Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,932
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

Angin petang bertiup lembut di hujung minggu itu. Adriana tenang bejalan di taman di depan rumahnya sambil membelek bunga orkid peliharaan ibunya. Orkid ungu yang baru dibeli semalam kelihatan semakin mengembang kelopaknya. Bau harum kopi semerbak segerak menerjah deria baunya seraya ibunya  keluar membawa sedulang minuman dan keropok yang baru digoreng. Bau harum kopi membuatkan Adriana segera menujuke arah ibunya untuk membantu mengambil dulang, dan di letakkannya di meja laman. Tanpa kata, Adriana menuang minuman kedalam dua cawan yang dibawa bersama. Tanpa lengah, dia mencapai keropok yang telah dihidangkan. Tiada sepatah bicara diantara dia dan ibunya, hanya menikmati minum petang sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa.

 

Tiba-tiba kelihatan sebuat kereta BMW berhenti dihadapan pagar rumahnya. Hati Adriana berdebar-debar. Rasanya macam pernah melihat kereta tersebut, tetapi dimana? Hatinya meneka. Kelihatan pintu dibuka,dan Adam menapak keluar dari kenderaan tersebut, sambil tersenyum dan melambai kearahnya. Menyirap darahnya apabila terlihat saja wajah tersebut yang sungguh tidak dijangkakan. Entah mengapa tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Adam melangkah kearahnya sambil membuka selak pintu pagarnya, seolah-olah telah biasa benar dengan rumah tersebut.

 

“Adam, langkah kanan kamu. Mari minum bersama-sama kami. Adriana, pergi ambil satu lagi cawan untuk Adam,” macam bertih jagung ibunya mengarah.

 

Adriana memandang ibunya seolah-olah tidak percaya dengan sikapnya itu, seolah-olah begitu gembira dengan kedatangan tamu yang tidak diundang itu. Adriana menoleh pula melihat wajah tamu itu dan dilihatnya Adam hanya tersenyum sumbing, seolah-olah memerlinya. Adriana menjeggilkan mata. Adam terus melabuhkan punggungnya di sebelah Adriana.

 

“Tak apa lah auntie, tak perlu susah-susah....saya saja jalan-jalan ambil angin, sementah dah dekat di sini, saya pun ambil kesempatan singgah, kononnya nak bertanya khabar. Tak sangka pula auntie dengan Adriana ada di luar ni” jelasnya panjang lebar. Huh, memang ayat ada kelas,desis Adriana. Siap dengan kata kerja sementah! Belajar dimana mamat ini? Bisik hatinya lagi.

 

“Adriana, ambik cawan untuk tamu kita ni” ibunya mencuit lengan Adriana bila dilihat anak gadisnya itu masih membatu ditempatnya.

 

CoolAdriana! Cool! Ambik ajer cawan kat dapur tu.

 

Bila dia melangkah keluar dilihatnya Adam sedang rancak bersembang dengan ibunya.

 

Sambil menuang kopi kecawan, Adriana tidak sudah-sudah  menjeling jejaka tersebut.Adam pula seolah-olah tidak mengendahkan jelingan tersebut. Tiba-tiba terdengar telefon di ruang tamu berbunyi. Ibunya segera mengangkat punggung untuk menjawap pangilan tersebut.

 

Peluang, bisik hatinya.

 

“Kenapa awak datang?” terjahnya sebaik saja dirasakan ibunya tidak dapat mendengar perbualan mereka. Sambil itu matanya meliar memerhatikan ibunya.

 

“Kenapa? Tak boleh?” jawab Adam ringkas sambil meniru gaya iklan perbankan CIMB. Dia ketawa, lucu dengan jenakanya sendiri.

 

“Hujung minggu selalunya orang nak berehat bersama keluarga tahu? Kenapa datang?” ujarnya lagi.

 

“Rindu!” balas Adam ringkas.

 

Adriana hampir pitam mendengar jawapan yang ringkas tapi penuh makna itu. Nak tersenyum, malu. Marah boleh? Pura-pura sajalah.....hatinya bermain kata-kata.

 

“Adriana tak rindu pada saya ke?”

 

Ishk! Biar benar mamat sorang ni, baru sangat jumpa dah jatuh hati ke? Ke memang dia ni Romeo? Memanglah suka tengok wajah dan lagaknya, tapi untuk jatuh hati rasanya masih jauh perjalanan lagi.

 

“Eh, awak ni main-main pulak. Pegi la balik cepat,kejap lagi ayah saya pulang laaa” dia menggesa Adam agar segera beredar dengan pelbagai alasan.

 

“Bagus lah. Boleh saya beritahu dia yang saya dah jatuh hati dengan anak gadisnya dan saya.....”

 

“Awak gila ke? Kenal tak sampai sebulan dah jatuh hati. Kalau jatuh kerusi tu orang percayalah.” Pintas Adriana tanpa membiarkan Adam meneruskan kata-katanya. Adam hanya tersengih melihat wajah Adriana yang semakin merah menahan malu. Ataupun amarah yang teramat? Ahh, biarkan, desisnya

 

Seperti terpanggil, ayahnya muncul disebalik pintu pagar. Dari jauh kelihatan ceria apabila terlihat saja anak muda Tan Sri Samad yang sedang duduk sambil memegang secawan kopi dihalaman rumahnya. Terasa sejukhatinya, seolah-olah Adam memang tempatnya disitu.  Dilihat wajah anaknya pula kemerah-merahan seolah-olah sedang marah, tapi dari raut wajahnya sukar dimengerti. Ada sesuatu yang tersembunyi disitu, seolah-olah rona keceriaan. Anak muda, desis hatinya.Teringat zaman mudanya dahulu.

