Home Novel Thriller/Aksi Bidadari Encik Mafia (Completed)
BEM 29

TUBUHNYA ditolak keluar dari kereta. Pintu kereta dihempas sedikit kuat menunjukkan yang dia sedang marah. Perjumpaan dia dan Indira di sebuah mall tadi membuatkan hatinya bertambah sakit. Sakit kerana tidak dapat menerima penjelasan yang Indira berikan kepadanya.

"Dia sakit? Habis aku tak sakit? Aku tunggu dia lama! Sanggup tunggu sampai sekarang. Tapi dia... bagi jawapan seolah-olah aku ni tak merasai sakit!" Dihamburkan kemarahannya sebaik punggungnya dilabuhkan di atas bangku coklat yang terletak di tepi pintu utama rumahnya.

"Argh! Sakit betul hati aku!" Qarizh menumbuk-numbuk dadanya sendiri yang terasa perih.

Airiel yang terdengar suara Qarizh dari luar rumah berdiri di muka pintu utama rumah. Sisi tubuhnya disandarkan pada tetulang pintu. Dia metunakkan pandangannya ke arah Qarizh yang sedang duduk sambil melepaskan amarahnya itu. Perlahan dia menggelengkan kepala.

"Kau marah apa, Qar? Kau pergi airport ke tak?"

Qarizh mengangkat wajahnya lalu menoleh ke arah Airiel. Lambat-lambat dia menganggukkan kepala.

"Kau buat apa je? Tengok aje?"

"Ya. Aku tengok aje dulu. Sampai masa. Memang aku genggam dia orang tak lepas."

Airiel hanya mengangguk. Faham apa yang dikatakan oleh Qarizh. Sudah masak dengan perangai sepupunya itu. Siapa yang mencuit kepunyaan lelaki itu, jangan harap mereka akan bebas selamanya.

"Aku jumpa Dira."

Airiel sedikit terkejut. "Lepas tu? Abang dia ada?"

Qarizh menggelengkan kepala. "Dia dengan dua lelaki yang aku tak kenal. Tak tahu siapa. Tengok muka macam bukan dari asal sini. Aku jumpa Dira secara berdepan. Aku minta dia jawapan kenapa dia buat aku macam ni. Tapi, jawapan dia sedikit pun aku tak boleh nak terima."

Kening Airiel ternaik sebelah. "Dia bagi jawapan apa yang membuatkan kau tak puas hati tu?"

Qarizh melepaskan dengusan seraya meraup wajahnya dengan kasar. Semakin sebal hatinya bila diingatkan semula. "Dia kata dia sakit. Sebab tu dia terpaksa pergi. Dia expect aku apa, doh? Patung? Habis aku ni tak sakitlah? Dengan adik aku tinggalkan aku. Lepas tu, dia pulak menghilang macam tu aje tanpa sempat aku nak explain sikit pun."

Airiel mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini. Dia buntu. Adakah dua-dua sama saja membuat salah? Dua-dua memikirkan diri sendiri. Haih... serabut kepala dia memikirkan masalah besar sepupunya itu.

"Pasal Yazir. Aku dah tahu dia tinggal dekat mana. Lepas aku usha dia dekat airport tu, aku ikut dia sampai ke rumah. Baru aku pergi melawat kubur Qasrina. Dan dekat situlah aku ternampak Indira dengan dua orang lelaki tu. Aku ikut dia orang sampai ke mall."

"Jadi, apa plan kau selepas ni?"

"Yazir dengan Indira akan berdepan aku. Aku akan menghantui sepanjang hidup dia orang. Jangan harap aku akan lepaskan. Dah cukup dua tahun aku mendiamkan diri. Kini... nantikan kemunculan aku. Jangan sangka aku akan selamanya berdiam diri." Punggungnya diangkat lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Airiel seorang diri tercegat di muka pintu.

"Macam-macam hallah Qarizh ni. Apa aku nak buat sekarang ni? Aku dah tak nak dia kotorkan tangan dia tu lagi. Mahu polis dapat kesan. Sia-sia aje hidup. Sudahlah dia dah bunuh Hesta. Nasib dialah dapat terlepas. Aku pun rasa nak cuci tangan aje sekarang ni. Tapi tulah... tunggu masa tu sampai," ujar Airiel pada dirinya sendiri. Membebel pada dirinya sendiri. Kalau orang lain nampak pasti dia sudah dicup orang tidak betul.

NAFAS dihela panjang. Kejadian di mall tadi bermain di dalam fikirannya. Perlahan dia menghenyakkan punggungnya di atas sofa ruang tamu. Wajah bengis Qarizh sering terbayang-bayang di dalam kepala otaknya. Dia dihurung dengan perasaan serba-salah. Bila dia lihat akan wajah Qarizh. Dapat kesan wajah itu tidak lagi seceria dulu. Qarizh kembali dengan sifat dinginnya. Entah-entah lebih teruk berbanding dulu.

"Apa bendalah duk mengeluh-ngeluh dari tadi... ada masalah apa?" soal Kizo yang baru saja keluar dari dapur sambil dua cawan kopi susu yang sudah siap dibancuh.

"Tak ada apalah, Abang Kizo. Biasalah... manusia tak lari daripada masalah."

"Memanglah. Tapi tak akan kau nak pendam sendiri aje. Aku dah diberi amanah untuk jaga dan lindungi kau. Kau ada masalah, bagi tahu aku. Jangan nak simpan sendiri. Kau lupa macam mana kau sakit? Dah dua kali tau. Bukan sekali."

Itu dia.... Kalau Kizo sudah membebel, habis berjela-jela ayat yang keluar dari mulut dia. Memang kena reda dan tadahkan saja telinga. Kalau tak, bertambah-tambah bebelannya lagi.

"Yalah. Tahu. Masalah Dira dengan Qarizh. Dira terserempak dia dekat mall tadi. Dia marah sangat dekat Dira pasal hal dua tahun lepas. Dira serba-salah. Dira ingat adalah jugak angah inform dia. Tapi dia tak tahu apa-apa."

"Abang kau tak nak dia tahu sebab nanti confirm-confirm la dia cari kau sampai ke sana. Macam kau tak kenal mamat tu macam mana? Keras kepala. Aku kenal dia pun, kadang-kadang boleh hilang sabar tengok perangai dia."

Indira hanya menganggukkan kepalanya. Memang betul apa yang Kizo katakan. Qarizh kalau dah dia kata A. Selamanya saja katanya A. Tak ada kata lain selain A. Apa yang dia nak, dia akan buat sampai dia dapat. Tak kisah apa jua caranya.

"Tapi, betul ke dia punca arwah along dengan kak long meninggal dunia?"

"Dia bukan punca utama. Tapi, arwah along dengan kak long kau ada jumpa dia malam tu sebelum dia orang terlibat dalam kemalangan. Dan aku syak, Si Yazir dengan mak dia tu ada kena-mengena dengan tragedi tu."

Indira membungkam. Jantungnya tak semena-mena berdetak laju. Sebut saja nama Yazir membuatkan kejadian dua tahun lepas menghantui kembali fikirannya. Perlahan dia mengetap bibir. "Jantan tu. Apa cerita dia sekarang? Dan apa sebab dia nak bunuh along dengan kak long Dira?"

Kizo mengherotkan bibirnya ke tepi. "Mamat tu hidup lagi. Liat betul nyawa dia nak mati. Si Qarizh tu tikam dia berkali-kali pun. Boleh hidup. Aku memang tak puas hati. Entah ilmu apa yang dia pakai sampai boleh hidup. Tapi tak apa. Jangan haraplah kehidupan dia lepas ni aman dan damai. Aku dapat rasa yang Qarizh akan buat sesuatu. Dia seorang budak yang tak akan lepaskan orang yang dah buat adik dia mati."

Indira hanya mendiamkan diri. Segala apa yang dikatakan oleh Kizo berpusu-pusu masuk ke dalam telinga kemudian diserap masuk ke dalam otak.

"Dia baru aje balik sini selepas dua tahun dekat Australia. Merawat diri dia tu sampai sihat. Tapi aku dapat info dari anak-anak buah. Dia baru nak dapat jalan balik. Kena bertatih baliklah tu agaknya. Dia orang dah tinggal rumah lain. Jauh sikit."

Indira menganggukkan kepalanya. "Kalau Qarizh sendiri pun tak akan berdiam diri, apatah lagi Dira. Abang ingat Dira nak balik sini semula. Saja-saja ke? Tak ada maknanyalah. Dira ada matlamat Dira sendiri. Tunggu dan lihat saja."

"Kau nak buat apa, Dira? Kau jangan nak buat aku susah hati. Angah kau percayakan aku tau."

