* Versi rakaman suara di SoundCloud:
https://on.soundcloud.com/3NPuzUYButLLyAYr9
* Video diupload di TikTok untuk cabaran tahun lepas: https://vt.tiktok.com/ZSF5JR9Gs/
Cakap baik-baik ~
Cakap baik-baik dan buatlah yang terbaik.
Jangan lidah bercabang 3 bak Gunung Daik
atau lidah tak bertulang. Turun dan naik.
Janganlah mencebik. Usah dada didabik.
Kata-kata kasar boleh buat hati jadi rabik.
Berlemah-lembut. Biar dianggap lembik.
Api amarah bukan kecik. Minyak merecik.
Jangan mengherdik. Takut nanti jadi tragik.
Macam anjing menyalak bukit. Terpekik2.
Apabila marah, perangai mulai jadi pelik.
Mimik muka seram. Orang lain jadi panik.
Cakap tak berlapik. Kata2 tak boleh ditarik.
Dunia dah terbalik. Banyak orang toksik,
Bukan main lagi memperkotak-katik...
orang lain dengan rasa seronok; asyik.
© Nuansa Embun