Home Novel Cinta HER COFFEE
HER COFFEE
Hannaz
31/1/2021 23:28:18
17,861
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Bougainvillea Cruise

AMAYA liarkan pandangan ke sekeliling bilik rehat yang agak kecil tetapi mewah itu. Lebih tepatnya, kabin istirehat untuk staf-staf yang terlibat dengan acara launching malam ini.

"Best tak, Azim?" Amaya pusingkan kepala agar menghadap Azim di sebelahnya. Pintu kabin sudah ditutup rapat dan kini, dia hanya berdua dengan Azim di dalam bilik.

"Best gila, mak su!" Azim terjerit seronok sebelum terus melempar tubuh ke atas katil queen di tengah bilik. Terus tubuh kecilnya digolek-golekkan di dalam kelembutan comforter berwarna coklat itu.

Amaya tergelak. Punggung dibawa duduk di birai katil. "Ini baru tengok bilik. Malam nanti, mak su bawa Azim tengok langit malam. Tengok laut sekali."

Terus Azim menegakkan tubuh di tengah katil. Mata bundarnya memandang Amaya penuh teruja. "Ya ke? Boleh tengok? Bukan mak su kata ada kerja?"

Amaya kerling jam tangannya sekilas. Ya, sekarang memang dia ada kerja yang perlu diselesaikannya.

"Mak su memang ada kerja. Lepas ini, mak su kena pergi somewhere dengan pekerja-pekerja mak su. Malam nanti pun, mak su ada kerja juga. Tapi, lepas habis kerja, mak su bawa Azim tengok laut dengan langit."

"Tak sabarnya, mak su!"

Amaya ketawa lagi. Dah lama tak tengok Azim teruja begini. Kepala Azim diusap lembut sebelum tangannya mencapai beg tangan lalu dua keping pas dikeluarkan dari situ. Salah satu pas itu dikalungkan ke leher Azim.

"Okey, ini pas Azim. Tak boleh tanggal, tahu? Kalau tanggal, nanti dia suruh turun dari kapal ini." Sengaja Amaya menakutkan. Dan apabila Azim mengangguk polos, Amaya tergelak. Budak-budak, kalau tengah seronok, bukan main patuh!

"Jom, kita solat dulu. Lepas itu, mak su bawa Azim makan then kita pergi tempat kerja mak su. Okey?"

Azim pantas menabik tangah di dahi. "Yes, ma'am."

Dan sekali lagi, Amaya tergelak.



BEBERAPA balang kaca berisi cawan kopi dialihkan satu-persatu dan disusun dengan kemas di sudut booth kecil berwarna coklat itu. Kemudian, matanya memberi isyarat kepada pekerja-pekerjanya yang lain supaya menyusun sepuluh buah mesin kopi yang berbeza fungsi di atas kaunter itu.

Kemudian, mata tunduk mengerling jam tangan sendiri pula. Hampir pukul tujuh malam. Lepas ini, dia perlu balik bilik semula untuk Maghrib dan turun semula untuk sesi majlis pelancaran malam nanti.

"Saya rasa saya kena gerak sekarang. Saya nak jemput Azim lagi ini di kids lounge."

Dek kerana dia tidak dapat membawa Azim masuk ke dalam hall semasa waktu persiapan, terpaksalah dia tinggalkan Azim di lounge kanak-kanak terlebih dahulu. Nasib baiklah anak saudaranya itu jenis yang tak banyak ragam. Senang nak dilentur.

Setelah mencabut apron di tubuh, Amaya pusingkan tubuh untuk berlalu. Namun, langkahnya pantas mati apabila seraut wajah muncul tepat di depan maya. Dan, ada senyuman segaris terukit di bibir itu.

"Encik Izz?" Spontan Amaya menyeru. Terkejut sebenarnya dengan kemunculan tiba-tiba itu. Lagi sejam kut acara nak mula. Takkan tak naik bilik untuk bersiap?

"Saya lambat ke?" tanya Izz.

Kening Amaya berkerut. Tak faham. "Lambat untuk apa? Tak ada apa pun yang dah mula. Acara mula lepas Maghrib, kan?"

"Dah lambat ke untuk saya pesan secawan kopi?"

Oh, nakkan kopi rupanya! Spontan, Amaya gelengkan kepala. "Kalau nak kopi, boleh saja. Nanti saya suruh staf buatkan."

"Kalau saya nak awak yang buat?"

Kening Amaya bertaut semula. "Ada beza ke saya yang buat dan staf lain yang buat?"

"Saya teringin nak rasa air tangan founder Her Cuppucino sendiri."

Spontan, Amaya rasa nak tergelak. Amboi, bukan main demand! Ingat senang-senang ke nak rasa air tangan dia? Dahlah dia nak jemput Azim pula lepas ini.

"Maaf. Saya ada hal."

"Saya bos, kan?"

Oh? Terangkat pula kening Amaya dengan soalan itu. Tangan spontan bergerak memeluk tubuh. Oh, nak main pangkat pula, ya?

Namun, niat hati yang hendak membidas pantas terhenti apabila mengenangkan waktu Maghrib yang bakal menjengah dan ada Azim yang perlu dikejar. Akhirnya, nafas pendek dihela bersama mata menilik jam tangan untuk sesaat. Sempat kut buat dalam masa lima minit.

"Yalah. Saya buatkan. Encik nak kopi apa?"

Amaya memusingkan tubuh untuk masuk semula ke dalam booth.

"Saya nak black coffee."

Dan, Amaya terus kaku. Langkah kaki terhenti di tengah jalan sebelum tangan dikepal erat. Geram pula dengan lelaki bernama Izz Ishraq ini. Tak faham Bahasa Melayu ke yang dia anti kopi hitam? Nak cakap bahasa apa lagi ini?

"Maaf. Saya tak reti sediakan black coffee." Senada suara Amaya berkata.

"Hanya bancuh kopi dan air pun, awak tak reti?"

"Saya tak minum kopi hitam, Encik Izz Ishraq." Kali ini, ayatnya ditekan sedikit. Rasanya, ayat yang satu ini dah berkali-kali diucap pada Izz walaupun baru beberapa kali bertemu. Lagi banyak diucap pada Izz berbanding orang lain.

"Saya tak suruh awak minum. Saya minta awak buatkan."

Amaya pejam mata untuk sesaat. Nafas ditarik dalam sebelum dihela panjang. Macam mana nak bagi kepala manusia yang satu ini faham yang dia tak suka kopi hitam?

Tak. Suka.

"Macam inilah, Encik Izz. Kalau Encik masih nakkan kopi hitam, saya suggest Encik minta staf saya yang lain buatkan. Kalau masih nak saya buatkan, Encik boleh pilih kopi lain." Tegas Amaya bersuara. Kalau nak dia juga yang buat, sebutlah apa jua jenis kopi. Semua boleh diterimanya.

Kecuali satu. Kopi hitam.

"Kenapa awak anti sangat dengan kopi itu?"

Sekali lagi, nafas dihela panjang. Menahan sabar. Kenapa banyak tanya sangat pengarah muda di depannya ini?

"Everyone have their personal preference, Encik Izz."

"But you seems to despite black coffee. Macam benci."

Tangan Amaya naik berpeluk tubuh. Sebelah kening dijongket tinggi. "Dan, kalau saya bencikan kopi sekali pun, apa kaitannya dengan Encik, ya? Saya bukan bakal bini Encik yang kena tahu kopi kegemaran Encik." Kali ini, bebelannya bertukar panjang.

Bukan niatnya nak biadab dengan lelaki yang membayaar gajinya hari ini, tapi tak pernah pula dia ada klien yang sangat banyak tanya sebegini. Kepoci sungguh!

Izz ketawa perlahan. Perubahan nada suara Amaya langsung tidak menjentiknya. Entah kenapa, hatinya sangat tertarik dengan sifat Amaya yang satu ini. Terlalu mudah 'terjentik' dengan kehadiran black coffee.

"Bukan sebab bakal bini. Tapi, sebab saya tertarik."

Sebelah kening Amaya terjungkit. Tertarik? Spontan, bibir tersenyum sinis. Baru beberapa kali berjumpa, dah tertarik. Pengarah muda di depannya ini kategori buaya ke?

"Ramai lagi yang tak minat kopi hitam, Encik Izz. Tak ada apa yang menarik atau istimewa pun."

"Tapi, awak pengasas kedai kopi. You know every kind of coffee, but how could you despise the mose basic one? The foundation of all the 'modern and modified' coffee."

Amaya diam.

Kalaulah soalan itu dapat dijawab dengan jujur, pasti sekarang juga dia berikan jawapan. Tapi, tak mudah. Ada benteng yang harus dipertahankannya. Benteng yang menjadi 'pagar' dirinya selama beberapa tahun yang lalu.

"Jadi, boleh saya tahu what kind of modern and modified coffee yang Encik nak? Last call. Encik nak saya buat kopi apa?" Soalan ditanya dengan nada tertahan. Kalau sekali lagi Izz sebut kopi hitam, memang sekarang juga dia angkat kaki dari sini.

Izz diam seketika. Wajah manis namun dingin itu direnung lama. Apa masalah Amaya dengan black coffee sebenarnya?

"Anything you would recommend? Ubah citarasa saya. Buat saya berpaling tadah dari kopi hitam."

Hah, kan senang! Cuba cakap macam itu dari tadi. Ini tak, nak juga buka pentas debat kopi di tengah-tengah alam ini. Kalau suruh recommend-kan kopi, memang sekarang juga dia boleh tolong pilihkan.

"Lungo?"

"Lung... what?" Kening Izz berkerut.

"Lungo." Amaya tekankan sedikit sebutannya sebelum kaki dibawa menghampiri kaunter kopi dam tangan mula cekap mencapai balang berisi biji kopi. Nak sediakan kopi untuk si pengarah muda ini.

Mata Izz pula ralit memerhati. Satu pun bahan-bahan membancuh kopi itu tidak dicamnya. Ada beberapa biji balang kopi, tapi dia tak nampak langsung apa bezanya. Hanya berbeza sedikit dari segi warna.

Apabila tangan Amaya mencapai sebalang biji kopi, pantas Izz bersuara. "Kenapa awak pakai biji kopi itu? Bukan biji dalam balang lagi satu itu?"

Spontan, tangan Amaya yang sedang mencedok sedikit biji kopi itu dibawa dekat kepada Izz. Nak buka sesi kelas biji kopi di waktu-waktu Maghrib macam ini.

"Ini biji kopi Robusta. Biji Robusta ini lebih pahit daripada Arabica, sebab Robusta ada lebih banyak kandungan asid klorogenik. Asid ini yang enforce a bitter taste on a coffee bean."

Tangan Amaya bergerak mencapai salah sebuah mesin yang ada di situ.

"Ini pula espresso machine. Masukkan biji kopi ini dalam bahagian yang dipanggil grouphead." Biji kopi yang disenduk tadi dimasukkan ke dalam bulatan grouphead itu sebelum tangannya menarik turun pemegang portafilter lalu dikunci pada kedudukannya.

"Ini proses grinding. Untuk haluskan biji kopi."

Izz mengangguk. Sempat tersenyum dengan mata mengerling Amaya yang ralit bercerita sambil bekerja. Rasanya, ini pertama kali Amaya bersuara tanpa dipintanya. Biasanya, hanya isu kerja sahaja yang boleh buatkan Amaya bercakap panjang lebar dengannya.

"Bila dah siap grind, kita flat-kan serbuk kopi halus tadi dalam portafilter. Ini namanya proses tamping." Sambil bersuara, tangan Amaya cekap bekerja. Serbuk kopi ditempa sehingga padat.

"Proses tamping ini tak boleh guna terlalu banyak strength. Dan, kedudukan tamper ini kena tegak 90 darjah. Kalau tak, tak jadi." Mulut Amaya rajin bercerita walaupun tanpa dipinta. Langsung tak sedar akan Izz yang kini ralit memandang wajahnya, bukan lagi kopi di tangan.

"Finally, pull your shot."

Satu butang ditekan dan air mula mengalir keluar dari corong mesin. Warna kecoklatan yang agak pekat. Dan, mata Izz pantas menangkap senyuman di bibir Amaya. Bagaikan berpuas hati dengan hasil tangan sendiri.

"Dah siap. Encik nak steamed milk?" Amaya mengangkat kepalanya. Cawan yang sudah berisi kopi dihulur pada Izz namun senyuman di bibir terus mati apabila mata mereka berlaga. Terikat untuk beberapa saat.

Sejak bila Izz pandang dia?

Spontan, liur ditelan. Dia terlalu banyak bercakap ke? Atau dia merimaskan si pengarah muda?

Cepat-cepat Amaya berdehem perlahan. Tubuh yang tadinya sedikit tunduk memandang cawan ditegakkan semula. Dada tiba-tiba berdebar, entah kenapa. Padahal bukan dia tak pernah buatkan kopi untuk orang lelaki. Pelanggannya bukan seorang dua. Tapi, beratus.

"Nak steamed milk tak?" Amaya ulang semula soalannya. Itu pun sedaya upaya suara dikawal agar tidak bergetar. Tak tahu kenapa dia perlu berdebar sangat dengan keadaan mereka sekarang ini.

"Sedap dengan steamed milk atau tak?" Izz bertanya dalam senyuman. Comel pula bila Amaya tak senang duduk macam ini. Bukan selalu dapat tengok.

Amaya gelengkan kepala. "Lungo biasanya tak ada steamed milk. Saya pilih Lungo untuk Encik sebab Encik sukakan black coffee. Lungo ini lebih kurang macam black coffee. Pahit."

Izz senyum lagi. Jadi, Amaya boleh sediakan kopi 'ala-ala kopi hitam', tapi bukan kopi hitam itu sendiri. Hmm, menarik.

Dalam senyuman, tangan Izz mencapai cawan kopi yang dihulur Amaya. Dibawa rapat ke hidung lalu dihidu sedikit. Sedap baunya.

"Berapa yang saya perlu bayar?"

"Tak perlu bayar. Saya belanja." Balang kopi disimpan semula sambil mata melirik Izz yang sudah menghirup sedikit kopi yang disediakannya tadi. Entah kenapa, tiba-tiba rasa suspense untuk tahu reaksi Izz. Tiba-tiba takut rasanya tak sedap. Padahal, selama ini bukan main dia yakin dengan air tangan sendiri.

Dan saat cecair Lungo itu menyentuh lidah, spontan dahi Izz berkerut sedikit. Ada satu rasa aneh mengecap tunas rasanya.

"Tak sedap ke?" Laju mulut Amaya bertanya. Tak sempat nak dikawal.

Izz menggeleng. "Bukan tak sedap. Taste new. Rasa yang baru bagi saya."

"The next sip will taste better. It always lilke that with coffee." Amaya mengangguk sekali untuk meyakinkan. InsyaAllah, sedap kalau Izz memang sukakan kopi pahit.

Izz senyum. "Rasa yang agak menarik, actually."

Amaya senyum pula. Dah agak dah. Siapa saja yang boleh tolak penangan kopi buatannya?

"Sama menarik macam tukang buatnya."

Terus termati senyuman di bibir Amaya. Mata kembali memandang Izz sebelum dia terkebil-kebil sesaat. Dia menarik? Again?

Dan saat ada senyuman terbentuk di bibir merah maskulin itu, wajah tiba-tiba terasa berbahang. Kenapa cara senyuman dan pujian dia ini lain macam aje? Isy!

"Err, kopi dah siap, kan? Saya ada hal ini. Saya minta diri dululah."

Enggan terus berlama-lama, pantas Amaya beralih dari kaunter kopi itu. Sempat hati membebel berkali-kali. Kenapa lain macam sangat kau kali ini, Amaya? Sebelum ini, dah beratus pengarah dan klien kau dah jumpa, tapi tak ada pula hati kau nak mellow macam jeli ini?

Namun, baru selangkah dia menjauh, suara garau itu kedengaran lagi.

"Tahu tak kenapa saya kata awak menarik?"

Spontan, Amaya telan liur. Tak tahu kenapa, tapi suara garau yang menyebut sebaris ayat itu bagaikan ada magis yang menghalang kakinya dari melangkah. Walaupun kepala sudah menyuruh memajukan tapak, namun kaki bagaikan tidak menerima impuls. Terus kaku.

"Sebab bila awak pandang kopi, mata awak bersinar. When your hands play with the coffee, you seems like you are in your very own world. Hilang dalam dunia sendiri. Dan, awak senyum. Senyuman paling ikhlas saya pernah nampak. Senyuman yang kecil, tapi ada. Hanya sebab secawan kopi. Sebesar ini effect kopi pada awak, kan?"

Tenang suara itu berkata, dan berjaya menghantar getaran di sekeping hati Amaya. Sungguh, dia tidak sedar langsung yang Izz ralit memerhati. Ya, dia akui dia mudah ralit semasa membuat kopi, tapi tak sangka pula sejauh itu Izz meneliti.

"Dan saya sedar satu benda. Awak, sangat cantik bila awak senyum."

Amaya kepalkan tangan dengan erat. Jantung semakin kuat memalu dalam dada. Dah serupa berpoco-poco di dalam. Silap hari bulan, mahu terkeluar dari rangka rusuk, dan bergolek jatuh ke tanah.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum."

Dan, Amaya terus melangkah. Boleh gila kalau terus mendengar. Kenapa sekuat itu effect ayat Izz Ishraq padanya?

I never had a thing for fairytales
Not really a believer
Small voice in the choir
Guess I never dared to know myself

Keep my heartbeat... quiet.


< Sneak peek cup 6 >

"Azim jarang bercuti?"

Amaya mengangguk perlahan. Pandangannya turut sama dilemparkan pada Azim.

"Sangat jarang. Boleh kira dengan sebelah tangan."

"Dan awak nak bawa dia tengok dunia?"

Amaya pantas mengiyakan. "Ya. Saya nak dia tengok dunia yang luas. Saya nak dia tahu yang dunia ini lebih dari apa yang dia tahu. Saya nak dia rasa apa yang saya tak sempat nak rasa. Saya tak nak dia lalui apa yang pernah saya lalui dulu."

Pantas mata Izz teralih semula kepada Amaya. Nampak gadis itu ralit memandang Azim. Bagaikan langsung tak sedar dengan apa yang terbit dari bibir sendiri. Pandangan itu tunak merenung si kecil berusia enam tahun itu.

"Apa yang awak pernah lalui dulu?" 

-------------------

Maaf atas kekurangan. Terima kasih baca :)) 

31/01/2021


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hannaz