Bab 3
3
Sofea dan Aini mencari tempat duduk setelah mengambil makanan. Sofea hanya memilih lauk ayam masak kicap dengan nasi kosong. Bukan mahu berjimat tapi dia lebih suka makan satu lauk sahaja dalam satu masa. Takut membazir pula nanti. Manakala Aini memilih Ikan patin masak tempoyak dan sedikit ulam-ulaman bersama nasi kosong. Kedua-dua mereka memesan air milo ais sebagai pengering tekak.
"Ain? Kita duduk situlah.Nak?" Sofea menghalakan jari terlunjuknya kesatu sudut yang agak tersembunyi. Sofea memang suka memilih tempat yang agak tersorok. Supaya nanti dia boleh makan dengan apa-apa aksi sekalipun.Bukan nak control cun tapi untuk jaga tatasusila yang tidak berapa nak ' bertata' sangat ini. Aini hanya mengangguk dan mereka mula menuju ke meja itu.
Baru sahaja mereka ingin melabuhkan punggung,ada suara asing yang mencelah.Sofea dan Aini mendongak memandang gerangan yang telah menganggu waktu mereka untuk melempiaskan nafsu makan mereka.
"Err..maaf. Boleh kami tumpang duduk disini? Meja lain kebanyakkannya dah penuh. Boleh tak? " Amran teragak-agak untuk menuturkan kata.Maklumlah renungan si gadis dihadapannya ini seperti ingin menelannya.Amirul disebelah sudah terbutang biji mata.Amran menayangkan senggih tak bersalahnya.
'Am ni biar betul? Aku ingatkan dia nak berebut meja dengan perempuan berdua ni. Alih-alih mintak tumpang. Apa kes? Aku dahlah tak selesa ni.Lagi-lagi si gadis ayu tu ada sekali, Macam tak da meja lain si Am ni nak tumpang. Aku tengok ada je meja budak laki yang kekosongan. Am ni memanglah! ' Keluh Amirul didalam hati dengan raut wajah tidak selesa.
"Woii..Mirul? Kau tak nak duduk ke? " Amran melambaikan tangannya didepan muka Amirul. 'Dia buat dah aksi mengelamun dia. Aduh buat malu keterunan lelaki sajalah mamat ni' getusnya hatinya.
"Hah?Ape? Ooo duduk. Nak duduklah ni."ujar Amirul mengawal malu lalu duduk disebelah Amran yakni didepan si gadis ayu itu. 'Aduh dah dua kali aku mengelamun depan perempuan ni. Sampai tak sedar yang kawan si gadis ayu itu dah menjemput mereka duduk disitu. Buat malu betullah aku ni.' getus hatinya sambil tersenyum kambing dekat Amran yang sedang menjeling tajam kepadanya.Marahlah itu!
Sofea dan Ainidah tergelak kecil melihat gelagat Si teruna berdua didepan meraka ini.Yang sorang cuba cover macho, yang sorang ni pulak mengelamun tak kena tempat.Haihlah!Lalu mereka berempat mula menjamu selera.
"Ehem..ehem..Korang ni umur berapa erk? And nama pe ye? Dari tadi kita duk semeja, tapi tak kenal each other pun.hehe." Setelah beberapa detik berlalu dengan sunyinya. Amran cuba mengcover malu baginya dan Amirul. Sekaligus cuba masuk jarum.Amran tersenyum manis.
Amirul disebelah senyum sinis kepada kawannya itu.Tahu sangat dah dengan perangai mengayatnya itu.Tapi dalam hati Amirul turut ingin mengetahui siapa gadis didepannya ini.' Cis Mirul! Kau pun sama saja dengan si Am tu. Kutuk orang konon.' kata hatinya sendiri.
Aini dan Sofea saling berpandangan. Sofea menjungkitkan kening yakni menyuruh Aini yang menjawab soalan yang berbau 'mengayat' itu dulu. Aini menjenggilkan mata. Tanda tidak berpuas hati dengan Sofea. Sofea buat tak tahu sahaja. Akhirnya Aini mengalah.'Haihlah..' keluh Aini.
"Ehem..nama saya Nur Aini Syakirin tapi lebih mesra dengan nama Ain.Saya baru berumur 19 tahun." Aini menghulurkan senyuman nipis kepada Amran. Selepas itu Aini mula mengerling kearah Sofea. Sofea yang memahami isyarat mata itu terus memperkenalkan dirinya.
