Home Alternatif Alternatif Karton
Karton
Astrid K.
23/9/2018 10:43:03
26,521
Kategori: Alternatif
Genre: Alternatif
Prolog

Sampai dekat satu titik kehidupan, saya terasa lost. Bila semua orang menghilang tiba-tiba, macam kena culik oleh makhluk asing dengan kapal angkasa berbentuk piring. Bermula dari orang-orang yang pernah tersimpan nombornya dalam contact whatsapp saya, bekas-bekas kawan sembang kosong di kedai kopi, cinta-cinta tahi ayam satu malam, dan terakhir sekali kucing yang saya pungut di lorong jalan masa hujan lebat Ogos, tahun lalu. Mati dibaham anjing jiran.

Dekat bulatan titik masa tu, saya tahu, saya sedar, luka-luka sakit hati tu dah tak valid. Saya merasa dah kebal. Betul, saya tercampak dalam satu ruang kosong, yang tak ada benda yang dapat saya dengar selain dengungan dalam telinga dan gema-gema keegoan- yang dah 27 tahun berkembang biak dan berongga padat, dalam diri saya sendiri. Jadi - saya nak bawa diri. Jujur. Itu bukan perkataan yang saya suka. Tidak langsung. Sebab, kedengaran macam keluar dari mulut seorang loser, dan tak millenium.

Tapi, itulah apa yang saya buat, secara teorinya.

Kau tahu- bawa diri, pulang ke tempat yang saya yakin, saya berhak berada dekat situ. Tapi yang kelakarnya, saya sendiri tak tahu dekat mana tempat tu. Jadi masa tu, petang di akhir bulan Disember. Paginya saya dah meletak jawatan, jadi selepas ini akaun bank saya tak akan diisi dengan RM8000/bulan lagi. Kemudian, selesai merokok dan buang air kecil pada pukul 3 pagi, saya tinggalkan rumah dengan harapan kontang, sedikit duit dalam dompet, dan kad pengenalan. Saya pasti, saya tak akan balik semula ke situ keesokan harinya atau bila-bila.

Kotak karton lengkap berselotep saiz 40" dekat kerusi penumpang belakang saya renung menerusi cermin dashboard. Sekurang- kurangnya saya tahu betul ke mana kotak tu akan pulang.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Astrid K.