Home Buku Fantasi Dunia
Dunia
Mr.Vampire
26/4/2018 17:11:16
24,732
Kategori: Buku
Genre: Fantasi
Bab 4

Magic melihat kearah sahabatnya yang leka bermain barang silap matanya. Fikirannya terbang entah kemana namun dari segi air muka, seolah-olah menanggung satu bebanan yang berat untuk ditanggung. Candy melihat kearah Magic yang lansung tidak berada di dunia yang nyata.

     "Apa yang kau fikirkan?" Candy cuba memujuk kegalauan hati sahabatnya. Sapaan Candy telah menghapuskan khayalan Magic yang sentiasa dilalui oleh orang yang  sepi. Magic meluahkan keluhan yang berat.

     "Aku cuma teringat keluarga aku," Candy menghela nafas apabila Magic mengunkit kembali kisah yang tidak sepatutnya diingati. Memang benar, Magic telah hidup bersama Candy sejak sepuluh tahun yang lalu.

Candy telah mendapatkan cara untuk mengubati kegalauan sahabatnya.

    "Jom gi jalan-jalan," Candy mengajak. Magic memandang sahabatnya. Matanya masih memancarkan kedukaan.

     "Mana?" 

     "Creepy wood" Candy memberikan cadangan. Magic termenung  sebentar memikirkan keadaan huan itu. Creepy wood adalah pusat kepada Untold world. Dan ditengah-tengah hutan itu terdapat Drk Palace. Istana kepada Blood King yang terkenal dengan kekejamannya. Tetapi itu bukan masalah mereka kerana semua orang dibenarkan untuk bersiar-siar kemana sahaja yang mahu mereka pergi di Untold World ini.

     "Jomlah," Setelah memikirkan pro dan kontra maka Magic pun akhirnya memberi kata putus. Candy hanya tersenyum kegembiraan.




Sebuah tempat yang bernama Solar Eclipse di Untold World ini memang  menyimpan banyak cerita. Ia hanya sebuah desa yang terbentuk untuk penduduk bawahan. Namun, Penduduk bawahan inilah yang telah banyak melahirkan pemburu terhandal di dunia ini. Pemburu-pemburu yang merancang untuk menghapuskan kerajaan Blood King secara senyap. Konspirasi ini tidak diketahui sesiapa kecuali beberapa orang  pemburu terhandal.

     Kampung Solar ini berjiran dengan sebuah hutan dimana penduduk hutan itu memusuhi pihak pemburu. Mereka adalah Werewolf. Bermacam cerita diantara pihak pemburu dan  pihak werewolf.


Adam, seorang remaja dari kalangan pemburu melangkah masuk kedalam hutan ini dengan penuh waspada. Adam merupakan salah seorang pemburu muda yang handal. Namun, mempunyai fikiran yang agak berlainan berbanding pemburu yang lain.

     Dia sedar dirinya sedang diperhati, tetapi langkahnya diteruskan. Tujuan dia memasuki hutan ini bukanlah untuk memburu. Ada niat lain yang disembunyikan daripada semua kawannya. 

     Waspadanya dipertingkatkan lagi kerana werewolf didunia ini amat berlainan daripada dunia sebenar. Werewolf dunia ini mampu bertukar bila-bila masa tanpa menunggu bulan mengambang penuh.

     Deria pemburunya mengesan sesuatu, terus dia berguling ketanah. Tekaannya tepat apabila seekor serigala jadian putih menyerangnya daripada belakang. Adam tersengih lalu bangkit. Serigala jadia itu berubah rupa, menjadi seorang remaja yang agak kekar tubuhnya.

  

     "Kau takde cara lain ke nak tegur aku Amirul?" Remaja itu tersengih lalu melangkah perlahan kearah Adam.

     "Apa khabar Mr. Vampire sekarang ni?" Tanya Adam. Amirul memandang sahabatnya itu.

     "Dr. Vlad bunuh dia," Sahut Amirul. Adam terpana.

     

     

Previous: Memori
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mr.Vampire