Home Novel Cinta HER COFFEE
HER COFFEE
Hannaz
31/1/2021 23:28:18
17,860
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

AMAYA betulkan kedudukan sut yang tersarung di tubuhnya sebelum tangan naik membetulkan tudung pula. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali. Cuba menenangkan diri sendiri dan jantung yang sedikit berdebar.

Bukan selalu dia berdebar macam ini. Lima tahun dalam industri, Amaya akui dia sentiasa tenang dan self-composed. Dan itu jugalah salah satu sebab mengapa perniagaannya mudah berkembang. Orang selalu menganggap dia profesional dan komited dengan kerjanya.

"Cik Amaya nervous ke?" tanya Fatihah dari sisinya. Bibir naik mengenyih. Bukan selalu bosnya ini nak nampak berdebar. Biasanya, nampak macam yakin aje nak tackle semua orang dalam industri.

Amaya berdehem perlahan. "Empree Group. Bukan calang-calang." Amaya membalas senada. Ya, hari ini dia akan bertemu dengan pengarah Empree Group untuk berbincang soal usahasama yang dicadangkan syarikat itu tempoh hari.

Sekali lagi, Fatihah tersengih. Pertama kali rasanya Amaya tunjukkan emosi selain serius apabila berkaitan hal kerja.

"Cik Amaya ada kenal-kenal sesiapa dari Empree Group?"

Kening Amaya berkerut. "Mestilah tak. Kenapa? Awak ingat saya ini datang dari keluarga korporat? Family saya kenal family orang Empree macam dalam drama Melayu itu?" Sempat Amaya memerli. Hakikatnya, dia bermula dari bawah. Sangat-sangat di bawah. The lowest.

"Saya dengar orang yang kita nak jumpa ini single. Encik Ishraq, kan?" Suara Fatihah mula berubah teruja. Satu benda soal Amaya ini, walaupun dia jenis serius memanjang, tapi Amaya bukan kaki mengamuk. Kiranya, kalau dia nak bergurau, jaranglah Amaya nak tiba-tiba menengking dia. Setakat jelingan sahaja.

"Izz Ishraq." Amaya membetulkan. Ya, itulah nama pengarah muda syarikat ini.

"Oh, panggil Encik Izz, eh? Nama pun dah rasa handsome, kan?"

Amaya jungkitkan sebelah keningnya. "Awak pak tabib nujum ke? Boleh tilik dengan hanya nama aje?"

Fatihah sengih lagi. "Biasa, nama yang ada huruf Z ini, kacak orangnya."

Amaya julingkan anak mata. Statement yang sangatlah stereotaip. Habis itu, yang biawak hidup nama Azrul itu, kacak juga ke?

Tak sempat Amaya hendak bersuara, pintu lif terbuka dari luar. Pantas Amaya menegakkan tubuh dan beranjak sedikit apabila hampir enam susuk tubuh mula masuk secara serentak. Dahlah semuanya lelaki pula itu. Dan-dan, bau minyak wangi lelaki yang tajam mula menusuk hidung.

Amaya mengerut hidung. Dia paling tak suka bau perfume lelaki. Terlalu kuat dan tajam. Sampai dia rasakan baunya terlalu busuk. Akhirnya, wajah dipalingkan ke sisi. Menghadap wajah Fatihah yang juga sudah menghimpitkan tubuh pada dinding.

Kenapalah besar sangat badan lelaki-lelaki ini? Silap hari bulan, mahu penyet mereka jadinya di dinding ini.

"Fatihah, kita kena ke tingkat berapa ini?" tanya Amaya, dalam suara separuh berbisik.

"Hah, tingkat apa?"

"Isy, tingkat pengarah kacak yang awak cakap tadilah. Lama lagi ke?" tanya Amaya geram. Punyalah beriya bercakap soal lelaki bernama Izz Ishraq tadi, takkan dah lupa kut?

Spontan, Fatihah tergelak kecil. Lupa pula. "Tingkat 33, Cik Amaya."

Amaya kerling skrin LED pada dinding lif. Baru tingkat 10. Aduh, banyak lagi tingkat yang perlu dinaiki ini nampaknya.

