* Spesial @ Spes. ialah bahagian untuk puisi2 yang dihantar ke e-jurnal Doea Jiwa. Ada 1 disiarkan, 1 tidak (sebab lupa nak bagi bio.) dan 2 sedang dalam proses pemilihan.
* Terpilih, telah disiarkan di e-jurnal Doea Jiwa edisi November 2023:
https://online.fliphtml5.com/qtzfi/zdfi/#p=141
-ia ~
Hampir setiap malam aku mimpi dia.
Hanya ingin kata "Ana Harap Bahagia
lah Anta." 41 tahun- AHBA punya usia.
Umur aku pula 28. Bukan lagi belia.
Nama penuhnya? 🎵 "Biarlah rahsia." 🎶
Tidak mahu diketahui oleh pihak media.
Namanya di memori. Macam ensiklopedia.
Manakala otakku merembeskan kimia.
Menganggap dia seorang insan mulia.
Adik perempuannya niaga gerai Kurnia,
Woodlands. Ada 2 orang budak ceria,
anak-anak buahnya. Adakah Gaia,
Ultraman mereka sukai? Adakah Daia
sabun basuh dia guna? Adakah sia-sia
aku ke W. Waterfront Park? Nostalgia-
nampak lelaki muka macamnya. Ia
nya pelik. Dia lari naik basikal. Fobia
kah selepas pandangku? Manusia
itu siapa sebenarnya? AHBA beria
mengajakku berjumpa di Malaysia.
Syarat: Bawa mama. Dipenuhi kriteria.
Kami tidak dapat berjumpa di dunia,
mungkin, sebab kami belum bersedia.
InsyaAllah, hingga akhirat aku setia.
© Nuansa Embun