Home Novel Cinta Hello, Encik Tulang Rusuk!
Hello, Encik Tulang Rusuk!
Eisya Azra
23/2/2021 11:26:35
27,330
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

“Doktor cakap apa?”


Buru-buru dia disergah dengan soalan oleh Irfan. Dia cuba untuk tersenyum.


“Doktor cakap tulang pinggang saya retak”


“What?”


Irfan seperti mahu menjerit. Hartini terperanjat. Malu apabila ada mata-mata yang memandang ke arah mereka.


“Janganlah menjerit! Malu la orang tengok...”


Hartini memberi isyarat ‘diam’ kepada Irfan.


“Abis tu...Pinggang kau retak, mestilah aku terkejut. Kalau kau saman aku,cammana?”


Hartini ketawa kelucuan.


“Kenapa kau gelak?” Irfan tidak berpuas hati.


“Saya gurau je la awak...Sakit ni sebab bengkak. Bila bengkak ni surut, sakit ni akan hilang”


Hartini melihat Irfan mengjengilkan matanya yang besar itu kepadanya sekali lagi...


“Perkara macam ni pun awak boleh buat main-main?”


“Tak ada apa la awak..Dah la, saya nak balik”


Hartini mengambil beg sandangnya yang berada di tangan Irfan. Irfan memegang kemas.


“Saya nak beg saya!” Dia bersuara geram.


“Saya bawak...Kan saya kena hantar awak balik rumah” Irfan juga bangun.


“Tak payah, saya boleh balik sendiri...”


Hartini terusan berusaha untuk mengambil beg sandangnya daripada tangan Irfan. Wajah pemuda itu yang menunjukkan reaksi tidak senang tidak dihiraukan. Apa yang dia tahu sekarang adalah ingin mengambil semula begnya dan segera pulang ke rumah.Badannya masih terasa ngilu.


“Kenapa dengan awak ni?”


“Kenapa dengan saya?”


Hardina juga menyoal kepada Irfan. Dia sengaja mahu menaikkan kemarahan pemuda itu.Tetapi buat seketika, dia terasa ada sesuatu yang agak pelik dalam tutur kata Irfan. Pemuda itu membahasakan dirinya ‘saya’? dan memanggilnya dengan panggilan ‘awak’?


“Awak janganlah dera saya...Cepatlah saya hantar awak...” 


Seperti merayu nada Irfan diperdengarannya.


“Ok la..Awak boleh hantar saya tapi bukan hantar depan rumah. Hantar kat simpang jalan je, ayah saya garang...”


Irfan menjungkitkan bahu tanda mengalah.                  

..............................................................................................................................

Irfan menghempaskan tubuhnya pada katil yang agak kecil jika mahu dibandingkan dengan ruang kosong yang masih banyak dalam biliknya itu. Entah mengapa, sejak beberapa hari yang lalu ingatannya hanya pada satu nama, satu wajah dan satu senyuman. Hartini! Jatuh cintakah aku? Dia menyoal diri sendiri. Dia meraba poket seluarnya dan mengambil talefon bimbitnya. Dia mencari-cari nama Hartini...Dia mahu mendengar suara gadis tersebut sebelum dia tidur. Eh..Tak ada? Hilang ke nombor Tini...Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.


Ditekannya lagi senarai nama yang berada dalam talefon bimbitnya. Ha..ada pun! Patutlah tak jumpa, dia telah menukar nama ‘Hartini’ kepada ‘Cahaya’....Dia tersenyum keseorangan. Bila masa pulak aku tukar ni? Ish...


Ingatan terhadap Hartini datang lagi...Kali ini dia teringat peristiwa di kedai dua hari lepas...


“Hai Tini...Tak sibuk nampak!”


Dia tersenyum-senyum.


“Encik Irfan, tak boleh ke kalau nak menegur tu...Dimulakan dengan salam...” Hartini menjawab tenang. Dia meneruskan kerja menyusun buku-buku yang baru sampai pag itadi dengan berhati-hati. Dia tidak mahu ada buku yang tercalar atau berlipat.