"Cik Amaya tak tahan ke?" tanya Fatihah. Kasihan pula melihat wajah Amaya yang sudah berkerut-kerut itu. Soal yang ini, memang dia tahu Amaya tak gemar perfume lelaki yang terlalu kuat dan tajam. Sebab itulah, setiap kali stres, Amaya paling suka bau asap kopi. Katanya, dah macam aromaterapi.

Amaya angguk perlahan. "Bau perfume kuat sangat. Sesak nafas saya dibuatnya."

Amaya separuh berbisik tapi entah kenapa, sebaik sahaja dia selesai berkata, beberapa tubuh yang berada di hadapannya bagaikan beranjak sedikit. Macam dengar apa yang dibisikkannya. Terus Amaya berpandangan dengan Fatihah.

Takkan dengar kut?

Fatihah angkat bahu. Apa yang pasti, tubuh mereka yang tadinya terhimpit rapat pada dinding kini ada lebih banyak ruang untuk berdiri dan bernafas lancar.

Nafas dihela panjang. Baru terasa boleh bernafas walaupun masih sesak. Fatihah yang menyedari keadaan Amaya tergelak perlahan.

"Dugaan betul nak jumpa pengarah kacak itu, kan?" usik Fatihah.

Terus Amaya menjeling. "Make sure betul-betul kacak. Jangan sia-siakan usaha paru-paru saya ini bertahan dalam lif ini sepanjang 33 tingkat."

Fatihah ketawa lagi. Biasanya, orang poket tebal ini memang kacak. Bak kata orang, biar tak ada muka, tapi ada poket. Masalahnya, bosnya ini sendiri berpoket tebal. Peduli ke walaupun ada orang berpoket tebal di depan mata?

Dan dia sendiri tak pasti apa jenis lelaki idaman Amaya. Apa yang dia tahu sepanjang lima tahu bekerja dengan Amaya, bosnya itu memang single dan jarang sangat bercakap soal hubungan dan cinta.

Tapi, bila difikirkan balik, apa sangatlah yang dia tahu soal Amaya? Bosnya terlalu berahsia soal kehidupan peribadinya.

"Orang kaya, bos. Tak kacak pun saya tak kisah." Menyengih Fatihah dibuatnya.

Amaya menjulingkan mata. Walaupun tahu Fatihah bergurau, tapi gurauan sejenis itu tak berapa nak klik dengannya.

"Bos pula nak lelaki macam mana?" Sempat Fatihah bertanya. Tengah-tengah sesak dalam lif ini, takkanlah Amaya nak tiba-tiba mengamuk pada dia pula? Paling-paling pun, makan jelingan sinis aje. Itu pun, takkan mati dia dengan jelingan itu.

"Nak pondan. Senang saya nak handle."

Erk? Mati terus sengihan Fatihah. Po... pondan? Terus matanya memandang Amaya atas bawah. Aduh, high class begini, tapi taste ke arah... kunyit?

Amaya mengetap bibir. Geram. "Tak payah nak pandang saya macam itu, boleh tak? Jangan sampai saya ajak kekasih awak kahwin dengan saya untuk buktikan yang saya ini straight."

Terus Fatihah alihkan mata dari memandang Amaya. Sempat tangan naik menggaru leher. Itulah susahnya bila bercinta dengan kekasih yang bekerja di tempat sama. Tak habis-habis Amaya nak mengugut dengan ayat itu. Nasib baiklah Amaya jenis tak kisah pekerjanya bercinta.

"Bukan apa, Cik Amaya. Saya tak pernah nampak Cik Amaya dengan mana-mana lelaki."

Amaya angkat bahu. "Man is a turn off. Simple."

Aduh! Hampir Fatihah ketuk dahi sendiri. Gaya bercakap itu, mahu buat orang salah faham. Silap hari bulan, mahu orang fikir bosnya ini homoseksual.

"Cik Amaya ini, gaya bercakap macam orang nafsu songsang. Seram saya."

"Bukan saya yang nafsu songsang. Orang nafsu songsang yang suka saya."

Sekali lagi, Fatihah rasa nak tepuk dahi sendiri. Bosnya ini, bila malas nak melayan dia, mulalah keluar macam-macam dari mulutnya. Akhirnya, Fatihah tutup mulut sendiri. Takut kalau dia bertanya lagi lepas ini, Amaya buat gila dan mengaku dirinya pula yang songsang.

