Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 29

SALAM Lasindah…


Apa khabar khabarmu sayang..abang harap sayang sihat dan baik-baik aja. Abang harap sayang masih setia di sana. Abang tahu sayang pasti tertanya-tanya kapan kita akan bertemu. Abang harap sayang dapat bersabar. Abang berjanji kita akan bertemu dalam sedikit masa lagi. 


Memandangkan abang rasa bersalah pada kamu Lasindah. Abang ingin berkongsi sedikit tentang diri abang. Abang seorang lelaki yang cintakan seni. Bila tiap kali abang rindukan sayang. Setiap 2nd and 4th hari Selasa di Jaya One. Abang selalu ke sana. Dan jika abang rindukan sayang. Abang akan dendangkan satu lagu buat sayang. Ya...abang suka sekali bernyanyi. Salah satu kegemaran abang pada waktu lapang. 


Aku tersenyum sendiri bila Erhan berkongsi sesuatu yang agak peribadi denganku. Selama ini Erhan tidak pernah mahu memberitahu aku perkara yang terlalu specific begitu juga aku. 


Aku menceritakan kepadanya aku seorang wanita yang gemar membaca buku dan selalu lepak di cafe yang tidak aku berikan namanya. Jadi bila Erhan berkongsi sedikit tentang dirinya. Aku dapat merasakan Erhan benar-benar sayang pada aku. 


Aku mencapai stationery untuk membalas surat dari Erhan. Aku masih ingat lagi akan pesanan Eddy untuk bertanya samada Erhan sudah berumahtangga. Aku tahu ianya agak terlambat kerana kami telah berkawan hampir ke 6 bulan lamanya dan baru sekarang aku mahu bertanya samada dia sudah berkahwin. Biar lambat asal selamat! Ye tak?


Assalamualaikum abang…Lasindah di sini baik-baik aja. Diharap abang juga begitu. Terima kasih Lasindah ingin ucapkan kepada abang kerana abang telah berkongsi sedikit tentang diri abang pada Lasindah kerana selama ini kita tidak pernah menyatakan secara khusus tentang diri kita atau tempat yang selalu kita kunjungi. 


Terima kasih abang kerana jujur mengatakan bahawa abang rindukan Lasindah. Lasinidah juga begitu. Malah Lasindah tidak sabar ingin sekali bertemu dengan abang kerana merasa rindu pada abang.


Siang tadi Lasindah ke taman dan bertemu dengan seorang kenalan. Dia kelihatan bahagia bersama anak dan isterinya. Sedikit sebanyak membuatkan Lasindah cemburu melihat dia gembira dan bahagia. Dan Lasindah inginkan keluarga sendiri seperti dia.


Abang mungkin pertanyaan Lasindah ini agak kelewatan kerana kita berhubungan melalui surat menyurat dan kita tidak pernah bertemu sebelum ini. Adakah abang masih bujang atau sudah berumahtangga?? 


Maaf sekirangnya pertanyaan Lasindah ini memeranjatkan abang kerana Lasindah tidak mahu menruntuhkan rumahtangga abang jika benar abang sudah mempunyai isteri.


Aku mengeluh perlahan sebaik sahaja melipat surat yang sudah ku tulis ke dalam envelope. Minta-mintalah sangkaan aku terhadap diri Erhan itu tidak benar. 


Aku sudah benar-benar sayang pada Erhan. Jika Erhan menyatakan dia sudah berkeluarga aku terpaksa menghentikan hubungan kami kerana aku tidak mahu mengecewakan hati wanita lain. 


Siang tadi semasa aku bertemu dengan Eddy dan keluarganya. Terus terang aku katakan bahawa aku merasa sedikit cemburu pada isteri Eddy namun aku tidak tahu akan sebab kenapa aku merasa cemburu. Haha. 



****


Lieza menutup pintu bilik perlahan. Dia berjalan menuju ke arah Erhan yang duduk di sofa sedang menonton tv. Hampir seharian dia bersama dengan Erhan dan Eryan. Si cilik kelihatan benar-benar gembira hari ini hingga tertidur kepenatan semasa Erhan memandu pulang ke rumahnya. Erhan tidak menghantar Eryan ke Hotel kerana mamanya akan bermalam di rumahnya untuk beberapa hari. 


Erhan menoleh ke arah Lieza bila wanita itu duduk di sofa berdekatan dengannya.


“Thanks for today Lieza, our little master look happy,“ ujar Erhan lalu tersenyum. 


Jika Lieza tidak membantu dan menemaninya hari ini. Dia tidak rasa boleh keluar dengan Eryan tanpa sebarang bantuan. Eryan quite handful dan nakal. 


“Ahh..don’t mention I love kids anyway! And Eryan is so adorable,“ jawab Lieza lalu memandang wajah bossnya. Bukan kerana dia mahu mengipas bossnya. Dia sememangnya ikhlas berkata demikian. 


Eryan seorang anak kecil yang comel dan lincah. Dan lagi bila dia berbicara bahasa ibunda membuatkan dia bertambah comel. Sebenarnya dia mahu bertanya pada Erhan tentang sesuatu, namun dia tidak punya kesempatan untuk berbuat demikian kerana sibuk melayan karenah Eryan yang lucu dan nakal. 


“I will ask abang Harun to send you back lepas dia fetch mama, maaf aku tidak dapat menghantar kamu pulang kerna aku capet bangat hari ini melayan itu anak,“ ujar Erhan menoleh ke arah Lieza lagi. 


Niat di hati dia mahu menghantar Lieza pulang namun dia benar-benar kepenatan hari ini.


“No worries, boss,“ jawab Lieza ringkas. 


Dia tidak kisah siapa yang menghantar pun, yang penting dia selamat sampai ke rumah. Ikutkan boleh sahaja dia menaiki teksi untuk pulang kerumah, tapi di tegah Erhan kerana Erhan tidak mahu Lieza pulang ke rumah menaiki teksi. 


“Kamu ada sesuatu mahu bertanya pada aku, Lieza??,“ ujar Erhan lalu menoleh ke arah Lieza sekilas. Dia menyandarkan badannya di sofa.


“Mana you tahu boss??,“ ujar Lieza dengan wajah hairan.


“Aku kan boss kamu! Aku tahu kamu mahu bertanya sesuatu, tanyalah,“ ujar Erhan sambil lewa. 


Dia menekan remote mengecilkan volumn.


“Who’s your friend??,“ tanya Lieza ingin tahu. 


Bossnya itu punya ramai kenalan wanita. Kalau tidak rakan seniaga, teman social, tak pun teman biasa. Pokoknya Erhan tidak kurang kenalan wanita kerana dia lelaki ganteng dan berkedudukan siapa yang tidak mahu menjadi temannya.


“Friend???,“ ujar Erhan lalu mengalihkan pandangannya ke wajah Lieza. 


Tidak faham akan maksud pertanyaan Lieza itu. Siang tadi dia bertemu dengan ramai kenalan dan teman. Teman yang mana satu Lieza maksudkan?


“Lady friend yang kita jumpa siang tadi?? I tak pernah jumpa dia sebelum ini pun??,“ ujar Lieza kerana boleh di katakan kesemua kenalan wanita Erhan dia kenal kerana Erhan menganggap mereka hanya kenalan biasa. 


Erhan seorang lelaki yang private. Jika wanita itu istimewa atau dianggap lebih dari teman biasa. Dia tidak akan memperkenalkan kepada Lieza. Itu perangai pelik bossnya. Ini bermakna wanita yang dia nampak siang tadi adalah kenalan luar biasa Erhan kerana Erhan tidak pernah memperkenalkan dia kepadanya sebelum ini.


Erhan menoleh sekilas. “Kenapa kamu tidak merasa selasa bila aku bilang begitu,“ tanya Erhan lalu mematikan TV dan memandang wajah Lieza. Dia sengaja tidak mahu menjawab soalan Lieza.


Lieza tersenyum bila bossnya mahu bercanda dengannya kerana dia tahu Erhan seorang lelaki yang suka berinteraksi dan suka berteka-teki. 


Sebab itu Lieza suka bila berbual dengan Erhan kerana Erhan tidak membosankan dan ilmu pengetahuannya luas. Tanyalah apa sahaja pada Erhan pasti dia dapat menjawabnya kerana Erhan gemar membaca.


“Bukan tidak selesa tapi pelik, kenapa you buat begitu boss? Is it because you don’t like her and try to shut her off,“ tanya Lieza. Itupun kalau betul apa yang dia sangka.


“Since you want to know..she’s Lasindah,“ jawab Erhan lalu tersenyum.


“Lasindah as in LASINDAH!!, no wonder she look quite piss when you introduced me to her tadi,“ ujar Lieza dengan nada terperanjat. 


Dia tidak pernah bertemu dengan Lasindah kerana Erhan tidak pernah membawa Lasindah ke pejabat mahupun memperkenalkan Lasindah kepadanya. Sepertimana yang dia katakan, Erhan seorang lelaki yang private. Jika benar wanita itu adalah Lasindah. Patutlah Erhan sengaja memperkenalkan dia isteri Erhan kepada Lasindah bertujuan untuk sakitkan hati Lasindah. 


Dia tahu Erhan masih belum dapat memaafkan Lasindah. Jika benar, Erhan benar-benar berjaya membuatkan Lasindah merasa cemburu kerana dari riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia cemburu melihatnya bersama Erhan tadi. 


“Really??? She look piss, how can you tell??!!,“ ujar Erhan penuh minat bila Lieza mengatakan wanita itu kelihatan tidak senang bila dia memperkenalkan kepada Lieza.


“Of course she knows how to cover it lah..but I can see that she is jealous see us together,“


“Ok, bagus kalau begitu,“ jawab Erhan lalu tersenyum. Dia pernah menceritakan kepada Lieza tentang Lasindah. Jadi Lieza tahu ceritanya dengan Lasindah. Lieza juga tahu dia teramat benci pada wanita yang bernama Lasindah.


“Boss?? Your date with so-call Lasindah last month??!! How is it?? I forgot to ask you,“ tanya Lieza bila teringatkan date Erhan bersama dengan so-call Lasindah sebulan yang lepas. Lupa pula dia hendak bertanya pada Erhan apa yang terjadi dengan dinner datenya dengan so-call Lasindah. Bossnya tidak pula berkongsi cerita dengannya itu yang membuatkan dia terlupa terus.


Erhan berdehem kecil lalu mencapai cawan berisi kopi yang di sediakan oleh Lieza tadi. Dia meneguk kopi perlahan lalu meletakkannya kembali di atas meja. 


Dia fikir Lieza tidak akan bertanya padanya kerana Lieza tidak pula bertanya tentang datenya sebulan yang lalu. Erhan menyangka Lieza tidak berminat untuk ambil tahu.


“Boss??? How’s your date??,“ tanya Lieza lagi bila Erhan tidak menjawab soalannya. 


“We didn’t get to meet,“ jawab Erhan tanpa memandang wajah Lieza.


Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.