"Saya pulak Nur Dalila Sofea. Panggil Sofea saja. Kiteorang berdua sama umur saja."Ujar Sofea sambil tersenyum. Amirul yang duduk dihadapannya, memberikan tumpuan yang sepenuhnya untuk mengetahui tentang si gadis ayunya itu a.k.a Sofea.
"Hmm..nice name. Nama cantik. Orangnya pun cantik. Kan Mirul? "
"Ha.ah..dua-dua cantik." Amirul tersentak. Dia tidak sedar yang bibirnya telah memuji perempuan berdua dihadapannya ini. Asyik sangat matanya merenung Sofea. Sampai gadis itu tidak selesa dibuatnya.
Sofea dan Aini tertunduk malu. Seganlah! Dahlah teruna berdua ini puji terang tang-tang. Tak main sorok-sorok dah.' Haihlah..' keluh si gadis berdua.
"Tapikan tak pernah nampak pun korang sebelum ni. Walau lain kos sekalipun, kami masih boleh kenallah orang tu budak lama atau budak baru. Korang ni budak baru ke?" Soal Amran tanpa selindung-selindung dah.
Amirul menganggukkan kepala tanda mengiakan kata-kata Amran itu. Sambil itu, Amirul menyudahkan suapan terakhirnya sebelum menghirup air teh o' ais yang dipesannya tadi.
"A.ah. Kami memang budak baru pun. Tahun ni baru masuk. Tahun lepas kiteorang berlajar dekat matrikulasi. Sebab tu korang tak pernah jumpa.By the way, korang tak kenalkan lagi siapa korang. Takkan kami saja yang perlu menjawab soalan korang. Tak fairlah cam ni." Tutur Aini selamba sambil merenung jejaka berdua didepannya ini.
"Ooo,tak kenalkan lagi erk? Lupa pulak. Hehe. Nama saya Muhd Amran Sufian. Panggil Am saja. Saya tua sikit daripada korang. Saya dah 21 tahun. Sekarang tengah buat degreelah. So korang patut panggil kami abanglah kan?" soal Amran nakal. Sofea dan Aini saling berpandangan. Menyampah mungkin!
"Sudah-sudahlah tu beb. Menggatal saja kerja kau. Kau ingat, kau tu abang dia orang ke? Nak panggil abang bagai." Selamba badak saja si Amirul mengenakan rakannya. Amran senggih macam kerang busuk. Sofea dan Aini tertawa kecil.
"Saya pulak Muhammad Amirul Asyraf. Panggil Mirul saja. Sama saja umur kami ni. Korang pun ambil degree kan?" Soal Amirul. Sofea tolong jadi tukang angguk. Saat ini mereka semua dah siap makan. Cuma sedang berkenalan sahaja.
"Eh Pia! Kita ada kelas kan lepas ni? Rasanya dah kena gerak ni? Sorry korang kami kena gerak dah ni. Takut terlewat. Glad to know you guy. Ada jodoh, kita jumpa lagi. " UjarAini setelah perasan yang jarum jam ditangan semakin menginjak kepukul 1.30 minit petang. Mereka tak solat zohor lagi. Jadi mereka perlu bergerak sekarang memandangkan kelas mereka start pukul 2 petang.
"Ooo..ok..Nice to know you too. Harap-harap kita berjodoh." ujar Amran selamba.Tiga pasang mata memandang Amran dengan riak pelik.
"Maksud saya, harap-harap kita berjodoh untuk bertemu lagi. Bolehlah kita berbual lagi. Macam sekarang." sambung Amran setelah menyedari dia direnung pelik.'Apa salah ke, apa yang aku cakap?' soalnya didalam hati.
'Ceh! Cover line konon. Macam aku tak tahu kau maksudkan benda lain. Am oh Am.Haihlah..' Amirul menggelengkan kepala.
Sofea dan Aini mula mengangkat punggung dan memberi salam. Selepas Amirul dan Amran menjawab salam mereka barulah mereka menyusun langkah. Mereka bergerak kesurau berdekatan untuk menunaikan solat Zohor sebelum ke kelas. Amran dan Amirul pun tidak menunggu lama. Setelah kelibat gadis berdua itu hilang dari pandangan. Mereka mula berlalu pergi untuk ke surau bagi menunaikan solat zohor.
Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.
Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.