Home Novel Thriller/Aksi Bidadari Encik Mafia (Completed)
BEM 52

BINGIT suara Alana ketawa apabila digeletek oleh Haura dan Indira. Sudah lama mereka tidak berjumpa sejak kehidupan mereka diganggu oleh orang gila yang bernama Tengku Yazir. Kizo membawa Alana datang ke rumah Qarizh atas permintaan Indira. Sungguh Indira sangat merindui anak saudaranya yang satu itu.

"Mama... Aunty Haura..." Alana duduk di atas riba Indira lalu leher si mama kesayangannya dipaut manja. Bibirnya tersungging sebuah senyuman lebar.

"Ya, sayang?" Indira mencuit hidung Alana.

Haura hanya senyum.

"Jom kita menari!" ajak Alana.

Haura dan Indira saling berpandangan. Budak kecik ini mengajak mereka menari? Tak padan dengan kecik. Lain macam permintaannya hari ini.

"Lagu apa Lana nak menari?" soal Haura.

"Lalisa!" Alana mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Terkebil-kebil Haura. Indira sudah tercengang. Siapa yang ajar anak saudaranya mendengar lagu Korea? Nak kena dengan dia ni.

"Siapa yang ajar Lana dengar lagu Korea tu?" soal Indira dengan nada tidak puas hati.

"Uncle Kizo selalu bukak lagu Blackpink dekat dalam kereta. Dekat rumah pun sama."

Haura hampir tersedak air liurnya sendiri. Tak tahu nak gelak ke nak apa sekarang ni. Kizo dengar lagu Korea? Blackpink pulak tu! Sejak bila, weh?

"Seriuslah, Lana?" Terkelip-kelip mata Haura memandang Alana.

Bersungguh-sungguh si kecil itu menganggukkan kepala. Takkan budak nak menipu pulak, kan? Selalu budaklah yang bercakap benar.

"Uish... lain macam abang aku sorang ni. Blackpink dia dengarnya. Satu rahsia yang sangat berguna." Haura ketawa sinis. Bolehlah dia sakat abang dia tu. Suka sangat sindir dia dengan Hilmi, kan? Nantikan....

"Jomlah, Lana. Kita menari dekat ruang tamu. Dia orang semua dekat luar agaknya. Bincang apa entah. Tak habis-habis," ajak Haura sambil mendukung tubuh kecil Alana. Tangan Indira ditariknya agar kakaknya itu turut bangun.

"Haura menarilah dengan Lana. Akak tak mahu." Dia baru saja kebah dari demam. Kalau menari terkinja-kinja nanti, mahunya Qarizh membebel. Masak telinga dia nanti.

"Haaa... yalah..." Haura tidak memaksa.

IZZ melepaskan dengusan kasar. Belakang badannya disandarkan pada badan kereta. Tangan bersilang ke dada. Otak ligat memikirkan apa yang disampaikan oleh Qarizh sebentar tadi. Nampaknya Yazir memang tak berputus asa.

"Kau memang perasan ada orang ikut kau? Perhatikan kau?" soal Kizo yang berdiri di sebelah Izz. Sesekali anak matanya memerhatikan anak-anak buah Qarizh yang sedang meronda di sekeliling rumah.

Qarizh menganggukkan kepala.

"Kau ada dapat apa-apa surat layang ke?" Izz pula bertanya.

"Tak ada pula setakat ni. Terfikir juga kadang-kadang, kalau aku terima surat layang. Tapi tak ada." Qarizh menggelengkan kepalanya.

"Aku rasa dia masih dalam rancangan dia. Tak apa. Anak-anak buah aku pun non stop cari dia. Aku tak kasi dia orang berhenti mencari walau sesaat. Selagi mamat tak guna tu tak dalam tangan aku, selagi tu aku cari," kata Izz.

Qarizh dan Kizo sekadar menganggukkan kepala.

"Nak masuk dalam ke?" tanya Qarizh.

Izz mengerling jam yang terlilit pada pergelangan tangannya. Rambut disingkapkan ke belakang. "Rasanya tak kut. Sebab aku nak kena gerak ni. Kerja aku berlambak tak siap lagi. Dah banyak aku tangguh. Kizo, kau staylah sini sekejap, pantau apa yang patut. Apa-apa roger aku."

Kizo angguk. Dia pun tak boleh lama-lama. Hari ini, dia akan menemani si isteri untuk membuat pemeriksaan kandungan buat kali terakhir sebelum melahirkan. Tak lama lagi jadi bapaklah dia.

