Home Novel Umum Bisikkan!! Angin Sepi..
Bisikkan!! Angin Sepi..
Wan Nur Aira
2/11/2014 18:34:48
5,658
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
Bab 1
1

Pada suatu petang yang redup, seorang lelaki yang bernama Mohammad Amirul Asyraf sedang berjalan di kaki lima di sebuah banggunan yang terdapat didalam universiti itu.Dia berjalan sambil mengingati peristiwa silam yang telah terjadi.

'Haih..kenapa hati ini sering merinduimu? Kenapa hati ini sering kali berharap agar dirimu muncul kembali? Sedangkan aku tahu semua itu tidak akan terjadi.Kenapa??' Itulah ayat pertanyaan yang sering kali bermain di benak fikirannya.Lagi-lagi apabila dia keseorangan.Rintihannya senantiasa berlagu dihati dan kini rintihan itu muncul lagi.

'Sayang...Mirul rindu sayang...Mirul kesepian.Dulu kita selalu lepak sama-sama.Sekarang?Hmm..' Amirul menatap gambar berukuran kecil yang terdapat dalam buku belajar yang dipegangnya.Itulah rutin hariannya.Menatap wajah si gadis yang kini telah hampir setahun meninggalkannya.

Sedang asyik Amirul melayan perasaan sambil berjalan.Tiba-tiba,bahunya dirempuh agak kuat dari depan.Habis berterbangan semua lamunan sepinya.Amirul mendongak memandang gerangan yang telah merempuhnya.Pada mulanya,Amirul ingin memarahi orang yang melanggarnya kerana orang itu telah menganggu lamunannya.Namun apabila terpandang akan seraut wajah yang ayu itu,semua amarahnya berlalu pergi.Yang tinggal hanya dirinya yang masih kaku berdiri dihadapan sigadis yang ayu itu.

"Ehem-ehem.Awak?Oh awak?Awak dengar tak ni?" Sofea melambaikan tangannya dihadapan muka lelaki yang tidak dikenalinya.Dahinya sedikit berkerut.'Haih laki ni!Dari tadi aku duk terconggok depan dia,mintak maaf.Dia boleh pulak mengelamun.Haih nasib baik salah aku kalau tak dah lama aku bla dari sini.' Monolognya sendiri.

"Hah?Apa awak cakap?Sorry,tak sedar tadi."Amirul tanpa rasa malu mengakui kesilapannya.Dia tersenyum malu.

"Mmm..tak.Cam ni..saya nak mintak maaf sebab saya terlanggar awak tadi.Tak sengaja!Saya leka sangat baca buku ditangan sampai tak sedar ada orang dihadapan.Maaf yee,awak?"Bersungguh-sungguh Sofea meminta maaf.Siap dengan senyuman semanis gula lagi.Maklumlah dah buat salah.

Amirul memandang buku novel yang terdapat ditangan gadis itu sebelum memandang tepat muka si gadis ayu yang masih lagi tersenyum manis.

"Hmm..takpelah.Lagipun,saya pun salah jugak sebab mengelamun waktu berjalan.So tak da apa yang perlu dimaafkan."Amirul melemparkan senyuman manisnya pada Sofea.Sofea terpaku sebentar dengan senyuman itu sebelum tersedar kembali.

"Ooo..kalau macam tu..oklah.Lagipun saya nak cepat ni.Nak balik hostel.Maklumlah dah nak dekat maghrib ni.Saya gerak dulu ye,awak?"Sofea meminta izin.Dia malas memanjangkan cerita kalau itu yang dimahukan Amirul.

"Baiklah kalau cam tu.Saya pun nak gerak dah ni.Assalammualaikum!"

"Waalaikummusalam!"

Akhirnya,kedua-duannya bergerak ke hala tuju masing-masing.Namun,Sofea berhenti di sebalik tiang yang agak jauh dari tempat mereka 'berlanggar' tadi apabila dia merasakan sesuatu yang lain.'Hmm..kenapa aku rasa macam pernah nampak je muka dia?Aku pernah jumpa dia ke?Tapi dekat mana dan kenapa dia pandang aku macam aku ada 'something'.Hish pelik!' Sofea tertanya-tanya sendiri mengenangkan insiden tadi.Dia merasaka seperti ada yang tidak kena.Pada mulanya lelaki itu seakan marah dengan apa yang terjadi tapi tiba-tiba raup wajahnya berubah setelah memandangnya.Pelik!

