Home Novel Alternatif #AntologiDarius
#AntologiDarius
JejakaTerpujiSyurga
16/8/2017 11:35:33
36,090
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 2


Suasana pagi di Syarikat Tekno Industri Sendirian Berhad seperti mana-mana syarikat yang beroperasi.Para pekerja bergegas mendaftar masuk sebelum waktu operasi syarikat.Tentulah tidak mahu rekod kehadiran di penuhi dengan warna merah yang sudah tentu akan mempengaruhi penilaian tahunan bagi menentukan pencapaian individu.Hasil keputusan tersebut akan menjejaskan jumlah insentif bonus atau cadangan kenaikan pangkat masing-masing.Sebaik sahaja tiba,mereka berluru menuju kearah meja yang diberi.Saat ketika mereka melabuhkan diri,komputer lantas dibuka dan capaian emel dan catitan nota yang ditampal menjadi rujukan untuk menentukan kerja mana yang perlu diselesaikan pada hari ini.Dan di antara kelibat tersebut seorang lelaki sedang termenung jauh memikirkan sesuatu.Bila dilihat,rupanya jejaka tersebut adalah Farhain.

Kata-kata Darius kepadanya semalam benar-benar menganggu fikirannya ketika ini.Hinggakan kerja di atas meja pejabatnya tidak terusik ketika ini.Farhain tidak mampu tidur lena malam semalam akibat kata-kata yang disebutkan oleh Darius kepadanya.Hingga menyebabkannya nyaris-nyaris untuk terlewat masuk kerja hari ini.Farhain kembali cuba mengimbas apa yang diucapkan oleh Darius semalam.

“Iyeke nie.Ke sebenarnya kau dah jatuh hati dekat bos baru kau tue?”usik Darius kepada Farhain atas reaksi yang dianggap seperti putik cinta sedang berlaku.

“Ish,ke situ pulak.Tolong sikit.Aku anti perempuan ok.Apatah lagi dengan perempuan gila macam tue.Ingat dia cantik aku nak ikut telunjuk dia la konon.Puih”balas Farhain marah.

“Kira kau mengakulah yang kau rasa bos baru kau nie cantik kan?Hahaha,ikut kaulah Farhain.Jangan sampai kau kena buang kerja sudah.Sekarang nie susah kot nak cari kerja.Kalau kau kena buang kerja jangan datang merayu kat aku minta aku ambik kau bekerja.Aku nie baru je buka perniagaan jurugambar.Orang pun tak kenal lagi nama syarikat.Jadi,nak upah pekerja tetap memang bukan la buat masa ini”nasihat Darius kepada Farhain.

“Kau perli aku ke?Kurang asam kau Darius.Hahaha.Jangan risau sebaran-baran aku pun aku tetap professional di dalam kerja aku”balas Farhain semula.

Farhain memikirkan semula apa yang dikatakan Darius kepadanya kemudian bermonolog dengan dirinya.

“Benarkah aku jatuh cinta dengan bos baru aku?Ish,tak mungkinlah.Ya,dia memang cantik.Masih bujang tapi perangai dia yang suka arah sesuatu perkara nak dilaksanakan dengan segera buat aku geram.Dia ingat aku nie ada banyak tangan ke?.Kalau kerja yang diberikan itu mudah aku boleh terima la.Tapi ini nak benda yang mustahil dalam masa yang pantas ingat aku ini miracle worker ke?”

Tanpa disedari, saat ketika Farhain sedang memikirkan perkara tersebut, kelihatan seorang wanita cantik berada di belakangnya memerhatikan tindak tanduknya.Reaksi muka sedikit marah melihat tindak tanduk Farhain.

“Ehem,Encik Farhain Bin Solihin.Buat apa tue?”perli wanita tersebut setelah agak lama memerhatikan sahaja perbuatan Farhain tadi.

“Ehh,Cik Noraida.Tak buat apapun.”balas Farhain terkejut saat menyedari rupanya wanita yang sedang difikirkannya itu kini berada di belakangnya.

“Baguslah,awak ingat kerja yang ada atas meja awak tu boleh siap dengan sendirinya ke?”tegur wanita yang dikenali sebagai Noraida tersebut.