"Korang, gilir-gilirlah berehat," suruh Qarizh kepada anak-anak buahnya.

Mereka hanya mengangguk. Serentak semua duduk di kerusi yang terletak di halaman rumah. Melepaskan penat masing-masing.

"Say, Lalisa, love me, Lalisa, love me.... hey! Call me, Lalisa, love me, Lalisa, love me.... hey!"

Kizo baru saja melangkah masuk ke dalam rumah, berkerut dahi apabila mendengar lagu yang sepertinya sudah biasa dia dengar. Qarizh turut berkerut. Siapa pula buat konsert tengah hari buta macam ni?

Anak-anak buah Qarizh sudah terjengah-jengah melalui pintu utama.

Alana dan Haura menari bagaikan ruang tamu itu adalah pentas persembahan mereka. Feel habis menari sampaikan tak sedar ada yang memerhatikan mereka dari belakang. Indira tersenyum melihat mereka menari sambil merakam menggunakan telefon bimbitnya.

"Just say, Lalisa, love me, Lalisa, love me... hey! Call me, Lalisa, love me, Lalisa, love me... hey!"

Qarizh menyilangkan tangannya sambil bersandar pada dedaun pintu. Bibirnya tersenyum kecil melihat keletah Alana dan Haura. Lagi-lagi Haura. Dah tua-tua pun, perangai macam kanak-kanak ribena. Kizo hanya pandang tanpa riak. Memang nak kena tazkirah Haura Sahirah ni.

"Awek kau menari mantap gila. Badan dia lembut aje. Macam dah biasa menari," usik Adiyan sambil menyiku lengan Hilmi.

"Diamlah kau. Bising."

Adiyan mencebik. Orang puji pun kena marah.

"Habislah kau, Mi. Dah kahwin nanti, diajaknya kau menari sampai patah dua badan kau." Zane pula mengusik.

Serentak mereka ketawa. Hilmi sudah menayangkan wajah cemberut. Ada-ada saja kawan-kawannya mahu mengusik. Mujur Saif tidak sertai sekali.

"Aku dah banyak kali kena, Mi. Nanti kau pulak, ya. Gantikan aku." Saif mengenyit mata. Dia sudah masak dengan perangai Haura. Tahulah dia macam mana.

Hilmi reda.

"Uncle Kizo!" Alana berlari ke arah Kizo saat dia memalingkan tubuhnya ke belakang.

Haura sudah tersengih-sengih. Qarizh tergelak kecil sambil menggelengkan kepala. Dilabuh punggungnya bersebelahan dengan Indira.

"Seronok betul menari, ya?" perli Kizo.

"Seronok! Kalau Abang Hilmi join lagi syok!" Haura sengaja.

Hilmi di muka pintu sudah terpinga-pinga. Ah, jangan Haura suruh dia menari depan Si Kizo. Masak dia nanti.

"Haah. Syoklah sangat, ya. Menarilah. Menari sampai tertonggeng."

Haura ketawa.

"Lain macam menari sampai tertonggeng. Marah sangat abang ni. Jangan marah-marah..."

"Nanti cepat tua!" Saif menyampuk. Tersengih.

Kizo menunjuk buku limanya ke arah Saif. Geram betul dia dengan perangai dua beradik ini. Menyebalkan.

"Lana ikut unclelah, ya. Duk sini lama-lama takut perangai mak cik dengan pak cik semua ni berjangkit dengan Lana." Memerli sajalah kerja Si Kizo ni.

"Agak-agaklah nak perli pun. Perangai mana boleh berjangkit." Haura memuncungkan bibirnya.

Kizo menjeling. "Ada-ada aje kau ni nak menjawab. Dah, aku nak balik. Kakak kau tunggu aku dah ni."

"Haura nak ikut! Nak jumpa baby." Haura mengelip-ngelipkan matanya.

Hilmi tertawa kecil melihat gelagat Haura yang kelihatan comel pada pandangan matanya.

"Hah, kau kenapa tiba-tiba ketawa? Kena sawan?" Tajam anak mata Kizo merenung Hilmi.

Mujur Hilmi tidak tersedak air liurnya sendiri apabila disergah sebegitu oleh si bakal abang ipar. Eh? Abang ipar? Sampai ke situ berangan dia, ya.

"Ta... tak ada apa, bang."

"Siapa abang kau?"

Hilmi menelan air liurnya. Dah macam hadap komando. Dia hanya mampu menggelengkan kepala saja.

"Ish, abang ni. Jomlah pergi. Nanti lambat. Bye semua!" Haura melambai ke arah mereka lalu menarik lengan Kizo sehingga ke kereta. Kalau dibiarkan, alamatnya sampai ke esok tak habis. Anti sungguh abangnya seorang ini dengan Hilmi Nazran.

Qarizh hanya menggelengkan kepala. Nasib Hilmi lah dapat bakal abang ipar mengalahkan komando.

"Hubby bincang apa tadi dengan angah?" tanya Indira sambil memeluk pinggang Qarizh. Kepalanya disandarkan pada dada suaminya.

"Bincang hal kerja saja, sayang." Qarizh senyum kecil. Indira masih lagi tidak tahu akan status Yazir ketika ini. Kalau isteri dia tahu, mesti Indira akan memikir saja. Dia tidak mahu Indira stres.

"Hubby, hari ni kita spend time sama-sama. Only us. Tak nak ada sesiapa pun yang kacau," pinta Indira sambil menguis-nguis dada Qarizh.

"Boleh, sayang. Hubby pun free hari ni. Sayang nak apa-apa, cakap saja. Sepantas kilat, hubby tunaikan."

Indira tersenyum lebar. Sekali-sekala dibelai seperti seorang permaisuri tak salah, kan? Nakkan perhatian suami sendiri. Bukan suami orang lain pun.

"Nak spend time dekat sini atau dekat dalam bilik?" Qarizh sudah tersenyum nakal.

Indira menampar dada Qarizh lembut. Gatal sungguh suaminya ini. Ajak spend time, laju saja fikirkan benda lain.

"Tak sangka Tengku Qarizh Nadim ni miang jugak orangnya, ya?" Indira tersengih.

"Miang dengan isteri dia saja. Dengan orang lain, tak. Masih beku dan dingin."

Indira mencebik. Menyampah pula dengarnya.

"Kita spend time dekat sini aje. Nanti kita oder makanan online, eh. Tak masak, tak apakan?"

Qarizh mengangguk. "Malam nanti, spend time dekat bilik. Baru syok sikit."

"Aduh!" Qarizh menjerit sakit apabila cubitan ketam milik Indira mengepit isi lengannya.

"Haaa... gatal lagi. Tak habis-habis..."

Qarizh tersengih.

"Sayang... sayang..." Dah mula dah manja Si Qarizh ni. Tergesel-gesel pada bahu si isteri seperti seekor kucing meminta perhatian.

"Hmmm..."

"I love you...," bisik Qarizh.

Secara automatik bibir Indira tersenyum. Hatinya berbunga-bunga. Penangan apalah yang Qarizh pakai ni, ya? Sekali ucap, automatik senyum. Nak merajuk ke marah ke, tak boleh lama-lama.

"I love you more, hubby."

Qarizh mengucup pipi dan juga dahi isterinya. Dia terlalu sayangkan Indira. Cinta yang pernah wujud di dalam hati selama berbelas tahun sedikit pun tidak pernah pudar. Malah makin pekat rasa cinta dan sayangnya pada Indira Callista.

"Hubby nak sayang ingat sampai bila-bila."

"Apa dia?" Indira mendongakkan kepalanya menghadap Qarizh.

"Cinta dan sayang hubby pada sayang yang telah wujud sejak berbelas tahun yang lepas sikit pun tak pernah pudar. Langsung tak pernah walau sekali."

Indira tersenyum lebar. Kepala dibawa angguk sekali.

"Walau apa pun yang akan berlaku suatu hari nanti, hubby nak sayang tahu yang cinta dan sayang hubby hanya untuk Indira Callista. Dua baris nama itu yang menjadi penghuni tetap dalam hati hubby. Dah tak ada orang lain lagi. Tiada siapa yang mampu menggantikan sayang."

Indira terdiam. Senyumannya mengendur. Ayat yang diungkapkan oleh Qarizh serba-sedikit membuatkan hatinya terusik. Apa yang dimaksudkan oleh Qarizh? Apa yang akan berlaku?

"Kenapa hubby cakap macam tu?" Dahi Indira berkerut-kerut. Matanya sudah berkaca-kaca. Tiba-tiba saja dia emosi tidak tentu pasal.

"Hubby cuma cakap saja. Tak ada apa pun yang berlaku." Qarizh perasan yang air muka Indira berubah. Tiada lagi senyuman pada bibir isterinya itu. Aduh... mulutnya pun satu. Main cakap saja.

