Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 23

AKU turun dari anak tangga menujukearah ruang makan. Perut terasa lapar pula kerana aku tidak menjamah makanansejak malam semalam gara-gara Erhan.

 

Sepertibiasa Salena sudah menyediakan sarapan pagi buat kami. Aku hanya rajinmenyediakan sarapan pada hari hujung minggu sahaja. Alah hari biasa punbukannya Salena sediakan sarapan yang berat-berat. Roti sahaja.

 

“Ehtak kerja hari ni??,” tanya Salena bila Marsha masih lagi memakai baju tidurnyadan tidak bersiap-siap untuk ke office.

 

“Cutisakit,” jawabku ringkas lalu menarik kerusi dan duduk. Aku mencapai sekepingroti lalu menyapukannya dengan butter dan jam.

 

“Sakit??Kau sakit apa?,” tanya Salena lagi.

 

Semalamtengok ok aje. Yelah dia tahu Marsha banyak menangis semalam tapi tak adalahsampai demam-demam.

 

“Sakithati!,” jawabku lalu menyuap roti ke dalam mulutku dengan wajah bosan.

 

Hilangsemangat aku untuk pergi ke kerja hari ini. Selepas Salena keluar dari bilikaku semalam. Aku sambung nangis lagi kerana aku benar-benar terasa hati dengantindakan Erhan terhadap diriku.

 

Akufikirkan Erhan lelaki yang istimewa dan lain dari lelaki yang aku kenali.Rupa-rupanya Erhan juga sama seperti lelaki lain yang suka mempermainkan hatiwanita. Aku benar-benar bodoh kerana menaruh harapan yang tinggi terhadap diriErhan.

 

“Niada surat untuk mengubat hati kau!,” ujar Salena lalu meletak sampul suratberwarna beige di hadapan Marsha.

 

Tidaksabar ingin tahu akan isi kandungan surat tersebut. Pasti Erhan memberitahuMarsha alasan dan sebab kenapa dia tidak bertemu dengannya semalam.


Akumenjeling kearah sampul surat yang berada di hadapanku. Surat dari Erhan??Bisikku perlahan. Bila masa dia beri aku surat? Surat terakhir minggu lepas?

 

Akutidak menyentuh sampul surat itu kerana aku masih marah pada Erhan. Namun akuperasan bahawa surat itu tidak bersetem. Ini bermakna surat ini di hantarsendiri oleh Erhan. Erhan datang semalam? Bila Erhan menghantarnya?? Semalam dipeti surat tiada sekeping surat kelihatan di dalamnya. Tiba-tiba pagi ini adasurat??

 

“Taknak buka ke??,” tanya Salena bila Marsha tidak menyentuh surat itu malah buattak tahu sahaja.

 

Akumencapai surat itu tanpa membuka dan membacanya terlebih dahulu, akukoyak-koyakkan surat itu lalu mencampakkannya di atas lantai. Bosan dan bencidengan sikap lelaki. Salena hanya memerhatikan tindakan aku dengan wajahterperanjat.

 

“Kenapakau koyakkan??? Kau tak nak tahu sebab kenapa Erhan tak jumpa kau semalam?? Kalauye pun marahkan Erhan..baca lah suratnya dahulu..lepas tu kau nakkoyak-koyakkan suratnya terpulang pada kau..surat tu tak bersetem..aku percayaErhan yang menghantarnya sendiri semalam,” ujar Salena.

 

“Akumalas dan sudah kecewa dengan sikap lelaki,” jawabku ringkas lalu meneguk airteh dengan wajah selamba seolah-olah tidak merasa apa-apa.

 

Mulutkata malas namun hati menyesal pula aku mengoyakkan surat Erhan. Betul juga apakata Salena tadi. Aku harus baca surat Erhan dahulu dan jika alasannya itu tidakmunasabah dan mengecewakan barulah, aku koyak-koyakkan surat dia. Hisshmenyesal pulak.

 

“Sukahati kau lah..aku dah lambat hendak pergi kerja..,” ujar Salena malas hendakmelayan karenah Marsha.

 

Diabangun dari kerusi lalu mencapai bag tangannya. Marsha kalau di layan makinmenjadi. Kalau tidak di layan baru dia sedar diri.


Akumengiringi Salena dengan ekor mata. Tunggu sehingga keretanya keluar dari gate rumah. Sebaik sahaja kereta Salenameninggalkan pengkarangan rumah.

 

Akubangkit dari kerusi lalu mengutip kembali cebisan surat Erhan yang aku koyak-koyakkantadi. Nasib baik aku tidak koyak banyak tadi. Jenuh juga aku hendakmenyambungnya nanti.

 

Akumemerhatikan cebisan surat yang aku koyakkan tadi. Dah macam cebisan jigsaw puzzle pula. Tak apa masih bolehdi selamatkan lagi. Kalau tidak nangis juga aku di buatnya nanti. Aku masihsayangkan mamat Erhan tu.

 

Tadicuma gimmick aje nak tunjukkan padaSalena yang aku sudah dapat melupakan Erhan dan moved on. Tapi hakikatnya aku masih syok bangat kat abang Erhan.

 

Hampirsetengah jam jugalah aku sibuk menyambung cebisan surat dari Erhan. Cebisan jigsaw yang sudah aku padankan akutampal dengan scotch tape. Dah macam projek art and craft pulak. Setelahsemuanya aku sambung dan tampal. Aku mula membaca isi kandungan surat Erhan.

 

 

SalamLasindah…

 

Sebelum abang mulakan warkahkali ini. Abang ingin memohon ampun dan maaf dari kamu kerana tidak dapathadirkan diri untuk bertemu dengan Lasindah. Abang harap sayangku Lasindahdapat memaafkan abang. Sayang..abang tidak dapat menjelaskan disini akan sebabkenapa abang tidak dapat bertemu dengan sayang. Abang minta maaf sekali lagikerana menyebabkan sayang merasa kecewa. Abang akan jelaskan sebabnya suatuhari nanti jika sayang berikan abang peluang sekali lagi. Buat pengetahuansayang, Abang masih lagi disini.

 

*****

 

 

Salenamenyerahkan kembali surat Erhan kepada Marsha sebaik sahaja dia membaca suratkiriman Erhan. Marsha sudah kembali ceria semula. Bukan kerana Erhan memberikanpenjelasan yang munasabah. Tapi hanya kerana dia menerima surat dari Erhan.Menurut Marsha, Erhan masih lagi mahu meneruskan hubungan mereka, namun belumbersedia untuk bertemu.

 

“Dia tak cakapsamada hendak jumpa lagi??,“ tanya Salena.

 

“Mungkin we are not meant to meet?? Mungkin kamihanya layak jadi teman surat menyurat,“ jawabku dengan wajah selamba. Akuterima alasan Erhan dengan hati yang terbuka.

 

And you can live with that??, Go and get alife and find someone new please?? Jangan terlalu harapkan Erhan,“ ujarSalena bila Marsha seakan lupa lelaki itu telah menyakitkan hatinya.

 

Apa pun alasanErhan. Erhan tidak sepatutnya membiarkan Marsha sendirian di restoren malamkelmarin.

 

“Kau tak fahamEna..jika kau sukakan seseorang itu..sukar untuk kau melupakannya,“ jawabkulalu tersenyum. Aku menolak pintu R&R lalu masuk. Hari ini aku membawaSalena menemaniku ke R&R.

 

“Marsha..tolongjangan jadi wanita yang aku benci boleh?? Kau tahu aku tak suka pada wanitaseperti itu kan?? Sebab kenapa aku berkawan baik dengan kau pun kerana aku tahukau bukan tergolong pada wanita-wanita lemah seperti itu, promise me that you won’t be that kind of person?,“ ujar Salenalalu mencapai sebuah buku dari rak-rak fiction.

 

“Ok-ok..Cik PuanSalena..aku tak akan jadi wanita yang kau tak suka,“ jawabku lalu mendakitangga menuju ke arah R&R Bistro. Sengaja aku meminta Salena temankan akuke R&R hari ini kerana takut terserempak dengan si Eddy tu lagi. Aku tahuEddy tu regular customer di R&R.Sebab aku dah paiseh gila dengan dia. Sungguhpun aku tahu Eddy tidak akanmengusikku lagi, kerana Eddy kelihatan agak terperanjat bila aku berterusterang padanya malam itu bahawa aku tidak suka pada dia. Aku pun tidak tahukenapa, aku begitu ‘mean‘ denganEddy. Entah! ayat ‘mean‘ yang keluardari mulut aku terasa lancar sahaja bila aku bercakap dengan Eddy.

 

Promise??..Kalau tak aku tak kawankau!,“ ujar Salena meminta Marsha berjanji kepadanya.

 

“Insha Allah,“jawabku lalu tersenyum.

 

Kami berada dihadapan R&R. Sempat aku melemparkan pandangan ke dalam Bistro sebelum kamimenuju ke arah kaunter.

 

Seperti yang akujangka si Eddy ada di sini dan duduk di tempat sudut yang sama. Kenapa dia sukaduduk at the same spot! Seolah-olahtempat itu seperti sudah menjadi permanenttempat duduknya.

 

“Kau pergi caritempat duduklah, aku order?? Kau nakminum apa?,“ tanya Salena.

 

“Aku text kau nanti..,“ ujarku lalu menuju kearah tempat duduk kosong sebelum ada orang lain yang duduk.

 

Selang beberapameja dari Eddy. Lelaki itu tidak perasan kerana terlalu asyik membaca buku. Akupun tidak heran dan kisah jika dia tidak perasan kerana aku kemari bukan hendakbertemu dengan dia pun.

 

Aku tersentakbila handphone berbunyi menandakanaku terima message.

 

Eh pompuancepatlah nak order apa?

 

Aku mengelengkankepala bila terima message watsappdari Salena. Tak sabar.

 

Kalau yepun sabarlah..kau kan masih dalam Q lagi. Orderkan aku hazelnut latte denganBlueberry cheesecake.Jariku pantas menaip messagekepada Salena.

 

Aku memandang kearah kaunter di mana Salena berada di ‘Q‘. Kali ini Salena sedang sibuk berbualdengan seorang lelaki dan lelaki itu tak lain dan tak bukan siapa lagi kalautak si Eddy.

 

Wah bukan mainmesra lagi berbual macam kenalan lama. Baik pulak mood mamat tu hari ini? Atau mamat itu sememangnya ok cuma denganaku dia tak berapa ok. Sebab aku tengok dia ok aje dengan orang lain tak adalahdatang bulan bila tiap kali berbicara dengan aku.

 

 

                  

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.