Home Novel Umum Bisikkan!! Angin Sepi..
Bisikkan!! Angin Sepi..
Wan Nur Aira
2/11/2014 18:34:48
5,654
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
Bab 2
2
"Awak? awak? Tolong saya awak. Saya takut! Awak!!!" Jeritan dan pertolongan yang dipinta meresahkan hatinya. Wajahnya kerisauan.

"Awak sabar! Saya cuba. Sikit lagi awak. Sikit lagi.." Dia cuba mencapai tangan si gadis yang meminta pertolongan. Namun cubaannya hanya sia-sia apabila si gadis itu jatuh kedalam gaung yang seakan gunung berapi yang ingin meletus.

"Nadine!!" jeritnya kuat.

********

"Mirul bangun!Mirul!"Goncangan dibahunya mengejutkan Amirul dari mimpi ngerinya.Mukanya penuh dengan peluh dingin.Wajahnya keresahan!

"Kau ok?Dari tadi kau duk jerit nama Nadine.Apa yang kau mimpikan ni?"Amran tertanya-tanya apabila melihat wajah rakannya itu seperti mengalami mimpi ngeri.Dari tadi Amran cuba mengejutkan Amirul dari tidurnya apabila tidurnya sendiri terganggu dengan racauan Amirul itu.Sekarang baru pukut 3.00 pagi.Masih awal untuk sambung tidur!Hish sempat lagi Amran ini.

"Aku..aku mim..pi..beb..nge...ri.."kata-katanya tersekat-sekat apabila mengingati mimpinya tadi.

"Ye,aku tau kau mimpi tapi mimpi apa?"Walaupun risau dengan Amirul namun tetap ada rasa geramnya.'Aku tahulah mimpi.Kalau tak takkan kau boleh meracau tak tentu pasal pulak!' Mahu sahaja dia menjawab begitu tetapi memandangkan keadaan sahabatnya tidak mengizinkan dia berkata begitu lalu ditukarkan ayatnya.Kasihan Amran melihat rakannya itu.

"Aku mimpi Nadine.Dia minta tolong.Tapi aku tak mampu.Last-last dia jatuh dalam gaung yang penuh dengan lava berapi beb!Semua salah aku!Aku tak sempat sambut dia beb!"Amirul mula menyalahkan dirinya sambil mengusutkan rambutnya yang sememangnya kusut kerana tidurnya yang buas.

'Lagi sekali?Haila kesian kau Mirul.'Amran bermonolog dalam hatinya.Sering kali Amirul mimpikan Nadine.Kadang mimpi yang menggembirakan, kadang mimpi yang menyedihkan seperti sekarang.Dia terlalu iigin membantu tapi apa yang perlu dia lakukan?Hanya mampu menjadi pendorong buat Amirul.

"Beb!Tenang!Itu hanya mainan mimpi.Syaitan sering menyesatkan umat Nabi Muhammad melalui mimpi.Itu semua bukan salah kau."Amran cuba menyenangkan kawannya yang terlalu berserabut.Amran menepuk lembut bahu rakannya.

"Tak!Tu semua salah aku!Salah aku!"Amirul sudah tidak menentu.Sekejap meraup wajahnya,sekejap menunduk.Amirul seakan ingin menangis kala itu juga.Amran yang sedari tadi duduk dibirai katilnya memeluk bahu Amirul.Mungkin dengan cara ini mampu meredakan keresahan dan rasa bersalah Amirul.

"Amirul Asyraf!Dengar sini..mungkin itu petunjuk daripada Allah.Lagipun..cuba kau fikir,kalau kau mampu sambut Nadine tadi.Adakah Nadine akan hidup seperti biasa?Takkan?So tak perlu rasa bersalah.Tu bukan salah kau."

"Macam nilah.Kau baca doa tidur.Baca tiga kul dan ayat kursi lepas tu tidur.InsyaAllah kau akan tenang balik.Ok?Tidolah,esok nak bangun awal."Amran membaringkan Amirul lalu menyelimutkan sahabatnya itu.Amran melayang Amirul seperti melayang adiknya dirumah.Amirul melakukan apa yang disuruh Amran lalu memejamkan matanya.Dia berasa sedikit tenang.

Amran kembali menyambung tidurnya yang terganggu setelah memastikan Amirul tidur dengan lena.

***********
Esoknya..

Amirul bersiap-siap untuk ke kafe untuk mengisi perut yang lapar.Dia baru sahaja tamat kelas terakhirnya pada hari itu.Dia dan Amran berjalan seiring untuk ke kafe.Tiba-tiba mata Amirul menangkap seraut wajah yang mampu mengukirkan senyuman dibibirnya.

Gadis itu tidak perasan yang dirinya diperhatikan.Hari ini si gadis ayu dengan baju kurung berwarna ungu lembut dengan selendang yang sedondon warnanya.Wajah si gadis sungguh manis untuk dipandang.mungkin tidaklah secantik ratu cantik tapi cukup mendamaikan hati bagi sesiapa yang memandangnya.Senyuman dibibir Amirul semakin melebar apabila si gadis dan kawan si gadis melalui laluan yang sama dengannya.Sebentar tadi si gadis melalui laluan di sebelah kanan Amirul yang mana di tengah-tengah laluan ada pokok -pokok bunga yang memisahkan laluan.'Mungkin ingin ke kafe juga.'Getus hati Amirul.

"Woi! Kau ni dah kenapa?Gila senyum sorang-sorang?Aku cakap dengan kau tadi.Kau dengar tak?"Marah Amran apabila Amirul tidak mengendahkan kata-kata yang keluar daripada mulutnya.Malah,kawannya itu boleh pulak senyum-senyum kambing sambil memandang kesatu arah.

"Hah? Apa kau cakap? " Mulutnya sahaja yang bergerak tapi mata dia tetap pada seraut wajah yang ayu itu.

"Kau pandang apa ni?" Soal Amran sambil mata menghala ke tempat yang dipandang Amirul. 'Nampak asyik sangat memandang. Aku pun tengok jugak. ' Getus hati Amran nakal.

"Eh tak de papelah. " Cepat sahaja Amirul menungkas. Namun Amran tak layan malah lebih tertarik untuk memandang ke tempat Amirul pandang tadi. Tapi nasibnya tak baik kerana si gadis ayu itu sudah masuk ke dalam kafe dan hilang entah kemana.

' Huh nasib baik si Am ni tak nampak kalau tak. Tak tahu aku nak terangkan macam mana.' Amirul tersenyum lega lalu menyambung langkahnya yang terggendala tadi.

'Hmm.. Ni mesti ada sesuatu. Tak pe! Lambat laun, aku akan tahu jugak. Tunggulah!' Amran merenung tajam rakannya dari belakang sebelum mengatur langkah mengikuti Amirul.
Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.