Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
48,136
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
11 iii

“Angahhh...”

Suaranya sudah serak, tanda benar-benar mahu menangis.

“Shhh, pejam mata. Tenangkan diri. Ingat tak apa pesan mak lepaskitaorang putuskan untuk terima rombongan merisik daripada Puan Rosnah? Apa-apapun, istikharah. Itu jawapannya. Okay? Angah cakap dekat diorang, bagiAteh sepuluh minit. Fikir baik-baik.”

Maisarah mengusap kepalanya lalu bangun menghampiri Puan Senah.Ahli keluarganya dan pihak rombongan seperti berbual santai setelah menerimabisikan daripada Puan Senah kepada Tuan Hadi. Mungkin sepuluh minit yangdiinginkan, diterima baik oleh mereka.

Nur Husna menarik nafas panjang-panjang. Mata yang bergenangdikesat menggunakan tisu di tangan. Habis comot solekannya nanti. Zikrullahmeniti bibirnya, cuba menenangkan diri untuk sekian kalinya. Jujurnya, mindadan hatinya sudah disiapkan untuk beri jawaban. Tapi, entah kenapa dia diserangpanik tiba-tiba. Mungkin terlalu sedapkan diri hari ini hanya sekadar rombonganrisikan. Kerana terlalu yakin, gelabah lah hatinya apabila lain pula yangberlaku.

Patutlah beria benar keluarganya mahu lengkap serba-serbi.Seolah-olah mereka benar-benar tahu, risikan berubah tunangan. Masin benarmulut Angahnya itu, baru dikata tadi sudah benar-benar terjadi. Memang patutlahtujuh dulang sudah siap digubah, pihak rombongan pula mengiring masuk limadulang tadi. Sekarang tahulah dia mengapa ada sekali sirih junjung di salahsatu dulang. Ada niat yang lebih besar mahu diikat.

Jawabannya? Terimakah dia? Bagaimana harapan keluarganya?

‘I nak dengar jawaban dari you. Bukankeluarga you.’

Permintaan Azam itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Setelahagak tenang, Nur Husna menggamit Maisarah. Sudah bersedia untuk memberijawaban. Jawabannya sendiri. Dia punya jawaban pada istikharahnya.

Suasana rumah kembali sunyi. Masing-masing memasang telinga.Menanti respon balas daripada Nur Husna. Nur Husna menarik nafas untuk sekiankalinya. Butang on ditekan, bersedia untuk menjawab. Mata coklat itudicari sekali lagi. Dia, masih setia dengan senyuman walaupun dahinya berkerut petandadirinya sedang gelisah. Entah kenapa perlunya bereaksi begitu. Namun senyumanitu tetap ikhlas, renungan mata itu tetap hidup, setia kedua-duanya memberisecebis keyakinan kepada Nur Husna untuk menjawab. Nafas keyakinan ditariksebelum keputusan hatinya dilafazkan.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan mengharapkan redha TuhankuAllah, mengikut sunnah Nabiku Muhammad SAW, mengharapkan restu keluargakecilku, mak, Along dan Angah, dengan barakah doa semua yang hadir. Setelah istikharahmengiringi setiap malam InsyaAllah, pilihan yang diberi, lamaran daripada yangdatang bertandang bertanyakan kesudian diri, saya Nur Husna Binti Yusofmenerima lamaran ini dengan seikhlas hati.”

Alhamdulillah.”

Lega! Hatinya lapang setelah lafaz itu dituturkan. Malah semuaorang seperti bersorak gembira, senang dengan jawaban Husna. Lafaz tahniah taklepas meniti di bibir semua orang. Tubuhnya dipeluk erat oleh Along dan PuanSenah yang menerpa masuk. Mereka seperti manusia paling bahagia mendengarjawaban Nur Husna. Sedangkan merekalah yang mengatur segalanya.

Alhamdulillah, saya pula terlebih teruja macam saya siteruna yang bertanya. Debar saya tadi, gaya dah macam tunggu jawaban positifwaktu saya pinang isteri saya dulu.”

