Home Novel Cinta Hello, Encik Tulang Rusuk!
Hello, Encik Tulang Rusuk!
Eisya Azra
23/2/2021 11:26:35
27,314
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Dia tersedar apabila terasa ada tangan yang menyentuh bahunya perlahan. Dia membuka kelopak matanya. Dipandangnya wajah ayah yang sedang lena di atas katil hospital. Dia menoleh ke arah kanan, kelihatan Adila dan beberapa teman sekolahnya memandangnya dengan pandangan yang penuh simpati.


Dia cuba untuk mengukir senyuman walaupun pada hakikat hatinya sudah tidak lalu untuk berbuat demikian.


“Bila ayah kau boleh keluar Tini?” Adila bersuara untuk memecah kebisuan yang melanda mereka. Teman-teman yang lain juga diam. Tidak mahu menganggu emosi Hartini.


“Insya-allah, kalau tak ada apa-apa...Ayah akan keluar esok. Aku risaulah Adila...”


Dia meluahkan kegusaran yang menghantuinya sejak semalam.


“Risau tentang apa?”


“Macammana aku nak bawa ayah balik...”


Adila tersenyum. Ingatkan apalah yang dirisaukan oleh Hartini...


“Kalau tentang tu, kau jangan risau...Ayah aku dah tawarkan diri untuk ambil ayah kau bila keluar dari hospital. Tadi, ayah aku yang suruh tanya kau...Bila ayah kau dapat keluar”


Al-hamdulillah...Dia mengeluh kelegaan. Pandangannya tumpah pula pada wajah rakan-rakan yang melawatayahnya. Baru dia perasan, ada wajah Saiful di situ yang hanya memandangnya. 


“Terima kasih Adila”


Hanya itu yang mampu dia katakan.


“Tak payah berterima kasih. Kita kan kawan...Apa gunanya kawan kalau tak saling tolong menolong”    


“Betul cakap Adila tu Tini...Kami dah kutip derma untuk kau. Kawan-kawan sekelas doakan yang terbaik untuk kau. Kami harap kau akan dapat ke sekolah semula untuk teruskan perjuangan kita”


Hartini terharu mendengar kata-kata yang terluah daripada mulut teman-temannya. Dia tahu yang dia tidak keseorangan dalam mengharungi kepayahan hidup tetapi itu bukan bermakna yang dia perlu bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang lain.Dia perlu berdikari dan perlu belajar untuk mengharungi segalanya dengan semangat yang kental.


“Adik-adik aku sihat?”


Hartini terasa sebak apabila teringatkan adik-adiknya yang terpaksa ditinggalkan dirumah Adila. Tidak ada saudara mara yang mahu menolong. Mujurlah Adila sanggup menumpangkan adiknya sementara waktu dirumah keluarganya.


“Al-hamdulillah, sihat. Adik-adik kau setiap hari tanya bila ayah kau akan balik...”


“Diaorang nakal tak?”


“Adik-adik kau jenis yang dengar kata Tini...Jangan bimbang,aku tak akan dera adik kau” Adila sempat mahu mengusiknya.


“Ala, Tini..Kalau aku dapat tahu Adila dera adik kau, memang dia nak kena la dengan aku!”


Fuad bersuara tegas. Semua yang ada ketawa senang. Hartini tersenyum. Entah bagaimana, anak matanya bertemu dengan panahan redup mata Saiful yang langsung tidak bersuara sejak daripada tadi.


“Emm...Tini, kau jangan lupa makan tau! Kau kena jaga kesihatan juga...Sekarang ni tanggungjawab kau dah makin besar...”


Ada bisikan halus ditelinganya. Adila memegang erat tangannya seakan mahu menyalur sedikit kekuatan ke dalam dirinya. Dia hanya mempu mengangguk. Dia sendiri tidak tahu apakah masih ada kekuatan yang tersimpan dalam dirinya setelah berkali-kali diuji dengan ujian yang berat.


“Aku tak tahu adakah aku mampu...” Dia berbisik perlahan.


“Aku tahu kau kuat. Kau kawan aku yang paling tabah...Ingat,Allah sentiasa bersama dengan orang-orang diujiNYA”


Adila dan teman-teman meninggalkannya setelah hampir sejam menemaninya di situ. Dia merenung keadaan wad yang seba putih. Ada keinsafan yang mengalir dalam dirinya, ada rasa syukur dipanjatkan kerana dia masih bernasib baik berbanding dengan orang lain. Sekuarang-kurangnya, Allah masih memberikannya sifat yang cukup untuk dia terus berbakti untuk keluarganya. Ya Allah, jika aku tiada,bagaimana nasib adik-adikku?


Dia mengusap perlahan mukanya.


“Adik, sekejap...Akak nak tengok tekanan darah ayah adik”


Nurse yang bertugas menghampiri ayahnya yang masih tidur. Lena benar nampaknya ayah tidur...Barulah dia perasan yang garis-garis halus sudah mula kelihatan disebalik wajah yang makin dimamah usia itu. Hampir-hampir sahaja air mata yang ditahan menitik apabila ayah tersedar dan meraba kaki kanannya. Dia tahu, ayah mungkin fobia untuk berhadapan dengan kaki kanannya dipotong pula. Cukuplah dia hanya kehilangan sebelah kaki kiri.


Dia menghampiri ayahnya perlahan-lahan. Digemgamnya tangan ayah seerat mungkin.


“Ayah nak makan buah tak? Along belikan kat bawah...”


Ayah mengangguk. Dia lega. Dah banyak hari ayah tidak lalu makan. Dia takut kesihatan ayah akan terjejas pula.


“Ayah nak makan buah apa?”


“Anggur”


Dia tersenyum dan bangun daripada kerusi yang didudukinya. Langkah kakinya dihayunkan menuju ke arah pintu keluar daripada wad tersebut. Di tangannya ada duit pemberian rakan sekelas yang berjumlah seratus ringgit. Kenapa ayah mahu makan buah yang jarang dimakannya?


Ah! Aku terlalu fikirkan bukan-bukan!

            ....................................................................................................................

 

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.