"Tak ada ayat lain ke? Kenapa kena ayat macam tu juga?" Indira tidak puas hati.

"Sayang, hubby minta maaf."

"Senang-senang aje hubby lenyapkan perasaan gembira Dira tadi. Tak boleh ke bagi ayat yang buat Dira rasa bahagia? Ayat hubby tadi tu seolah-olah hubby nak tinggalkan Dira. Ke hubby ada apa-apa rancangan atau rahsia yang hubby sorokkan daripada Dira?"

Laju Qarizh menggelengkan kepalanya. "Tak ada, sayang. Hubby salah cakap. Sorry. Hubby janji hubby tak cakap lagi."

Indira menggelengkan kepala. "Kalau hubby sayang dan cintakan Dira, hubby takkan cakap macam tu!"

"Ya Allah, sayang...." Qarizh tidak menyangka Indira akan beremosi sehingga begitu sekali.

"Sudahlah. Nak tinggalkan Dira? Tinggallah. Just leave me all alone!" tempik Indira dengan air matanya yang sudah mengalir deras.

"Sayang, I am sorry. So sorry." Qarizh cuba memujuk. Kalau dia tahu Indira beremosi sampai macam ni sekali, takkan dia buat ayat macam tu. Haish... memang nak kena dia ni. Bercakap tak fikirkan hati isteri. Sudahlah Indira baru saja baik dari demam.

"Sayang, hubby mintak maaf. Jangan merajuk macam ni." Qarizh menarik tangan Indira yang sudah bangun dari duduknya.

"Lepaslah. Tinggalkan aje Dira ni. Dira ni tak layak nak bahagia. Dari dulu sampai sekarang. Sebelum kahwin, selepas kahwin sama je. Tak ada beza."

Qarizh berdiri. Tangannya masih lagi memegang lengan Indira. Tidak mengizinkan isterinya ke mana-mana.

"Sayang, hubby minta maaf. Hubby janji hubby tak cakap macam tu lagi. I love you. Always love you. Sorry, sayang...." Tak jemu Qarizh mengungkapkan kata maaf. Kalau dulu, dialah yang paling susah mahu meminta maaf pada orang lain.

Indira menangis. Semakin lama semakin kuat esakannya. Dia tak mahu kehilangan Qarizh lagi. Cukuplah dulu, dah banyak kali mereka berpisah. Bagilah dia peluang untuk merasai kebahagiaan bersama dengan Qarizh. Itu saja yang dia mahu.

"I'm sorry, sayang. I love you so much." Qarizh menarik tubuh Indira masuk ke dalam dakapannya. Belakang kepala isterinya diusap lembut.

Indira membalas pelukan Qarizh. Sangat erat. Langsung tidak mahu lepas. Bila Qarizh cakap macam tu, jantung dia dah mula tak keruan. Macam ada sesuatu yang akan terjadi. Dan dia akan pastikan, Qarizh tidak diapa-apakan. Dia tidak mahu Qarizh terluka disebabkan dia.

"I will never leave you, sayang. Never. As you know, I will always be right here. Deep in your heart." Qarizh melekap tangannya pada dada Indira.

"Don't cry. I am so sorry. I didn't mean to..." Ibu jari Qarizh menyeka air mata Indira yang masih lagi mengalir.

Indira tidak membalas. Dia hanya merenung anak mata Qarizh sedalam-dalamnya bersama linangan air mata.

"Do you love me, sayang?" Qarizh mengelus pipi Indira.

"I love you like crazy," balas Indira dengan suaranya sedikit serak kerana menangis.

"So do I." Hidung si isteri dicuit lembut.

"Don't you ever talk like that again. Kalau nak merasa penangan smackdown Indira Callista, silalah cakap macam tu lagi."

Qarizh mengangkat kedua-dua belah tangannya. Surrender awal-awal.

"I won't. Promise."

Indira angguk. "Okay, good."

"Jangan menangis lagi."

Indira tertawa kecil. Haih... sejak bila pula dia ni pandai sentap?

"Dah tak menangis. Tapi, nak merajuklah!" Indira menolak perlahan tubuh Qarizh lalu berlari anak naik ke tingkat atas.

"Sayanggg!" Laju Qarizh membuka langkah besar, mahu mengejar Indira yang sudah naik ke tingkat atas. Ajak main lari-lari pula, ya.


Previous: BEM 51
Next: BEM 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurshaza