Home Cerpen Keluarga SESUCI KASIHMU BALQIS
SESUCI KASIHMU BALQIS
Eisya Azra
29/9/2014 10:44:49
2,511
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

SESUCI KASIHMU BALQIS

” angah balik cepat yea…, bawak kereta hati-hati..”
Dia hanya diam seribu bahasa, tiada ayat yang mampu untuk diluahkan tika ini. Sebak dalam diri terasa amat mengcengkam perasaan. Direnung buku-buku di atas meja tulisnya satu persatu dengan perasaan yang kosong.
” Angah cuba ibu..sekejap lagi angah akan minta perlepasan daripada pihak sekolah..insya-allah..dapat”
Hanya itu ayat yang mampu untuk dia luahkan…terasa diri amat tidak mampu untuk dia berhadapan dengan situasi segenting itu. Ya allah ! kuatkanlah semangat hambamu ini…jangan kau biarkan aku lemah menghadapi ujian darimu Ya allah…
Dia terusan berdoa..agar diberi kekuatan yang tinggi bagi menghadapi kenyataan yang paling perit untuk diterima.
” angah..dengar cakap ibu, jenazah arwah dah nak sampai..tadi, Pak ngah ngan Pak su yang ambil..angah balik sekarang yea..ingat pesan ibu..hati-hati bawak kereta dan ibu harap angah boleh bersabar..ingat allah sayang..dia lebih sayangkan arwah lebih daripada kita sayangkannya…”
Dia mendengar esakan kecil dari corong talefon..hatinya meraung mendengar penjelasan tersebut, dia menggemgam seerat yang mungkin telefon tangan miliknya agar tidak jatuh berderai menghempas lantai.
Atuk!!! Jangan tingalkan angah….atuk..angah rindukan atuk…..
Hatinya bergema menuturkan ayat tersebut…tanpa sedar, talefon tangan dimatikan. Dia tidak mahu ada gangguan lagi, dia ingin bersendirian…mahu mengubat kepiluan hatinya sendiri…….
*********************************************

Perjalanan pulang ke rumah tidak seceria seperti hari-hari sebelumnya…dia tidak lagi singgah di mana-mana kedai untuk membeli roti kesukaan atuk, tidak juga singgah di gerai yang berderetan menjual goring pisang untuk diberi kepada atuk tersayang…
Ah! Tabahkan hati aku Ya allah…aku mohon…
” Fikri tak boleh kak long, Fikri kan kerja tak kira masa..Nora pun kerja. Bila masa kami nak jaga abah? Tak kan nak ambik orang gaji..Kak Long fikirlah, ia melibatkan kos. Gaji saya tak seberapa sampai nak mengupah orang gaji untuk jaga abah..”
Dia terkejut mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Ngah. Atuk hanya menunduk sewaktu bertengtangan mata denganya. Pak Ngah kejam! Hatinya menjerit…
Ibu hanya menggeleng. Suasana teratak usang atuk sunyi sepi. Terasa ada air mata yang ingin tumpah membasahi pipi tetapi cuba ditahan sebaik mungkin.
” Hafiz? Apakata Hafiz yang jaga abah? Hafiz bukan duduk kawasan Bandar kan? Mesti abah suka tinggal ngan Hafiz- “
” Kak Long…Hafiz tak boleh, rumah Hafiz kecik,anak-anak perlukan ruang untuk belajar. Hafiz kan baru bukak klinik sendiri..perlu jagaan yang rapi”
Dia terpempam. Sekilas pandangan beralih pada atuk, ada kilauan air mata dalam mata atuk…Ya Allah, hatinya amat luka tika ini. Entah dimana datangnya kekuatan diri, dia membuat keputusan nekad..dia tahu pasti hati kecil ibu tidak setuju tetapi dia tidak punya pilihan lain. Dia perlu lalukan sesuatu sebelum hati atuk tidak tercalar lebih teruk.
” ibu..biar Angah yang tinggal ngan atuk. Biar Angah yang jaga atuk.”
Dia memandang wajah ibu yang terkejut dan pandanganya beralih pada wajah abah yang tenang. Abah..bantu Angah, Angah ikhlas nak jaga atuk
” bagus tu Balqis, biar Balqis yang jaga abah..lagipun abah bukanya tua sangat. Tidak menyusahkan Balqis pun”
” Kak Long tak setuju..Angah kan nak ambik PMR tahun ni. Nanti macammana nak fokus pada exam?”
” Angah boleh ibu..Angah yakin Angah mampu jaga atuk walaupun tak sama macam arwah nenek jaga atuk”
Ibu hanya termenung mendengar penjelasan darinya. Dia tahu ibu amat berat untuk membenarkan dia menjaga atuk.
” biarlah Balqis jaga atuk..abah benarkan Balqis…”
Abah!! Suara itu tetap seperti biasa, tenang menuturkan ayat yang mendamaikan jiwa. Terima kasih abah, dia memandang wajah tenang abah yang mengukir senyuman kearahnya.
” Abang Long benarkan Balqis jaga abah kerana nak Balqis belajar tentang tanggungjawab..semoga bila Abang Long dan Kak Long tua nanti, Balqis mahu menjaga kami pula”
Pin!!
Dia tersentak..lampu isyarat dah bertukar warna..dia terus membelok ke kiri menuju ke arah simpang jalan ke kampungnya…

**********************************************

Setahun tinggal bersama atuk banyak mengajar dia tentang banyak perkara. Tidak dinafikan juga, dia menjadi bertambah matang dan faham dengan karenah manusia yang pelbagai ragam. Ayah saudaranya bagaikan melepaskan tanggungjawab menjaga atuk di bahunya. Serasanya boleh dibilang dengan jari berapa kali Pak Ngah, Pak Teh dan Pak Usu datang melawat atuk. Dalam islam sendiri ada mengatakan tanggungjawab seorang anak lelaki tidak akan hilang walaupun telah berkahwin. Mahu mengajak atuk tinggal bersama ibu, amat mustahil kerana nenek yang merupakan emak kepada abah juga tinggal bersama.
Al-hamdulillah..abah menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin kerana abah adalah anak tunggal. Tidak ada siapa lagi yang mampu diharapkan untuk menjaga nenek selain daripada abah. Berita yang baru dia dengar tengahari tadi juga membuatkan hatinya bertambah marah dan benci dengan sikap kesemua ayah saudaranya. Duit kiriman yang dijanjikan untuk belanja atuk sudah tidak dikirim dengan alasan atuk menghabiskan duit tersebut untuk kegunaanya dan bukan untuk atuk. Marah? Iya..dia sangat marah dan kesal dengan kenyataan tersebut. Lupakah mereka siapa yang menemani dan menjaga sakit pening atuk di teratak usang ini?
Lupakah mereka yang abah tidak mungkin akan membiarkan dia menggunakan duit atuk…tidak mungkin!!
Melihat senyuman di bibir atuk amat mendamaikan hati..dapat mengubat hatinya yang lara tika ini. Peperiksaan makin hampir dan dia tidak boleh membiarkan persaan amarah menguasai diri..itu pesan abah yang akan dia ingat sampai bila-bila. Balqis berjanji atuk, akan menjaga atuk selagi hayat dikandung badan. Balqis akan pastikan yang atuk akan bahagia bersama balqis…Itu janjinya!!

