Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
70,558
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 4

Tepat jam 7 pagi Aizat masuk ke ruang makan untuk bersarapan pagi. Senyuman tipis dihadiahkan buat Encik Bakri dan Puan Hanim.


"Selamat pagi mak, ayah.." ucap Aizat.


"Pagi Zat. Awal kamu keluar hari ni?" soal Encik Bakri. Surat khabar yang berada ditangan dilipat dan diletakkan ke tepi.


"Saja keluar awal hari ni. Mana tahu kot-kot ada rezeki hari ni. Biasa awal pagi macam ni ramai orang order nak minta hantarkan breakfast," jawab Aizat. Air teh O yang berada dihadapan dihirup perlahan-lahan.


"Kamu ni Zat sampai bila kamu nak kerja hantar makanan ni? Mak bukan apa kalau boleh mak nak kamu carilah kerja yang boleh menjamin masa depan kamu sikit," sampuk Puan Hanim.


"Mak bukan Zat tak cari kerja. Zat dah cari masalahnya takde satu pun yang panggil Zat untuk interview. Mak sendiri tahukan zaman sekarang nak dapat kerja memang susah mak," keluh Aizat.


"Apa kata kalau kamu kerja dengan Mak Ndak kamu tu. Dengar kata dekat sana ada nak pakai pekerja," cerita Puan Hanim.


"Haa elok jugak tu. Zat kamu tak nak cuba ke?" cadang Encik Bakri.


"Hmm terima kasih jela mak ayah. Zat tak berminat," ujar Aizat berterus terang.


"Tapi kenapa..? Kalau kamu kerja dengan dia orang sah-sah masa depan kamu terjamin. Gaji pun memang tetap tiap-tiap bulan dapat," ucap Puan Hanim.


"Zat bukan sengaja tak nak kerja dengan Mak Ndak tu. Tapi Zat tak suka kalau nak kena hadap si cacing kerawit tu. Naik pening Zat nanti," jujur Aizat.


"Cacing kerawit..? Siapa tu?" soal Encik Bakri hairan.


"Anak Mak Ndak tulah si Farah tu," jawab Aizat selamba.


"Aizat..! Cacing kerawit kamu panggil dia? Tak baik tahu tak. Kalau si Farah tu dengar mesti dia kecil hati dengan kamu," tegas Puan Hanim.


"Biar dialah nak kecil hati pun. Zat tak heran pun," jawab Aizat selamba.


"Ishh budak ni apa yang kita cakap tak penah nak dengar," degus Puan Hanim geram.


"Sudah-sudah tak baik bergaduh depan rezeki ni. Zat kamu fikirlah dulu baik-baik soal tawaran kerja tu. Mak dengan ayah cuma nak yang terbaik untuk kamu je," nasihat Encik Bakri.


"Hmm yelah yah.. Takpelah mak ayah Zat pegi dululah," Aizat segera bangun dan menyalami tangan kedua-dua ibu dan bapanya.


Hilang saja kelibat Aizat, Puan Hanim mengeluh panjang. Pening memikirkan si anak tunggal.





~~~~~





Mawar dan Melati berjalan beriringan menuju ke arah sungai dihujung kampung. Hari ini dia bakal bertemu empat mata dengan Haris bagi berbincang mengenai kerja yang ditawarkan oleh Haris kepadanya.


Beberapa minit berjalan kaki, Melati mula bersuara memecahkan kesunyian.


"Kak Mawar betul ke nak kerja dengan Haris botak tu?" soal Melati.


"Betullah. Kenapa Melati tanya..?" soal Mawar kembali.


"Takdelah Melati cuma risau je. Melati tengok Haris tu macam pelik semacam je," luah Melati.


"Pelik kenapa pulak?" soal Mawar hairan.


"Melati cuma tertanya-tanya dia sebenarnya kerja apa sampaikan boleh pakai kereta mewah macam tu. Lepas tu Kak Mawar tak terfikir ke kerja apa yang dia nak tawarkan dekat Kak Mawar?" curiga Melati.


"Manalah akak tahu.. Sebab tu lah hari ni akak kena jumpa dia. Akak pun nak tahu juga kerja apa yang dia nak tawarkan pada akak," jelas Mawar.


"Hmm.. Melati bukan apa, Melati cuma risaukan akak je. Sebab tengok si Haris tu pun muka dah macam orang jahat," luah Melati.


"Ishh ada pulak kamu cakap macam tu. InshaAllah takde apa-apa lagi pun akak cuma nak cari rezeki. Nak bantu keluarga kita. Kau orang jauh lagi nak kena belajar jangan jadi macam akak. Akak takpe akak tak kisah walaupun tak dapat habiskan sekolah. Kau orang tu yang penting. Akak cuma nak tengok kau orang berjaya dalam hidup. Ubah nasib keluarga kita ni. Senangkan mak kita tu," ucap Mawar panjang lebar.


"Hmm.. Yela kak. Melati akan ingat pesan akak tu," jawab Melati.


"Baguslah macam tu,"


Tidak menunggu lama mereka berdua menyambung perjalanan menuju ke arah destinasi yang ingin ditujui. Risau jika kelewatan.


Hampir 15 minit berjalan kaki, Mawar dan Melati sampai ditepi sungai. Kelihatan ada beberapa orang budak-budak kampung yang sedang bermandi manda disitu. Mawar ligat memerhatikan keadaan sekeliling mencari kelibat Haris.


"Kak Mawar, Melati nak ke sana sekejap ya," pinta Melati.


"Hmm pegilah," jawab Mawar.


Mawar melabuhkan punggung diatas sebuah bangku kayu yang berada disitu sementara menunggu kedatangan Haris.


Selang beberapa minit bunyi deruman enjin kereta mengangkap sistem pendengaran Mawar. Laju kepalanya menoleh dan matanya terpaku ke arah Haris yang sedang berjalan menghampirinya itu.


"Sorry aku lambat, ada kerja sikit tadi," ujar Haris.


"Takpe aku pun baru je sampai," jawab Mawar.


"So macam mana? Kau setuju kerja dengan aku?" soal Haris terus.


"Aku okay je tapi sebelum tu aku nak tahulah jugak aku kerja sebagai apa? Tugas aku macam mana?" soal Mawar penuh minat.


"Kerja kau senang je cuma hantar dan ambil barang.."jawab Haris pendek.


"Ambil dan hantar barang? Maksud kau macam posmen tu ke?" soal Mawar lurus.


Haris memicit pelipis dahinya sebentar. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus. Sikap lurus bendul Mawar ini kadang kala boleh buat orang lain sakit kepala.


"Boleh dikatakan macam tu jugaklah. Senang kan?"


"Senang tu senang. Tapi... Aku takde motor kalau nak ambil dan hantar barang-barang tu semua. Kau pun tahukan keluarga aku susah. Basikal pun kami takde inikan pulak motor," wajah ditundukkan Mawar.


"Pasal tu kau tak payah risaulah. Nanti akan ada budak-budak aku yang tolong ambil dan hantar kau. Tugas kau cuma tunggu orang ambil barang dan bagi kau barang. Mudahkan?" ujar Haris.


Mawar mengangguk faham. Wajah Haris dipandang seketika sebelum kembali bersuara. 


"Hmm.. Pasal gaji macam mana pulak?" soal Mawar segan. 


"Untuk permulaan aku akan bayar kau seribu setiap kali kau ambil dan hantar barang. Kau cuba bayangkan kalau kau hantar dan ambil barang 3 kali sahaja kau dah boleh dapat tiga ribu. Amacam? Berbaloi kan?" tawar Haris. 


Membuntang mata Mawar. 


"Kau biar betul Haris?" soal Mawar tidak percaya. 


"Betullah. Kau nak ke tak nak? Tawaran ni datang sekali je seumur hidup," ujar Haris. 


Mawar terdiam seketika. Otak ligat memikirkan soal tawaran gaji yang cukup lumayan itu. 


"Hmm kau bagi aku masa dulu boleh? Aku balik bincang dengan mak aku dulu macam mana," ucap Mawar. 


"Okay.. Tapi jangan lama sangat. Peluang ni cuma datang sekali je seumur hidup," pancing Haris.


Mawar mengangguk faham. Jika dia menerima tawaran Haris pasti gaji yang tersangat lumayan itu dapat menampung mereka sekeluarga. Malah Puan Zubaidah juga tidak lagi perlu bersusah payah untuk menoreh getah bagi menyara mereka sekeluarga.


Haris yang duduk bersebelahan Mawar sudah tersenyum sinis. Dia yakin Mawar pasti akan bersetuju dengan tawaran yang diberikan kepadanya. Dia juga tahu perihal kesusahan yang dialami oleh keluarga gadis itu.





