Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 65

BAB 65: Fauzi dan Sarah II


               Cukup seminggu di hospital, akhirnya Daniel dibenarkan pulang ke rumah. Walaubagaimanapun, doktor menyuruhnya sambung berehat di rumah. Kaki Daniel masih lemah lagi untuk sambung bekerja. Lagipula, kaki Daniel masih terasa kebas dan kejang dek kerana baring terlalu lama di hospital. Doktor menyuruhnya berjalan perlahan dengan menggunakan tongkat di rumah. Doktor juga membuat surat sakit untuk diberikan ke tempat latihan industri Daniel. Rakan-rakan Daniel juga ada mengunjung ke rumah bagi melawat keadaan dirinya. Lebih-lebih lagi Jai, Rais, Zali dan Wan. Ammar yang jauh di Kedah juga turut datang menjenguk sahabat sekolah menengahnya yang seorang itu.

               Sementara Daniel di rumah, dia meluangkan masa sepenuhnya bersama isteri dan keluarga. Dia juga menolong membuat kerja rumah apa yang patut agar badannya berlatih bergerak.

               Setelah 9 hari, Daniel dibenarkan sambung latihan industri apabila doktor mendapati badannya sudah membaik sepenuhnya.

               Rutin harian mereka kembali seperti sedia kala, cumanya Daniel dapat meluangkan masanya lebih banyak bersama keluarga apabila dia sudah berhenti melakukan kerja sambilan itu. Pejam celik-pejam celik, Nadirah sudah tujuh bulan mengandung. Perutnya memang sudah sempit kalau duduk di tempat pemandu kereta. Memang bergesel dengan stereng.

**

               “Alhamdulillah…ipar awak baik-baik saja”, kata Laila kepada Fauzi.

               “Itulah saya pun bersyukur juga. Masa pun sekejap saja berlalu, kakak saya dah mengandung 7 bulan… perut besar awak. Anak kembar. Tak sabarlah saya nak jadi pakcik”, teruja cerita Fauzi.

               “Seronoknya keluarga awak. Walaupun, adik beradik dua orang je… tapi bunyi dia meriah!”,senyum Laila.

               “Mestilah…sebab ada saya hahahah”, ketawa Fauzi.

               “Eiii dia ni”, Laila juga terhibur dengan gaya Fauzi.

               “Kalau awak join keluarga saya lagi meriah”, kata Fauzi tiba-tiba secara serius lalu memandang Laila.

               Laila ketawa lagi saat Fauzi tiba-tiba berubah menjadi serius, “awak janganlah macam itu. Takut saya tiba-tiba serius”.

               “Ohh saya nampak seram eh? Emmm kejap-kejap”, Fauzi kembali dengan gayanya apabila merasakan gaya sebegitu menakutkan Laila. Fauzi memikir, bagaimana cara untuk mengajak Laila berkahwin. Berkerut kening Fauzi memandang bawah.

               Laila tersengih. Jujur dia terhibur dengan gaya Fauzi. Dia tahu dan dia dapat merasakan bahawa Fauzi sedang memikirkan cara untuk mengajaknya berkahwin, tetapi Laila ingin menikmati situasi yang menghiburkan ini dulu.

               Lama Fauzi berfikir, Laila sudah terasa penat menunggu.

               ‘Beritahu jelah…’, getus hati Laila.

               ‘Nak beritahu macam mana ya dekat Laila? Cincin aku tinggal kat rumah… Bijak kau Fauzi! Takkan nak beritahu kosong-kosong macam itu je? Tak romantiklah kan?’,kepala Fauzi pening.

               “Susahlah saya nak fikir… Laila jom kahwin!”, Fauzi menyerah.

               Laila terdiam. Kebiasaannya kalau dilihat di tv-tv, wanita selalunya terharu dan terasa hendak mengalirkan air mata apabila dilamar. Tetapi dengan Fauzi, Laila berasa…

               Laila ketawa kecil. Sungguh dia berasa terhibur.

               ‘Siapa yang pernah reject Fauzi ni memang rugilah… Orangnya dahlah kelakar’, getus hati Laila.

               Fauzi tercengang. Dia melamar Laila, tetapi Laila hanya ketawa sahaja. Laila terima atau tidak? Atau caranya terlalu sempoi? Atau Laila berasa dirinya main-main? Fauzi berkerut kening.

               “Laila?...”.

               Tersedar dengan panggilan Fauzi Laila menjawab, “ha ya ya… jom kahwin! Hahaha Senangnya awak cakap. Ajak kahwin macam ajak pergi kedai… Hahaha”.

               Fauzi tersengih lalu menggaru-garu belakang kelapanya yang tidak gatal.

               ‘So lame aku… Uncool betul!’, getus hati Fauzi kepada diri sendiri. Tetapi pada masa yang sama, senyumannya melebar apabila Laila menerimanya. Lagipula, Fauzi merasakan mereka sudah lama berkawan. Fauzi ingin serius. Dari pertama kali melihat Laila juga, Fauzi tidak mahu main-main. Kali ini, dia ingin serius dalam berhubungan.