Majikannya ini bukan boleh percaya. Jenis tak kisah apa orang fikir dengannya. Haih, macam mana dia boleh bertahan dengan Amaya selama lima tahun ini pun, dia tak tahulah.




MENUNGGU di pejabat serba luas dan mewah itu buat Amaya rasa panas punggung. Jam di tangan sudah dikerling berkali-kali. Fatihah di sebelah pun dah nampak bosan menunggu.

"Kan saya dah cakap, lelaki ini memang sejenis turn off punya spesis. Setakat muka kacak, tapi lambat buat apa? Tak punctual langsung. Mentang-mentang dia duduk kerusi pengarah," bebel Amaya tak puas hati.

Fatihah hanya mampu menggaru leher. Nak bercakap lebih-lebih, dia sendiri tak pasti di mana Izz Ishraq yang akan ditemui mereka ini.

"Dia busy kut."

"Kalau dah set nak jumpa pukul dua, maksudnya dia kena pastikan jadual dia free pukul dua. Kalau busy, set hari lain yang tak busy," omel Amaya lagi. Geram betul. Dia sendiri tak pernah tak punctual. Satu benda yang dia belajar soal networking dalam industri ini, ialah hormati masa orang. Sebab kalau kita fikir kita sibuk, ada orang yang jauh lebih sibuk.

Fatihah hanya mampu mengangguk. Tak berani nak membantah.

Sehinggalah sesaat kemudian, pintu terbuka dari luar dan kedengaran derapan tapak kaki yang agak kalut menghampiri meja.

"Good evening, ladies. I'm so sorry for being late." Suara maskulin itu bersuara sambil bergerak ke arah meja kerjanya di mana Fatihah dan Amaya sudah menanti.

Spontan, mereka berdua bangkit sebagai tanda hormat untuk menyapa gerangan yang baru menapak masuk itu. Pandangan diangkat kepada empunya suara yang sedang mengukir senyuman itu.

Spontan, sebelah kening Amaya terangkat sebelah. Ini Izz Ishraq?

Okey, rasanya dia perlu akui yang pengarah muda ini memang nampak kacak. Tubuh tegap itu bersarung sut J. Crew Ludlow berwarna biru tua yang kemas membalut. Dan ada kemeja kelabu tersarung di bawah sut Italian itu bersama hujung lengan dilengkapi cuff link berwarna keemasan.

Naik ke wajah, matanya menangkap garisan rahang yang kukuh terbentuk di sisi wajah berkulit sawo matang itu. Bibir merah terbentuk dan hidung mancung meninggi.

Maskulin.

Ya, itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan auranya.

"Cik Amaya dan Cik Fatihah?"

Suara garau itu menyeru, membuatkan Amaya terus tersedar. Tekak cepat-cepat berdehem perlahan. Tak sangka dia boleh ralit merenung anak teruna orang.

"Ya, saya Amaya. Amaya Adzra."

"Maaf, saya lambat. Nama saya Izz Ishraq. Jemput duduk, cik Amaya." Izz hulurkan tangan untuk menjemput Amaya duduk dan apabila Amaya menoleh, keningnya berkerut apabila Fatihah sudah pun melabuhkan duduk di atas kerusi.

Pandang Izz semula, lelaki itu juga sudah duduk di kerusinya. Kemudian, baru dia tersedar yang hanya dia seorang yang berdiri.

Bila pula Fatihah duduk semula ini?

"Awak renung saya lama sangat, sampai terlupa nak duduk." Izz bersuara apabila menyedari reaksi Amaya. Bibir mengukir senyum tertahan. Bukan dia tak nampak mata Amaya yang terpaku memandangnya tadi.

Spontan, Amaya terus labuhkan punggung. Langsung tak menjangka ayat itu keluar dari bibir si pengarah muda.

Amaya berdehem perlahan. Mengembalikan composure dalam diri. Buat tak nampak Fatihah yang sudah tersengih-sengih di sebelahnya. Rasa nak kutuk diri sendiri pun ada, Very unprofessional, Amaya!

"Saya Amaya, dari Her Cuppucino. Saya datang untuk bincangkan tawaran usahasama pihak syarikat Encik Izz seminggu yang lepas." Amaya kembalikan nada profesional dalam kata-katanya. Tangan mula mengeluarkan sekeping fail lalu diletakkan di atas meja. Surat tawaran projek yang diterimanya tempoh hari.

