Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
70,562
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 9

Hari ini Mawar bersama Melati dan Dahlia menghabiskan masa dengan berkelah ditepi sungai dihujung kampung mereka. Esok dia akan kembali mula berkerja jadi waktu-waktu yang ada Mawar mahu memanfaatkan bersama dengan keluarganya.


"Kak Mawar cuti sampai bila?" soal Melati. 


Soalan daripada Melati telah menyentakkan Mawar yang sedang leka merenung ke arah Dahlia yang sedang bermandi manda di sungai itu. Laju dia menoleh ke arah Melati sebelum matanya kembali memandang Dahlia.


"Esok kak Mawar dah mula kerja.." jawab Mawar.


"Lepas ni mesti akak dah sibukkan," cebik Melati.


"Takpelah lepas ni kalau akak cuti lagi kita habiskan masa sama-sama lagi ye dik," ucap Mawar lembut.


"Hmm yelah kak," akur Melati.


"Melati.. Akak ade benda nak pesan ni," ujar Mawar.


"Akak nak pesan apa?" soal Melati hairan.


"Akak nak pesan lepas ni kalau akak dah takde, akak nak kau yang jaga keluarga ni baik-baik. Jaga mak dengan Dahlia macam mana akak jaga sebelum ni," pesan Mawar.


Melati sudah mengerutkan keningnya pelik.


"Akak nak pegi mana?" soal Melati.


"Akak tak pegi mana-mana, akak cuma nak kau ingat pesan akak ni. Kau tahukan akak betul-betul sayangkan keluarga ni. Akak bukannya selalu ada dengan korang," ucap Mawar.


"Kak Mawar jangan risau soal tu. InshaAllah Melati janji Melati akan tolong akak tengok-tengokkan mak dengan Dahlia tu. Melati takkan lupa jasa-jasa Kak Mawar pada keluarga ni," janji Melati.


"Baguslah macam tu..." senyuman nipis dilorekkan oleh Mawar.





~~~~~





Aizat menarik kerusi dimeja makan bersama senyuman nipis. Bau wangi yang datangnya daripada masakan air tangan Puan Hanim membuka seleranya. Laju tangannya menyenduk nasi goreng belacan itu ke dalam pinggan miliknya. Puan Hanim yang melihat sudah menggelengkan kepalanya seketika.


"Kamu tak kerja ke hari ni Zat..?" soal Puan Hanim.


"Tak mak.. Hari ni Zat cuti," jawab Aizat.


Encik Bakri yang sedang membaca surat khabar itu menoleh ke arah Aizat yang duduk disebelah kirinya. Surat khabar dilipat dan diletakkan ke tepi. 


"Aikk.. Biasa kamu susah nak ambil cuti.." ujar Encik Bakri hairan.


"Zat ada hal hari ni mak ayah.. Tu ambil cuti tu," jujur Aizat.


"Hal..? Hal apa?" soal Puan Hanim pelik.


"Zat nak pegi seminar usahawan dekat hotel Royale Chulan KL..." jawab Aizat.


"Lama ke seminar kamu tu?" soal Encik Bakri lagi.


"Kalau tak silap Zat mula dari jam 9 pagi sampai 5 petang yah," air kopi O panas dicicip perlahan-lahan oleh Aizat.


"Pegi tu nanti bawak motor elok-elok. Jangan laju-laju," pesan Puan Hanim.


"InshaAllah mak.." tersengih Aizat seketika.


Puan Hanim mengerling ke arah suaminya sebelum kembali menatap wajah kacak si anak. Nafas dihela perlahan-lahan.


"Zat mak dengar kata kamu tinggalkan Farah dekat kedai makan sorang-sorang. Betul ke?" soal Puan Hanim.


Aizat segera mendongak dan merenung tepat ke arah Puan Hanim.


"Ni mesti Farah yang mengadu dekat mak kan?" merengus Aizat.


"Iye.. Dia WhatsApp dekat mak semalam katanya kamu tinggalkan dia sorang-sorang dekat kedai makan," cerita Puan Hanim.


"Pasal benda kecil macam tu pun dia nak mengadu dekat mak? Untuk pengetahuan mak, Zat yang datang kedai makan tu dulu baru dia. Kami bukan pegi makan sama-sama pun," jujur Aizat.


"Kalau kamu tak pegi sekali dengan dia pun janganlah kamu tinggalkan dia sorang-sorang macam tu. Ada baiknya kalau kamu teman dia sekali makan dekat situ. Kan elok tu," tegur Puan Hanim.


"Zat takde masa lah nak layan perangai cacing kerawit dia tu. Tergedik-gedik macam tu Zat gelilah mak," geram Aizat apabila memikirkan tingkah laku Farah yang seperti orang tidak tahu mahu itu.


"Aizat tak baik kamu cakap macam tu," tegur Encik Bakri yang sedari tadi mendiamkan diri.


"Zat cakap benda betul yah. Terus terang Zat cakap Zat memang tak suka perangai tak semengah si Farah tu," jujur Aizat.


"Mak tak suka kamu cakap macam tu dekat Farah tu. Dia tu sepupu kamu. Nak tak nak kamu kena layan dia elok-elok. Mak tak suka kamu kasar dengan dia," tegas Puan Hanim.


"Hmm.. Ikut suka hati mak lah. Dahlah Zat gerak dulu lah," ucap Aizat. Dia bingkas bangun dan menyalami tangan kedua-dua ibu bapanya itu dengan penuh hormat.


Hilang saja kelibat Aizat, Puan Hanim mengeluh lemah. Encik Bakri yang sedar akan keluhan sang isteri laju bersuara.


"Apa yang awak keluhkan lagi ni?" soal Encik Bakri.


"Saya pening dengan perangai Aizat tu. Benci betul dia dengan si Farah tu ye?" keluh Puan Hanim.


"Dia tak kenal lagi hati budi budak Farah tu. Saya yakin kalau dia dah kenal nanti mesti dia boleh terima si Farah tu," yakin Encik Bakri.


"Saya harap macam tulah jugak. Saya teringin betul nak bermenantukan si Farah tu. Dah lah cantik baik pulak tu," puji Puan Hanim.


"Hmm.. Macam-macamlah awak ni," menggeleng Encik Bakri seketika.