“Maaf Cik Noraida,saya akan siapkan dengan segera.”balas Farhain tanpa sebarang alasan yang diberikan.

“Saya nak kertas cadangan untuk projek kita di pantai timur tue siap petang ini jugak.Kalau tak siap,jangan balik.”tegas Noraida kepada Farhain.

“Biar betul Cik Noraida,banyak yang perlu saya buat lagi.”bantah Farhain tatkala mendengar arahan yang dikeluarkannya.

“Saya nak awak siapkan kerja ni dulu.Yang lain ketepikan dulu.Projek ni mesti siap juga hari ini.Make it priority.Faham?”tegas Noraida kepada anak buahnya Farhain.

“Baiklah Cik Noraida.Saya akan siapkan jika cik berkeras dengan keputusan tersebut”jawab Farhain mengalah.Dia tahu apa sahaja alasan yang cuba diberikan tidak akan dilayan oleh wanita tersebut.Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh wanita itu,beliau akan tetap dengan pendiriannya.Di atas sikapnya itulah banyak pekerja bawahannya menggelarkannya ‘wanita kuku besi hati tembaga’

“Bagus.Dah siap letak atas meja saya.”balas Noraida lantas beredar daripada situ.

“Nasiblah kau ni bos aku.Kalau tak aku tengking-tengking dah perempuan nie”marah Farhain dalam hati sambil menyaksikan bosnya beredar sambil meninjau kerja anak buahnya kemudian akhirnya menuju ke pejabatnya yang berada di hujung.

“Sorilah Farhain.Aku tak sempat nak warning kau tadi.Aku sedar-sedar dia dah ada belakang kau tadi.”kata lelaki yang duduk disebelah Farhain.Nama lelaki ini adalah Badrul bin Bakti.Merupakan rakan sekerja kepada Farhain di bahagian kejuruteraan.Kalau diikutkan,Badrul lebih lama berkhidmat di syarikat ini.Beliau telah bekerja dengan syarikat milik Tan Sri Sabu ini selama 5 tahun.Sikapnya terhadap Farhain ibarat abang kepadanya.Segala masalah yang melanda Farhain akan cuba di dengari olehnya.Begitu juga jika Badrul inginkan rakan mendengar keluhan kehidupannya.

“Tak apalah Badrul.Aku pun tak tahulah kenapa dia ni suka bagi aku dateline singkat gile.Dia ingat aku nie robot ke?Robot pun ada tempoh untuk charge  diri”kata Farhain sambil meluahkan perasaannya kepada Badrul.

“Itulah.Aku tengok dengan staf lain dia takdelah teruk sangat.Tapi bila dengan kau je,dia tekan kau teruk-teruk.Buat itula buat inilah seolah-olah dia macam ada dendam dekat kau.Kau ada buat apa-apa dekat dia ke?” taakul Badrul kepada Farhain tentang layanan yang berbeza yang diberikan oleh Cik Nuraida kepada Farhain berbanding staf-staf yang lain.

“Ish,aku kenal dia pun sebab dia ganti bos kita yang lama tue,Encik Zakaria yang bersara bulan lepas.Sepanjang aku kenal perempuan,aku takde kenal perempuan macam tue.Lagipun aku pun dah lama tak berkawan dengan mana-mana perempuan.Kalau macam inilah sikap bos kita terhadap lelaki,aku rasa sampai bila-bila bos kita nie tak kan kahwin.Jadi anak dara tua.Dahla sekarang nisbah lelaki dengan wanita makin besar.Itu belum cerita pasal kualiti lelaki yang boleh dijadikan sebagai suami.Dahla,aku nak siapkan kerja aku ni.Tak pasal-pasal satgi aku kenal kerja lebih masa.Ke kau nak tolong buatkan untuk aku?”jelas Farhain panjang lebar kepada Badrul sambil cuba untuk menumpukan perhatiannya kepada kerja yang perlu disiapkan seperti yang diminta oleh cik Nuraida.

“Yang tue aku minta maaf siap-siap.Aku memang tak mampu nak tolong kau.Kerja yang ada atas meja aku ni pun tak tersiap.Ok,aku tak kacau dah.Selamat maju jaya siapkan kerja kau tue.Hehehe”Kata Badrul dengan sinisnya sambil menamatkan perbualan mereka dan kembali menyambung kerja.

Begitulah sikap Badrul yang dikenalinya.Nasibla Farhain sudah mengenali Badrul agak lama.Kalau tidak,memang cari nahas la jawabnya.Bab kerja Farhain selalu serius kerana ia merupakan satu amanah.gaji yang diperolehi adalah hasil kerja yang dilakukan.Sebab itulah setiap kerja yang dilakukannya akan dilakukan sebaik mungkin.Agar gaji yang diterimanya mendapat keberkatan daripada Tuhan Maha Pencipta.

Saat ketika Farhain sedang melakukan kerja setelah seketika,dia teringat saat kali pertama bos barunya itu memperkenalkan diri kepada semua staf di syarikat ini.


Sebulan yang lalu

Bilik Mesyuarat Syarikat Tekno Industri Sendirian Berhad


Suasana di pejabat Farhain pada hari ini nampak berbeza.Kelihatan ramai rakan sepejabatnya seakan-akan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku sebentar sahaja lagi.Yang Farhain tahu,kesemua staf telah diarahkan untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat seperti yang telah dinyatakan di dalam emel yang dihantar semalam.

Farhain mengagak tujuan utama perjumpaan pada hari ini berkaitan dengan perlantikan pengurus operasi syarikat baharu yang bakal menggantikan pengurus operasi kini yang telah pun menamatkan perkhidmatan pada minggu lalu.Namun timbul ura-ura yang mengatakan bahawa pengurus operasi syarikat yang baru seorang wanita berusia 30-an dan masih belum berkahwin.Tentunya di kalangan pekerja lelaki di syarikat ini yang teruja jika perkara tersebut benar.Yang tak kurang hebatnya pekerja lelaki yang sudah pun mempunyai isteri dan anak juga turut sama teruja.Satu sikap yang kurang digemari Farhain.Namun beliau bukanlah lelaki yang suka melibatkan diri dengan masalah yang tidak berkaitan dengan dirinya.Pengecualian diberi jika ia melibatkan sahabat terdekat yang diakuinya.

Kelihatan seorang lelaki berpakaian kot sedang menuju ke bilik mesyuarat bersama dengan seorang gadis yang manis bertudung 

“Mohon kerjasama semua.Pada hari ini saya nak memperkenalkan pekerja baru di dalam syarikat kita ini.Beliau akan menggantikan saudara Zakaria yang bakal bersara.Saya berharap semua staf dapat memberikan kerjasama kepada beliau mulai pada saat ini.Sila perkenalkan diri” lelaki tersebut bersuara.Beliau merupakan pengarah eksekutif syarikat ini.Sebaik sahaja beliau duduk,perempuan tersebut pun mula bersuara.

“Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera, saya Noraida binti Razak.Saya bakal menggantikan posisi Encik Najib selaku pengurus operasi syarikat bermula pada hari ini.Saya berharap agar kakitangan yang lain dapat memberikan kerjasama dengan baik.”

Sebaik sahaja wanita tersebut tamat memperkenalkan dirinya,matanya kini tepat memandang ke arah Farhain.Riak mukanya seakan terkejut melihat Farhain.Farhain yang menyedari akan perkara tersebut mula memikirkan sesuatu di dalam fikirannya.

“Perempuan ini kenal aku ke?Tapi sepanjang aku hidup,aku tak pernah kenal sesiapa yang bernama Noraida.Kenapa dia agak terkejut tengok aku?Dia ingat aku ni hantu kea pa?”

“Terima kasih Cik Noraida atas sesi perkenalan tadi.Sekarang kita sambung semula mesyuarat yang dijadualkan.Mari kita mulakan’ Farhain terus tersedar dari monolognya saat terdengar kata-kata daripada pengarah eksekutif tersebut.Lantas mesyuarat terus berjalan seperti biasa.Hal-hal berkenaan dengan perkembangan projek dan status dimaklumkan oleh ketua-ketua projek yang dipertanggungjawab.Farhain pula selaku salah seorang  jurutera akan menerangkan berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan dengan perkara teknikal projek tersebut.Mesyuarat ini berlanjutan sehingga ke tengahari berikutan terdapat beberapa isu perlu dimuktamadkan demi mengelakkan projek tersebut berlaku seabrang masalah.

Setibanya waktu rehat tengahari,sebaik sahaja Farhain baru ingin melangkah keluar dari pejabatnya,Namanya dipanggil oleh seorang wanita.

“Encik Farhain,sila masuk ke dalam pejabat saya.”

“Sekarang waktu rehat Cik Noraida”

“Saya janji tak lama”

“Tapi saya lapar Cik Noraida”

“Awak faham ke tak apa yang saya cakap?”nadanya mula berubah

“Baiklah Cik Noraida” Farhain akur dengan arahan tersebut namun merasa geram akan tindakan bos barunya itu.Sepatutnya waktu rehat pekerja beliau tidak sepatutnya diganggu.Dahla di tengah-tengah kotaraya yang sesak,setiap masa adalah amat berharga.Nampaknya terpaksa dia ikat perut tengahari ini dan makan selepas tamat waktu kerja.

Ketukan di pintu diberi sebagai tanda hormat kepada ketua.

“Masuk” kedengaran suara Cik Noraida memberi kebenaran Farhain untuk masuk ke pejabatnya.Farhain terus masuk ke dalam pejabatnya sambil menutup pintu pejabat.

“Ada apa Cik Noraida panggil saya sampai tak rehat?” tanya Farhain pada wanita tersebut.

“Nama awak siapa?” tanya Cik Noraida pada Farhain

“Nama saya Farhain Bin Solihin.Umur tak nak tahu?perli Farhain

“Tak payah.Saya tak perlu tahu” balas wanita tersebut.

“Tak boleh dibawak bergurau betul perempuan nie” bisik Farhain di dalam hatinya

“Tujuan saya panggil awak ini adalah untuk memaklumkan awak bahawa saya nak awak ketua satu projek baru yang baru diterima oleh syarikat kita.Setelah saya memeriksa rekod kerja awak dan prestasi yang ditunjukkan,saya rasa awak paling layak.”

“Boleh tak saya menolak? Saya tak rasa saya orang yang layak.Ramai lagi pekerja yang lebih senior dari saya yang mampu galas tangunggjawab tersebut.”

Farhain tahu,andai projek ini diletakkan dibawah seliaannya,pasti wujud tidak puas hati pekerja senior terhadapnya.Farhain baru setahun lebih berkhidmat dengan syarikat ini.Tiba-tiba sahaja diberi amanah menjadi ketua projek syarikat.Pasti akan menyebabkan konflik lantas mewujudkan masalah di dalam perlaksanaan projek tersebut.

“Saya tetap dengan keputusan saya” tegas wanita tersebut.

“Tapi Cik Noraida….”

“Saya dah buat keputusan.Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini boleh datang menghadap saya.”

“Saya yakin keputusan Cik Noraida ini akan membuatkan ramai pekerja tidak berpuashati dengan cik.”

“Saya datang sini bukan untuk puaskan hati mereka.Saya diberi tanggungjawab untuk memastikan setiap projek kita mencapai kejayaan.”

“Kalau Cik Noraida dah berkata sedemikian,saya tak mampu kata apa-apa lagi.”

Farhain tahu,tiada guna dia menyakinkan wanita ini lagi.Beliau kenal wanita spesis ini.Wanita yang tidak akan berganjak daripada sebarang keputusan yang telah dibuat.Buat habis tekak air liur sahaja kalau nak argue pun.Apa yang pasti Farhain mesti melaksanakan tanggungwajab sebaiik yang mungkin.

“Baiklah Cik Noraida.Saya terima tugasan tersebut,”

“Bagus.Awak boleh keluar sekarang.Saya nak keluar jumpa dengan client kita pula.”

“Baik.Terima kasih.Saya keluar dahulu.”

Farhain terus bangkit dan keluar dari pejabat Cik Noraida.Wanita tersebut sebaik sahaja Farhain benar-benar keluar meninggalkan pejabatnya,mukanya sedikit pucat,Seakan-akan sesuatu yang menakutkan baru sahaja keluar dari pejabatnya.

“Kenapa raut wajahnya seakan-akan dia?”soal Noraida

“Setahu aku,dia tiada adik beradik.Takkan dia hilang ingatan dan tukar nama?Aku mesti siasat perkara ini.”bisik hati Noraida.

Dia tahu,untuk dia mendapatkan ketenangan jiwa,dia perlu hapuskan rasa yang membelenggunya ini.Cukuplah peristiwa silam itu dikuburkan di dalam benak hatinya.Dia tidak mahu,igauannya muncul semula merampas apa yang telah dikecapinya.Oleh itu dia harus pastikan ia tidak akan berlaku.


KINI

Restoran Seri Menanti

Darius tiba 5 minit awal dari waktu yang dijanjikan.Deringan telefon juga masih belum berbunyi.Ternyata beliau yang tiba dahulu disini.Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk tiba lebih awal.Ini kerana ia lebih baik berbanding tiba lewat.Ia mencerminkan profesionalisme dirinya kepada para pelanggannya.Lagipun Kuala Lumpu jalan rayanya sangat sesat.Tersilap langkah,pasti akan menyebabkan kelewatan.

Darius terus duduk pada salah satu meja yang ada di restoran tersebut.Pelayan yang hadir lantas bertanyakan pesanan.Darius mengambil keputusan untuk memesan air kosong terlebih dahulu.Sementara menanti kehadiran bakal pelanggannya,Darius mengeluarkan buku nota beserta pen diletakkan di atas meja.Lalu dibeleknya helaian yang masih kosong di dalam buku nota tersebut.

“Nama pelanggan Johan.Setakat ini aku dimaklumkan yang dia nak suruh aku jadi jurugambar perkahwinan dia.Tentang video,masih belum pasti.Selepas itu,adakah dia nak aku cover belah lelaki sahaja atau kedua-duanya?” bual Darius sendiri.Ini merupakan rutin biasa baginya.Untuk memastikan setiap tugasan yang diambil mencapai kepuasan pelanggan,setiap perkara akan perlu diketahui secara terperinci.Maka tidak hairanlah setiap tugasan jurugambar dibayar mahal apatah lagi jika ia melibatkan majlis yang besar.Ini kerana ia kadangkala memerlukan bantuan daripada jurugambar yang lain untuk memastikan setiap saat tidak terlepas daripada lensa seorang jurugambar.Perkahwinan pula adalah acara hidup yang berlaku pada individu Cuma sekali dalam seumur hidup.Jarang ada individu yang mengalaminya lebih pada sekali.

“Dan tak seharusnya aku” bunyi deringan ringtone telefon Darius tiba-tiba berbunyi.

“Assalammualaikum.Darius disini.Siapa nie?” 

“Waalaikumsalam.Saya Johan.Saudara Darius dah sampai ke?”

“Alhamdulillah.saya dah ada dalam restoran.Saya duduk di meja belah kanan paling sekali.”

“Yeke.Baiklah saya baru sahaja tiba.Kita jumpa nanti.”

“Baiklah.”

Perbualan tersebut ditamatkan.Pelanggan yang Darius tunggu akhirnya tiba.Darius bersiap sedia untuk bertemu dengan lelaki yang bernama Johan.Dalam beberapa minit,kelihatan lelaki mula menghampiri meja Darius.Raut wajahnya persis pelakon drama.Tidak hairan jika digilai oleh ramai gadis-gadis disekelilingnya.Dengan susuk tubuh yang baik,berpakaian kemas menunjukkan beliau seorang yang aktif dan mempunyai kerjaya yang bagus.Rasanya yang tinggal hanya pasangan hidup sahaja lagi untuk melengkapkan kehidupannya kini.

“Encik Darius kan? Saya Johan yang call tempoh hari” Lelaki tersebut memulakan perbualan sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

“Ya,saya Darius.Silakan duduk.”

“Maaflah buat encik Darius menunggu kehadiran saya agak lama,”

“Tiada masalah,Saya yang datang agak awal sikit.Risau kalau tersangkut dengan kesesakan jalanraya.Waktu tengahari kan.”

“Betul.Saya kebetulan tadi baru habis mesyuarat dengan bos.Itu yang lewat sikit.”

“Owh,Encik Johan bekerja di syarikat apa?”

“Syarikat Eksport dan Import”

“Kiranya selalulah pergi ke luar negara nie?”

“Boleh dikatakan begitu.Sebab kami banyak berurusan dengan pelanggan antarabangsa.”

“Owh.Oklah Encik Johan.Encik nak pesan apa-apa sebelum kita mulakan perbincangan kita.”

“Sebenarnya saya menunggu kehadiran tunang saya.Saya sebenarnya tak berapa arif berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan dengan urusan perkahwinan.”

‘Yeke?.Kalau macam tu kita tunggu sebentar ajelah.Kita pesan makanan dan minuman terlebih dahulu sementara menunggu.”

“Baiklah.Waiter.”

Johan memanggil pelayan yang berhampiran untuk memesan makanan dan minuman untuk dirinya dan tunangnya yang bakal tiba.Darius juga tidak terkecuali memesan makanan dan minuman.Setelah habis,Johan mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor pada skrin telefonnya.Telefon tersebut terus diletakkan pada telinganya dan menunggu panggilannya itu diangkat.

“Hello sayang.U ada dekat mana.?I dah sampai sini.Jurugambar wedding kita pun dah ada kat sini.U tak sampai lagi ke?”rungut Johan kepada bakal isterinya itu.

“Maaflah encik Darius,nampaknya bakal isteri saya lewat sedikit.Dia sangkut dalam kesesakan jalanraya.”

“It’s ok.Biasalah tue.KL memang macam nie.Lagipun hari ini saya takde appointment or job selain dari Encik Johan.Encik Johan jangan risau sangat.” Senyum Darius pada Johan

“Terima kasih Encik Darius.”

“Dahla Encik Johan,makanan kita pun dah sampai,mungkin kita boleh makan dulu sambil menunggu kehadiran bakal isteri Encik Johan.cadang Darius kepada Johan.

“Baiklah kalau Encik Darius berkata sedemikian.”Johan meletakkan semula telefonnya ke permukaan meja dan mula menjamah makanan yang telah dihantar oleh pelayan 5 minit yang lalu.”

Ketika mereka berdua sedang menikmati makanan,kelihatan seorang gadis manis berwajah ayu masuk ke restoran tersebut.Matanya liar mencari seseorang.Saat melihat meja yang diduduki oleh Johan dan Darius,gadis tersebut terus menuju kearah meja tersebut.

“Johan,maaflah i sampai lambat.i tak sedar dah sampai masa untuk appointment dengan jurugambar kahwin kita” pujuk wanita tersebut pada Johan yang datang dari arah belakang Darius.

“I dah kata kan.Jangan lewat.Nasibla  jurugambar kahwin kita ni kebetulan tak sibuk.Kalau tak?Jenuh i nak kena cari jurugambar lain.”balas Johan sambil merenung tepat pada wajah wanita tersebut.

“Sorry,i janji tak buat lagi.”

“Nasibla i sayang dekat u.Mari saya kenalkan.Encik Darius ini bakal isteri saya,Naqiela”Johan bangun lalu bertindak sebagai gentleman  dan menolak kerusi keluar untuk memberi peluang pada gadis itu duduk disebelahnya.

Alangkah terkejutnya Darius saat melihat gadis tersebut.Namun Darius tidak mahu Johan menyedarinya lalu Darius cuba mengawal reaksinya sambil tersenyum.

“Selamat berkenalan cik Naqiela.Saya Darius, jurugambar perkahwinan yang Encik Johan buat appointment.”

Ternyata gadis tersebut juga mengenali Darius.Mukanya juga agak terkejut melihat wajah jurugambar kahwin yang diupah oleh bakal suaminya.

“Kenapa u?U pucat tiba-tiba.U sakit ke?” Johan bertanya pada Naqiela.

“”No la,I ok je.Selamat berkenalan juga Encik Darius”

Ternyata pertemuan mereka ini seakan akan sudah ditentukan oleh Tuhan.Bagi Darius,pertemuan ini membuatkan kenangan pahitnya 10 tahun yang lalu menjelma semula di fikirannya.Mana mungkin Darius dapat melupakannya apa yang dilakukan oleh Naqiela terhadapnya.Perempuan yang menghapuskan rasa cinta di dalam dirinya!.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.