Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 17

“Nah ada orang beri kau hadiah,” ujar Ika lalu meletak paperbag di hadapan Marsha.


Aku yang sedang sibuk membaca tersentak bila Ika tiba-tiba meletak paper bag R&R di atas mejaku. Aku mengerutkan dahi lalu memandang wajahnya hairan. Hadiah? Ada free gift ke?


Azlee mencapai paperbag dari atas meja lalu membeleknya tanpa di suruh. Aku menjeling bila dia berbuat demikian. Sesuka hati pakcik dia sahaja sentuh barang aku tanpa izin. 


“Hadiah??? Dari siapa??,” soalku ingin tahu. 


Siapa pula yang murah hati hendak memberi aku hadiah tidak semena-mena ni? Hari ini bukan hari lahir aku? Dan aku tidak menyertai sebarang contest dari R&R pun.


“Dari tu?,” ujar Ika lalu menundingkan jari kearah Mr. Eddy. 


Lelaki itu sedang leka membaca novelnya dan tidak sedikitpun memandang kearah mereka.


“Tak nak!! Beri dia balik!..,” jawabku bila mengetahui hadiah itu dari siapa? Dari mamat sombong tu? Issk tak nak aku. Apasal beri aku hadiah? Rasa bersalah? Orang sombong macam dia pandai ke rasa bersalah.


“Betul kau tak nak? Issk ambik ajelah Marsha aku pilih cantiknya ada bling-bling..Design limited edition lagi tu?,” ujar Ika serba salah bila Marsha tidak mahu menerima pemberian Mr. Eddy. 


“Kalau gitu kau ambil ajelah..,” jawabku acuh tak acuh. 


Hati terasa hendak terima juga pemberian lelaki sombong tu. Apa yang dia belikan untuk aku? Hendak tahu juga?


“Hah Ika..ambil aje kalau tak nak, beri balik pada mamat tu cakap Marsha tak sudi terima,” jawab Azlee menyampuk cakap Marsha.


Aku memandang wajah Azlee dengan wajah kurang senang. Eh mamat ni dahlah datang tak dijemput pulang tak berhantar sibuk pula mencelah dan kepo hal aku. 


Hissh sibuk betul mamat ni. Apa dia tak faham dan tidak mengerti bahawa aku benar-benar sakit hati padanya dan aku belum bersedia untuk menjadi teman rapatnya lagi. 


Inilah kalau orang tak tahu malu kan? Ala terima aje Marsha pemberian si mamat sombong tu mana tahu si Azlee rasa tercabar bila ada lelaki lain yang meminati aku? Aku mengulum senyum bila memikirkannya. Betul juga kan? Apa si Azlee ingat aku hard-up sangat pada dia. 


“Err..tak apa Ika aku ambil..cakap dengan mamat tu terima kasih daun keladi ye,” jawabku mencapai paper bag tu dari tangan Azlee. 


Azlee tersentak bila Marsha tiba-tiba berubah fikiran dan menerima pemberian lelaki itu. 


“I thought you tak nak terima gift dari lelaki sombong tu?,” tanya Azlee sebaik sahaja Ika meninggalkan meja mereka. 


“I ubah fikiran..,” jawabku lalu tersenyum penuh makna sengaja berbuat demikian biar Azlee merasa cemburu. Rasakan!


Aku membuka paper bag dan mendapati di dalam bag tersebut terdapat sehelai t-shirt R&R berwarna light pink. Dan sepertimana yang Ika katakan Limited Edition. 


T-shirt?? Ingatkan dia belikan aku buku? T-shirt pula yang di beri buat apa? Kenapa eh? Aku cuba mencari logic pemberian dari mamat sombong yang aku tidak kenali namanya itu. 


Aku melirik kearah blouseku. Oh! Patutlah dia beri aku t-shirt sebab dia dah kotorkan baju aku. Hmm ok! Aku tersenyum lagi bila lelaki itu tahu akan saiz badanku. Cantik juga t-shirt limited edition R&R ni kan? Aku menayang t-shirt itu di hadapan Azlee.


“I nak ke toilet,” jawabku lalu bangkit dari sofa.


“You kan baru balik dari toilet tadi..nak pergi lagi kenapa?,” soal Azlee dengan wajah kurang senang. 


“Eh you ni banyak tanyakan?? Suka hati I lah nak pergi toilet berapa banyak kali, kenapa you nak ikut ke?,” sindirku lalu menjeling Azlee lagi. 


Semakin lama semakin meluat pula aku dengan si Azlee. Dahulu tidak clingy seperti ni? Kenapa sekarang tiba-tiba seperti mamat clingy ni? Geli.


Pelik aku dengan Azlee. Bila aku gila cinta habis pada dia. Dia buat tak endah sahaja. Bila aku sudah dapat menerima hakikat bahawa lelaki itu tidak cintakan aku, dia pulak seperti lelaki gila talak. Hissh! Pelik aku dengan perangai lelaki ni.


“Tak adalah..you macam malas hendak layan I sejak akhir-akhir ni? Kenapa Marsha? I miss the old you Marsha,” ujar Azlee ingin tahu kenapa Marsha bersikap dingin padanya.


“The old Marsha dah pergi planet Mars..ni new Marsha..so deal with it!,” jawabku ringkas lalu menuju kearah ladies membawa t-shirt yang di beri. 


Malu juga pakai baju blouse yang kotor. Ada faedahnya juga dia beri aku t-shirt. 



*****


Eddy perasan wanita yang di beri hadiah itu melintas mejanya untuk menuju kearah tandas. Ini bermakna wanita itu menerima pemberiannya. Eddy kelihatan rileks lalu menyandarkan badannya di sofa dan sambung membaca bulu novelnya. 


Dia tidak mengharapkan ucapan terima kasih dari wanita itu, kerana dia tahu mereka berdua memang tidak bersefahaman diantara satu dengan lain. Dari awal lagi mereka sudah tidak serasi. Dia belikan baju itu kerana dia merasa kasihan pada wanita itu. Dia tidak bermaksud apa-apa.


Sekali lagi Eddy tersenyum bila menyedari wanita itu mengenakan t-shirt yang di beri sekembalinya dari tandas. T-shirt R&R light pink itu memang padan dan sesuai dengan wanita itu. Sweet sangat sayang sekali baju merchandise R&R. Wanita itu tidak menoleh ke arahnya malah menuju kearah sofanya.


“Mr. Eddy apple crumble pie for you,” jawab Ika lalu meletakkan piring berisi apple crumble pie di mejanya.


“Saya tak order desert Ika,” jawab Eddy terperanjat bila Ika tiba-tiba meletak piring berisi apple crumble pie di atas mejanya. 


“Memang Mr. Eddy tak order..ni dari Marsha sebagai tanda terima kasih,” jawab Ika lalu tersenyum.


Eddy tersenyum lalu mengelengkan kepalanya perlahan. Dia menoleh kearah wanita yang memberinya pie. 


Wanita itu tidak memandang ke arahnya malah sibuk membaca novel seperti yang di buat awal tadi semasa Ika memberi paperbag kepadanya. 

“Ok ni apple pie dari R&R kan?,” tanya Eddy lalu memandang wajah Ika.


“Yelah Mr. Eddy mana boleh beli dari luar? Kenapa Mr. Eddy tanya?,” ujar Ika hairan dengan soalan pelanggannya.


“No reason, tolong sampaikan salam dan terima kasih padanya,” jawab Eddy lalu tersenyum. 


Dia mencapai garfu kecil lalu mencuit apple crumble pie yang diberi Marsha lalu di masukkan ke dalam mulutnya.


Aku tersenyum sebaik sahaja lelaki itu menyuapkan apple crumble pie ke dalam mulutnya. Aku pura-pura tidak memandang ke arahnya namun aku dapat melihatnya dari ekor mataku. Sudi juga dia terima pemberian aku. Sweet juga kan kita ni? Walaupun masing-masing ego dan tidak mahu menunjukkan kecomelan hubungan love hate realationship kami. Banyaklah love hate relationship! Takde maknanya.


Aku menoleh kearah Azlee bila teringat bahawa lelaki itu masih lagi berada di sini bersamaku. 


“Eh you tak ada plan ke?,” tanyaku lalu memandang wajahnya.


“Why you ada plan nak pergi tempat lain ke?? Come let’s go!!..I pun boring duduk sini lama-lama,” jawab Azlee lalu mencapai kunci keretanya yang di letak di atas meja tadi. 


Dia tidak tahu kenapa Marsha suka pergi ke tempat-tempat sebegini. Lepak di café sambil membaca buku. Sungguh membosankan.


Aku menjeling bila Azlee seperti tidak faham akan maksud soalan aku ajukan padanya tadi. Dia tidak tahu ke aku menyindirnya. Tak faham atau saja buat-buat tak faham?


“Maksud I, you tak ada plan ke petang ni?Macam free sahaja temankan I kat sini? Setahu I, you tak suka lepak-lepak kat café baca buku,” ujarku lalu menoleh ke arahnya.


“Tak ada plan..saja hendak spend time dengan you, like I said earlier..I miss hang out with you Marsha,” 


“Azlee give me some space ok..I belum ada mood untuk keluar dengan you..,” ujarku berterus terang pada Azlee. 


Tiada apa yang aku perlu selindung dari Azlee kerana itulah perasaan aku tika dan saat ini. Jika Azlee terasa hati aku benar-benar minta maaf. Seriously, aku sememangnya tidak ada mood hendak melayan karenah Azlee sejak dia tolak cinta aku dahulu.



Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.