyut memikirkan sesuatu “siapa yang sanggup derma hatinya pada mastura?”kalau ada sesuaikah hati tersebut dengan mastura

Mastura sedar yang dia terlalu menyusahkan mustakim “awak, saya tak nak buat pembedahan tu.”

Mustakim terkejut “tidak mastura, awak jangan putus asa.”pujuk mustakim “saya sayangkan awak, sehingga hujung nyawa”

Mastura terkedu , sedih tapi bolehkah dia mengembirakan hati orang yang dia sayang jika ajal menjemputnya dulu terlalu banyak hendak dilakukan “saya takut awak.”

Previous: bab 2
Next: bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.