               Pada awalnya, Fauzi hanya biasa-biasa dengan perasaannya kerana dia sedar dirinya masih tidak mampu. Apabila dia sudah mampu dan cukup semua keperluan, dia mula serius dengan perasaannya. Tetapi Laila ingin berkawan dahulu, Fauzi mengikut. Lagipula mereka sebenarnya jarang berjumpa, tetapi hati Fauzi tetap kepada Laila. Sehinggalah Laila juga meyakini perasaannya kepada Fauzi, Fauzi ingin terus ikat hubungan mereka dengan cara yang halal.

               Cukuplah hubungan lamanya bersama Sarah memberi pengajaran buatnya. Perangainya yang dahulu tidak matang membuatkan dia berazam untuk menjadi lelaki yang lebih bercita-cita. Dia tidak ingin Laila menolaknya, sepertimana Sarah menolaknya dahulu.

               “Maaf Laila… cincin saya tertinggal dekat rumah”, sengih Fauzi.

               “Pulak hahaha… tak apa. Yang penting kita terus beritahu keluarga”, senyum Laila.

               Fauzi juga senyum dengan mata yang bersinar, “baik!”.

**

               “Oh nak kahwin dah?!”, kata Puan Kiah.

               “Bertunang dua minggu lepas tu nak terus kahwin ibu”, kata Fauzi menerusi telefon.

               “Tak nak tunggu kakak kau bersalin dulu?”, tanya Puan Kiah.

               “Lama sangat tu ibu… Orang dah lama dah tunggu. Lagipun lagi beberapa bulan nak bulan puasa. Tak elok pula. Fauzi dah ada semua dah ibu… Tinggal panggil tok kadi je”,kata Fauzi lagi.

               Puan Kiah tersengih dengan celoteh anak lelakinya yang seorang itu.

               “Amboi! Nak kahwin laju aje kau ya? Hah yalah yalah. Kesian pula dekat Laila tunggu lama-lama. Kau dah beritahu ayah kau?”, tanya Puan Kiah.

               “Dah…”,jawab Fauzi.

               Nadirah melihat saja ibunya yang sedang bergayut di telefon dari jauh. Tak lama kemudian, ibunya menutup panggilan dan pergi ke arahnya.

               “Siapa kahwin ibu?”, tanya Nadirah. Dia mendengar sedikit perbualan ibunya.

               “Anak lelaki ibu sorang tulah! Si Fauzi… Nak kahwin dah”.

               Nadirah tersenyum besar, “Fauzi kahwin?!! Siapa ibu bakal ipar Nad tu? Mesti sama-sama masa universiti kan?”.

               “Haah…ibu kenal dia. Laila namanya. Fauzi kata Laila tu nak kawan-kawan dulu. Haa sekarang dah betul-betul berkenanlah tu”, sengih Puan Kiah.

               Mak Esah dan Daniel yang memasuki rumah juga tertanya-tanya dengan suasana yang kecoh itu. Lalu Puan Kiah dan Nadirah menceritakan tentang Fauzi ingin berkahwin. Masing-masing gembira dengan berita.

               “Caiyalah abang Fauzi!! Nak kahwin dah! Dia tak cerita apa-apa pun dekat saya? Saja je nak kasi surprise”, senyum Daniel kepada Nadirah.

               Sarah yang turut berada di situ terdiam. Dia mengerutkan kening apabila mendengar Puan Kiah berkata sebegitu.

               ‘Fauzi kahwin? Biar betul?!’, Sarah tersengih. Dia terasa hendak ketawa juga. Lagipula, dia pernah bercinta dengan Fauzi. Jadi dia serba serbi tahu perangai Fauzi kalau bab-bab perhubungan ni.

               Fauzi seorang yang main-main. Dia tidak pernah serius. Sarah sudah selalu bersabar dengan sikap Fauzi yang suka ambil mudah. Kadangkala, perwatakan Fauzi menghiburkan tetapi apakan daya mereka sememangnya tidak serasi. Senyum Sarah.

               ‘Mungkin Fauzi pun dah matang… macam Danny juga. Siapa tahu?”.


Sarah terkenang peristiwa lalu…

               Sarah lebih tua dua tahun daripada Fauzi. Habis sahaja Fauzi UPSR, Fauzi dapat masuk ke sekolah berasrama penuh sama dengan Sarah. Kadangkala, mereka pulang ke rumah bersama. Pakcik Hamid menumpangkan Sarah pulang bersama Fauzi. Tidak pun, Fauzi menaiki bas untuk pulang ke rumah bersama Sarah.

               Saat itu keluarga Fauzi dan Nadirah, masih tidak buat rumah di kampung lagi. Jadi mereka memang pulang ke rumah sekali jalan.

               “Sarah tolong ajarkan Fauzi ya nak naik bas nanti”, pesan Puan Kiah.

               “Fauzi boleh tanya Kak Sarah… Tanya dia cuti sekolah tu sampai bila”, kata Mak Esah kepada Fauzi.

               Begitulah kehidupan mereka di usia remaja. Disebabkan Sarah senior dan Fauzi junior, kadang-kadang Sarah dituduh mempunyai ‘adik sayang’ iaitu Fauzi. Tetapi Sarah hanya menidakkan yang mereka itu hanya jiran.