"Abang jangan risau. Dira tahu apa yang Dira buat. Cuma kali ni aje, bekerjasama dengan Dira. Jangan beritahu angah apa-apa. Risiko biar Dira tanggung sendiri. Nanti ada sedikit pertolongan yang nak mintak dekat abang dengan anak-anak buah."

Kizo mencebikkan sedikit bibirnya. Adik dengan abang saja. Dua kali lima saja perangai mereka. Nasib baik dia sudah sayang seperti keluarga sendiri. Kalau tak, jangan haraplah dia nak bersubahat sama. Asalkan Indira membela dirinya sehingga Izz mendapat tahu.

"Oh ya, pasal Dira jumpa Qarizh tu pun. Abang jangan beritahu angah dulu, ya. Dia banyak kerja tu dekat sana. Nak jaga Alana dengan famili Didit lagi."

Kizo sekadar menganggukkan kepalanya. Saja dia menguap besar di hadapan Indira. Malas dia mahu mendengar idea gila yang terpacul dari bibir gadis itu. Boleh pecah kepala otak dia nanti. Banyak perkara lain yang dia hendak buat.

"Mengantuklah tu. Dah berapa hari tak tidur? Ni dah berapa hari tak balik rumah? Karang isteri abang sedih sebab rindu abang...." Indira tertawa kecil. Entah kenapa dia suka pula menyakat Si Kizo ini. Nama punyalah cantik, Kizo juga gelaran yang hendak dipakai. Sabar ajelah...

"Kau jangan nak mengada. Aku baru aje balik semalam. Dia tinggal dekat rumah keluarga dia. Tak adalah dia sunyi sangat. Dahlah aku nak naik dulu. Kau tu jangan nak jadi burung hantu aje kerjanya," pesan Kizo sebaik saja dia mengangkat punggung lalu kaki mula mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas.

"Ya, ya. Tak. Dira masuk tidur awal hari ni. Jangan risau," balas Indira sambil mencebikkan bibirnya.

Sebaik saja Kizo hilang dari pandangannya, Indira menarik kedua-dua belah betisnya lalu dipeluk rapat ke dada. Kedua-dua belah telapak tangannya dipandang bersilih ganti. Sudah dua tahun, tangan ini tidak melepaskan tumbukan pada punching bag. Entah kenapa, jiwanya sudah tidak terarah ke aktiviti itu lagi. Sudah tiada rasa apa-apa. Kononnya, dia pernah berazam tidak mahu jadi seorang yang lemah. Tapi dia gagal. Dia memang seorang yang lemah. Tidak lari dari naluri seorang perempuan. Menangis dan menjadi lemah.

Adakah disebabkan cinta, dia menjadi lemah seperti ini? Bila teringatkan yang Qarizh begitu kasar dengannya membuatkan hatinya terasa sebak. Lelaki itu sudah berubah secara drastik selepas dia meninggalkan Qarizh tanpa sengaja. Besarkah salah dia pada Qarizh? Adakah Qarizh tak akan memaafkan dia?

"Argh! Serabut betullah fikiran aku ni. Tak habis-habis nama Qarizh ni dalam kepala otak aku. Aku tak nak jadi lemah sebab perasaan aku pada dialah! Tolonglah, Indira Callista. Dulu kau kuat. Kenapa kau lemah semacam sekarang ni?" marah Indira pada dirinya sendiri. Ditepuk-tepuk kepalanya berkali-kali.

"Dira... hentikan..." Satu tangan kekar memegang tangan Indira. Sekali gus, perbuatan Indira terhenti.

"Dit..."

"Jangan buat macam tu. Tak bagus. Bertenang...," ujar Aditya sebaik saja dia melabuhkan punggung di sebelah Indira. Jarak mereka sedikit jauh. Dia sememangnya menjaga batas pergaulan dirinya dengan semua perempuan. Kalau Indira yang selamba memegang atau menyentuhnya dengan selamba memang dia akan terkejut dan secara automatik dia akan jadi tak selesa.

"Aku penatlah, Dit. Aku dah letih nak fikirkan hal tadi. Aku tahu aku salah. Tapi tak boleh ke maafkan aku? Aku bukannya suka-suka tinggalkan dia. Masa tu macam-macam yang terjadi dalam satu masa. Kau rasa macam mana keadaan aku masa tu?"

Aditya menganggukkan kepala tanda faham. Dia faham akan kondisi Indira yang ketika itu, Indira baru saja sampai ke Indonesia. Sewaktu Indira dirawat pun, dia ada sentiasa bersama gadis itu.

"Ya, Dira. Aku faham. Tapi kau jangan tekankan otak kau tu sangat. Tak bagus, weh. Nanti sakit kau datang balik. Izz mesti risau. Kau dah janji dengan dia, kan?"

Indira melepaskan keluhan panjang. "Aku rindu Qarizh. Aku gagal kawal perasaan aku. Aku akui aku sayang dan cintakan dia. Cuma jawapan aku... mungkin dah luput pada Qarizh."

"Kalau Si Qarizh tu betul cintakan kau, luput tu tiada istilah dalam diri dia. Kalau dia betul cintakan kau, sampai mati pun dia sanggup tunggu kau. Aku tahu dari Abang Kizo yang dia tak kahwin lagi. Tu salah satu yang dia memang betul-betul tunggu kau."

Indira terdiam. Dia meraup wajahnya perlahan. Rambutnya diselak ke belakang.

"Apa aku nak buat kalau aku berdepan dia lagi? Minta maaf? Mengaku? Weh, aku rasa aku bukan macam diri aku dah, doh. Mana Indira Callista yang kuat dulu? Dah hilang ke?"

Aditya menggelengkan perlahan kepalanya. Memerlukan kesabaran yang tinggi kalau hendak melayan kerenah Indira sejak-sejak ini. Lagi-lagi lepas dia berjumpa dengan Qarizh di mall. Dia tahu pun bila dah sampai rumah, kalau tak dia tak tahu pun kenapa Indira lama sangat di tandas.

"Relaks, Dira. Jangan serabutkan fikiran aku lagi."

Indira melepaskan nafas yang panjang sekali gus memejamkan matanya buat seketika. Cuba untuk menenangkan dirinya yang tiba-tibanya rasa sangat serabut memikirkan Qarizh. Dia masih lagi menyimpan nombor telefon Qarizh. Tapi, dia sendiri tidak tahu sama ada nombor itu masih dalam talian atau tidak.

"Pergilah naik berehat. Esok kau nak keluar, kan? Aku teman macam biasa. Dimas, dia nak ikut Abang Kizo esok. Tak tahulah ke mana dia orang nak pergi."

Indira sekadar menganggukkan kepalanya. Dia bangun lalu meminta diri untuk naik ke tingkat ke atas. Biliknya yang berada paling hujung dan agak tersembunyi sedikit itu dituju. Perlahan dia menolak dedaun pintunya. Kaki menyusun langkah masuk ke dalam. Suasana sekeliling kamarnya dipandang dengan mulutnya yang sedikit terjuih.

"Aku nak chat dia ke tak, eh? Nampak aku macam terdesak sangat ke?"

"Argh! Pusing, pusing kepala otak!"

Tubuh ditolak ke atas tilam. Tangan naik mencapai telefon pintarnya yang berada di dalam kocek seluar. Pantas skrin kunci dinyahkuncikan. Kemudian, ikon WhatsApp ditekan. Skrin telefon dinatalnya, mencari kontak nama Qarizh. Gambar profil dan last seen lelaki itu masih ada. Ini bermakna Qarizh masih kekal menggunakan nombor yang sama.

"Fuh! Whatsapp sajalah. Lepas tu, jangan tunggu dia balas. Aku terus masuk tidur," ujar Indira pada dirinya sendiri.

Indira Callista

Assalamualaikum Qarizh. Aku tak sure kau simpan ke tak nombor aku ni lagi. Tapi aku kenalkanlah diri takut kau sekat aku pulak. Aku Indira Callista. Aku betul-betul nak mintak maaf tentang kejadian dua tahun yang lalu. Kalau kau sudi, boleh kita berjumpa lagi dan berbincang apa yang patut? Aku tahu yang aku salah. Tapi aku harap sangat kita boleh berjumpa lagi. Tapi kali ni dalam keadaan yang baik-baik saja. Aku tak tenang bila fikirkan perjumpaan kita tadi, Qarizh.

Tiga kali Indira mengulangi bacaan teks yang siap ditaip di dalam kotak perbualan sebelum dia menekan butang hantar. Beberapa kali dia mengusap dadanya yang berasa berdebar-debar. Lain betul perasaannya kali ini. Harap-haraplah Qarizh balas atau baca pun dah cukup memadai. Sekarang ni baru dua tick berwarna kelabu. Tak pasti kalau-kalau Qarizh menyembunyikan tick berwarna biru itu.

Reda sajalah, Indira...


Previous: BEM 28
Next: BEM 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurshaza