Home Buku Fantasi Dunia
Dunia
Mr.Vampire
26/4/2018 17:11:16
11,866
Kategori: Buku
Genre: Fantasi
Bab 1

Di dunia sebalik tabir, ada sebuah tempat yang bernama untold world. sebuah tempat dimana menyembunyikan sebilangan kecil makhluk Tuhan.

     Dunia ini menyimpan pelbagai isteri yang sukar ditafsirkan. Termasuk 'dunia' yang satu ini. Di dunia sebelah ini mempunyai pusat yang bersejarah iaitu Dark Palace. Sebuah tempat yang didiami oleh beberapa org Vampire tahap elit. Mereka adalah jenis yang terkuat  dalam kalangan mereka sendiri. Di Untold world, kehidupannya seolah-olah berada di zaman Victoria di eropah.

     Setakat ini raja yang memerintah Untold World adalah seorang Vampire yang mempunyai gelar sebagai Blood King. Asalnya seorang doktor, tetapi telah menjatuhkan Vampire terdahulu sehingga dirinya diangkat sebagai Blood King. Raja yang agak pelik berbanding raja-raja Vampire terdahulu.

      Blood King mempunyai seorang adik sudah meningkat remaja. Adiknya bernama Mr. Vampire, seorang remaja yang mempunyai bakat terpendam sesuai dengan keturunannya yang digelar sebagai 'lune de sang' yang bermaksud bulan darah. Menunjukkan bahawa keturunan mereka bukan daripada yang biasa kerana pada bulan darah yang berlaku empat tahun sekali itu akan menambahkan kekuatan berkali ganda berbanding kekuatan yang sudah sedia kuat selaku berdarah raja.



Blood King atau namanya Dr. Vlad Vampire membawa adiknya ke sebuah telaga didalam hutan berhampiran dengan Dark Palace. Sebuah telaga yang mempunyai sejarah tersendiri. Sebuah telaga yang menghubungkan diantara Untold World dengan dunia sebenar.

     "Apa kita buat kat sini Abang?" Mr. Vampire bertanya pada abangnya setelah terlihat telaga itu di depan mata. Dia tahu sejarah telaga itu sehingga membuatkan dirinya agak gelisah. Abangnya memandang sepi pertanyaan adiknya itu. Yang pasti Dr. vlad ada perancangan keatas adiknya itu.

     "Jangan risau dik," Dr. Vlad hanya membalas sepatah apabila melihat adiknya semakin gelisah. Sesampainya mereka di hadapan telaga itu, Dr. Vlad terus mengeluarkan sebatang jarum yang mempunyai virus yang menyebabkan minda putih bertukar hitam. Demon Virus.

     Tidak semena-mena Dr. Vlad terus menikam belakang Mr. Vampire hingga menyebabkan tubuh Mr. Vampire tidak mampu untuk bertahan. Tubuhnya dengan mudah terjatuh kedalam telaga itu. Dr. Vlad Vampire memandang jasad adiknya yang jatuh kedalam teaga tanpa dapat melihat kedasarnya.

     Dr. Vlad Vampire terus meninggalkan telaga yang sunyi itu. Meninggalkan adiknya untuk menjadi seorang vampire yang ganas lagi kejam suatu hari nanti.

      

Next: Realiti

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mr.Vampire