Home Alternatif Fantasi Alamria
Alamria
Iqbal Rafiuddin
12/7/2018 19:59:17
5,424
Kategori: Alternatif
Genre: Fantasi
Bab 8

Muka dan badan aku basah dengan peluh. Jantung aku berdegup dengan laju. Di kelilingi berpuluh-puluh maras bukan lah satu pengalaman yang seronok. Tengok aja mata merah diorang, boleh nampak mereka dahagakan darah.

"Kak, ada plan?" tanya aku.

Kak Merah pegang tangan aku dengan Lica. Sekelip mata aku merasakan tubuh aku disedut dan sedar sahaja kami dah berada di tempat lain. Rupanya Kak Merah dah teleportkan kami.

"Kita masih berdekatan dengan kampung. Lari cepat."

Kak Merah mula berlari. Aku teragak mula-mula. Kemudian Lica cepat-cepat dukung aku. Aku tak boleh nak kata tidak. Walaupun malu kena dukung dengan orang perempuan tapi terpaksalah sebab Lica boleh berlari laju. Walaupun tengah dukung aku, dia masih boleh mendahului Kak Merah. Macam berjalan atas angin. Hebatnya Lica.

Bila dah rasa jauh dan selamat daripada kampung barulah kami berhenti. Kak Merah dan Lica tercungap-cungap.

"Mak Jab macam mana? Orang kampung macam mana kak?" tanya aku risaukan keadaan orang kampung.

"Sama ada dah mati ataupun kena kurung. Waktu kita mula-mula sampai Kampung Jogo, seluruh kampung tu dah pun dikuasai Maras."

"Ngaw. Maknanya Mak Jab pun Maras la ye? "

Kak Merah angguk kepala. Patutlah aku rasa pelik, tak ada satu kanak-kanak dalam kampung tu. Semuanya perempuan dan mereka tak nampak seperti orang kampung kat situ. Mereka menyamar jadi orang kampung. Dan mereka pura-pura suruh kami menyiasat jembalang tasik mungkin ada dua sebab, sama ada nak buat kami sibuk, sementara itu boleh mereka merancang sesuatu atau mungkin nak kekalkan kami di kampung tu. Aku patut lebih perasan bila kami menyiasat di kandang lembu, tak nampak macam ada tanda-tanda serangan disitu.

Kak Merah kata tindakan tak bijak kalau berlawan dengan mereka waktu bulan mengambang. Kerana mereka seperti kaum jadian, waktu macam ini lah mereka akan menjadi hampir kebal. Kekuatan mereka pun jadi berganda-ganda. Salah satu cara nak berlawan mereka ialah lawan waktu siang.

"Kaum Maras ni biasanya blend dengan kaum jadian. Agak susah nak trace. Ini dah terang-terang kita tahu puak diorang ada kat situ. Rugi la kalau tak kerjakan. Kaum diorang tak boleh dibiar wujud. Bahaya." ujar Kak Merah.

Apa beza kaum jadian dengan Maras? Kaum Maras sebenarnya adalah salah satu puak kaum jadian juga, tetapi mereka lebih barbaric dan karnibal. Hidup mereka pun nomad dan tidak bertamadun. Biasanya untuk survival, ada antara mereka akan hidup dalam kalangan kaum jadian. Tapi tetap aja tak menghalang mereka dari memiliki hati yang buas, jahat. Cerita Kak Merah lagi, apa yang Mak Jab cakap tu mencerminkan ciri-ciri maras la tu. Kegemaran mereka ialah makan anak dara. Kampung Jogo tu dah la kampung banyak perempuan. Macam lombong emas la untuk diorang. Tu yang ramai tuh ada kat situ.

"Akid rasa penduduk kampung ada yang masih hidup." ujar aku.

"Ngaw, macam mana nak lawan pun? Diorang terlalu ramai. " kata Lica pula. Betul juga, tolak aku, hanya Lica dan Kak Merah je boleh berlawan.

"Kita pergi ke Pekan Jogkoba. Kita boleh mintak bantuan orang kat sana." ajak Kak Merah.

Pekan Jogkoba dengan Kampung Jogo sebenarnya tidak berapa jauh. Pekan ini merupakan nadi utama kepada kampung-kampung disekitarnya. Aktiviti perniagaan orang kampung semuanya berlaku disini. Oleh kerana itu, pekan ini amat penting untuk keempat-empat buah kampung sekitarnya.

