Home Novelet Kanak-kanak Pengembaraan ke dunia Kit
Pengembaraan ke dunia Kit
ummu bilal
6/3/2017 21:43:55
58,653
Kategori: Novelet
Genre: Kanak-kanak
Bab 3 - Dunia baru

Meow…

Tiba-tiba Norli terdengar suara anakkucing. Norli lega, sekurang-kurangnya Norli tahu anak kucing itu tidak lari kemana-mana. Norli mencari dari mana datangnya suara itu. Norli menuju ke ruangtamu dan mengintai di balik sofa.

“Di sini rupanya awak!”

Anak kucing menggerak-gerakkanekornya sambil mengelilingi kaki Norli. Norli lihat anak kucing semakin sembuh,tidak seperti kali pertama Norli menemuinya sebelum ini.

“Kenapa awak duduk kat sini? Kenapaawak tak tidur di dalam kotak?” Norli cuba bercakap dengan anak kucing. Norliberharap agar anak kucing itu dapat memahami apa yang di katakannya. Norli jugaberharap agar dia dapat mendengar anak kucing itu bersuara untuk membuktikanbahawa apa yang didengarnya petang tadi adalah benar.

“Kenapa awak tak bercakap macampetang tadi?” tanya Norli lagi.

“Meow…”

“Awak becakap la macam petang tadi!Biar ibu dengan ayah tahu yang awak ni boleh bercakap, ” Norli menggesa anak kucingitu bercakap. Norli hampir putus asa.

“Okey. Sebab awak tak nak bercakap,hari ni jugak saya buang awak!” Norli menggertak anak kucing. Sambil membimbitBarbie, Norli memegang anak kucing dengan sebelah lagi tangannya.

Norli membuka pintu rumah. Entahkenapa hilang rasa takut Norli walaupun cuaca di luar sungguh sejuk dengankeadaan malam yang hitam pekat. Norli mencapai selipar dan berjalan ke arahbelukar tidak jauh dari rumahnya. Norli berjalan laju-laju tanpa memandang kebawah. Tiba tiba…

“Aduh!” Norli mengaduh keranaterlanggar sesuatu. Anak kucing terlepas dari pegangan Norli. Norli mengaduhberkali-kali. Norli terasa kakinya berdenyut-denyut. Norli berasa pening danakhirnya Norli tidak dapat mengingat apa-apa lagi.

“Norli,bangun,”

Perlahan-lahan Norli membuka mata. Norli sedar adatangan yang menggerakkan bahunya berkali-kali. Norli berasa matanya amat beratuntuk dibuka. Norli manutup mata semula.

“Norli, bangun la,”

Sekali lagi Norli berasa bahunya digerak-gerakkan.Norli cuba membuka mata walaupun matanya masih berat dan mengantuk. Norlimenenyeh-neyeh matanya berulang kali. Apabila Norli membuka mata, Norliterkejut kerana melihat tiada sesiapa yang mengejutnya. Hanya anak kucing danBarbie ada di situ. Norli mula berasa takut apabila melihat keadaansekelilingnya yang benar-benar berlainan. Norli tidak pernah berada di sinisebelum ini. “Mimpikah aku?” Norli membuka dan memejam mata beberapa kali untukmemastikan bahawa ini bukan mimpi.

“Norli, saya Kit. Saya la yang kejutkan awak tadi,”

Serta merta Norli memandang ke arah anak kucing. Ya,anak kucing itu lah yang bercakap dan mengaku dirinya bernama Kit. Apa yangyang mengejutkan Norli ialah saiz fizikalnya yang seolah-olah tiada bezanyadengan Kit! Seolah-olah dirinya telah mengecil. Norli menggeleng-geleng kepala.Norli masih tidak percaya dengan apa yang dialaminya sekarang.

“Awak tak bermimpi. Sekarang ni awak berada di duniasaya. Nama saya Kit,” sekali lagi anak kucing memperkenalkan dirinya kepadaNorli. Norli masih diam, tidak bercakap apa-apa.

“Awak ingat tak tadi awak pengsan sebab tersepakbatu?” tanya anak kucing yang mengaku sebagai Kit.

Norli cuba mengingati kembali kejadian tadi.Ya, baru dia teringat. Pada mulanya Norli bercadang untuk membuang anak kucingitu keluar rumah, tidak disangka pula dirinya pengsan tersepak batu. Tapibagaimana pula apabila sedar, dirinya berada di tempat yang lain? Di manakahsebenarnya tempat ini? Norli tidak pernah berada di sini sebelum ini. Nampaknyamereka seperti berada di sungai. Darijauh di seberang sungai, Norli dapat lihat beberapa buah rumah tapi rumah-rumahitu keihatannya seperti tidak pernah Norli lihat sebelum ini. Bentuk rumah ituamat berbeza seperti rumah yang biasa Norli lihat. Ada pelbagai bentuk. Tiba-tiba Norli merasa kakinya berdenyutsemula.

“Kaki awak terseliuh ni. Tadi saya dah urut kakiawak. Tapi awak rasa sakit lagi kan. Tak apa, nanti saya minta ibu dan bapasaya ubatkan awak. Sebelum tu marilah kita pergi ke rumah saya. Rumah sayaberada tidak jauh dari sini,” ajak Kit bersungguh-sungguh.

“Tak mahu!” Norli menggeleng-geleng. Norli takut.Norli masih tidak percaya bahawa di hadapannya adalah anak kucing yangdipeliharanya. Paling Norli tidak percaya ialah anak kucing itu boleh bercakapseperti manusia. Norli mahu menangis. Norli memeluk Barbie kuat-kuat. Norlihanya mahu pulang ke rumah. Norli tidak mahu mengikut Kit!

“Awak jangan risau, nanti saya hantar awak balik.Tapi sebelum tu, saya nak kenalkan awak pada ibu bapa saya dulu. Mereka mestimahu ucap terima kasih kerana awak dan keluarga awak telah selamatkan sayasebelum ini,” terang Kit panjang lebar. Norli masih takut-takut.

“Awak jangan takut. Saya tetap anak kucing awak.Saya tak akan apa-apakan awak. Percayalah.” Kit senyum melihat Norli yang masihdiam. Setelah lama dipujuk, barulah perlahan-lahan Norli bangun dan mengikutKit. Norli berjalan perlahan-lahan kerana kakinya masih sakit. Norli masih lagimemegang Barbie kesayangannya. Ada ketika Norli melihat cara Kit berjalan agakaneh. Sekejap Kit akan berjalan seperti manusia, sekejap berjalan sepertiseekor kucing pula. Adakalanya Kit melompat-lompat. Norli betul-betul keliru.Di mana sebenarnya dia berada?

Sepanjangperjalanan mereka, hanya Kit yang lebih banyak bercakap. Norli pula sepertibiasa lebih suka mendiamkan diri. Ketika berjalan, Norli hairan kerana Kitsering memandang ke kiri dan kanan seolah-olah takutkan sesuatu. Norli inginbertanya hal itu kepada Kit, tetapi Norli hanya pendamkan hasrat hatinya.

“Rumah saya tidak jauh dari sini. Tapi, ops…” Kitmenarik tangan Norli dan bersembunyi di sebalik pokok.

“Kenapa?” tanya Norli ingin tahu.

“Syh…” Kit meletakkan jarinya ke mulutnya tandadiam. Lagak Kit betul-betul seperti manusia. Kit menunjukkan sesuatu kepada Norli. Norli cuba melihat apa yang ditunjuk oleh Kit.

“Cantiknya,” puji Norli apabila melihat sebuah kejuyang cukup besar. Keju itu berwarna kuning dan seperti rumah kerana terdapatsebuah pintu dan tingkap . Norli tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Norli tidak menyangka dia dapat melihat keju sebesar itu.

“Kenapa awak takut dengan keju besar tu?” tanyaNorli ingin tahu. Norli lihat Kit kelihatan agak gelisah, tidak sepertisebelumnya.

“Jom kita masuk dalam keju besar tu,” ajak Norli,namun cepat-cepat dihalang oleh Kit. Norli semakin hairan dengan kelakuan Kit.

“Kenapa ni?” tanya Norli lagi semakin ingin tahu.

Previous: Bab 2 (ii)
Next: Bab 3 (ii)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.