Home Novel Thriller/Aksi CATUR
CATUR
#mystrill
21/11/2019 21:23:18
34,083
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
PROLOG
ANGIN Pantai Klebang yang menampar-nampar wajahnya terasa cukup menenangkan sekali. Syafiqa memejam rapat matanya yang terasa pedih. Pada masa yang sama, dia cuba untuk menghayati ketengangan yang sedang dirasainya saat ini.

    Syafiqa mendongak ke atas. Kelihatan seorang pemuda sedang tersenyum ke arahnya sambil memayungi dirinya dengan baju jaket.

    “Eh, tak payahlah buat macam tu, encik. Saya tak apa-apa.” Syafiqa cuba memusingkan kerusi rodanya ke belakang. Namun, lelaki itu cepat-cepat menegahnya lalu mencangkung di hadapan Syafiqa.

    “Medina sorang aje ke?”

    Dahi Syafiqa mula berkerut seribu.

    “Macam mana encik boleh tahu nama saya? Encik ni pula siapa?”

    Shahrul tersenyum. Matanya dikerling sekilas ke arah sapu tangan yang sedang digenggam oleh Syafiqa di tangannya.

    “Saya? Nama saya ada tertulis dekat sapu tangan tu. Jenama Shahrul.”

    Syafiqa menunduk ke bawah sebelum mengalihkan pandangannya semula ke arah pemuda tadi.

    “Shah…” Syafiqa terdiam. Kelibat Shahrul tidak kelihatan di mana-mana.

    “Kenapa, Iqa? Cari abang ke?” ujar Inspektor Qayyum yang kelihatan tercungap-cungap setelah jauh dia berlari dari gerai di seberang jalan ke sini. Dari jauh, Syafiqa kelihatan seperti sedang mencari seseorang. Kalau dibiarkan, dia risau sekiranya gadis itu tersembam jatuh di atas pasir pantai.

    “Shahrul? Nama dia Iqa macam pernah dengar. Tapi, tak pasti dekat mana. Iqa nak tanya pemuda tadi. Tapi, tiba-tiba aje dia menghilangkan diri,” ujar Syafiqa sambil menyambut huluran bungkusan plastik makanan dari tangan Inspektor Qayyum.

    Hanya anggukan yang Syafiqa terima. Perlahan-lahan Inspektor Qayyum melabuhkan punggungnya di sebelah Syafiqa. Dengan bantuan dari pak imam, hanya ingatannya mengenai kejadian hitam tersebut masih kekal sehingga ke hari ini. Syafiqa sendiri telah lupa mengenai segala-galanya termasuklah ahli keluarganya sendiri. Tidak ubah seperti orang yang hilang ingatan.

    “Jaga dia untuk saya, Qayyum,” bisik satu suara yang kedengaran betul-betul di sebelah Qayyum. Dengan pantas dia menoleh ke sebelah. Kelihatan Shahrul sedang berdiri tidak jauh daripadanya sambil tersenyum.

    “Jadi, kaulah Shahrul yang pak imam ada ceritakan kepada aku, ya? Insyaallah, aku akan jaga dia dengan sebaik yang mungkin,” tutur Inspektor Qayyum perlahan. Bahu Syafiqa disentuhnya lembut.

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.