Seloroh Tuan Hadi kembali mengundang tawa semua orang. Dapatjugalah tamparan lembut di bahunya daripada Puan Zanita, isteri yang dimaksudkan.

“Baiklah sang pembawa hajat. Janganlah disenyum sahaja dibelakang sana. Sudah didengar jawaban daripada si bunga, kami menanti balasnya.

Kaitkan baju dengan jarum
Untuk dipakai di hari raya

Sang gadis mengukir senyum
Tanda hati menyatu jiwa

Pohon cempedak ditepi titi
Pohon nangka buah sebiji

Kalau sudah berkenan dihati
Marilah kita mengikat janji”

“Janjiyang diminta pastilah diberi. Lima dulang kami datangkan sebagai bukti. Bersamadua bentuk cincin kita gubah sekali, sebagai penanda si dara tuan sudah kamirisik, juga penanda ikatan janji untuk ke jinjing pelamin.

Timah pateri dengan besi
Di cantum dengan paku Belanda

Hukum berdiri dengan saksi
Adat berdiri dengan tanda

Jadi,inilah sebagai tanda untuk anak yang kami pinang. Siapa tu namanya Rosnah..”

“NurHusna.. Rosnah dah bagitahu banyak kali kan. Lupa juga abang ni.”

“Haha..bukan sengaja lupa. Terpukau tengok seri bakal pengantin. Bolehlah pergi sarungcincin ke Husna.”

Setelahitu, wakil pihak rombongan daripada kalangan wanita masuk ke bilik Nur Husnadiketuai Puan Rosnah di depan. Mereka yang lain membawa dulang yang dibawa lalumesusunnya di penjuru bilik Nur Husna, bersebelahan dengan hantaran gubahanpihak perempuan. Sempat Nur Husna amati apa isinya. Tidak jauh beza apa yangdiberi keluarganya. Cuma kurang dua dulang sahaja. Selain sirih junjung, adajuga kain pasang bewarna peach lembut seperti yang diberi keluarganya,kek, coklat dan biskut, serta dulang berisi gubahan dua kotak baldu cincin.Kemudian, wakil keluarga Nur Husna pula mengangkat tujuh dulang itu laludiserahkan kepada rombongan lelaki.

Cincinbelah rotan sebagai cincin risik disarung di jari manis Nur Husna di tangankirinya manakala dan cincin emas putih permata satu disarung di jari manistangan kanannya lalu tubuh genitnya itu ditarik ke pelukan Puan Rosnah. PipiNur Husna dikucupnya lama seperti sangat gembira dengan ikatan ini. Wajah NurHusna diusap-usap dengan linangan air mata.

“Terimakasih Husna. Terima kasih. Umi doakan ikatan ini akan berkekalan sampai bila-bila.Dugaan orang bertunang macam-macam menanti. Sebab tu, umi nak kejap sajabertunang. Husna okay?”

“Husnaokay umi.”

Dahi Nur Husna dikucup lagi sebelum beralih ahli keluargayang lain untuk berjabat tangan dengannya. Sempatlah dia berkenalan dengansanak-saudara bakal keluarganya nanti.

Sekarang, semua kembali berkumpul. Untuk membuat perhitunganmasa depan mereka.

Perhitungan yang mengubah segala-galanya.

Dan bersediakah dia untuk itu?

Bibir itu tersenyum. Mata coklat itu juga tersenyum. Dan NurHusna mengukir senyum mencipta angan dan harapan lagi.

---------------

Rujukan Pantun:

http://melayuonline.com/ind/culture/dig/2092/pantun-untuk-merisik
http://kembaradai.blogspot.com/2009/11/pantun-dan-gurindam-utk-merisik-dan.html
http://tifanyputrisahara.blogspot.com/2016/12/contoh-pantun-untuk-merisik.html
http://akudoktorcinta.blogspot.com/2012/01/koleksi-pantun-merisik.html
https://www.youtube.com/watch?v=5Bl4VLXwCxE
https://www.youtube.com/watch?v=lH7DFKTmbCI

Previous: Bab11ii
Next: Bab 12i

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