Home Novelet Kanak-kanak Pengembaraan ke dunia Kit
Pengembaraan ke dunia Kit
ummu bilal
6/3/2017 21:43:55
58,597
Kategori: Novelet
Genre: Kanak-kanak
Bab 3 (ii)

“Awak tahu tak tu tempat apa?” tanya Kit. Norlicepat-cepat menggeleng. Sememangnya Norli tidak tahu, sebab itu lah Norli mahumasuk ke situ.

“Itu lah rumah si tikus,” jawab Kit dengan suara yangperlahan. Serta merta Norli ketawa. Rupa-rupanya itu adalah rumah tikus. Danrupa-rupanya Kit takutkan tikus. Norli ketawa geli hati kerana biasanya tikusyang takut kepada kucing. Tetapi sekarang berlainan pula.

“Apa lah awak ni. Takut pada tikus. Penakut betul laawak ni,” Norli masih lagi ketawa.

“Syh…janganla ketawa kuat sangat. Nanti Corengdengar,” marah Kit apabila melihat Norli seolah-olah memperlinya.

“Siapa Coreng?” tanya Norli pula. Nampaknya Norlisudah dapat membiasakan diri dengan Kit.

“Coreng tu kan…Er, tak payah la kita cakap pasaldia. Baik kita cepat-cepat pergi dari sini,” arah Kit. Kit tidak mahu menjawabpertanyaan Norli kerana Kit tahu jika dia menceritakan sekarang, semakin banyakpula pertanyaan Norli.

“Kit, jom la kita masuk dalam keju besar tu.Saya nak tengok apa ada dalam tu,” Norlimasih tetap berdegil. Kit tetap menggeleng.

“Tak payah!” marah Kit.

“Okey, kalau awak tak mahu masuk. Biar saya je yangmasuk,” Norli terus berjalan menuju ke arah keju besar tanpa menghiraukanlarangan Kit. Kit semakin risau dengan keputusan Norli yang nekad itu.

*****

Norliterus berjalan tanpa sedikit pun perasaan takut. Norli semakin ingin tahu apayang ada di dalam keju besar itu. Norli hairan kenapa Kit begitu takut dengankeju besar ini. Sebab itu lah Norli ingin tahu apa yang membuatkan Kit takutseperti itu.

“Tak ada apa-apa pun,” Norliberpaling ke arah Kit yang masih bersembunyi di sebalik pokok. Norli mengajakKit sekali lagi, namun Kit tetap menggeleng kepala. Norli mendengus.

Kini Norli sudah pun berada dihadapan pintu yang terdapat pada keju besar. Norli sengaja memegang tombolpintu. Tidak berkunci! Tanpa menghiraukan larangan Kit, Norli terus membukapintu dan masuk ke dalam keju besar.

Norli terperanjat apabila melihatkeadaan di dalam keju besar. Norli teringat bahawa tadi Kit ada memberitahubahawa keju besar ini ialah rumah si tikus. Tidak mustahil lah apabila Norlimelihat keadaan rumah si tikus yang agak berselerak dengan serpihan-serpihantulang di lantai serta berbau busuk. Norli tidak selesa berada di situ.

“Berselerak betul lah. Kat luarcantik je, kat dalam rupa-rupanya macam ni,” Norli memberi komen sehinggalahNorli masuk ke dalam dapur. Di situ Norli lihat semakin banyak tulang yangbertaburan. Norli merasa sedikit pelik dengan apa yang dilihatnya. Norli seolah-olahlupa bahawa kakinya masih tidak sembuh sepenuhnya. Norli terus menyiasat apayang ada di dalam rumah si tikus.

Kitsemakin risau. Norli masih tidak muncul-muncul lagi dihadapannya. Kit tahubahawa keselamatan Norli adalah di bawah tanggungjawabnya. Kit tidak mahu Norlidiapa-apakan oleh si tikus.

Di tempat Kit menunggu kedatanganNorli, tiba-tiba Kit terdengar sesuatu. Sesuatu yang semakin menghampiri tempatpersembunyiannya. Kit dapat merasakan sesuatu bahaya akan berlaku. Tanpaberfikir panjang, Kit melompat ke atas pokok dan segera bersembunyi di sebalikrimbunan daun. Mujurlah daun-daun yang terdapat pada pokok itu agak lebat. JadiKit percaya bahawa dirinya sudah selamat dan tidak dapat dilihat di atas pokok.

Setelah merasakan agak selamat, Kitmenunduk ke bawah dan sekali lagi Kit terkejut apabila melihat kumpulan tikusberwarna kelabu dengan ekor yang panjang sedang berjalan menuju ke arah keju besar. Di hadapan kumpulan itu terdapattiga ekor tikus yang berjalan seperti mengetuai kumpulan tikus itu. Kit kenalbenar dengan ketiga-tiga tikus itu. Tidak mungkin Kit lupa! Serta merta peluhkeluar di dahi Kit.

“Habis lah Norli,” Kit semakinpucat. Kit cuba mencari jalan untuk menyelamatkan Norli. Kit tahu Norli bakalmenghadapi bahaya yang besar!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.