Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
47,965
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 2

-QALBI-

Banglo tiga tingkat yang menjadi salah satu cawangan Pusat Asuhan DarulSakinah menjadi destinasi Nur Husna pagi itu tanpa tergesa-gesa. Dengan hanyaberbasikal mini bercat biru muda, santai Nur Husna mengayuh sambil melihatkesibukan kota di pagi hari. Semuanya mahu cepat untuk sampai ke destinasi.Lega hatinya tidak perlu bersesak dengan kesibukan jalan raya pada pagi-pagibegini kerana Darul Sakinah tidaklah jauh hingga berbatu-batu dari rumahnya. Lagipundia hanya berbasikal, tak perlu mencelah di lebuh raya. Jalan shortcut melaluijalan kampung sudah memudahkan perjalanannya.

Tiba sahaja di kawasan banglo, Nur Husna meletakkan basikal di garaj.Kereta Viva dan Kancil serta lima buah motosikal sudah tersadai di situ tandapengurus Darul Sakinah dan teman-teman sekerjanya yang lain sudah sampai lebihawal. Mangkuk tingkat di raga basikal yang berisi nasi lemak diambil laludibawa ke dalam.

“Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Semua sihat ke? Rindu Husna tak?”

Yang lain sudah ketawa kecil saat melihat tubuh genit Nur Husna melangkahmasuk ke dalam dengan laungan semangat di pagi hari. Tubuh sahaja genit, tapisuara mengalahkan orang bertubuh besar. Tengoklah! Dengar suara lantang diapagi-pagi begini sudah mampu menghilangkan kantuk masing-masing. Kak Masturayang sempat terlelap di mejanya juga terjaga mendengarkan suara bingit NurHusna.

“Aww—” Nur Husna mengaduh saat bahunya ditampar kasar oleh Kak Zaitun.Pekerja paling senior di pusat asuhan ini.

“Kamu ni Husna, tak memekak pagi-pagi bukan kamulah. Kot ye pun dahterbiasa cubalah pandang kiri kanan ada tetamu ke tidak.”

Mendengarkan itu, Nur Husna memandang sekeliling memastikan adakah benar DarulSakinah dikunjungi tetamu di pagi hari begini. Yang dilihatnya beberapa anakkecil berumur 2 hingga 4 tahun yang masih tidur di ruang tamu. Pasti masihmengantuk ketika dihantar ibu bapa mereka tadi. Jika waris anak asuhan yangdimaksudkan Kak Zaitun, mustahil sekali. Kebiasaannya waris hanya menghantaranak mereka di pintu dan disambut salah satu pekerja Darul Sakinah. Jarangsekali jika ada yang mahu masuk ke dalam banglo pagi-pagi kerana bekejaranuntuk ke tempat kerja. Kalau ada pun ketika petang mahu ambil anak merekapulang ataupun punya waris baru yang mahu daftarkan anak mereka.

Memikirkan itu, segera Nur Husna memandang Bilik Pengurus Puan Iffah tidakjauh darinya yang terbuka luas pintunya. Senyuman yang tadi lebar incinyaberubah kelat saat terpandangkan seorang wanita berusia tapi bergaya sedangmemandang ke arahnya dengan senyuman manis. Di sisi wanita itu, seorang lelakimuda tinggi lampai turut memandang ke arahnya. Sayangnya tiada senyuman selainberwajah kelat. Hai la saudara, mengapa mencuka sekali? Cuba ceria sikitpagi-pagi, barulah semangat nak buat kerja. Ni baru pagi dah kelat muka, macammana tak stress. Eh, ke situ pula kau Husna.

Nur Husna menunduk sedikit tanda menyapa dan memohon maaf atas kelakuannyatadi. Anggukan dibalas wanita itu dan kembali menyambung perbualan dengan PuanIffah. Nur Husna tidak berlama di situ. Langkahnya di tuju ke dapur rumah untukmemindahkan nasi lemak ke bekas. Senang sikit jika ada yang mahu menjamahnanti. Setelah dipelawa semua rakan sekerjanya untuk menjamu sarapan pagi airtangan Puan Senah, Nur Husna menuju ke beranda depan. Menanti jika ada warislain yang datang untuk menghantar anak mereka.

Mujur sahaja Puan Iffah itu kenalan Puan Senah. Tamat sahaja pengajiandiplomanya dalam jurusan Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak, maknya itu sibukmenyuruh Nur Husna segera mencari kerja. Sakit mata katanya mahu melihat NurHusna memproses kilang tahi mata sepanjang masa. Mahu disuruh kerjakan urusanrumah, segalanya kekok. Masak tidak tahu, kemas rumah pula puas disuruh. NurHusna itu nama sahaja anak dara kampung, tapi berat tulangnya mengalahkan anakbandar mahupun mereka yang membesar di luar negara. Duduk kampung sendiriseperti rusa masuk kampung. Itulah jadinya dari kecil sampai ke besardimanjakan sangat ayahnya.

 Padahal Puan Senah bukan tidak tahu,selepas dua tahun terlantar koma di katil kerana kemalangan, Nur Husna memangdilarang keras untuk melakukan segala macam kerja oleh Tuan Yusof. Setelahsedar dari koma kemalangan maut yang hampir melumpuhkannya ketika berumur 15tahun, Nur Husna perlu menjalani rawatan fisiologi hampir setahun untukmembantunya kembali berjalan dan membantu pancainderanya kembali berfungsiseperti sedia kala. Selepas itu, gadis itu sentiasa diawasi agar tidakmenjejaskan kesihatan anak bongsu mereka. Kerana itu segala-galanya Husnalambat. Dari segi pendidikan sendiri Nur Husna ketinggalan. Peluang untukhabiskan sekolah menengah sahaja terlambat daripada mereka yang seusiadengannya. Lihatlah, umur 26 tahun baru sijil diploma dapat digenggam. Itupunsetelah diminta kepada Puan Senah, selepas setahun pemergian arwah ayahnya.Jika ikutkan arwah, tak diizinkan anaknya jauh kerana risau. Biarlah hanyahabis sekolah menengah, Tuan Yusof lebih betah melihat Nur Husna di depan matadaripada melepaskan anak bongsunya belajar jauh. Risau andai kemalangan mautkembali menjemput anaknya itu. Dia masih kuat untuk menyara Nur Husna, jika adayang tidak mahukan anaknya kerana dinilai faktor pendidikan yang terkebelakangtidak mengapa. Tuan Yusof tidak kisah, dia ada untuk menjaga Nur Husna sampaibila-bila.

Mengingatkan segala pengorbanan Tuan Yusof memang tidak pernah kering airmatanya. Setelah Tuan Yusof pergi, barulah Puan Senah sedikit tegas kepadaHusna. Supaya berjinak dengan kerja-kerja rumah. Jangan dimanjakan sangat badantu. Nanti tidak tahu apa-apa sampai ke tua. Sekurang-kurangnya untuk dirisendiri kalau tiada siapa-siapa nanti. Kerana itulah juga Puan Senah berikeizinan untuk Nur Husna melanjutkan pengajiannya walaupun tidak jauh.Sekurang-kurangnya anaknya itu punya pengalaman dengan dunia luar. Itupunselepas Nur Husna berjinak dengan dunia asuhan, pekerjaan yang dilakukan PuanSenah hampir lima tahun ketika arwah Tuan Yusof masih hidup. Mungkin keranasudah terbiasa dengan kanak-kanak, Nur Husna mengambil keputusan untukmenyambung pengajian dalam jurusan ini.

Kerana semua inilah Nur Husna hanya mengikut suruhan Puan Senah untukbekerja dengan Puan Iffah di Darul Sakinah. Dan sekarang disinilah dia,walaupun graduasinya sudah berlalu, tidak terfikir pula mahu mencari pekerjaanlain. Lagi pula, Puan Iffah cakap kelulusan Nur Husna memang sangat layak dalambidang asuhan kanak-kanak. Bezanya dari segi bayaran gaji sahajalah, mungkinboleh dinaikkan lagi bersesuaian dengan kelayakan.

Setelah menidurkan anak asuhannya di tingkat dua, Nur Husna kembali turunke bawah. Tinggal lagi seorang yang belum datang. Kebiasaan setiap pekerja disini perlu menjaga maksima lapan orang kanak-kanak. Dan setiap pekerja memangdisediakan bilik khas untuk mengawasi anak asuhan mereka. Memandangkan NurHusna masih baru, jadi anak asuhannya tidak ramai. Hanya empat orang sahaja.

“Husna..”

“Ye Puan.”

Nur Husna menghampiri Puan Iffah yang sedang menunggunya di depan pintupagar bersama wanita dan lelaki tadi. Kali ini turut serta seorang pelajarsekolah menengah sedang mengendong bayi kecil dalam pelukannya. Senyumandiberikan kepada mereka sebelum kembali memandang Puan Iffah mahu mendengarkanapa yang ingin dikatakan wanita itu.

“Kenalkan pekerja yang saya ceritakan tadi, Nur Husna. Husna, ini PuanRosnah dan Encik Azam. Ini pula Cik Bella dan bayi ini Qalbi. Mulai hari ini,Nur Husna akan ambil alih untuk jagakan Qalbi.”

Bayi kecil yang pulas tidurnya diperhatikan dengan penuh rasa teruja.Sememangnya Pusat Asuhan Darul Sakinah mempunyai perkhidmatan untuk menjagabayi sedari umur lima bulan dan keatas. Perlahan langkahnya menghampiri Bella,wajah bersih gadis itu dipandang.

“Can I?”

Tangan dihulur meminta izin untuk mengambil si kecil di kendongan gadisitu. Tanpa membalas pertanyaan Nur Husna, Azam di sampingnya dipandang sepertibertanyakan persetujuan lelaki itu. Setelah menerima anggukan daripada Azam,Qalbi bertukar tangan ke gendongan Nur Husna.

Subhanallah, comelnya anak ibu.”

Ciuman dilepaskan di umbun-umbun yang belum lagi mengeras tanpa pedulikanmata-mata yang memandangnya. Si kecil yang merengek diganggu tidurnyaditepuk-tepuk punggungnya agar kembali selesa. Teruja Nur Husna mengusap setiapinci wajah, tubuh serta jemari tangan dan kaki yang berbalut di sebalik selimuttebal. Sudah lama dia kepengen untuk memeluk bayi seperti ini. Anak sendiritidak punya, mahu menyibuk anak orang Nur Husna kekok. Takut sebenarnya kerana tidakbiasa dengan bayi. Selalunya Nur Husna hanya melihat sahaja Puan Senah yangkadang-kadang menerima permintaan untuk mengasuh bayi selain kanak-kanak. Jikakanak-kanak Nur Husna masih boleh uruskan walaupun tidak semahir orangberpengalaman.

Lagipula kanak-kanak boleh berkomunikasi dan sudah boleh berfikir jikaberbual. Kalau bayi bagaimana, apa yang akan dikatakan seorang bayi kalau dialapar atau sedang kumuh? Menangis? Ketawa? Kalau menangis, menangis yangbagaimana? Kalau ketawa, ketawa yang bagaimana? Nur Husna tidak tahu. Walaupundia pernah terdedah dengan pengurusan bayi ketika belajar dalam bidang ini,tapi tetap tak sama jika harus dilakukan secara praktikal begini. Manusiasekecil ini, rapuh sekali jika dilihat. Kalau salah cara, mahu sakit anakorang. Nur Husna takut sebab itu Nur Husna tidak berani. Tapi, bila sudah adadalam pelukannya, hilang segala kekoknya malah sangat tersentuh nalurikeibuannya. Dia terharu tanpa sebab, bersyukur rasanya dapat memandang wajahjernih si kecil suci tanpa noda dan dosa. Baunya dari syurga. Entah bagaimana,dia jatuh sayang pada bayi ini. Qalbi. Hatiku. Erti namanya saja sangatmembelai jiwanya.

“Ibu?”

Puan Rosnah bertanya saat mendengarkan Nur Husna membahaskan dirinyasebagai ibu. Tidak lepas pandangannya pada setiap laku Nur Husna yang sepertidalam dunianya sendiri saat bertemu dengan Qalbi.

“Memang sudah jadi kebiasaan pekerja di sini menggelarkan diri dengangelaran tertentu kepada anak-anak. Tapi selalunya yang muda-muda ni gelaranhipster sikit. Husna ni saja puan, suka kalau budak-budak panggil dia ibu.”

“Tak sabar nak menimang anak sendirilah tu. Dah berkahwin ke belum?” PuanRosnah ramah bertanya dengan senyuman lebar. Ada riak usikan di situ.

“Belum puan.”

“Bujang lagi rupanya. Gaya sambut bayi macam dah bersedia jadi ibu. Kalautak ada calon lagi bolehlah nak jodohkan dengan anak aunty.

Tersengih Puan Rosnah sambil menjeling Azam yang semakin dingin airmukanya. Menyedarkan ketidaksenangan lelaki itu serta pandangan tajam yangmengiringi segala lakunya, Nur Husna segera mengubah topik perbualan mereka.

“Qalbi berapa bulan? Dah lima bulan ke? Kecil je Husna tengok.”

“Baru tiga bulan.”

“Boleh ke puan? Bukannya puan tak terima kalau bayi bawah dari lima bulan?”

“Puan Rosnah ni kenalan saya. Darul Sakinah pun banyak yang ditolongnya.Tak sedap pula saya nak menolak. Sudahlah Puan Rosnah sendiri yang datang mintatolong. Husna okey kan nak mengasuh bayi? Yang lain semua sudah penuh kalau nakminta tolong pun. Macam mana Husna?”

“InsyaAllah, Husna okey puan. Barang kelengkapan Qalbi dah masukkan kedalam ke?”

“Ada di kereta. Nanti saya masukkan.”

Ada suara rupanya lelaki ni. Nur Husna pandang sekilas wajah Azam danmengangguk sebelum kembali memandang Puan Rosnah dan Puan Iffah. Tak sanggupnak berbalas pandang mata tajam dia. Meremang bulu roma mak! Macam nak makanorang!

“Cik Husna..”

Husna berpaling ke belakang saat namanya dipanggil seseorang. Tersenyum diamenyambut lelaki yang baru datang bersama anak lelakinya berumur tiga tahun.Zaki, salah seorang anak asuhannya yang sedang ditunggu. Terpisat-pisat anakkecil itu tanda masih mengantuk mahu bertemu dunia. Setelah berpamitan dariPuan Iffah, bayi kecil dikendongannya dibawa bersama menghampiri anak asuhannyasekaligus menyapa ayah tunggal bekerjaya guru itu.

“Lambat hari ni Encik Badrul?”

“Zaki buat hal hari ni. Mengamuk bila kena kejut. Kalau tak diugut takboleh jumpa Cik Husna, tak habislah bebalnya.”

Nur Husna ketawa kecil mendengarkan itu lalu duduk bertinggung sambilmenepuk-nepuk punggung Qalbi agar tidak terganggu lenanya. Wajah Zaki yangsebik diusap penuh kasih.

“Zaki tak nak jumpa ibu ke? Kenapa bebal dengan ayah pagi-pagi macam ni?”Anak mata bundar itu dipandang dengan renungan lembut. Penuh kasih dan simpatimengenangkan nasib si kecil yang sudah kehilangan ibu untuk bermanja diusiasemuda ini.

“Zaki mengantuk ibu. Ayah kacau Zaki tidur. Zaki tak suka.” Dengan pelatbibirnya sambil menggosok matanya, Zaki membalas pertanyaan Nur Husna. Semakinlebar senyuman Nur Husna mendengarkan aduan si kecil.

“Kesiannya anak ibu. Mengantuk lagi ye. Jom kita ke dalam. Kita sambungtidur ye. Sebelum tu, Zaki tak kasi morning kiss dekat ibu lagi. Takpeluk ibu macam biasa pun.”

Mendengarkan itu, pantas Zaki melompat merangkul leher Nur Husna erat lalumenanam ciuman dalam di pipinya bertalu-talu. Lakunya itu mengundang ketawasemua orang yang memerhatikan gelagat mereka kecuali seorang. Tidak terhiburlangsung dengan keletah Zaki dan Nur Husna selain pandangan tajam tanpa lepas.

“Saya tinggalkan anak saya ye Cik Husna, Puan Iffah. Saya pergi dulu.Assalamualaikum.”

Perginya Proton Wira milik Badrul, Nur Husna pun memimpin tangan kecil Zakitanpa kekok mengendung Qalbi di tangan kirinya mendekati mereka yang masihberbual. Bayi kecil itu pula tak terusik langsung tidurnya, selesa sekali dalampelukan Nur Husna.

“Puan, saya masuk dulu. Qalbi dah boleh tinggal kan?”

“Masuk lah Husna. Nanti saya jumpa kamu dekat dalam untuk terangkan apayang perlu.”

“Saya masuk dulu. Mari puan, encik, Cik Bella.”

Setelah mendapat izin dari Puan Iffah dan menunduk berpamitan pada semua, Husnamasuk ke dalam rumah sambil diperhatikan dua pasang mata tanpa lepas lenggoklangkah Nur Husna yang begitu berhati-hati menyamai langkah kecil Zaki yangterkedek-kedek dan masih mamai. Pandangan yang penuh dengan niat yangtersimpan.

“Macam mana Zam?”

Tanya Puan Rosnah kepada anak bujangnya yang tidak beralih matanya walaupunkelibat Nur Husna sudah hilang di dalam rumah. Tanpa jawaban, kebisuan terusmengunci bibirnya tanpa memberi sebarang respon.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