Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
70,410
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 3

Mawar dan Melati berjalan secara beriringan untuk pulang ke rumah mereka. Ditangan kiri dan kanan mereka berisi bekas-bekas kuih yang telah habis dijual diwarung Pak Abu.


Jualan kuih-kuih buatan mereka habis dijual walaupun ini adalah kali pertama dia menjual kuihnya diwarung Pak Abu. Jelas terpancar riak wajah penuh kegembiraan diwajah Mawar. 


Sedang mereka berdua berjalan kaki tiba-tiba sebuah kereta mewah berwarna putih memberhentikan kenderaannya dihadapan mereka secara mengejut. Serentak itu Mawar dan Melati berpandangan sesama sendiri. Tertanya-tanya siapakah pemilik kenderaan mewah itu. 


"Kak Mawar siapa tu?" soal Melati cuak.


"Entah manalah akak tahu," jawab Mawar.


Beberapa minit kemudian seorang lelaki berkaca mata hitam keluar daripada perut kereta itu. Lelaki berkenanan menghampiri kedua-dua gadis itu bersama senyuman yang agak mengerikan.


Kening Mawar sudah bertaut sesama sendiri.


"Mawar Saffiyah..?" soal si jejaka.


Dengar saja namanya dipanggil, Mawar sudah berasa pelik. Otak cuba dikerahkan untuk mengingati siapakah figura yang berada dihadapannya ini.


"Maaf, encik ni siapa? Saya kenal encik ke?" soal Mawar hairan.


Tertawa jejaka itu. Kacamata yang dipakai dibuka dan mata tajam merenung ke arah Mawar Saffiyah. Wanita yang berjaya mengetuk pintu hatinya sejak dari dulu lagi.


"Kau tak kenal aku ke?" soal jejaka itu.


Laju Mawar menggelengkan kepalanya tanda dia sememangnya tidak mengenal siapakah lelaki yang kini berdiri dihadapannya ini.


"Aku Haris Redzuan, budak lelaki yang pernah sekelas dengan kau dulu," ujar sang jejaka.


Mawar terdiam sendiri. Cuba mengingati lelaki bernama Haris Redzuan yang masih terpacak dihadapannya ini. Beberapa minit kemudian mulutnya terlopong apabila sudah mengingati.


"Haris Redzuan a.k.a Haris botak..?!" ucap Mawar teruja.


Haris yang berada dihadapannya sudah tersengih seperti kerang busuk. Tidak percaya Mawar masih mengingati nama panggilannya sewaktu mereka masih bersekolah.


"Akulah Haris Botak.. Kau apa khabar..?" soal Haris.


"Sihat.. Alhamdullilah.." jawab Mawar mesra.


"Kau dari mana ni?"


"Aku dengan adik aku daripada kedai Pak Abu tadi. Kita orang pegi ambil bekas-bekas kuih ni," jawab Mawar.


"Kau jual kuih ke?" soal Haris tidak percaya.


"Yelah. Kan musim hujan ni, aku dengan mak aku tak boleh menoreh jadi aku juallah kuih buat tambah pendapatan." jujur Mawar.


Haris terdiam seketika sebelum bersuara kembali.


"Kau nak kerja tak?" soal Haris bersama senyuman penuh makna.


"Kerja..? Kerja apa?" Berkerut dahi Mawar.


"Kalau kau berminat esok kita jumpa dekat tepi sungai hujung kampung tu. Esok aku cerita," tawar Haris.


Mawar terdiam seketika sebelum bersuara kembali.


"Nantilah aku fikirkan dulu. Apa-apa aku bagi tahu kau semula," jawab Mawar.


"Okay.. Ni kau balik nak aku hantarkan tak?" soal Haris.


"Eh takpelah, rumah aku dah nak sampai dah pun." tolak Mawar.


Haris mengangguk faham.


"Okay kalau macam tu aku gerak dululah. Apa-apa bagi tahu aku esok," pesan Haris. 


"Haa yelah.." sahut Mawar.


Hilang saja kelibat Haris, Melati mula menyoal.


"Kak Mawar rasa dia nak bagi akak kerja apa?" soal Melati curiga.


"Entahlah Melati, akak pun tak tahu. Apa-apa pun akak kena balik bincang dengan mak dulu," ucap Mawar.


"Hmm betul jugak tu. Dahlah jomlah kita balik hari pun macam nak hujan ni." ajak Melati.


"Yelah jom.."


Kedua-dua gadis itu kembali membukakan kaki mereka menuju pulang ke rumah yang sudah tidak jauh daripada tempat mereka menemui Haris sebentar saja tadi.





~~~~~





Aizat memarkirkan motosikalnya digaraj rumah teres satu tingkat itu. Wajahnya sudah mula berubah masam mencuka apabila melihat kehadiran Farah Aliya anak kepada adik ibunya, merangkap sepupunya. 


Aizat sebenarnya tidak menyukai sepupunya itu. Kerana baginya gadis itu selalu bersikap gedik terutama apabila bertemu dengannya. Dia merasa rimas apabila Farah sering kali mahu berdampingan dengannya.


"Assalamualaikum.." salam diberikan oleh Aizat.


"Waalaikumsalam, haa balik dah kamu Zat. Macam mana hari ni? Okay?" soal sang ibu Puan Hanim.


"Alhamdullilah.. Hari ni banyak tempat Zat hantar makanan," jawab Aizat lembut.


"Alhamdullilah.. Baguslah macam tu," ucap Puan Hanim.


"Mak, Zat naik atas dululah nak rehat," ujar Aizat.


Farah yang duduk bersebelahan Puan Hanim bingkas bangun dan berdiri berhadapan Aizat.


"Abang Zat marilah join Farah dengan Mak Long sekali. Farah ada bawakkan kuih kesukaan Abang Zat. Farah sendiri yang buat tau," bersungguh Farah berkata. Tangan naik memeluk lengan Aizat.


"Terima kasih jelah Farah oii, macamlah aku tak nampak kau beli kuih tu dekat depan taman tu kan," ucap Aizat sinis.


Terkulat-kulat Farah apabila rahsianya sudah terbongkar. Sengihan kekok diberikan menutup rasa dihati.


"Eh mana ada, memang kuih tu Farah yang buatlah. Tadi Farah berhenti kedai depan tu beli goreng pisang je," dalih Farah.


"Kau makan jelah kuih kau tu. Aku dah kenyang," tangan Farah yang sedang memeluk lengannya dirungkaikan kasar.


Baru sahaja kaki ingin dibuka, suara Puan Hanim mematikan langkahnya.


"Aizat kenapa layan Farah macam tu," tegur Puan Hanim.


"Habis mak nak Zat layan Farah ni macam mana? Macam isteri Zat?" degus Aizat tidak puas hati.


"Kalau Abang Aizat nak layan Farah macam isteri pun Farah tak kisah, Farah lagi suka," sengihan kerang busuk diberikan.


"Ish simpang malaikat 44 lah aku nak layan kau macam bini aku. Mati hidup balik pun belum tentu aku nak jadikan kau bini aku," tegas Aizat.


"Zat tak baik kamu cakap macam tu. Entah-entah esok yang kamu tak suka ni lah nanti jadi bantal peluk kamu tiap malam," seloroh Puan Hanim.


"Farah okay je kalau tiap malam Abang Aizat nak jadikan bantal peluk. Farah lagi suka," tergedik-gedik badan Farah seperti cacing kerawit berkata.


"Eiii.. Tak kuasa aku nak berbinikan kau. Silap-silap anak-anak aku nanti semua jadi cacing macam kau," usai menghabiskan kata-katanya Aizat bingkas berlalu tanpa menunggu lama.


"Mak Long.. Tengok Abang Zat tu..." adu Farah manja.


Puan Hanim hanya menggelengkan kepalanya. Tahu benar sikap mulut lepas si anak lelakinya itu.


"Kamu jangan ambil hatilah dengan Aizat tu. Dia memang macam tu, baru balik kerja mesti penat tu," pujuk Puan Hanim.


"Hmm.. Yelah Mak Long," akur Farah.


Farah sudah lama menyukai Aizat Aiman. Dia sebenarnya mahukan lelaki itu menjadi suaminya kelak. Tapi sikap kasar lelaki itu yang sukar untuk didekati kadang kala membuatkan dia sakit hati. Namun disabarkan jua dek kerana rasa suka melebihi segalanya.





~~~~~





Mawar duduk bersebelahan Puan Zubaidah yang sedang meraup lidi kelapa untuk dibuat penyapu. Dia berdehem seketika bagi menarik perhatian sang ibu yang leka dengan perkerjaannya itu. Sedar akan deheman Mawar, Puan Zubaidah lantas menoleh ke arah anak sulungnya itu.


"Haa Mawar macam mana dengan jualan kuih kamu hari ni?" soal Puan Zubaidah.


"Alhamdullilah mak. Hari ni semua kuih yang Mawar buat semua habis. Pak Abu cakap semua kuih yang Mawar buat sedap," bangga Mawar.


"Alhamdullilah.. Baguslah macam tu," sahut Puan Zubaidah.


Mawar menarik nafas panjang sebelum kembali menyambung perbualannya.


"Mak tadi masa balik, Mawar ada terjumpa kawan Mawar. Kawan Mawar masa zaman sekolah dulu," cerita Mawar.


"Kawan..? Kawan yang mana?" soal Puan Zubaidah hairan.


"Nama dia Haris Redzuan tapi Mawar panggil Haris botak,"


"Haris botak..?" berkerut dahi Puan Zubaidah mendengar.


"Ye.. Dia tu kawan satu kelas dengan Mawar. Dulu waktu zaman sekolah dia takde rambut sebab tu budak-budak kelas Mawar panggil dia Haris botak. Tapi Mawar tak sangka bila dah besar pun dia masih tetap botak," ketawa halus terhambur jua oleh Mawar.


"Ishh kamu ni tak baik cakap macam tu," menggeleng kepala Puan Zubaidah mendengarnya.


"Sebut pasal Haris tadi dia ada jumpa Mawar. Dia tawarkan Mawar kerja," cerita Mawar.


"Kerja..? Kerja apa?" soal Puan Zubaidah.


"Mawar pun tak tahu. Tapi dia ada cakap kalau nak tahu esok dia ajak Mawar jumpa dia dekat tepi sungai kampung sana tu," ujar Mawar.


"Habis tu kamu macam mana?" soal Puan Zubaidah lagi.


"Mawar pun tak tahu, sebab tu Mawar nak tanya pendapat mak macam mana?" soal Mawar kembali.


"Mak tak kisah, asalkan rezeki yang kamu cari tu halal," tegas Puan Zubaidah.


"Habis tu kalau Mawar kerja, nanti mak macam mana? Takkan mak nak menoreh sorang-sorang? Bahayalah mak," risau Mawar.


"Kamu jangan risaulah pasal mak, adik-adik kamu berdua tu ada. Nanti pandailah mak minta tolong dorang temankan mak," ucap Puan Zubaidah.


"Mak pasti ke?" soal Mawar lagi.


"Mak pasti. Lagipun kebun getah tu tak jauh pun dari rumah kita Mawar. Takde apa yang nak dirisaukan pun," tegas Puan Zubaidah.


"Mawar bukan apa, Mawar cuma risaukan mak je,"


"Pandailah mak jaga diri mak ni nanti. Kamu tu kalau betul dah kerja dengan Haris botak tu nanti jaga diri baik-baik. Ingat sikit kamu tu perempuan," pesan Puan Zubaidah.


"InshaAllah mak.. Mawar bukan apa, Mawar kalau boleh nak ubah nasib keluarga kita ni. Sampai bila kita nak hidup susah macam ni. Mungkin dah tiba masanya kita ubah taraf hidup keluarga kita ni," ujar Mawar bersungguh.


"Betullah kata kamu tu. Sejak arwah ayah kamu meninggal, hidup kita sekeluarga makin susah sampaikan kamu pun terpaksa berhenti sekolah untuk galas tanggujawab besarkan adik-adik kamu. Mak minta maaf sebab dah susahkan hidup kamu. Patutnya usia macam kamu ni pegi masuk belajar, tapi sebabkan keluarga kita tak mampu kamu terpaksa korbankan masa muda kamu dengan mencari duit untuk keluarga ni," jelas rasa bersalah dalam hati Puan Zubaidah.


"Dahlah mak bukan salah mak pun Mawar berhenti sekolah. Mawar sendiri yang rela untuk berhenti sekolah. Mawar tahu mak tak mampu masa tu. Tapi walau apapun Mawar bersyukur sebab walaupun Mawar tak boleh habiskan persekolahan tapi adik-adik Mawar mampu untuk teruskan belajar. Masa depan dia orang lagi penting daripada Mawar," ikhlas Mawar.


"Mak bangga dapat anak macam kamu. Terima kasih nak selama ni telah berkorban untuk keluarga kita," tangan tua Puan Zubaidah naik mengelus pipi mulus milik Mawar Saffiyah.


"Sama-sama kasih mak," ucap Mawar ikhlas.





Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.