Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
47,951
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 4

-TOLONG SAYA-

“Waalaikumussalam wbt. Sia –”

“Nur Husna kan? Can you help me please?” Cemas suara garau itubertanya sebelum sempat Nur Husna bertanyakan gerangan di sana. Siapakah?Suaranya asing, bukan daripada kenalan lelaki yang dikenali Nur Husna.

“Ya saya Nur Husna. Siapa ya?” Kali ini soalan yang tak sempat dihabiskantadi ditanya semula.

You dekat mana sekarang? Boleh datang rumah I. I dah tak tahu nak buat apa. Youkena tolong I juga. I... I buntu.” Tanpa menjawab pertanyaan NurHusna, persolan lain pula ditanya. Agak terdesak lirih suaranya. Nur Husna muladiserang rasa tidak puas hati.

“Sir! Would you please calm down?” Agak tegassuara Nur Husna cuba mengawal emosi daripada melepaskan rasa sebalnya. Seriusair mukanya seperti sedang berdepan dengan lelaki misteri itu.

“Arghh! Macam mana nak tenangnya. I dont know what should I do. He keepscrying. Ah! Never mind. Your’re not helping–”

Tut.. tut.. tut..

Kali ini Nur Husna benar-benar rasa nak meletup. Panggilan mereka tiba-tibasahaja diputuskan lelaki itu. Terpinga-pinga Nur Husna dipersalahkan dengannada meninggi kerana tidak membantu. Bagaimana mahu membantu, sedangkan letakduduk sebenar Nur Husna masih kabur. Siapa dia juga Nur Husna tidak tahu? Tiba-tibasahaja minta tolong. Siapa yang menangisnya? Kalau menangis pujuklah. Kenapaminta tolong Nur Husna pula?

Jika ikutkan hati yang panas, mahu sahaja Nur Husna hubungi semula nombortersebut. Kemudian akan dilepaskan ledakkan di hati. Biar sedar diri sikit.Sudahlah suka hati meninggi suara pada Nur Husna. Baru sahaja mahu lakukan apayang difikirkan sebentar tadi, Xperia kembali berbunyi. Sangkanya nombor taditapi ternyata orang lain yang tertera namanya.

‘Puan Iffah? Kenapa dia telefon hujung minggu begini?’

Tanpa melengahkan lagi, panggilan itu disambutnya. Nanti terjawablahpersoalannya. Rasa marah kepada lelaki tadi diusir pergi. Tidak mahu dikesanbernada dingin dengan majikannya itu.

“Assalamualaikum Puan Iffah.”

“Waalaikumussalam Husna. Husna sibuk ke hari ni?” Suara Puan Iffah jugakedengaran cemas. Kenapa semua orang cemas sangat hari ni?

“Tak sibuk pun puan. Hujung minggu macam ni, di rumah saja. Berkumpul denganahli keluarga yang lain. Ada apa ya puan?” Nur Husna terus bertanyakan tujuandia dihubungi. Hatinya berat mengatakan apa yang bakal dikatakan Puan Iffahpasti ada kaitan dengan lelaki tadi.

“Sebenarnya saya nak minta tolong kamu ni. Tadi Encik Azam ada telefonsaya. Dia minta tolong siapa-siapa datang ke rumah dia untuk tengokkan Qalbi.Memandangkan Qalbi anak asuhan Husna, boleh Husna ke sana? Katanya meragam sangatanak dia, dari pagi asyik menangis.”

“Oh, kiranya yang telefon saya tadi Encik Azam la ye. Puan Rosnah dan CikBella tak ada ke?” Patutlah suara macam kucing hilang anak. Mengenangkan Qalbi,rindu pula Nur Husna pada bayi itu. Minggu ini hanya dua hari Qalbi dihantar keDarul Sakinah iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Selepas itu, Nur Husnadiberitahu Qalbi demam. Jadi, tidak dihantar ke Darul Sakinah.

“Haah, dialah tu. Kalau fasal Puan Rosnah tak sempat pula saya tanya kedia. Tapi, sudah diminta tolong mestilah Puan Rosnah tiada. Cik Bella pulamasih di asrama. Dua minggu sekali baru boleh pulang ke rumah. Bolehkan Husna?Kamu pergilah tengokkan Qalbi tu. Kesian saya dengar suara cemas Encik Azam,mesti ada yang tak kena. Saya tak ada di rumah sekarang ni, sebab tu mintatolong kamu.”

“Kalau macam tu, baiklah. Saya pergi. Lagipun masih belum Asar lagi.Sempatlah tengokkan kejap. Boleh puan hantarkan alamatnya? Saya siap kejaplepas tu terus ke sana.”

“Okey, saya hantar mesej nanti. Terima kasih Husna. Maaflah menggangguwaktu cuti kamu.”

“Tak apa puan. Saya tolong mana yang mampu.”

Setelah memberi salam, Nur Husna mencari kelibat Puan Senah. Mahu mintaizin untuk ke rumah Encik Azam. Lagi pun, Nur Husna perlu minta khidmatkakaknya atau abang iparnya untuk menghantarnya ke sana. Maklumlah, kenderaanyang Nur Husna boleh kendalikan hanya basikal. Dia belum ada lesen memandulagi, kereta mahupun motosikal. Bukan sahaja lesen, belajar memandu pun tidakpernah. Sebelum ini jika mahu ke mana-mana Nur Husna hanya menunggangbasikalnya. Kalau mahu keluar jauh dari kampung, selalunya menanti hujungminggulah. Tunggu Along dan Angahnya pulang. Jika urusan mustahak, barulah NurHusna akan minta tolong jirannya, Long Fuad hantarkan dia.

“Mak, Ateh nak minta izin ni. Ateh kena pergi rumah anak asuhan Ateh. PuanIffah minta tolong Ateh pergi tengokkan.”

Nur Husna terus khabarkan tentang hal tadi kepada Puan Senah ketika melihatmaknya masuk dari pintu belakang bersama dua biji buah kelapa yang sudahdikopek. Sudah dibelah dua, hanya perlu dikukur untuk diperah santannya nanti.

“Kenapa dengan anak asuhan kamu tu? Siapa namanya? Mak ayah dia mana?”

Bertalu-talu soalan ditanya sambil mengesat peluh di dahi dek berjemurmengopek kelapa tadi. Kerusi di meja makan ditenggek lalu menyambut huluransegelas air kosong yang dituang Nur Husna. Wajah anak bongsunya itu dipandang.

“Qalbi, baby yang Ateh selalu cerita tu. Ateh pun tak tahu kenapa.Katanya asyik menangis dari pagi. Maknya tak ada, yang ada cuma ayah dia. Sebabtulah kot tak tahu apa nak buat. Boleh ye mak?”

“Kamu tahu nak buat apa? Jauh ke tidak? Ateh nak pergi dengan siapa ni?Lama ke? Pukul berapa Ateh nak balik?”

Kalau minta izin dengan Puan Senah, beginilah dia. Akan ditanya habis-habisbiar jelas segalanya. Lagipun mahu lepaskan anak daranya, mestilah kena tahumahu ke mana. Mak mana tak risaukan anak. Lagi-lagi Nur Husna. Anaknya itubukan betah mahu biasakan diri dengan tempat orang. Kalau tak diam, lain yangdibuat. Lagipun, Puan Senah masih dihantui kemalangan yang menimpa Nur Husna.Kerana itu banyak soalnya biar dia tahu semuanya.

“Ateh pun tak tahulah mak nak buat apa. Ala, kalau tak tahu Ateh telefonmak. Mak kan pakar. Puan Iffah cakap, rumah dia tak jauh mak. Taman depan sanaje. Lama tak lama, Ateh pun tak tahu. Tengoklah dulu macam mana. Apa-apa nantiAteh telefon mak ya. –Ha, Abang Ngah. Alang-alang dah jumpa, tolong hantarkanAteh. Jap, Ateh nak siap.”

“Pergi mana?” Menjerit suara lelaki itu bertanya apabila Nur Husna sudahberlari ke biliknya tanpa berikan sebarang penjelasan. Ibu mentuanya yangsedang membasahkan tekak dipandang meminta jawaban apabila tiada balasandaripada Nur Husna.

“Kamu hantarkan Ateh boleh? Dekat taman depan sana. Katanya nak pergitengokkan anak asuhannya.”

-----

Loceng ditekan sekali lagi apabila tiada yang membukakan pintu pagaruntuknya. Mahu diintai, pagarnya rapat dan tinggi. Jadi, Husna hanya menantigerangan yang bakal menjemputnya masuk. Faiz sudah disuruh pulang dulu, dipesanakan ditelefon jika sudah selesai. Lagipun, Nur Husna tidak mahu abang iparnyamenunggu, takut lama pula dia nanti.

Selepas beberapa minit, pintu pagar dibuka seseorang. Dari sebalik pintusudah kedengaran rengekan dan raungan bayi. Pasti itu Qalbi. Nur Husna disambutlelaki tinggi lampai yang dikenali sebagai Azam. Rambutnya kusut, apatah lagiwajahnya. Runsing dan keletihan sekali. Lelaki itu hanya bersarungkan undeshirtnipis dan seluar track hitam. Di dukungannya, Qalbi yang tidak dudukdiam sedang menangis dan merengek. Nur Husna pandang hujung kaki, panas mukanyamelihat tubuh lelaki itu yang melekap pada bajunya yang dibasahi peluh. Jelaslekuk dan kulit tubuh Azam.

Seriously, dia pakai macam ni depan aku. Dia tahu kan aku nakdatang.’ Gumam Nur Husna dalam hati. Tiba-tiba janggal mengulit dirinya.Jujurnya ini pertama kali Nur Husna sendirian berdepan dengan Azam. Sebelumini, hanya menyapa bisu dengan anggukan dan senyuman walaupun cuma reaksidingin sebagai balasan.

“Masuklah.” Seperti biasa. Suaranya dingin. Tidak mesra.

“Ada sesiapa?”

I rasa you dah tahu rumah ni tiada siapa-siapa selain Idan Qalbi.”

Erk? Baru sahaja mahu melangkah membontoti lelaki itu, Nur Husna berhenti.Kelu dia memikirkan kenyataan dia hanya berdua dengan Azam. Mengapa dia takfikirkan hal ini tadi? Yelah, kepalanya hanya sibuk risaukan Qalbi. Risau anakasuhannya itu sakit hingga lupa untuk fikirkan yang ini. Aduh, macam mana ni?Perlu ke aku masuk? Kalau aku masuk, maknanya aku berdua dengan dia. Kalau takmasuk, macam mana aku nak tengokkan Qalbi?

“Nur Husna?”

Nur Husna tersentak apabila namanya dipanggil. Dia ingin katakan sesuatu tapimendengarkan raungan Qalbi, kerunsingan Nur Husna akan hal itu hilangserta-merta. Perhatian Nur Husna beralih pada Qalbi yang belum ada tanda mahuberhenti menangis. Bayi kecil yang meronta dalam dukungan Azam segera diterpa.Tanpa bertanyakan lelaki itu, Qalbi diambil dan dibawa ke dukungannya. Merahpadam wajah Qalbi kerana terlalu banyak menangis.

Nur Husna cuba memujuk bayi kecil itu supaya berhenti menangis denganmengusap-ngusap belakang Qalbi dan ditepuk punggungnya. Setiap inci tubuh sikecil diperiksa jika ada yang luka mahupun digigit serangga. Setelah yakintidak ada, getah seluar ditarik bersama lampinnya memastikan tidak basah yangmenyebabkan si kecil tidak selesa. Qalbi masih begitu. Walaupun telahdiusap-usap dan ditepuk, tangisnya berhenti sekejap dan tersedu-sedu sebelumkembali meraung.

“Masuk dulu Nur Husna.”

Nur Husna masuk ke dalam rumah apabila disuruh Azam untuk sekian kalinya. Berpandukanarahan Azam, Nur Husna ke bilik bayi berada di tingkat atas. Masuk sahaja kebilik, Qalbi dibaringkan. Nur Husna menanggalkan selimut yang membaluti Qalbi.Mungkin lapisan tebal yang membaluti tubuhnya menyebabkan Qalbi panas dan tidakselesa.

Seluar ditanggalkan, lampin sekali lagi diperiksa memastikan ianyabenar-benar kering dan bersih. Setelah yakin lampin basah bukan penyebabnya,seluar kembali dipakaikan. Qalbi meronta lagi dengan tangisan sekuat hati.Qalbi menarik kedua belah kaki tembamnya ke bahagian perut, wajahnya gelisahsekejap ke kiri sekejap ke kanan sambil menggenggam jemarinya. Nur Husnamemasukkan telunjuknya ke genggaman si kecil lalu kepala Qalbi yang berambusnipis diusap-usap. Sebak terasa melihatkan Qalbi yang terus-terusan menangis.

“Qalbi selalu colic ke?”

Nur Husna bertanya keadaan anak asuhannya sekiranya Qalbi sering mengalamisawan tangis di rumah. Kerana sepanjang Nur Husna menjaga Qalbi, si kecil itujarang menangis yang berpanjangan. Azam yang kaku berdiri dengan riak wajahrisaunya dipandang. Hilang aura dingin yang sering ditunjukkan lelaki itumelihatkan keadaan Azam yang tidak terurus seperti ini.

“Waktu bulan pertama dan kedua selalu la juga. Tapi sekarang dah jarangsangat. Hampir tak pernah. Tapi, entah apa sebabnya Qalbi asyik menangis. Darimalam kelmarin sebenarnya Qalbi selalu merengek lepas tu menangis sekejap-sekejap.”

Jelas Azam penuh risau.

“Hari tu Qalbi demam dah okey?”

“Dah okey. Esoknya dah kebah demamnya. Cumanya Qalbi tak mahu menyususangat. Kalau bagi minum pun, sikit saja Qalbi minum. I fikir mungkinsebab baru kebah demam, seleranya kurang baik.”

“Hari ni minum tak?”

“Minum. Tapi macam biasalah. Sikit sangat. Risau I. Nak dibawa kedoktor, takut hanya biasa-biasa sahaja. Lagipun umi dan Bella tak ada. Jadi,saya buntu nak buat apa.”

“Puan Rosnah ke mana?” Nur Husna tanyakan berkenaan wanita itu apabila Azammenyebut tentangnya.

“Umi ke Kedah semalam lagi, ziarah kawannya yang baru meninggal pagisemalam. You tahu ke macam mana nak pujuk Qalbi? Perlu bawa ke doktorke? I risau sangat ni.”

Innalillahiwainnailaihirajiun.”

Perlahan Nur Husna melafazkan lafaz istirja’. Perhatiannya kembalikearah Qalbi yang belum berhenti menangis. Cumanya tidak senyaring tadi,mungkin penat barangkali. Tapi masih merengek tidak selesa dan tercebik-cebikmulutnya mahu mengangis lagi. Laku si kecil masih seperti tadi. Menggenggamjemarinya sambil menarik kakinya ke perut. Menyedarkan itu, Nur Husna menyelakbaju Qalbi. Perut Qalbi diusap-usap kemudiannya dijentik. Berbunyi kuat padaperut si kecil setiap kali dijentik kelilingnya. Senyuman segaris terukirkerana lega.

“Qalbi kembung perut ni. Saya rasa tak perlu ke doktor. Saya cuba sapukanminyak dulu biar sampai selesa perutnya. Kalau Qalbi masih tak mahu berhentimenangis, baru kita ke doktor ye encik. Dekat mana minyak bayi?”

Mendengarkan penjelasan Nur Husna, Azam menghembuskan nafas lega. Lapanghatinya mendengarkan anaknya itu tidak apa-apa. Beg kecil yang berisi segalaperalatan bayi diserahkan kepada Nur Husna. Nur Husna menyambut pemberian Azam.Setelah menanggalkan pakaian Qalbi selain lampinnya, minyak yuyi dikeluarkandari beg.

“Anak ibu. Ibu minta izin urut perut Qalbi ye. Kesian anak ibu, perut masukangin ye.”

Nur Husna cuba berbual seperti biasa setiap kali mahu bermesra dengan bayikecil itu. Dia merapatkan wajahnya ke wajah Qalbi hingga bersentuhan hidungmereka. Digesel-gesel pada hidung si kecil dengan senyuman. Tangisan Qalbi redasebentar sambil jemarinya menyentuh wajah Nur Husna sebelum kembali dengantangisan nyaringnya. Minyak di tangan dituang sedikit di perut Qalbi dan di tapaktangannya, dilumur rata pada perut Qalbi. Kemudian bermulalah usapan dan urutanyang sering dilihat Puan Senah lakukan kepada bayi jagaannya. Nur Husna jugapraktikkan urutan itu ketika bekerja di Darul Sakinah. Sangat berkesan teknikurutan itu hingga ketiduran bayi mahupun kanak-kanak yang diurut Nur Husna.

“Saya rasa encik kena tukar susu formula Qalbi. Dekat Darul Sakinah punQalbi selalu kembung perut. Cumanya, tak adalah tangisnya sampai melalakbegini. Mungkin kali ini Qalbi sangat tak selesa. Qalbi ada ambil susu ibu?Isteri encik ada susukan Qalbi di rumah?”

Azam membisu tidak langsung menjawab persoalan. Perasan akan perubahanwajah Azam, Nur Husna tidak bertanya lagi. Terasa seperti mahu tembus kepalanyamelihatkan pandangan tajam daripada Azam. Aku salah sebut ke? Mulutnya terusdikunci daripada bertanya lanjut. Hanya berbunyi apabila Nur Husna mahu berbualdengan Qalbi.

Selepas agak lama mengurut, Qalbi mula menunjukkan tanda-tanda mahuberhenti menangis. Rengekannya hanya tinggal sendu. Bibirnya menguap kecil,matanya yang berair juga seperti mahu dipejam. Sepertinya sudah mahu terlenabayi kecil itu. Kasihan, pasti keletihan kerana terlalu lama menangis.

Selepas Qalbi mula diam dan menghisap penumbuknya, Nur Husna hentikanurutan. Pakaian Qalbi kembali disarungkan pada tubuh si kecil. Nur Husnamembentangkan kain bedung yang dilipat menjadi tiga segi. Kemudian, tubuh Qalbidiangkat dan diletakkan di tengah-tengah hamparan. Dibalut tubuh kecil itu dandiikat kain pada hujung kaki Qalbi. Hisapan digantikan dengan puting lalu NurHusna letakkan Qalbi ke dalam katil bayi. Ditepuk-tepuk lembut belakang Qalbi,biar lebih lena tidurnya.

You tengokkan Qalbi sekejap. I nak mandi dan solat.”

Setelah sekian lama mendiamkan diri dan menjadi pemerhati kepada segalagerak-geri Nur Husna, Azam bersuara lalu mula mengatur langkah keluar daribilik tanpa menunggu balasan Nur Husna.

“Saya tumpang dapur boleh? Nak bancuhkan susu Qalbi.”

Pertanyaan Nur Husna hanya dibalas dengan anggukan sebelum hilang disebalik pintu. Nur Husna menjungkit bahunya. Tidak mahu ambil tahu akan sikaplelaki itu yang sentiasa dingin tidak tentu masa.

‘Cubalah belajar senyum sikit. Bukan susah pun.’

Gumam Nur Husna sendirian kerana cukup tidak berkenan dengan kedinginanAzam. Seperti Nur Husna ada salah besar pada lelaki itu. Mengingatkan perbualanmereka tadi pun sudah panas hatinya. Adakah dengan semua orang Azam berkelakuanbegitu?

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