"Kalau betul la apa yang kau cakap ni Merah, maknanya ini akan membahayakan Pekan Jogkoba dan kampung sekitarnya." kata Penghulu Pekan Jogkoba, Datu Jumoji sambil mengurut janggut putihnya. Aku dan Lica duduk di tepi sambil memerhati Kak Merah sedang berbincang dengan beberapa orang kuat Pekan Jogkoba.

"Hairan, tak pernah lagi kaum maras bertindak macam ni. Mereka selalunya tak terancang. Melainkan ada seseorang disebalik serangan mereka ni. Orang yang betul-betul bijak menyatukan diorang dan rancang semua ni." kata Ojo, orang kanan Datu Jumoji.

"Apapun kita kena bagi amaran pada kampung lain." ujar Kak Merah.

"Setuju, tapi nak harapkan kampung yang lain untuk bagi kerjasama agak susah jugak. Diorang tu tahu jelah, ada perangai masing-masing. Tapi Merah, aku harap kau boleh tolong kami. Sampaikan berita ini kepada diorang. Bagitahu pada mereka sama macam kau bagitahu kami. Mintak juga mereka sediakan beberapa orang untuk kita menyerang maras." kata Datu Jumoji.

"Oh ye, ada seseorang yang boleh kami perkenalkan untuk menolong kau ni. Rancho!" panggil Ojo. Aku terkejut mendengar nama tu. Rancho masuk ke dalam bilik. Dialah Rancho yang kena tahan sama-sama kami di bandar Gaia. Aku pandang Lica.

"What?" Lica tanya aku.

Lica ni, mungkin dia lupa ni.

"Tu Rancho, kita pernah jumpa dia dalam penjara Bandar Gaia hari tu." aku bisik pada Lica. Lica urut dagu.

"Perkenalkan, ini Rancho. Pemanah paling hebat dalam Alamria. Panah dia tak pernah lagi tersasar dari target." puji Ojo. Rancho garu pipi sambil tersengih.

"Sebenarnya, bukan lah pemanah sangat, tapi yup saya la tuh. Paling hebat." Rancho puji dirinya sendiri. "Cik Merah plak yang paling cun kat Alamria. Padan la kita berdua." Rancho buat bunyi berdecit sambil kenyit mata. Cis. Sempat mengorat.

Lica tepuk tangannya secara tiba-tiba. "Laa, yela. Aku pernah dengar. Rancho 1 hit K.O orang panggil."

Rancho lihat aku dan Lica. Dia angkat tangan. "Yo."

Aku sengih-sengih. Aku tak sangka pulak dia ni hebat. Tapi tak tahu la macam mana dia boleh tertangkap dengan Lord Jibin. Tangkap masa dia tengah tidur kot.

Lica ajak aku keluar dari bilik sebab dia mula rasa bosan dan ingin berjalan-jalan. Aku setuju dengannya. Biarlah hal-hal ni diuruskan oleh orang yang lebih berpengalaman. Kami berjalan-jalan di sekitar pekan. Sampai di satu kedai ni, aku tarik lengan Lica. Ajak dia masuk, tengok-tengok. Sesuatu menarik perhatian aku.

"Ngaw. Kau nak bela pet ke Akid?" tanya Lica. Kami masuk kedai haiwan peliharaan.Disitu banyak haiwan peliharaan dikurung di dalam sangkar. Haiwan peliharaan kebiasaanya berguna untuk pengembara, bukan hanya sebagai buat peneman, tapi boleh diajar untuk membantu mereka buat macam-macam. Kebanyakan haiwan mempunyai magik juga. Haiwan seperti ini lah sesuai dijadikan pet.

"Ada pet mesti best." kata aku. Aku lihat, ada makhluk tupai biru, biawak api, kucing kristal (dahinya sahaja mempunyai kristal). Lica kelihatan tidak gembira.

"Terus terang, aku tak suka manusia perlakukan haiwan macam ni. Kami kaum fenix sangat bertolak ansur dengan haiwan. Ngaw." Lica berterus terang dengan aku. Agaknya dia lihat haiwan dalam sangkar tu macam dia kot. Sebab rupa paras dia pun seperti haiwan juga. Ada ekor, telinga atas kepala.

"Tapi asalkan pet tu gembira dengan kita, okey je kot kan? Bukan kita tak bagi dia makan." balas aku. Aku memang teringin sangat nak ada pet sendiri. Nak usap pet aku. Takkan nak usap kepala Lica plak kan? Mampus aku kena gigit dengan dia nanti.

Lica tak menjawab, dia hentak kaki lalu terus kaki membawa dirinya laju meninggalkan aku. Haih, teruk betul merajuknya. Aku kejar Lica dari belakang. Aku fikir nak gembira kan hati dia. Nak ajak makan. Tapi tengok dia dah seronok lain macam.

"Kid! Sini!" panggil Lica seolah-olah teruja. Aku terus mendekati dia. Rupanya terdapat seorang makcik buta dengan kotak kayunya. Dia seorang penilik.

"Anak, teringin nak tahu masa depan?" tanyanya.

Lica dengan teruja melompat riang. "Nak!"

"Masukkan tangan anak dalam lubang ni." Terdapat dua lubang, atas dan bawah pada kotak. Lica masukkan tangannya, makcik buta tu pun masukkan pada sebelah lagi. Ini bermakna kedua tangan mereka bersalaman di dalam kotak kayu ni. Kotak itu mula berpusing ligat dengan sendiri.

"Tanyakan apa yang anak mahu tahu?"

"Adakah apa yang saya idamkan, saya akan peroleh? Ngaw"

"Anak, anak akan punya tanah yang luas. Seperti yang anak idamkan."

Lica tersenyum lebar. "Betul ke makcik? Bila tuh? Ngaw."

"Seandai anak pulang ke Kapital Diraja."

Lica menjadi lebih girang. Buat apa Lica nak tanah yang luas? Ke dia nak buat rumah besar-besar. Sekali dia kahwin dengan orang tua kaya mana ntah kat Kapital Diraja. hahaha. Lepas tu giliran aku pula. Haih, aku tak percaya sangat. Tapi tak salah nak mencuba kan? Seperti diarah, aku pun masukkan tangan ke dalam kotak, dia pun begitu. Tangan kami bersalaman. Aku boleh rasa kedut-kedut pada tangannya. Kotak mula berputar ligat.

"Tanya apa yang anak mahu tahu?"

"Apa jadi dekat saya pada masa depan?" Aku harap dia sebut aku jadi Sang Falsafah.

Makcik buta itu diam. Lama kotak itu berpusing. Aku masih menunggu jawapan. Lamanya. "Err makcik." Makcik itu tak bersuara lagi. Selepas itu barulah dia berdehem.

"Anak betul mahu tahu?"

"Ya"

"Ini takkan menggembirakan anak."

Aku cuak. Pulak dah. Jangan kata aku akan mati dalam masa terdekat sudah.

"Saya akan mati ke makcik?"

"Sampai masa. Kamu akan punya magik." Aku hampir gembira. Magik? Aku akan ada magik!?

"dan Kamu akan menjadi bodoh."

Lica dibelakang sudah ketawa terbahak-bahak. Tak guna punya Lica. Syok dia bantai gelak.

"Kamu akan hilang daya untuk berfikir, bertutur. Kamu seolah-olah cacat semuanya. Tetapi akan ada seorang yang setia dengan kamu pada masa itu."

"Saya kan makcik? Ngaw."

"Tak. Dia tak muncul lagi dalam hidup kamu. Suatu hari nanti. Anak. Hati-hati dalam pengembaraan kamu. Hidup kamu akan dipenuhi sensara dan kedukaan."

Lica terdiam. Aku pun terdiam. Balik je dari situ, aku rasa murung sangat-sangat. Aku tak nak percaya. Tapi ia betul-betul mengganggu mood aku.

"Ala Akid. Tak semestinya apa yang dia tilikkan tu betul. Diorang mesti tersilap dan mungkin penipu. Aku rasa Makcik tu ada magik baca fikiran. Mungkin bila dia dapat tahu kau tak ada magik. Dia rasa jijik dengan kau. Macam orang kampung kau selalu hina kau. Diorang bila tahu kau takda magik, diorang ejek kau kan? Cakap kau cacat, bodoh. Takyah nak stress okey kid? Ngaw."

Aku menyembamkan muka aku pada katil. Aku harap macam tu la.

"Kau takkan tinggalkan aku kan Lica? Macam mak ayah aku tinggalkan aku?" Aku pandang Lica dengan air mata bergenang.

Lica duduk dikatil.

"Aku takkan tinggalkan kau. Aku janji Kid. Kita ni dah kira macam bestfren. Ngaw" Lica cuba memujuk aku. Aku senang dengan kata-kata Lica. Air mata aku berjurai jatuh. Aku terlalu emosi. Lica peluk kepala aku. "Aku dapat rasakan masa depan kau cerah, Kid. Ngaw"

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Iqbal Rafiuddin