Home Buku Fantasi Dunia
Dunia
Mr.Vampire
26/4/2018 17:11:16
11,867
Kategori: Buku
Genre: Fantasi
Memori

  Di sebuah tempat di Untold world, tinggal seorang budak lelaki bersama ayahnya yang mengusahakan kilang coklat dan gula-gula. Budak itu digelar Mr. Candy. 

     Seorang budak yang periang, bersemangat tinggi dan bertubuh kecil. Dia adalah sahabat kepada seorang ahli silap mata yang terkenal di Untold World ini. Sahabatnya digelar Mr. Magic. Nama asalnya tidak ramai yang tahu kecuali ayahnya dan Mr. Candy.

     Mereka berdua amat rapat bagaikan adik beradik. Mr. Candy dan Mr. Magic sebenarnya sama umur. 13 tahun. Sejarah dimana mereka bertemu sangat menyayat hati.


Magic amat suka silap mata. Itu semua dia belajar daripada ayahnya. Ayahnya adalah seorang ahli silap mata yang terkenal suatu tika dahulu. Namun, ia juga membuatkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengalami kedengkian yang dahsyat. Suatu malam Magic dan keluarganya diserang oleh beberapa orang lelaki bertopeng. Seluruh adik beradik Magic dibunuh dengan kejam. Ada yang dipijak perutnya sehingga pecah. Kakak Magic ditikam bertubi-tubi sehingga mengeluarkan usus perut. Ibu Magic ditembak tepat di kepala dan akhirnya tiba giliran si bapa untuk dibunuh.

     Ayahnya diseret ke ruang tamu, tiada helah untuk ayahnya melepaskan diri. Magic menangis melihat ayahnya diperlaku sedemikian rupa. Lebih sayu apabila melihat jasad ibu terbujur kaku. Magic yang juga diikat di tengah ruang tamu melihat kedalam sinar mata ayahnya. Meliat dengan penuh rasa sayu. Namun, apakah daya yang mampu dilakukan? Semua tentang kehidupan akan berkubur disini fikir hati Magic dengan penuh kesal.

      Si penjahat datang dengan selaras senapang untuk meletupkan kepala ayah Magic. Magic meraung melihat ayahnya yang hampir dibunuh. Namun, ketika itulah datangnya anggota polis. Si penjahat tidak dapat melakukan apa-apa kerana terkepung dengan keadaan yang amat menekan. Fikiran si penjahat tidak terlalu lama akhirnya dia sudah membunuh ayah kepada Magic.

      Magic terkaku apabila dia melihat kematian bapanya. 

Previous: Realiti
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mr.Vampire