Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
82,963
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 22

Raz terjaga dan terkejut. Badannya terasa amat sakit. Diaterasa binggung dan lupa tentang apa yang berlaku pada dirinya. Fikirannya takmenentu. Dilihat sekelilingnya dan dia sedar bahawa dia berada di ruang tamu dirumah Danial.


“Raz? Kau dah sedar?” soal Danial yang berada di situ.

“Danial, mana Parat? Apa dah jadi?” soal Raz.

“Kau kalah dengan Parat. Rai terpaksa aktifkan Penjara Deltadan memberkas semua banduan yang tinggal. Sekarang cuma tinggal Parat.” jelasDanial.

“Apa?! Rai dah berkas mereka semua? Aku tak boleh lawanParat seorang diri!” jelas Raz yang agak marah ketika itu.

“Kau boleh Raz. Kau tak perlukan banduan. Aku yakin kaumampu kalahkan Parat.” jelas Rai, Lencana Kuasa yang berada di smaping tempatrehat Raz.

“Bagaimana nak kalahkan Parat? Nak dapatkan system upgrade untuk kau pun susah.Mereka di tahun 2075 hanya buang masa sahaja. Kita terlalu lama disisni!” Razyang amat marah.

“Mereka sedang cuba sedaya upaya! Put your trust on them, Raz!” kata Rai, Lencana Kuasa yang agak marah.

 

Keadaan menjadi tegang seketika antara Raz dan Rai, LencanaKuasa.

 

Relax Raz… kaudah cedera... kau berehat saja untuk hari ni.” kata Danial yang cubamenenangkan keadaan.

Raz terus bangun dari tempat rehatnya. Rai, Lencana Kuasajuga tidak tahu apa perlu dilakukan ketika itu.

Mai ketika itu hendak menghantar makanan ke rumah Danialbuat Raz yang sakit. Dia terlihat Raz yang keluar dari rumah Danial dengan riakwajah yang agak marah.

 

“Raz? Raz?” tegur Mai.

“Mai… Kenapa?” soal Raz.

“Kenapa? Kau tu kenapa? Muka masam saja. Kenapa ni?” soalMai.

“Aku benggang dengan apa yang terjadi sekarang. Aku takkandapat kalahkan Parat kalau aku asyik lemah begini. Sistem Lencana Kuasa takdapat di-upgrade. ” kata Raz yangagak marah.

“Kenapa kau tak percayakan mereka?” soal Mai lagi.

“Maksud kau?” Raz yang tidak tahu apa yang dimaksudkan olehMai.

“Kawan-kawan kau di tahun 2075 dan kami disini. Aku percayayang kawan-kawan kau di tahun 2075 tu, mesti sekarang tengah berusaha kerasuntuk membantu kau. Kau di sini perlu letak kepercayaan kau pada mereka. Janganberhenti berharap dan jangan putus asa.” jelas Mai.

“Betul juga kata kau” Raz akur akan kesilapannya.

“Nah… ambik Nasi ayam ni dan aku nak kau makan. Kau tu perlumakan untuk sembuh.” kata Mai.

“Terima Kasih Mai, kau dan yang lain banyak tolong aku. Akutak tahu macam mana nak balas nanti.” kata Raz.

“Kami cuma nak kau berkas Parat dan bawa balik keamananBandar Metrowaja.” jelas Mai.

 

Raz mengerti akan apa yang dikata oleh Mai.

“Woi Mai! Nasi ayam untuk aku tak ada ke?” soal Danial yangmencelah.

“Kau tak sakit… pergi beli sendiri” balas Mai.

 

Danial hanya ketawa sahaja dengan apa yang dikata oleh Mai.

 

Ketika itu, pada masa tahun 2075, Kapten Wira Rahmandilaporkan dengan satu penemuan aneh. Kapten Wira Rahman pun berjumpa denganProf. Alex untuk membincangkan penemuan mereka.

 

“Prof. Alex? Sibuk?” soal Kapten Wira Rahman yang melihatProf. Alex yang sedang menyiapkan fasa terakhir Alat Pengaktifan Petir.

“Kapten! Saya dah siapkannya!” kata Prof. Alex dengan gembira.

“Betul ni Prof?” soal Kapten Wira Rahman dengan rasa teruja.

“Ya, Kapten. Sekarang kita perlu jalankan mesin ini bersamamesin masa secepat mungkin.” jelas Prof. Alex.

“Baik Prof. Saya akan arahkan anggota saya untuk membantuProf. untuk jalankan operasi ini. Tapi, sebelum itu Prof., Pihak KeselamatanBandar melaporkan bahawa mereka menemui satu rangka mekanisma di bahagianselatan bandar kita.” jelas Kapten Wira Rahman.

“Rangka Mekanisma?” Prof. Alex kehairanan.

“Ya Prof. Saya cadangkan Prof untuk melihat dan menilitirangka mekanisma itu sebab saya khuatir jika itu adalah ancaman. Anggota sayadah pun bawa rangka mekanisma ke bilik kajian E aras 3.” jelas Kapten WiraRahman.

“Baiklah Kapten. Kapten boleh arahkan anggota kaptenbekerjasama dengan anak buah saya untuk setupMesin Masa dan Alat Pengaktifan Petir. Saya akan periksa rangka mekanisma itu.Tapi sekarang saya agak letih. Tolong belanja saya kopi..” kata Prof. Alexdiselit gurau.

“Hahaha. Boleh saja Prof.” kata Kapten Wira tersenyum saja.



Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.