~~~~~





Setelah diberikan cuti selama 3 hari, hari ni Mawar sudah kembali bekerja seperti biasa. Lot kedai yang disewa oleh Haris ditujui oleh Mawar bersama dengan Imran. Seperti kebiasaannya sebelum Mawar mula menghantar barang-barang kepada pelanggan, Mawar dan Imran akan singgah sebentar di lot kedai untuk mengambil barangan yang dikehendaki.


Mawar melabuhkan duduk disebuah sofa berkembar sementara menunggu Imran yang sedang mengambil beberapa buah beg untuk dihantar kepada pelanggan mereka. Beberapa minit menunggu, kedatangan Haris mengamit pandangan mata Mawar. Senyuman tipis diberikan kepada jejaka itu.


"Mawar..? Imran mana?" sapa Haris.


"Imran ada dekat dalam. Katanya nak ambil barang-barang yang nak kena hantar hari ni," jujur Mawar.


Haris mengangguk faham dengan jawapan yang diberikan oleh Mawar sebentar saja tadi. Selang beberapa minit kemudian figura Imran yang sedang membawa lebih kurang tiga buah beg itu menghampiri mereka berdua.


"Ris.. Awal kau datang?" soal Imran.


"Aku ada hal kejap dengan Jaiko. Banyak ke kau orang kena hantar hari ni?" soal Haris.


"Tak banyak pun tiga tempat je hari ni," jawab Imran.


"Okay bagus. Hati-hati buat kerja tu. Aku tak nak ada sesiapa pun syak atau ikut kau orang," pesan Haris.


"Kenapa..?" soal Mawar pelik.


"Hmm.. Takde apalah," jawab Haris selamba. 


"Dahlah Ris, kita orang gerak dulu. Nanti lambat pulak," laju Imran memintas. 


"Ohh ya.. Sebelum aku terlupa, Mawar minggu depan kau dengan Imran kena follow aku pegi KL dalam 3 hari," ujar Haris. 


"Pegi KL..? Nak buat apa?" soal Mawar. Mata tepat merenung ke arah Haris. 


"Ada kerja dekat sana. Aku nak kau dengan Imran standby," ucap Haris. 


"Baiklah.." akur Mawar. 


"Dahlah Mawar jom.. Nanti lambat pulak kerja kita settle," ajak Imran. 


"Yelah..." akur Mawar. 


Tidak menunggu lama mereka berdua berlalu keluar daripada lot kedai itu. Hilang saja kelibat Mawar dan Imran, Haris segera membuka langkah menuju ke arah pejabat mini miliknya. Ada beberapa urusan yang harus dia selesaikan sebelum mereka semua berangkat ke Kuala Lumpur. 









Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.