Izz senyum sedikit. Serius sungguh gaya pertututan perempuan di depannya ini. Tapi, dia tetap mengangguk.

"Sure. But, can we have anything to drink first? Awak berdua nak apa? Coffee?"

Amaya sekadar mengangguk menerima pelawaan itu. "Anything but black coffee."

Spontan, kening Izz terjungkit sedikit. Interesting.

"Awak tak suka black coffee?"

Amaya mengangguk sedikit. "Bukan citarasa saya." Tenang Amaya menjawab.

"Pelik. Awak buka kedai kopi, tapi tak minat the foundation of coffee itself."

Amaya tersenyum pula. Dah biasa mendengar ayat itu. Memang ramai yang pelik dengan tastenya yang satu ini. Padahal, bagi Amaya, benda itu tak pelik pun.

"Orang yang jual arak, tak semestinya suka semua arak yang dia jual, kan?" Mudah balasan Amaya, membuatkan Izz sedikit tersentak. Lebih tepatnya, tersentak dengan contoh yang digunakan.

Sesaat kemudian, dia mengangguk perlahan bersama senyuman. "Exactly. So, what can I get you two?"

"Cappucino for both of us." Amaya bersuara bagi pihak Fatihah yang sekadar mengangguk di sisi.

Tangan Izz bergerak ke arah butang interkom lalu tiga jenis minuman dipesan kepada setiausahanya.

"Dua cappucino untuk tetamu saya. Untuk saya, macam biasa."

Setelah itu, Izz alihkan semula pandangan kepada Amaya dan Fatihah.

"So, Her Cuppucino." Izz menyebut sebaris nama kedai milik Amaya itu sementara si empunya hanya mengangguk perlahan.

"Kedai yang you dah usahakan sejak lima tahun lepas, betul?"

Amaya mengangguk lagi. "Ya. Dan, dari tawaran yang Encik Farizal kemukakan melalui emel tempoh hari, pihak Empree berminat untuk dapatkan perkhidmatan kedai kami untuk majlis di salah satu cruise Encik Izz?"

Izz mengangguk. "Betul. But, to be precise..." Izz menarik keluar sekeping kertas dari dalam laci mejanya lalu dihulurkan kepada Amaya.

"It's a launching day. We're launching a new cruise. Dan acara itu akan berlangsung di atas cruise itu sendiriJadi, saya perlukan khidmat awak untuk penyediaan bahagian beverage. With of course, various choice of coffee."

Amaya mengangguk faham. Mata memberi isyarat kepada Fatihah sebelum iPad dihulur Fatihah ke arahnya.

Tangan Amaya pantas menekan satu ikon PDF pada skrin lalu diletakkan di depan Izz.

"These are all our menus. Jadi, Encik Izz boleh pilih senarai kopi yang Encik nak kami sediakan untuk acara itu nanti."

Mata Izz mula meneliti senarai menu yang diberi Amaya. Membaca satu-persatu sebelum bibirnya naik terjungkit sendiri apabila menyedari sesuatu.

"No black coffee?"

Amaya tersentak. Kening terus berkerut. Haih, dah bagi satu senarai lengkap pun, dia boleh tanya benda yang tak ada?

"You bukan saja tak minum, tapi juga tak jual? Penjual arak pun, kalau tak minum, tetap akan jual." Selamba Izz memutar contoh yang digunakan Amaya tadi.

Amaya menghela nafas pendek. Ini sengaja nak menyindir ke apa?

"Saya tak jual, tak minum, dan segala jenis 'tidak' bila berkaitan dengan kopi hitam. Is that not clear enough?" tanya Amaya, geram. Kopi hitam itu bukannya sedap pun. Pahit. Terlampau pahit.

"That's kinda racist."

Amaya ternganga. Hampir jatuh rahang ke bumi kalau tak kerana Allah yang menjadikan rahangnya bertaut erat. Mata tak berkelip memandang lelaki yang penuh lagak selamba di hadapannya.

"Excuse me?"

"Awak kata awak tak suka kopi hitam."

Amara ketap bibir. "Tak suka kopi hitam. Bukan tak suka orang kulit hitam. Nak saya cakap Bahasa Indonesia ke?" Tertahan suara Aysara bertanya. Geram.

Izz ketawa perlahan. Kerling Fatihah di sebelah Amaya, dan jelas sekali pembantu Amaya itu sudah mengetap bibir. Menahan gelak, mungkin.

"Saya gurau sajalah. Tengok, PA awak pun rasa saya kelakar."

Terus mata Amaya mencari Fatihah dan serentak itu jugalah wajah Fatihah bertukar serius. Mengecil mata Amaya memandang kedua mereka silih berganti. Namun, sebelum sempat dia bersuara, pintu pejabat Izz sudah diketuk dari luar.

"Masuk!"

Dan, seorang perempuan melangkah masuk ke dalam pejabat bersama sedulang air di tangan. Apabila dulang itu diletakkan di atas meja kerja Izz, Amaya terkaku seketika.

Ada tiga biji cawan. Duanya berisi cappucino, dan satu lagi berisi cecair berwarna hitam. Hitam sehitamnya. Gelap-gelita.

Black coffee.

"Saya suka kopi hitam, by the way," kata Izz seraya mencapai cawannya lalu dihirup perlahan.

"I don't like the presence of sugar inside my coffee. Kopi hitam lebih segar. Ringkas tapi padu."

Amaya menghela nafas panjang. Tangan dikepal erat sebelum dia pantas mencapai cawan cappucino yang masih berasap. Cawan dibawa ke hidung lalu asap yang berkepul-kepul itu disedut lama. Cuba melupakan bau kopi hitam yang kuat menusuk hidung tadi.

Perlahan-lahan, cappucino di tangan dihirup sedikit demi sedikit. Dibiarkan lama di dalam mulut agar membasahi lidah untuk seketika sebelum barulah ditelan.

Delicious.

Sementara Izz ralit menjadi pemerhati. Sebelah kening terjungkit bersama bibir naik sedikit membentuk senyuman kecil. Gaya minum kopi pun dah macam minum air zam-zam. Nikmat sangat gayanya itu.

Kepala tergeleng perlahan.

This girl really do love coffee, didn't she?

*

*

*

𝐀𝐬 𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐚𝐬 𝐭𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐢𝐬 𝐜𝐨𝐟𝐟𝐞𝐞 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐨𝐫𝐥𝐝,
𝐡𝐨𝐰 𝐛𝐚𝐝 𝐜𝐨𝐮𝐥𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠𝐬 𝐠𝐨?


--------------------

Sneak peek cup 3

Dan, apabila Izz beranjak setapak lagi, kedudukan mereka kini betul-betul saling bersebelahan. Hampir bahu bertemu bahu, membuatkan Amaya tak selesa. Nak-nak pula dia yang berdiri di sebelah dinding. Lagilah rasa terhimpit.

Tapi, apa yang buat dia lebih tak selesa ialah bau perfume yang mula menusuk hidung. Tajam. Bau lelaki. Siapa lagi kalau bukan bau Izz Ishraq?

Isy, busuklah!

"Paco Rabanne Invictus."

Huh? Amaya angkat kepala. Apa dia sebut tadi?

"Perfume yang saya pakai. Paco Rabanne Invictus. Quite expensive. Wangi, kan? Tak semua perfume lelaki itu busuk." Bersuara perlahan, bahkan hampir berbisik.

Dan-dan buat wajah Amaya bertukar. Mata terus memandang Izz yang jauh lebih tinggi darinya sehingga dia terpaksa mendongak. Bukan terkejut dengan nama yang disebut tapi ayat yang keluar setelah itu.

Dia dengar? Dia ada dalam lif tadi?!

Izz senyum. "Jadi, macam mana?"

Entah kenapa, otak tak boleh nak hadam soalan itu. Macam mana apa? Macam mana bau perfume dia ke?

"Bau biasa aje." Amaya rapatkan diri dengan dinding di sebelah. Tak tahu kenapa, tiba-tiba rasa cuak sebab Izz dah dengar ayatnya dengan Fatihah tadi. Tapi rasanya tadi, dia bercakap secara berbisik aje dengan Fatihah. Isy!

Izz senyum. "Saya tak tanya pasal perfume saya."

Kening berkerut. "Habis itu?"

"Saya tanya, macam mana rasanya jumpa pengarah kacak macam saya? Saya tak pondan, tapi senang nak handle, kan?"

Dan kali ini, jantung Amaya rasa hampir gugur kelantai. 

Terima kasih baca. Maaf atas kekurangan. 

31/01/2021

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hannaz