“Ops...Silap Cik Tini...Emm...Assalamualaikum...Saya nampak awak tak sibuk!”


“Waalaikumussalam...Tak sibuk? Habis tu sekarang ni awak tengok saya buat apa?”


Hartini terasa mahu menampar Irfan dengan buku yang berada di tangannya. Irfan hanya ketawa. Pemuda itu kaya benar dengan katawa. Terlalu berbeza dengan pertemuan pertama mereka.


“Saya tengok awak tengah menyusun buku yang berkotak-kotak ni...”


“Tahu pun!”


Dia menolak tubuh Irfan dengan buku ditangannya agar Irfan bergerak ke kanan sedikit. Irfan yang berdiri tegak disebelahnya telah menyebabkan dia sukar mahu mengambil lebihan buku yang masih berada dalam kotak.


“Tapi...Saya dah minta izin dengan Maisara nak ajak awak lunch. Jomla...”


Irfan sudah menarik lengan baju kurungnya. Dia terperanjat. Beraninya Irfan!


“Jangan sentuh saya!” Dia bersuara tegas. Dia tidak mahu Irfan sesuka hati menyentuhnya.


“Saya tak sentuh awak, saya sentuh baju kurung awak...” Irfan tersenyum-senyum.Hartini rasa geram yang teramat.


“Saya tak suka buat kerja bertangguh. Saya nak habiskan kerja saya dulu. Kalau awak larat tunggu...”


“Saya tunggu!” 


Belum sempat hartini mahu menghabiskan ayat, laju Irfan menjawab...


“Tunggu kat sana” Hartini memuncungkan mulut ke arah ruang menunggu di hadapan kaunter bayaran.


“Tak nak! Saya nak tunggu awak kat sini. Nak tengok awak buat kerja...”


Irfan dengan muka tidak bersalah melabuhkan duduk di atas salah sebuah kotak buku yang terdapat di situ. Hartini yang melihat hanya mampu menahan rasa di dalam hati. Sudah masak benar dengan perangai Irfan yang sukar ditegur.


“Ikut suka awaklah...”


Hartini meneruskan kerja menyusun tanpa memandang wajah Irfan yang asyik merenungnya.Dia sudah terbiasa dengan renungan tersebut dan telah menganggapnya perkara biasa.


“Tini...Bagi saya no fhone awak...”


Irfan memohon....


“Call je kedai...


“Susah...”


“Apa yang susah?” Hartini bertanya. Pelik.


“Malam-malam tak dapat call....”


Hah? biarbetul Irfan ni...Tak kan terjatuh suka kat aku kot...Ish,tak mungkin....


“Saya tak ada fhone...”


“Tipu!”


Irfan bersuara kuat. Tak kan la zaman canggih macam ni masih ada manusia yang tidak ada talefon? Anak saudara aku yang berusia 11 tahun tu pun ada dua fhone...


“Awak, berapa kali saya nak cakap...suara tu tak perlu kuat, saya masih boleh dengar...”


“Ops! Sorry...Tapi betul ke awak tak ada fhone? Atau awak memang sengaja tak nak kasi kat saya”


Irfan mula berjauh hati, entah mengapa...Bersama Hartini, dia merasakan kehidupannya berwarna warni...


“Irfan...Pernah ke saya tipu awak? Betul...Saya tak ada fhone...”


Saat Hartini menuturkan ayat itu, dia perasan yang air muka Irfan berubah. Tidak percaya!


Justeru,selepas menghantar Hartini balik semula ke kedai selepas mereka makan tengahari, dia bergegas pula ke kedai telekomunikasi yang berdekatan untuk membeli sebuah fhone buat Hartini beserta dengan sim kad sekali. Tidak lupa dia telah savekan nombor fhonenya di dalam kad sim hartini...


“Assalamualaikum Irfan...”


Suara memberi salam di hujung talian menyebabkan ingatan terhadap peristiwa beberapa hari lepas terbang melayang...


“Waalaikumussalam...Tini ada...”


Dia sengaja mengusik.


“Ada apa Encik Irfan...”


“Saja...Saya call, untuk ucapkan selamat malam kat awak”


“Kenapa tadi awak tak datang kedai?”


Hartini bertanya. Sudah dua hari Irfan tidak datang ke kedai, dan sudah dua hari juga dia tidak keluar makan. Mahu membawa bekal, takut membazir kerana Irfan selalu mengajaknya makan di luar.


“Saya sibuk...Kenapa? awak rindukan saya yea...” Irfan senyum walaupun dia tahu Hartini tidak nampak senyumannya.


“Jangan nak perasan! Ok la Irfan, saya macam dengar ayah panggil...”


Irfan terdengar suara buru-buru Hartini di hujung talian.


“Emm...Ok la Tini, jangan lupa mimpikan saya yea...Esok saya jumpa awak! Assalamualaikum”


Dia terdengar Hartini menjawab salam sebelum talian dimatikan. Dia termenung lagi.  Memikirkan apa yang telah berlaku pada dirinya sejak kebelakangan ini. Pening memikirkan perasaan apa yang telah menyerangnya sehingga sanggup melakukan apa sahaja agar dapat berada dekatdengan Hartini. Namun, seketika dia runsing sendiri...Perkhabaran daripada Maisara membuatkan semangatnya lemah sedikit. Hartini sebenarnya sudah ada teman istimewa dan Hartini terlalu setia...


Apa harus aku buat?


Merampas Hartini daripada teman lelaki dia? Tak mungkin! Aku tak sekejam itu...


Merayu pada teman lelaki dia agar melepaskan Hartini kepada aku? Juga tak mungkin!


YaAllah...


Apa harus aku lakukan....Emm, sudah lama aku tidak memohon padaMU YaAllah...Irfan seakan tersedar. Bayangan silam menggamit perasaanya, dia seakan baru tersedar yang sudah terlalu jauh dia tersasar daripada landasan sebenar.Hampir enam tahun berada dalam daerah yang jauh daripada keluarga telah membuatkan dia terleka tentang tanggungjawab pada maha pencipta, lupa untuk mengucapkan syukur, lupa mahu meminta pertolongan...


Masih adakah ruang untuk aku bertaubat?


Dia kembali merenung diri sendiri dan membandingkan pula dengan Hartini, bagaikan langit dengan bumi! Hartini seorang yang terlalu taat pada penciptaNYA...Dia seringkali mendengar ucapan Al-hamdulillah daripada mulut gadis itu dan setiapkali keluar makan tengahari, gadis itu pasti membawa telekung sembahyang untuk singgah mana-mana masjid untuk menunaikan solat. Kadang-kadang dia amat malu dengan Hartini tetapi gadis itu tidak pernah bertanya, jauh sekali mahu mengutuknya...Hartini selalu mengingatkan dia bahawa pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua umat Allah...


Pandangannya tumpah pada beberapa buah buku yang berada di atas katilnya, pemberian Hartini padanya. Dia mengambil sebuah buku yang berjudul ‘ Panduan Menunaikan Solat’...


Diselak helaian demi helaian sehinggadia terasa mengantuk dan terlena.....

            ..........................................................................................................

“Macammana dengan kerja Irfan? Ok?” Suara papa menegur. Dia berhenti mengunyah.Mengangkat kepala dan memandang Encik Farouk yang sedang menanti jawapannya.


“Ok je pa..Tak ada masalah”


Encik Farouk mengangguk. Dia memerhatikan gelagat anaknya itu makan. Nampak berselera betul...

          

“Papa harap Ifran tak salah faham dengan papa sebab tak benarkan Irfan bekerja dengan syarikat papa. Papa cuma mahukan Irfan bermula daripada bawah. Mahu Irfan berdikari”


Irfan tenang memandang Encik farouk.


“Papa...Irfan tak kisah. Sepatutnya Irfan kena berterima kasih dengan papa sebab bagi modal untuk Irfan mulakan syarikat Irfan sendiri tapi buat masa sekarang modal tu Irfan akan simpan dulu.... Irfan nak cari pengalaman bekerja dengan orang lain. Papa pun tahu kan, Irfan tak boleh bekerja bawah orang lain...Lebih-lebih lagi bekerja dengan papa...” Irfan berseloroh. Semua yangada di meja makan ketawa senang. Irfan semakin matang dan banyak berubah....


“Emm...Papa, mama...Aisyah nak bagitahu sesuatu...”


Secara tiba-tiba Aisyah, adik bongsunya bersuara. Semua mata tertumpu kepada apa yang ingin diperkatakan oleh Aisyah.


“Aisyah nak kahwin”


Hah?Dia hampir tersedak. Aisyah nak kahwin?


“Aisyah biar betul...Janganlah bergurau pagi-pagi macam ni...”


Irfan menyiku lengan adik bongsunya itu.


“Aisyah betul-betul papa, mama...Hujung minggu ni family Zaquan akan datang merisik...”


Irfan terasa dadanya sesak..


“Sebenarnya Aisyah, Zaquan dah talefon mama semalam. Mama pun dah berbincang dengan papa. Kami dah bersetuju...”


Wajah mama ceria saat menuturkan ayat tersebut. Papa hanya mengangguk tanda mengiyakan apa yang dikatakan oleh mama.


“Apa ni papa, mama...Aisyah mana boleh kahwin....”


“Kenapa tak boleh? Irfan ni dah buang tabiat kot....Family kita kan dah kenal sangat dengan family Zaquan. Abang tengok Zaquan ok je...Apa masalah kau? ”


Fazli menegurnya.      


“Aisyah tak boleh langkah bendul....”


Semua yang ada sudah ketawa.   

      

“Itulah Irfan...Abang cakap kau tak berapa pandai, kau marah...Mana ada langkah bendul. Aisyah tu perempuan, Irfan lelaki...”


Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Salah ke aku?


“Aisyah dah nak kahwin, Irfan bila lagi?” Suhaila yang merupakan kakak iparnya menyampuk.


“Mama tak benarkan Irfan kahwin...Perempuan yang dia bawa balik jumpa mama semuanya mama tak berkenan! Mama tak ada menantu pun tak apa kalau macam tu la calonnya”

Irfan tersedak. Sampai hati mama!


“ Aahla mama...Eh, Irfan...Kau bercinta lagi dengan model yang baru nak naik tu?”


Mama yang mendengar pertanyaan  Fazli hanya mencebik. Geram benar dia dengan taste anak lelaki bongsunya itu. Main redah je dan sambar mana-mana perempuan, senang sungguh jatuh cinta!


“Akak lupa la nama dia Irfan...Mary...Maryna...Apa yea Irfan?”


“Marylin la kak!” Aisyah pula menyampuk. Tidak lepas peluang untuk kenakan abangnya yang paling degil antara mereka empat beradik. Entah dimana silapnya,perangai abangnya yang sorang tu lain benar....malah, semenjak melanjutkan pelajaran ke luar negara, perangai peliknya semakin menjadi-jadi. Entah bilaakan berubah...


“Malas la nak layan korang semua...pa,ma...Pergi ofis dulu...”


Dia bangun tanpa sempat menghabiskan nasi goreng yang disediakan oleh Yanti,pembantu rumahnya. Entah kenapa, dia terasa mula berjauh hati dengan keluarganya yang seakan mahu menyalahkan masa silamnya. Bukankah setiap orang tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan?


“Aik? Aisyah, kenapa dengan Irfan?” Fazli bertanya kerana pelik melihat sikap Irfan yang semakin dingin dengan mereka sekeluarga.


“Biasalah la abang...Putus cinta lagi la tu...Abang Irfan kan putus cinta macam putus tali kasut”


Semua yang ada enak katawa tanpa mereka sedari di sebalik dinding ruang dapur ada hati yang tersayat pedih....

 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.