Home Novel Seram/Misteri Roh rumah sewa
Bab 2 ( A )

Bab 1

Sudah 3 bulan Rafael membantu ayahnya di pejabat setelah bergraduasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang pendidikan Sukan. Ayahnya Dato Mahfuz pemilik syarikat pembinaan Mahfuz dan Chong Sendirian Berhad, salah sebuah syarikat pembinaan terkemuka di Negara ini beribu pejabat di Shah Alam. Walaupun ayahnya lebih suka Rafael mengambil bidang pengurusan perniagaan mahupun perakaunan tetapi akhirnya terpaksa mengalah juga dengan minat Rafael yang hendak menjadi Guru. Selama 3 bulan ini Rafael telah diberi jawatan sebagai pembantu pengurusan bagi menggantikan Kak Hasimah yang bercuti tanpa gaji selama 6 bulan kerana menjaga anaknya yang menghidap Leukimia. Rafael senang hati ditempatkan di posisi tersebut… sekurang-kurangnya tidaklah bosan duduk di rumah menunggu surat penempatan. Gaji yang diterimanya bolehlah dibuat belanja keluar bersama kawan-kawan.

Walaupun dia anak kepada tuan punya syarikat, Rafael tetap dianggap oleh ayahnya sebagai pekerja syarikat. Malah Rafael pernah dimarahi oleh bapanya seminggu bekerja di dalam mesyuarat pengurusan projek apabila gagal mengemukakan bil pembelian barangan yang sebenar. Rafael yang masih baru terpinga-pinga apabila bapanya menuntut dokumen yang diperlukan. Dengan muka yang sebal, dia terpaksa keluar mesyuarat dan ke mejanya untuk mengambil dokumen yang diperlukan. Lamunannya terhenti apabila Rafael ditegur seseorang ;

“Hai Encik Rafael. Termenung nampak? Ingatkan makwe yer?” tegur seseorang perempuan lembut. Rafael memandang Siti yang kini berdiri di hadapannya.

“Oh Siti. Tiada apa-apa… cuma memikirkan sesuatu” Rafael tersenyum… macamana aku boleh mengelamun tengahari buta ni di pejabat.

“Kalau nampak dengan Dato. Kena marah lagi Encik Rafael” Siti tersenyum. Senyuman yang bisa mencairkan hati mana-mana lelaki. Walaupun Siti berusia lebih tua 2 tahun daripada Rafael yang berumur 23 tahun… tetapi Siti tetap memanggilnya Encik Rafael.

“Kak Siti, berapakali saya hendak cakap. Saya ini kuli sahaja di syarikat ni. Walaupun syarikat ini bapa saya yang punya, tetapi jawatan saya hanyalah sebagai penolong eksekutif projek. Kak Siti lagi tinggi dari saya sebab kak Siti Pegawai Sumber Manusia. Tak payahlah berencik-encik.” Rafael kurang selesa jika dia dipanggil begitu.

“Hmmmm. Susahlah nak panggil nama sahaja.”

“Takpe kak. Mula-mula kekok… lama-lama oklah tu. Tolong kak yer” pinta Rafael. Siti mengangguk.

“Ada apa kak yang boleh saya tolong?”

“Takde. Nak ajak Rafael makan… kan dah lunch time sekarang. Tak lapar ker” Rafael melihat jam tangannya. Jarum jam jenama Adidas pemberian emaknya Datin Rosiah menunjukkan pukul 1.10 petang.

“Yelah. Dah waktu makan”

“Tulah… larut dalam dunia termenung” perli Siti. Rafael hanya tersenyum.

“Bukan akak selalu keluar dengan abang Jibam ker?” Rafael hendak membalas kembali kata-kata Siti.

“Ish! Taknaklah akak dengan Mat Rempit tu.” Rafael tergelak. Dia tahu Siti kurang senang jika disebut nama Jibam. Jibam adalah pembantu pejabat yang begitu kemaruk dan cuba memikat Siti. Tetapi Siti tidak melayannya.

“Hahahaha. Relakslah kak. Saya tengok Abang Jibam tu betul-betul obsess dengan akak. Gambar akak saya tengok ada di mejanya.

“Dahlah. Jangan sebut pasal dia. Dia tu yang perasan. Rafael nak ikut akak pergi makan ke tidak ni?”

“Akak belanja”

“Amboi. Akak pula yang kena belanja”

“Hahahahaha. Saya berguraulah kak. Jom” Rafael bangun dari kerusinya dan mengikuti Siti keluar makan.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 2 petang Rafael masuk semula ke pejabat. Sampai di mejanya, Rafael membuka komputer dan menyambung kerjanya. Baru 2-3 minit duduk telefon bimbitnya berbunyi. Rafael mengangkat telefonnya.

“Waalaikumussalam ibu. Ya… ada apa? Surat? Cuba ibu buka surat apa. Saya tunggu” mungkin surat posting kot. Rafael memegang telefon bimbitnya sambil tangannya masih ligat menaip sambil menanti emaknya membaca kandungan surat yang sampai di rumah.

“Hello. Ya ibu. Surat posting? Di mana ibu? Perak? Gerik. Pendalaman P2? Takpe ibu. Nanti saya balik kita bincang. Terimakasih ibu. Assalaimualaikum” Rafael menamatkan panggilan. Walaupun hatinya gembira kerana akhirnya dia telah mendapat surat yang sangat ditungu-tunggu tetapi hatinya resah. Resah kerana dia bakal ditugaskan di Grik, pendalaman P2 dimana dia sangat yakin bahawa ayahnya memang tidak akan bersetuju. Rafael menekan tetikus untuk melihat dimana kedudukan Kampung Pulau Manis yang disebut oleh emaknya itu tadi. Dalam masa beberapa saat keluarlah peta Kampung Pulau Manis menggunakan aplikasi Google Map. Menurut keterangan, Kampung itu dihubungkan ke pecan Grik melalui jalan kecil dan terletak jauh di pendalaman. Satu jam dari Pekan Gerik dimana jalan masuk ke kampong hanyalah melalui jalan kecil. Berjiranan dengan 2 kampung orang asli. SK Kampung Pulau Manis adalah sekolah kategori B dimana pelajarnya kurang dari 100 orang. Rafael suka suasana menghijau yang terdapat di Kampung Pulau Manis. Dia berdoa agar kedua orang tuanya boleh menerima tempat dia akan bertugas kelak.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Sampai di rumah banglonya ayahnya di Seksyen 15 Rafael terus mendapatkan ibunya yang sedang ralit berkebun di taman kecil berhampiran kolam renang. Taman kecil itu dipenuhi dengan pohon bunga yang ditanam ibunya.

“Assalaimualaikum bu” Rafael memeberi salam. Ibunya yang ralit mengembur tanah salah satu bunganya menoleh kea rah Rafael dan tersenyum. Ibunya segera membuka sarung tangan kerana tahu Rafael akan bersalam dengannya.

“Tangan ibu kotor” Rafael hanya tersenyum dan mendapatkan tangan ibunya dan bersalam serta mencium tangan ibunya.

“Tangan inilah dahulu yang membesarkan saya ibu” ibunya membalas senyuman Rafael.

“Surat kamu tu ada atas meja kopi tepi kolam. Ibu ada buat jemput-jemput sikit. Ayah kamu suruh buat. Ayah kamu belum keluar pejabat ke tadi?”

“Belum lagi ibu” Rafael berlalu pergi menuju ke meja kopi di tepi kolam. Tempat di mana ayahnya suka duduk minum di kala petang sambil menghisap paip. Ibunya suri rumah sepenuh masa dan ayah tidak mengajikan orang gaji kerana lebih suka jika isterinya yang memasak dan berada di rumah. Bagi menghilangkan kebosanan isterinya, bapa Rafael membeli tanah rumah yang luas bagi membolehkan isterinya berkebun dan menternak ikan hiasan. Pelbagai ikan yang diternak selain ikan kap berwarna warni. Malah sepasang kura-kura hiasan turut ada di dalam kolam. Rafael duduk dan terus mengambil surat bersampul besar berwarna coklat. Isinyadikeluarkan dan Rafael membaca kandungannya. Memang sah Rafael akan bertugas di Sk Kampung Pulau Manis.

“Ibu tidak kisah kamu hendak pergi kemana sahaja Rafael. Sebab ibu tahu memang itu minat kamu. Tapi ayah kamu ibu tidak tahulah” ibu Rafael seperti tahu apa yang bermain di fikiran Rafael ketika ini.

“Ibu rasa macamana?” Rafael meminta pandangan ayahnya.

“Ibu rasa ayah kamu mesti akan minta tolong kawannya di Kementerian supaya kami dapat dekat-dekat rumah.”

“Alamak. Sudah 23 tahun saya duduk dengan ibubapa. Dulu di UKM bapa tak bagi saya duduk kolej. Saya ulang alik Bangi Shah Alam setiap hari. Takkanlah kali inipun nak mengajar di sini juga. Tak boleh ke saya jauh sikit.”

“Entahlah. Kamu itu anak bongsu. Anak kesayangannya. Mana boleh duduk jauh-jauh. Lagi sunyilah rumah ni nanti. Sudahlah akak-akak kamu mengikut suami masing-masing. Abang kamu yang sulung pula jadi juruterbang… selalu tiada di rumah” ada nada merajuk kata-kata ibu Rafael. Rafael anak bongsu daripada 4 beradik. Abangnya yang sulung seorang juruterbang berumur 38 tahun dan masih bujang. Abangnya dipanggil abang long tinggal bersama dengan keluarga tetapi sangat jarang berada di rumah kerana abangnya seorang juruterbang MAS sektor antarabangsa. Kakaknya yang kedua dipanggil Kak Ngah sudah berkahwin dengan lelaki warga Australia dan tinggal serta bekerja di sana. Manakala Kak Lang pula tinggal bersama suaminya di Johor.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.