 

Adam bangun seraya menghulur tangan untuk bersalam dan segera disambut oleh Pak Rahman. Adriana bangun untuk mengambil cawan ayahnya. Dibiarkan ayahnya berborak dengan Adam, sehinggalah anak muda itu memohon diri untuk pulang.

 

Malam itu, Adriana terbaring dikatilnya sambil merenung siling kamarnya. Kata-kata Adam petang tadi benar-benar memainkan perasaannya. Siapa pun akan jatuh hati kalau jejaka sekacak Adam meluahkan kata-kata tersebut. Haha perasan! Mamat tu nak jatuh hati padanya? Hmmm ramai lagi gadis-gadis cantik di pejabatnya pasti. Telefon bimbitnya berbunyi. Segera dicapainya dan di lekapkan di telinga.

 

“Masih tak rindukan saya?” tegur suara itu sebelum sempat dia memberi salam.

 

Adriana bingkas duduk. Dilihat nombor yang tertera pada skrin telefon tersebut tidak dikenalinya tetapi suara itu memang tidak dapat dilupakan.

 

“Siapa ni” sergahnya, pura-pura tidak mengenali sipemanggil.

 

“Janganlah garang sangat, hilang keayuan gadis melayu” terdengar dia ketawa terkekeh-kekeh. Adriana mengulum senyum.

 

“Awak sedang senyum kan? Begitulah..... gadismelayu tak mudah marah” lembut sungguh kata-katanya.

 

“Eh, mana awak dapat nombor telefon saya ni?”  balas Adriana, pura-pura marah

 

“Kata orang tua-tua, kalau hendak seribu daya.....pandai lah saya mencarinya. Okaylah, saya tak mahu mengganggu anak dara Pak Rahman lama-lama, hanya ingin mengucapkan selamat malam dan.......” diam sebentar ditalian. “Love ya!” tup,telefon dimatikan.

 

Adriana terpinga-pinga mendengar ucapan akhir yang tidak disangka-sangka itu. Dia melonggo merenung skrin telefonnya yang telah dimatikan, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dengan perlahan dia meletakkan telefonnya disebelah bantal.

 

Telefonnya berbunyi lagi dan segera dicapai.

 

“Malam ni mimpi indah ya” tup, sekali lagi telefondimatikan sebelum sempat dia berbicara.

 

Sekali lagi telefon berdering. Adriana segeramenyambar telefon tersebut sambit terus menekan  ‘jawab’.

 

“Hei, tak baik ganggu orang malam-malam tau....” sebelum sempat sipemanggil bersuara.

 

“Siapa ganggu you, Adriana?” terdengar suara Haikal.

 

Alamak, salah orang. “Eh tak adalah. Zuria telefon tadi. Lama tak telefon, mana you pergi” Adriana memesongkan topik perbualan.Entah kenapa dia harus berbohong dengan Haikal.

 

“ I baru balik Phuket. Cuti dengan kawan-kawan.Apa khabar you and family?”

“Cuti? Senyap-senyap aje pergi bercuti ye? Tak beritahu pun yang you nak pergi Phuket” balas Adriana dengan nada merajuk.Terdengar tawa Haikal dihujung talian.

 

“ Eh..eh.. sejak bila pulak I kena repot pada youbila nak pergi kemana-mana?” tawa Haikal masih bersisa, seolah-olah mempersendakannya. Adriana termalu sendiri.. Benar juga kata Haikal, siapa aku untuk bertanya setiap langkahnya.

 

“Sori, lupa pulak yang I ni bukan awek you.” Adriana selamba menjawab, cuba menghilangkan perasaan malu. Haikal merasakan perubahan suara Adriana , lantas cuba mengendurkan keadaan.

 

“Mari kita keluar minum kejap, I datang ambik you sebentar lagi” Adriana memandang jam dinding kamarnya yang menunjukkan jam10.30 malam.

 

“Malaslah. Dah lewat. Lain kali sajalah kita jumpa. I mengantuk, nak tidur. Bye” pantas dia menamatkan perbualan dan terus mematikan telefonnya. Malas nak melayan kerenah orang lain, pikirnya.Sebenarnya hatinya agak terguris bila Haikal mempersendakannya bila diabertanya tentang pemergiannya ke Phuket.

 

Haikal tersenyum sambil memandang telefon bimbitnya. Dia dapat membayangkan wajah Adriana yang masam bila dipermainkan. Entah kenapa, berat untuknya memberitahu Adriana akan pemergiannya untuk berhujung minggu ke Phuket, walaupun sepanjang waktu disana,dia sering teringatkan gadis itu. Mungkin dia masih belum bersedia untuk dimiliki, maka dia menganggap perhubungannya dengan Adriana seperti temanbiasa. Namun jauh disudut hatinya pasti, suatu hari dia dan gadis itu pasti disatukan.

Previous: Bab 4
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa