Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Jodohku Mr.Anoyying
Jodohku Mr.Anoyying
Myea Miko
23/3/2020 11:24:58
30,832
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3

Rumah aisy riuh rendah dengan sanak saudara belah ibu dan ayahnya, malam ni merupakan malam berinai. Besok pulak hari pernikahan dia dan Luthfi.


Dia pun tak tahu macamana hidupnya nanti lepas berkahwin dengan Luthfi, mamat annoying yang selalu buat dia sakit hati.


Setelah selesai berinai, Aisy masuk ke dalam bilik untuk mengambil barang,tiba-tiba handphone berbunyi dan tertera nama mamat annoying nama yang dia letak buat bakal suaminya.


"Hello,kau nak apa." Aisy mulakan bicara.


"Dah tak reti nak bagi salam ke? dah lupa yang kau tu orang islam." Setepek Aisy kena.


'Eei mamat ni kalau tak sakitkan hati aku tak boleh kan?'


"Assalamualaikum encik Luthfi hariz a.k.a jodohku mr annoying. Dah puas hati." Aisy buat suara memerli.


"Amboi tambah nama nampak, aku call kau ni sebab nak pastikan yang kau takkan buat perkara bukan-bukan macam nak lari dari rumah, kalau kau buat siap kau." Luthfi memberi amaran.


"Kau tak payah risaulah, aku ni jenis tepati janji. Aku takkan buat perkara yang akan memalukan keluarga aku." Aisy membalas.


"Ok good! aku pegang dengan kata-kata kau, sekarang ni mesti kau tengah excited kan? yelah sebab besok kan kau bakal menjadi isteri pilot idaman malaya." Katanya dengan nada bangga.


Aisy buat muka menyampah walaupun Luthfi tak nampak.


"Aku nak tanya kau, kenapa kau setuju dengan perkahwinan ni." 


"Bukan aku dah jawab ke kat kafe?" 


"Haritu kau jawab main-main, ni aku nak dengar jawapan kau betul-betul." 


"Ok kau dengar elok-elok. jodoh tu ditentukan oleh yang maha esa termasuklah jodoh kau dengan aku. Aku setuju sebab kau jodoh yang ditentukan tuhan untuk aku, ada jelas." Panjang lebar Luthfi memberikan ulasanya.


Kata-kata Luthfi membuatkan aisy terharu sejenak tetapi dikawalkan nada suaranya.


"Kau nangis ke? terharu kan." .Luthfi bicara setelah Aisy hanya diam.


"Mana ada?" Aisy cuba menafikan, padahal dia hampir je menangis.


"Kau kacau aku ni, kau dah hafal belum nama aku. Baik kau pergi hafal sekarang." Suara Aisy seakan menghalau.


"Halau nampak! Aku dah lama dah hafal nama kau, dah tersemat dalam hati aku ni ha! Oklah kau pergilah tidur jangan lupa mimpIkan aku." 


Aisy tergelak di talian, seronok Luthfi mendengar tawa Aisy.


Setelah mematikan panggilan, bibirnya mengukir senyum apabila teringat perbualan dengan Luthfi tadi, dah kenapa dengan kau ni Aisy. Takkan dah angau kot.


WALAU DITOLAK KE TEPI, ANDAI IA UNTUK KITA, IA MENDATANG JUA


ITULAH YANG DINAMAKAN JODOH..


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.