Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
70,519
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

Bihun goreng dan teh O panas diletakkan diatas meja makan. Menu yang cukup ringkas untuk mereka sekeluarga pada pagi ini. Mawar melirik sebentar ke arah jam yang berada di dinding, pasti sebentar lagi Melati dan Dahlia akan turun untuk bersarapan pagi.


Puan Zubaidah sudah awal-awal keluar bagi menyiram pokok bunga yang baru ditanam. Ibunya itu kebosanan jika hanya duduk saja tanpa berbuat apa-apa.


Sudah dua minggu mereka sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur, kini masing-masing sudah mula terbiasa dengan kehidupan orang bandar. Dahlia juga telah ditukarkan disekolah berhampiran taman perumahan mereka. Manakala Melati sudah pun memulakan tugasnya di kilang tempat dia bekerja. 


Mawar nekad hari ini dia akan menyuarakan hasratnya untuk bekerja. Sudah tiba masanya untuk dia berbakti kepada keluarganya. Mawar tidak mahu sekiranya hanya Melati yang akan memikul tugas yang sepatutnya digalas oleh Mawar sebagai anak sulung dalam keluarga itu. 


"Mak.. Melati, akak ada benda nak cakap sikit ni," ujar Mawar. Kini mereka sedang bersama-sama bersarapan pagi. 


"Akak nak cakap apa?" berkerut pelik Melati memandang ke arah Mawar. 


"Akak ingat akak nak kerja. Dah 2 minggu kita duduk sini. Akak bosan asyik terperap ke dekat rumah ni," ucap Mawar. 


"Kerja? Kamu nak kerja apa?" soal Puan Zubaidah pula. 


"Haah kak, akak nak kerja apa?" soal Melati. 


"Mawar tak tahu lagi. Tapi Mawar ingat nak tengok kedai-kedai dekat depan sana. Mana tahu kot-kot ada yang nak pakai pekerja ke," jawab Mawar. 


"Kak Mawar pasti ke nak kerja?" soal Melati meminta kepastian. 


"Pasti.. Lagi pun akak bosan duduk rumah ni. Kalau akak kerja boleh bantu ringankan beban kau," balas Mawar. 


"Kalau kamu dah cakap macam tu, mak takkan halang. Tapi cuma mak nak pesan kamu ataupun Melati sekali pun jaga diri baik-baik. Mak tak nak pisang berbuah dua kali," tegas Puan Zubaidah berpesan. 


"InshaAllah mak.." sahut Mawar gembira. 


"Melati doakan akak senang dapat kerja nanti," ujar Melati. Senyuman manis diberikan buat si kakak. 


"Amin.." 


"Tapi kalau akak kerja, mak macam mana?" soal Melati risau. 


"Kenapa dengan mak?" soal Puan Zubaidah hairan. 


"Takkan mak nak tinggal sorang-sorang pulak?" risau Melati. 


"Melati mak ni dah besar lah. Dah tua dah pun. Mak boleh jaga diri mak sendiri. Tak payahlah kamu nak risaukan mak sangat," menggeleng kepala Puan Zubaidah. 


"Mak okay ke kalau duduk sorang?" soal Mawar serba salah. 


"Mak okay. Lagi pun sekejap je. Nanti tengah hari Dahlia dah balik. Jadi takdelah mak duduk rumah ni sorang-sorang. Mak pandai jaga diri mak. Kau orang tu kena jaga diri baik-baik dekat luar sana. Orang Kolumpo ni bukan macam orang kampung kita. Kita tak kenal dia orang tu perangai macam mana," pesan Puan Zubaidah. 


"Hmm.. Kalau mak dah cakap macam tu takpelah," sahut Melati. 


Mawar lega sekurang-kurangnya niat dia mahu bekerja tidak lagi dihalang oleh sang ibu. Moga akan ada rezeki buatnya kelak. Doa Mawar dalam hati. 





~~~~~





Farah berjalan masuk ke dalam restoran milik Aizat. Mata melilau mencari kelibat lelaki pujaannya itu. Ika yang mula sedar akan kehadiran Farah datang mendekat kepada wanita seksi itu. Bibir cuba melorek senyuman manis walaupun dalam hati dia cukup tidak suka dengan Farah Aliya. 


"Selamat pagi cik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?" soal Ika. 


"I datang sini nak jumpa bos you. Mana dia?" soal Farah dingin. 


"Hmm.. Encik Aizat dia ada dalam pejabat. Tapi dia sibuk, dia tak mahu diganggu," beritahu Ika. 


"Tak mahu diganggu? Nonsense.. Takpe I boleh pegi jumpa dia sendiri," ujar Farah. Kaki dibuka melangkah menuju ke pejabat mini milik Aizat. 


"Eh.. Cik tak boleh macam tu. Bos dah pesan dia tak nak diganggu. Tolong lah faham," ujar Ika tegas. 


"Heii.. You siapa nak halang I jumpa bakal suami I?! Sedar sikit diri you tu. You tu cuma pekerja dekat sini. So jangan nak lebih-lebih," marah Farah. 


Membulat mata Ika saat mendengarkan apa yang baru dikatakan oleh Farah sebentar saja tadi. 


"Ba... Bakal suami?" soal Ika seakan tidak percaya. 


"Iyalah.. Yang you nak terkejut sangat ni kenapa?" soal Farah pelik. 


"Mustahil.. Encik Aizat tak penah bagi tahu apa-apa pun," ujar Ika tidak percaya.


"Eh you ni siapa yang dia nak kena bagi tahu you semua benda?! Sedar sikit diri you tu, you tu cuma pekerja cabuk je dekat sini. Jangan nak lebih-lebih. Kalau I nak suruh Aizat buang you sekarang pun boleh," ugut Farah. 


"Apa yang bising-bising ni?" soal Aizat yang datang dari pejabatnya. 


"Abang Zat tengok pekerja Abang Zat ni.. Dia tak bagi Farah jumpa Abang Zat." adu Farah. Lengan sasa Aizat dirangkul kemas.


"Saya cuma tak nak dia ganggu bos. Lagi pun bos dah pesan tadi kan," jawab Ika membela diri. 


Aizat mengeluh seketika. Rangkulan Farah dilengan nya dirungkai kasar. 


"Dahlah Ika, awak pegi sambung kerja awak," arah Aizat. 


"Baik bos," jawab Ika pendek. 


Hilang saja kelibat Ika, Aizat segera menoleh ke arah Farah. Tangan sudah naik mencekak pinggangnya. Mata tajam merenung wajah Farah. 


"Farah.. Ada apa kau datang sini?" soal Aizat dingin. 


"Sejak bila Farah tak boleh datang sini?" soal Farah tidak puas hati. 


"Kalau kau datang sini cuma nak buat kecoh baik tak payah. Sini tempat aku nak cari rezeki. Bukan tempat kau nak buat kecoh," ujar Aizat keras. 


"Abang Zat ni, tak baiklah buat Farah macam ni. Salah ke Farah datang melawat abang? Farah rindukan Abang Zat. Dah dua minggu kita tak jumpa kan? Abang Zat tak rindu ke dengan Farah?" soal Farah manja. 


"Aku sebenarnya dah letih dengan kau ni Farah. Tolonglah jangan nak mengada-ngada dekat sini.." 


Keluhan berat dilepaskan. Aizat sebenarnya sudah benar-benar naik muak dengan perangai sepupu nya itu. 


"Farah mana ada mengada-ngada pun dekat sini. Abang Zat tak patut tau buruk sangka dengan Farah. Macam Farah cakap tadi, Farah datang sini sebab rindukan Abang Zat. Farah cuma nak pastikan Abang Zat baik-baik je," rengek Farah. 


"Kau tengok aku ni ada macam orang nak mati ke Farah?" soal Aizat geram. 


"Apa Abang Zat ni cakap mati-mati pulak ni. Tak baiklah cakap macam tu," sebal Farah. 


"Dah-dah.. Kau dah tengok aku kan. Dah puas hatikan? Sekarang pegi balik. Jangan nak buat kecoh dekat sini. Malu sikit dekat customer aku," halau Aizat. 


"Okay Farah balik. Tapi nanti Farah datang lagi.." ujar Farah. 


"Dah pegi balik sekarang!" geram Aizat, namun nada suaranya masih dikawal sebaik mungkin. 


"Okay nak balik laa ni.. Bye my future husband," ucap Farah. Dilayangkan flying kiss buat Aizat. 


Aizat yang melihat sudah menggelengkan kepalanya. Pening melayan perempuan yang dirasakan tidak betul tu. 


Manakala dari sudut lain Ika yang melihat sudah mengepalkan tangannya menjadi penumbuk. Panas hati dengan aksi gedik wanita yang merupakan sepupu kepada bos nya itu. 





~~~~~





"Assalamualaikum.." salam diberi sebelum dia masuk ke dalam rumah. 


Mawar pulang ke rumah setelah keluar sebentar bagi mencari kerja kosong berdekatan dengan rumah mereka. Mungkin sudah ditakdirkan rezeki buatnya, dia telah diterima bekerja disalah sebuah kedai runcit berdekatan dengan rumah nya. Mudah juga baginya untuk berulang alik dari rumah kerana jarak yang tidak jauh. Cuma 10 minit berjalan kaki dari rumahnya ke tempat kerjanya nanti. 


"Waalaikumusalam.. Eh Mawar cepatnya kamu balik? Kata nak pegi cari kerja?" soal Puan Zubaidah. Segelas air sejuk disuakan kepada Mawar. 


"Terima kasih mak.." diminum rakus air yang diberikan Puan Zubaidah kepadanya. 


Lega!


"Alhamdullilah.. Mawar dah dapat kerja," jawab Mawar setelah selesai menghabiskan segelas air sejuk. 


"Alhamdullilah.. Kerja apa kamu dapat tu?" soal Puan Zubaidah teruja. 


"Pembantu dekat kedai runcit je mak. Kebetulan kedai dekat depan tu ada nak pakai orang. Rezeki Mawar lah tu," ucap Mawar gembira. 


Mawar tidak kisah jika gaji yang diberikan sedikit yang penting adalah rezeki yang halal dan sekurang-kurangnya dia dapat membantu Melati dan ibunya. 


"Baguslah macam tu. Senang kamu nak berulang alik kalau macam tu. Lega mak dengar kamu kerja dekat-dekat sini je," ujar Puan Zubaidah. 


"Tapi mak, gaji Mawar tak banyak.." perlahan Mawar memberitahu Puan Zubaidah. 


"Mawar tak kisahlah banyak ke sikit ke, yang penting datangnya daripada rezeki yang halal. Dan yang paling penting berkat. Rezeki tu bukan dinilai pada jumlahnya tapi pada keberkatan. Banyak orang gaji beribu tapi tak pernah rasa cukup. Sebab apa? Sebab takde nya keberkatan dalam setiap rezeki yang mengalir. Mak nak kamu belajar untuk bersyukur. Perkara paling susah dalam hidup manusia ni buat adalah bersyukur. InshAllah.. Allah pasti akan cukupkan segala-galanya bila kamu faham erti bersyukur.." nasihat Puan Zubaidah. 


"Betul kata mak tu. Mawar akan sentiasa ingat semua pesanan mak tu.. InshAllah.." sahut Mawar bersama senyuman manis. 


"Tapi Mawar bos tempat kamu bekerja tu tahu ke status kamu?" soal Puan Zubaidah risau. 


Mawar terdiam. Keluhan berat dilepaskan sebelum dia menjawab pertanyaan sang ibu. 


"Mawar tak bagi tahu pun mak.." jujur Mawar. 


"Habis tu bos kamu tak tahu pasal ni? Dia tak siasat ke?" 


"Entahlah mak.. Kedai yang Mawar kerja tu kedai kecil je, dalam taman perumahan ni jugak. Mungkin sebab tu dia tak siasat pasal latar belakang Mawar. Tapi dia ada tanya Mawar duduk mana, Mawar cakaplah perkara yang sebenar yang kita baru je pindah sini," jawab Mawar. 


"Hmm.. Mak bukan apa, mak cuma takut." 


"InshAllah takde apa-apa pun. Mak jangan risau lah ya," ujar Mawar cuba menenangkan Puan Zubaidah. 


Mawar yakin niatnya hanya ingin mencari rezeki yang halal pasti akan dipermudahkan. Dia tidak mahu terus terusan menyusahkan Melati. Sebagai anak sulung dia yang sepatutnya mengalas tanggungjawab pada keluarga dan bukannya Melati. 
















Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.