Sofea mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja soalan itu berlegar-legar dalam kepalanya.Dia kemudiannya mengatur langkah untuk balik ke biliknya.Namun pergerakkannya terhenti apabila tiba-tiba,angin dingin menyapa kulitnya.Angin yang menyebabkan seluruh tubuhnya menggigil.Tidak pernah dia berasa seperti ini.Naik bulu romanya!Seram!Angin yang seakan-akan membawa satu berita yang menakutkan.Seperti satu bisikkan!!Sofea cepat-cepat berlalu dari situ memandangkan tempat itu sunyi tanpa sesiapa.Dalam hatinya hanya satu perkara yang berlegar.'Aku nak cepat sampai ke bilik!Seram!.'

********************
Amirul baru sahaja selesai mandi dan solat isyak.Dia berkira-kira untuk tidur selepas itu,memandangkan hari ini amat meletihkannya.Dia bergerak kekatil lalu membaringkan tubuhnya disitu.Selepas tubunnya selesa mendarat diatas katil,dia memejamkan matanya.Namun,sesuatu terlintas difikirannya lalu membantutkan niatnya yang ingin tidur.Dia tersenyum kecil apabila memgingati peristiwa petang tadi.

'Hmm..kenapa muka dia sama ye.Serupa sangat!Takkan kembar kot.Tak mungkin!Aku kenal Nadine sejak kecil.Dia mana ada kembar.' Nadine nama yang telah lama terukir dihatinya,namun satu tragedi telah meragut nyawa Nadine.Dan kerana muka Sofea sangat sama dengan Nadinelah yang menbantutkan niatnya untuk memarahi Sofea.Amirul merasakan seolah-olah Nadine ada bersamnya saat itu.Hatinya bersa tenang.Hilang rindunya yang hampir setahun ditanggungnya.Dia sungguh gembira.Dia tersenyum lagi sehingga tidak sedar ada makhluk Allah yang sedang menghampirinya.

"Hoi pak cik!" Sergahan rakan sebiliknya mengejutkan dia.

"Arghh!!"Amirul terbangun dari baring lalu duduk tegak diatas katilnya.

"Hahaha.."Kawannya tergelak sakan melihat raup wajahnya yang pucat lesi itu.Macam kena sergah dengan hantu sahaja.

"Kurang ajar punya kawan! Sempuk dada aku! Kau tak boleh tegur elok-elok ke hah!" Marah Amirul sambil menjeling tajam kearah Amran yang sedang duduk di katilnya yang bersebelahan katil Amirul.Mereka merupakan roommate,kosmate dan classmate.Amran masih dengan sisa tawanya.

"Aduh! Senak perut aku.Tulah sape suh mengelamun.Kan dah terkejut beruk.Haha!Aku dah bagi salam dah tadi tapi kau yang tak sedar.Nak salahkan aku pulak!"Amran menerangkan hal yang sebenar.Dia baru sahaja pulang dari bilik rakannya di sebelah.Saja berjalan-jalan.

"Yeke?Ahh..tak pelah lupakan.Dahlah aku nak tido.Night beb!"Amirul menarik gebarnya.Dia bukan apa.Dia sebenarnya malas nak menjawab soalan yang bakal diutarakan oleh Amran nanti.Mesti Amran nak tahu apa yang dia fikirkan tadi.Dia tahu Amran prihatin pasal dia.Lagi-lagi setelah Nadine tiada.Amran banyak memberi semangat kepada dia.Amran juga kawan karib dia dan Nadine.

"Yelah..Tidolah nyeyak-nyeyak!Night jugak."

"Beb jangan lupa tutup lampu."Pesanan terakhirnya sebelum ke alam mimpi.

"Yelah.."lemah sahaja suara Amran menjawab.Tahu sahabatnya ingin mengelak.Namun dibiarkan sahaja.Mungkin sahabatnya perlukan ruang untuk dirinya sendiri.Selepas menutup lampu,Amran merebahkan badanya ke atas katil lalu turut sama terbang ke alam mimpi.

*********
Sofea yang baru sahaja ingin mandi terus mengambil tuala dan barang mandiannya sebelum bergerak kebilik mandi.Rakannya yang sedang melayari Facebook dipandang sekilas sebelum menyambung langkah ke pintu bilik lalu berlalu keluar.Sekarang baru pukul 10.45 malam.Tapi suasana di luar bilik seakan terlalu sunyi.Sepi!

'Hmm..takkan seme dah tido.Tak de sape ke nak mandi sekali.Seramlah pulak!' Sofea berbisik sendiri.Selalunya waktu begini masih ada siswi yang berkeliaran tapi malam ni?Kosong!Pelik!Dia menyambung langkahnya kebilik air.Apabila sampai dia cepat-cepat memandikan dirinya.Sambil mandi sambil dia mengomel sendiri didalam hati.'Itulah..tadi kau tanak mandi Pia.Sekarangkan dah tak khusyuk mandi kau.Mandi kerbaulah jawabnya.'

