Home Novelet Kanak-kanak Pengembaraan ke dunia Kit
Pengembaraan ke dunia Kit
ummu bilal
6/3/2017 21:43:55
58,875
Kategori: Novelet
Genre: Kanak-kanak
Bab 2 (ii)

“Anakkucing boleh bercakap!” jawab Norli dengan bersungguh-sungguh. Puan Liza danEncik Samsul ketawa. Mereka sangkakan terjadi apa-apa yang buruk terhadap anakkucing.

“Norli, Norli…kenapa cakap macam tu?Norli ni suka sangat bergurau macam tu. Tu la asyik tengok televisyen je.Sampai anak kucing pun dia kata boleh bercakap,”

“Betul, ibu, ayah! Norli takbohong!” Norli cuba meyakinkan kedua ibu bapanya. Norli tidak mahu ibu bapanyamenganggap dia sekadar mereka-reka cerita.

“Oklah, kalau macam tu kita tanyaanak kucing sendiri,” Puan Liza sekadar ingin mengambil hati Norli. Kasihanpula dia melihat Norli bersungguh-sungguh memberitahu mengenai anak kucing yangboleh bercakap.

Norli gelisah. Norli takut untukmemberitahu perkara sebenar bahawa dia baru sahaja meninggalkan anak kucing itudi taman permainan. Norli tahu jika kedua ibu bapanya mengetahui hal ini, mestiNorli dimarahi.


Meow…

Norli terkejut apabila terasakakinya digesel. Norli cepat-cepat melarikan kakinya. Sekali lagi Norliterkejut apabila melihat anak kucing berjalan di tepinya. Bila pula anak kucingni datang semula? Cepatnya. Norli dan anak kucing saling berpandangan. ‘Eh,macamana kucing ni boleh ada kat sini?’


Meow…

Norli bertenggek berhadapan dengananak kucing. Norli cuba bercakap dengan anak kucing, tetapi anak kucing tetapmenyahut dengan berbunyi Meow!

Encik Samsul dan Puan Lizamenggeleng-geleng melihat kelakuan Norli. Mereka anggap Norli sekadar bergurau.Masakan pula anak kucing boleh bercakap seperti manusia?

“Sudah la tu Norli. Pergi masuk,mandi. Anak kucing tu pun bawak masuk sekali,” arah Encik Samsul sambil masuksemula ke dalam rumah.

“Dah lah fikir lagi. Mulai hari ni,ibu nak Norli keluar bermain dengan kawan-kawan. Jangan asyik dengan televisyen je,” sambung Puan Liza sambil mengiringi Encik Samsul.

Norli masih lagi tercongok di luarpintu. Norli memerhatikan anak kucing yang masih tidak berganjak di kakinya.Tidak lama kemudian Norli segera masuk ke dalam rumah meninggalkan anak kucingdi luar pintu.

“Risaupulak saya tengok Norli tu. Dah lah tak mahu berkawan. Sekarang pula bagitahuyang anak kucing boleh bercakap. Memang kita kena bawa berubat budak tu” Puan Liza mengeluh sambil berbual denganEncik Samsul.

“Kuat jugak imaginasi Norli tu,”jawab Encik Samsul yang sebenarnya turut risau dengan kelakuan Norli.Kadangkala dia terfikir normal kah Norli?

“Tu yang saya risau tu. Nanti makinteruk susah pulak nanti,” Puan Liza masih juga risau.

“Insya Allah, kat tempat baru nantiberubahlah perangai Norli tu,”

“Harap-harap macam tu lah,” PuanLiza cuba menenangkan dirinya sendiri. Dia berharap kali ini apabila berpindahke tempat baru, Norli akan berubah menjadi seperti kanak-kanak lain yangperamah dan lincah. Walaubagaimana pun dia tetap berasa risau.

******

Malamitu Norli tidak dapat melelapkan mata. Puas Norli berfikir tentang kejadianyang berlaku di taman permainan petang tadi. Norli fikir adakah suara yangdidengar tadi hanyalah igauan semata-mata? Adakah Norli bermimpi?

Norli tahu kedua ibu bapanya tidak mempercayaikata-katanya sekalipun Norli beberapa kali cuba memberitahu hal itu. Norlisebenarnya sudah lama mengagak bahawa anak kucing yang di jumpainya itubukanlah kucing biasa. Anak kucing itu memang anak kucing ajaib. Tapi sayangnyakedua ibu bapa Norli menganggap Norli bergurau. Norli berasa matanya semakinlama semakin berat. Norli tahu sudah lama dia menghabiskan masa dengan berfikirmengenai hal yang berlaku petang tadi.Perlahan-lahan Norli memejamkan mata sehinggalah Norli terbuai di alam mimpi.

“Norli, tolong saya Norli. Tolongsaya,”

Norli mencari-cari dari manadatangnya suara yang memanggil namanya itu. Norli seolah-olah mengenali suaraitu tetapi Norli tidak tahu suara siapa.

“Norli, marilah ikut saya. MarilahNorli,”

Norli semakin terpinga-pinga. Tadisuara tadi meminta tolong tetapi kini memintanya untuk mengikutinya pula.Norli menekup telinga rapat-rapat. Norli tidak mahu mendengar suara itu lagi.

“Norli, Norli, Norli…”

Norli terjaga dari tidur. Norlitercungap-cungap. Oh, Norli bermimpi tetapi kenapa mimpi Norli agak pelik?Norli berasa sangat dahaga. Norli ingin ke dapur untuk mengambil air. Sebelumitu Norli sempat melihat ke arah jam yang disangkut ke dinding. Masih awalpagi, jam 2.30 pagi.

Perlahan-lahan Norli turun darikatil. Dengan berpakaian baju tidur, Norli keluar dari biliknya. Seperti biasa,Norli tidak lupa membimbit Barbie kesayangannya. Norli mengintai ke kiri dankanan berulang kali. Norli lihat lampu ruang tamu telah pun dipadamkan. Norlitahu kedua ibu bapanya sudah tidur. Norli masuk ke ruang dapur dan mengambilgelas plastik yang disangkut kemas di rak pinggan. Norli terperanjat apabilaterdengar bunyi cicak yang agak kuat di tengah-tengah kesunyian malam. Nasibbaik Norli memegang gelas plastik.

“Jaga kau cicak, nanti aku lastik,”Norli menahan geram dengan kehadiran cicak yang mengejutkannya. Norli pernahbeberapa kali melihat kawan sekelasnya melastik cicak menggunakan getah.Adakalanya cicak yang terkena getah tersebut akan jatuh dan menggelupur dilantai. Norli teringin juga untuk melastik cicak tetapi Norli segan dengankawan-kawan sekelas. Di rumah, Norli pernah juga beberapa kali melastik cicakmenggunakan getah tetapi tidak menjadi. Akhirnya getah itu akan terkena tangannyasendiri sehingga Norli menjerit kecil.

Adakalanya Norli akan mengambilbatu-batu kecil dan akan melemparkan kepada cicak. Tetapi Norli perasan ayahnyaada membawa balik satu perangkap cicak yang mempunyai gam pelekat. Ayahnyapernah memberitahu bahawa dengan cara ini cicak akan melekat pada pelekat itu.Oleh itu cicak tidak dapat melarikan diri lagi. Norli kagum dengan kepandaianayahnya. Ayahnya tidak menggunakan kekerasan kepada binatang. Norli juga mahumenjadi seperti ayahnya.

Selesai minum, Norli melangkahperlahan-lahan ke arah satu sudut. Norli tiba-tiba teringin untuk melihat anakkucing yang di letakkan di dalam kotak. Kali ini Norli ingin memastikan bahawaapa yang didengarnya petang tadi adalah perkara yang benar. Norli tidak mahudianggap menipu dan sengaja mereka-reka cerita. Norli mahu bercakap sendiridengan anak kucing itu.

Norli duduk bertenggek, betul-betulberdepan dengan kotak yang sederhana besarnya. Di situlah tempat anak kucingtidur. Kedua ibu bapa Norli meletakkan kain lembut sebagai alas kotak supayaanak kucing dapat tidur dengan selesa.

Norli lihat anak kucing tiada didalam kotak. Norli terkejut. Ke mana pula anak kucing ni pergi? Norli cubamencari anak kucing tetapi tidak berjumpa. Norli cemas. Ke mana anak kucing menghilang?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.