*****************************************
” saya tak ada duit kak long! “
” tapi Man..Kak Long bukan minta duit kau tapi minta balik duit yang kau pinjam daripada abah 3 tahun lepas. Abah nak pergi Mekah tahun ni .”
Lembut suara ibu mengubat ketegangan dalam rumah atuk. Hari ini, sekali lagi dia resah dalam perhimpunan keluarga apabila ia membabitkan soal atuk. Dia bimbang akan hadir lagi air mata kesedihan di wajah tua tersebut. Seboleh mungkin dia tidak mahu sejarah lama akan berulang lagi.
” bisnes Man baru nak berkembang Kak Long, tak sempat lagi nak bayar hutang abah”
” Abang Ngah memang macam tu..buat bisnes tak pernah menjadi. Abah pun pelik gak, dah tau duit tu nak digunakan untuk pergi ke Mekah tapi bagi kat Abang Ngah pulak. Dah jadi macam ni, nak menyusahkan semua orang”
Ya allah! Dia memandang tajam kearah Pak Teh yang terlalu enak menuturka ayat. Kenapa salahkan atuk, Pak Teh?atuk memberi pinjam sebab sayangkan anak-anaknya walaupun semakin tak dihargai. Kenapa dengan kesemua ayah saudaranya Ya Allah…aku mohon Ya Allah, jangan biarkan perasaan amarah dalam diri aku menguasai diri ini..jangan biarkan aku membenci darah daging aku sendiri. Aku mohon!
” Abis tu,macammana sekarang?kami memang tak ada duit nak kasi kat abah. Kak Long tak kan tak ada simpanan langsung?”
Pak Usu memandang ke arah ibu, ibu hanya tersenyum.
” Kak Long ada Shah…tapi untuk kegunaan keluarga sewaktu terdesak. Abang Long korang bukanya gaji besar. Bulan-bulan dapat simpan sikit aje-“
” alasan..Kak Long memang, itu la..dari dulu lagi saya tak berkenan Kak Long kahwin dengan-“
” Pak Ngah!”
Entah dari mana datangnya kekuatan diri, dia lantang memanggil nama tersebut. Semua mata tertumpu kearahnya. Dia perlahan-lahan menghampiri Pak Ngah dengan perasaan benci yang teramat.
” Pak Ngah memang tak patut cakap macam tu kat ibu. Ibu perempuan, tanggungjawab dia dah terlepas selepasa berkahwin. Itu pengetahuan asas yang perlu pak ngah tahu sebelum berkahwin. Balqis yang baru nak ambik SPM ni pun tahu. Pak Ngah tak pandai fikir ke? Kata lulusan luar negara-“
” Balqis!”
Itu suara amarah abah….
” Pak Ngah, Pak Teh dan Pak Usu kena ingat. Jika tak kerana ibu berhenti sekolah, bekerja..korang semua bukan macam ni sekarang!”
Pang!!!
Terasa ada rasa yang amat perit di pipi. Dia memandang tangan abah yang menggeletar…diambil lembut tangan tersebut. Perlahan-lahan dikucupnya lembut…
Maafkan Balqis abah…..
******************************************
Malam itu dirasakan amat bahagia sekali. Melihat senyuman yang tak lepas dari bibir atuk yang begitu mendamaikan…serasanya sepanjang sepuluh tahun dia tinggal bersama atuk, itulah senyuman yang paling indah pernah dilihatnya.
Dia memandang suasana malam di luar rumah atuk, entah mengapa..air matanya terasa ingin menitis…
” balqis…”
Ada tangan kasar menyentuh bahunya, dia tersenyum manis memandang wajah atuk.
” kenapa atuk?”
” sepatutnya atuk yang tanya Balqis, kenapa duduk kat luar? Kan majlis masih berjalan kat dalam tu…”
” kat luar ni sejuk atuk, lagipun balqis malas nak melayan borak dengan Pak Ngah..”
Dia tersenyum nakal. Atuk hanya mengeluh perlahan mendengar kenyataan itu. Seketika, atuk kembali melayan perasaan.
” Balqis.. terima kasih sebab jaga atuk selama ni. Atuk juga tak sangka yang Balqis sanggup kumpul duit untuk menghantar atuk ke Mekah. Ini impian atuk Balqis, dan atuk amat bahagia ada seorang cucu macam Balqis”
Dia terkedu. Suara atuk kedengaran amat perlahan seperti menahan sebak. Perlahan diambilnya tangan atuk dan dikucup lembut. Air mata seperti ingin menitik tetapi sedaya mungkin ingin ditahanya. Dia tahu, atuk tidak suka melihatnya senang menumpahkan air mata.
” Balqis ikhlas tuk..Balqis tidak mengharapkan apa-apa. Balqis senang menjaga atuk. Balqis tak terbeban dengan tanggungjawab ni. Balqis berjaya jadi guru pun disebabkan atuk. Atuk banyak bagi sokongan di saat Balqis ingin exam. Balqis tak akan lupa yang atuk tidak akan lari dari tikar sembahyang selagi Balqis masih tidak abis menjawab soalan exam di dewan peperiksaan. Balqis sayangkan atuk..”
Air matanya menitik sewaktu menuturkan ayat tersebut. Entah mengapa, dia seakan tidak mahu berpisah dengan atuk walaupun hanya sebulan atuk pergi menunaikan haji. Atuk seakan ingin memberitahu sesuatu tetapi tidak diluahkan….
” atuk pergi la rehat, esok nak naik belon…”
Dia tersenyum. Atuk hanya mengangguk perlahan….
Dia terkaku saat atuk mengucup lembut dahinya!
***************************************
Pagi itu doanya agak panjang berbanding biasa. Dia mendoakan kesejahteraan dirinya, kedua ibubapanya, adik beradiknya, saudara maranya. Tidak lupa, dia mendoakan agar persaan benci yang telah la,ma bersarang dalam diri terhadap ayah saudaranya dapat dihapuskan. Akhir sekali, doanya agar arwah atuk ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan harapanya, atuk akan bersemadi tenang di sana….
Betul cakap ibu, allah lebih sayangkan atuk lebih dari dia menyayangi arwah atuk..
” Balqis…”
” yea ibu..”
” keluar sayang. Kita sarapan sama-sama. Pak Usu dari tadi tanyakan Balqis.”
Anehnya…mahu bersarapan beramai-ramai begitu. Selama ini hanya dia dan atuk di rumah tersebut. Dia keluar dengan memakai sepasang baju kurung yang dihadiahkan atuk pada raya tahun lepas. Tidak lupa dia memakai selendang putih dan terus menuju ke arah dapur untuk mengambil satu jag air putih untuk dibawa ke kuburan arwah atuk.
” Balqis..nak ke mana tu? Mari la sarapan dulu. Pak Ngah tahu Balqis sedih, kalau Balqis nak menangis, Balqis nangislah. Kami semua faham perasan Balqis.”
Jangan bersuara Pak Ngah! Dia menjerit dalam hati.
” tak ada apa yang perlu balqis sedihkan Pak Ngah. Tak ada apa yang perlu Balqis sedihkan. Balqis redha dengan pemergiaan atuk. Sekurang-kurangnya Balqis dah laksanakan tanggungjawab Balqis terhadap atuk. Dan yang paling penting, Balqis tak hutang apa-apa dengan atuk!”
Seusai meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini, dia terus menuju ke kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan rumah.
Lama dia duduk di kuburan atuk. Seakan tidak mahu berganjak dari situ. Balqis redha atuk..terima kasih atas segalanya.
” Balqis..abah bahagia sangat. Bahagia kerana ada anak macam Balqis”
Dia hanya mengangguk perlahan…dan menggemgam erat tangan abah. Mencari kekuatan di situ……

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.