Sedari tadi dia terlalu asyik membaca novel Jujurlah Nikahi Aku sehingga tak sedar masa telah berlalu.Tadi rakan sebiliknya Aini telah menyuruhnya mandi tapi dia hanya mengendahkannya.Bak kata pepatah masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Namun solat isyak telah dia dirikan walaupun tidak mandi lagi waktu itu.

Selepas siap mandi dia cepat-cepat melangkah keluar dari bilik mandi yang dirasakan seram!Naik semua bulu romanya!'Jujurlah aku ketakutan.'Kata hatinya.Sedang dia berjalan menuju ke biliknya yang dirasakan seperti terlalu jauh dari kebiasaan.Dia merasakan ada angin yang menyapa kulitnya.Sekali lagi!Angin yang sama menyapanya petang tadi.Sejuk dan dingin anginnya.Angin sepi yang menyeramkan.Tubuh Sofea sudah menggigil katakutan.Walaupun solatnya tidak pernah tinggal kecuali apabila period namun rasa takut itu masih tidak mampu ditandingi.

Angin itu semakin menyejukkan tubuhnya.Dingin angin itu terlalu meremangkan bulu romanya.Dan bertambah rasa takutnya apabila dirasakan seperti ada sesuatu dibelakangnya.Dia membaca Al-Fatihah sebelum menoleh kebelakang.Ternyata tiada apa-apa dibelakangnya.Apabila dia berpaling kehadapan semula,satu kelibat perempuan yang memakai serba putih dengan rambut mengurai panjang melintasinya.Wajah Sofea pucat lesi.Dia berlari laju kebiliknya.Sudah tidak dipedulikan lagi kain tualanya yang tersarung dibadan dari atas dada hingga kelutut agak terlondeh sedikit.Apa yang penting baginya.Dia sampai kebiliknya secepat mungkin.Sudah tidak tertanggung rasa takutnya.

Alhamdulilah!Hanya itu yang mampu diucapkannya setelah sampai kedalam biliknya.Dia mengunci pintu bilik.Lega hatinya namun rasa takut itu masih ada.Apakah itu?Sofea tertanya-tanya.Kelihatan rakan sebiliknya merangkap rakan karibnya sedang memerhatikannya dari atas hingga kebawah dengan dahi yang berkerut.

"Kau ni dah kenapa?Macam kena kejar hantu je aku tengok."Ujar Aini selamba lalu berpaling semula ke laptopnya.

'Andai kau pun merasai apa yang aku alami.Masti kau tak seselamba tu berkata-kata.'Sofea hanya meluahkan semua itu didalam hati.Baginya,ini bukan masa yang sesuai untuk menceritakan apa yang terjadi kepada Aini.

"Tak de papelah.Aku ngantuk sebab tu cepat-cepat masuk bilik."Alasanku dipandang pelik oleh Aini.'Ah lantaklah!Asalkan dia tak bertanya lagi.Aku tak kuat lagi untuk bercerita.'Monolog Sofea sendiri sambil menyarungkan pakaian dibadannya.

"Hmm..pape jelah."Itulah Aini apabila laptop didepan mata,benda lain dia tak ambik tahu sangat.Nasib baik!

"Oklah aku tido dulu.Assalammualaikum!"

"Waalaikumsalam!"

Sofea meyelimutkan badanya hingga kedada.'Baik aku tido dulu sebelum Aini ni pun tido.Nanti tak boleh tido pulak aku sebab takut!At least adalah jugak peneman sekarang ni kalau pape terjadi.'Sofea memejamkan matanya namun peristiwa tadi terlintas difikirannya.Lalu dia membuka matanya kembali.Kalau ikutkan hatinya tadi mahu sahaja dia melompat keatas katilnya lalu terus menyelimuti dirinya hingga ke kepala.Tak kiralah dia dalam keadaan berkembam sekalipun!Dah terdesak sangatkan!

Tetapi disebabkan Aini masih belum tidur,dia pun membatalkan niatnya yang tak 'senonoh' itu.Nasib baik!Kalau tak buat malu saja pada Aini.Sofea kemudiannya membaca tiga kul dan ayat kursi sebelum menyambung tidurnya kembali.Nasibnya baik kerana dia dapat tidur dengan tenang selepas itu.Hajatnya agar apa yang terjadi itu tidak terjadi lagi.Seram!
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.