~~~~~





Selesai sahaja bertemu dengan Haris, Mawar dan Melati pulang ke teratak yang diduduki oleh mereka sekeluarga. Puan Zubaidah yang sedang duduk bersama adik bongsunya Dahlia didekati. Mawar melabuhkan punggung bersebelahan si adik bongsu tersayang. Manakala Melati berdiri bersebelahan Mawar. 


"Kak Mawar dengan Kak Melati pegi mana? Kenapa tinggal Dahlia?" mencebik Dahlia.


"Kak Melati teman Kak Mawar pegi jumpa kawan dia jelah. Bukan pegi mana pun," jawab Melati laju.


"Hmm tak ajak pun Dahlia," rungut Dahlia.


Mawar tersenyum melihat wajah cemberut si adik.


"Bukan Kak Mawar dengan Kak Melati tak nak ajak Dahlia. Tapi kalau Dahlia ikut kami siapa nak teman mak nanti? Tak takut ke mak duduk sorang-sorang dekat rumah ni?" soal Mawar lembut.


"Asyik Dahlia je selalu kena tinggal," protes Dahlia.


"Dahlia kan kecil lagi nanti kalau dah besar Kak  Mawar dengan Kak Melati janji bawak Dahlia jalan-jalan pusing kampung ni ya," pujuk Mawar.


"Yela yela.." akur Dahlia.


"Dah sekarang Dahlia pegi ikut Kak Melati masuk dalam. Pegi mandi hari dah nak malam ni," arah Mawar.


"Jom Dahlia.." ajak Melati laju. Dia tahu pasti Mawar dan Puan Zubaidah mahu berbincang mengenai pekerjaan yang Haris botak tawarkan kepada kakak sulungnya itu.


Hilang saja bayang kedua-dua beradik itu Puan Zubaidah yang sedari tadi berdiam diri mula bersuara menyentakkan Mawar ke alam nyata.


"Macam mana dengan kerja yang kawan kamu cadangkan tu?" soal Puan Zubaidah laju.


"Hmm.. Itulah yang Mawar nak bincangkan dengan mak ni," sahut Mawar.


"Kenapa?"


"Haris cakap kerja ambil dan hantar barang je. Macam posmen tu, tapi akan ada orang yang ambil dan hantarkan Mawar nanti ke sana. Tugas Mawar cuma ambil dan hantar barang. Gaji pun besar mak. Rasanya dengan gaji yang Mawar akan dapat tu mak dah tak payah susah-susah nak menoreh lagi dah," bicara Mawar dengan penuh teruja.


"Banyak sangat ke dia bagi gaji dekat kamu tu?" soal Puan Zubaidah hairan.


"Sekali penghantaran Haris akan bayar Mawar satu ribu. Mak cuba bayangkan kalau tiga kali Mawar buat penghantaran, Mawar boleh dapat tiga ribu mak," jawab Mawar teruja.


"Kamu biar betul Mawar..? Banyak sangat tu?" soal Puan Zubaidah tidak percaya.


"Betul mak. Itulah yang Haris cakap pada Mawar tadi," jujur Mawar.


"Habis tu kamu macam mana? Apa keputusan kamu?" soal Puan Zubaidah.


"Mawar tak buat keputusan lagi. Mawar cakap Mawar balik bincang dengan mak dulu. Kalau mak macam mana? Setuju ke kalau Mawar kerja dengan Haris tu?" soal Mawar. Mata memandang ke arah Puan Zubaidah.


"Mak tak kisah. Asalkan kamu cari rezeki halal, kamu pandai jaga diri. Kamu kena ingat kamu tu perempuan. Lelaki dekat luar sana pun bukan boleh dipercayai. Mak tak nak esok lusa kamu jadi mangsa dia orang pulak," tegas Puan Zubaidah menitipkan pesan.


"InshaAllah mak.. Mawar akan ingat pesan mak tu," janji Mawar.


Puan Zubaidah mengangguk faham. Dalam hati sentiasa mendoakan keselamatan anak-anaknya.






Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.