               Disebabkan ejekan dan kawan-kawan yang asyik mengenenkan, Fauzi mempunyai perasaan sedikit kepada Sarah.

               “Fuyyoo…balik rumah dengan kakak sayang Fauzi… Untunglah”, ejek-ejek rakan sebayanya.

               “Kau ni… Mana adalah!! Dia tu jiran aku!”, kata Fauzi malu.

               “Alaa…kitorang saja je… lagipun cantikkan Kak Sarah tu. Apa tu… kakak cantik haah!Fauzi balik dengan kakak cantik!”, usik kawannya lagi.

               Fauzi hanya tersengih.

               Dek kerana itu jugalah, Fauzi selalu mendapat pandangan tajam daripada senior-senior lelaki sebaya Sarah. Paling ganas sekali peristiwa sewaktu Fauzi tingkatan 2 dan Sarah tingkatan 4.

               “Ohh kau adik sayang Sarah eh?!! Langkah mayat aku dulu… Kita tengok! Patutlah Sarah reject aku! Sebab kau rupanya!”,marah senior bermasalah itu.

               “Tak bang… sumpah tak! Saya dengan Kak Sarah tu jiran je… Tak ada apa-apapun”, kata Fauzi.

               “Yeke?!”.

               “Ya bang… lagipun saya ni baru Form 2… Saya tak pandai bercinta-bercinta ni”, Fauzi mempertahankan diri.

               Kadangkala, Sarah sering dipandang-pandang oleh junior perempuan juga. Cumanya, Sarah tidak menyedari hal itu.

               Sewaktu Sarah tingkatan 5 pun, Fauzi tingkatan 3. Jadi jadual cuti mereka sama memandangkan masing-masing ada kelas tambahan untuk menghadapi peperiksaan besar.

               Sehinggalah habis menjawab peperiksaan SPM, Sarah pulang ke rumah. Mak Esah datang bersama Daniel membantu mengankat barang asrama Sarah untuk bawa naik ke rumah. Saat itu,Sarah melihat Fauzi yang duduk di tangga merenung kepadanya.

               “Ada barang-barang lagi ke nak Fauzi tolong?”, tanya Fauzi.

               “Ohh tak ada. Barang Kak Sarah sikit je”, jawab Sarah dengan senyuman. Dia menganggap Fauzi sama macam adiknya juga. Maklumlah, mereka belajar di sekolah berasrama yang sama. Kadangkala, Puan Kiah menyuruhnya melihat-lihatkan Fauzi dan kadang-kadang meminta tolong Sarah untuk memberi barang kepada Fauzi. Terasa macam sama sekolah dengan adik juga.

               “Duduk sini dulu… Sembang-sembang. SPM macam mana? Susah? Tadi tengok Instagram. Ramai post soalan tembikai lah kapal lah…Soalan spot tak masuk lah”, sengih Fauzi.

               “Hahaha yeke?! Sekejap nya tersebar hahaha… haah. Susahlah soalan SPM… tapi alhamdulillah… Kak Sarah boleh jawab”, kata Sarah.

               “Fuhh…As expected top student”, puji Fauzi.

               “Biasa-biasa jelah. Haahh macam mana perasaan Fauzi pula? Tahun depan dah jadi upper form! Tingkatan 4 dah Fauzi kan?... Orang selalu cakap form 4 ni honeymoon, Fauzi jangan buat macam tu tau! Kak Sarah… mula form 4 lah kita dah kena get ready untuk SPM”, kata Sarah.

               Fauzi hanya senyum.

               “Nad?Dia lama lagi ya nak habis?”, tanya Sarah.

               “Haah paper ekonomi asas terakhir sekali. Minggu depan baru kami ambil Kak Nad”, kata Fauzi.

               “Oh..Nad dia nak buat apa lepas SPM?”.

               “Ibu suruh Kak Nad ambil lesen kereta… sebab tak tahu bila lagi boleh ambil kan. Kak Sarah?”.

               “Kak Sarah kerja dulu… Ambil lesen tu nanti-nantilah kot. Umur 20 ke?”, jawab Sarah.

               Sarah memerhatikan lagi Fauzi.

               “Ehhh rasa tak percaya je… Fauzi dah besarlah. Dulu masa tingkatan satu ketot je. Tak perasan pun Fauzi meninggi”, kata Sarah.

               “Fauzi kan atlet rumah merah. Mestilah kena selalu train body. Kak Sarah pun asyik belajar je”.

               “Ohh haah. Lupa pula”.

               Suasana antara mereka diam seketika dengan seru angin sepoi-sepoi.

               “Kak Sarah… sebenarnya Fauzi dah lama suka dekat Kak Sarah. Sejak dari tingkatan 2 lagi”, kata Fauzi memberanikan diri meluahkan rasa isi hatinya.

               Sarah terkedu mendengar luahan hati Fauzi. Sarah dapat merasakan mereka masing-masing ada kehidupan mereka di sekolah. Jadi Sarah ingatkan, Fauzi mungkin mempunyai crush sebayanya juga. Lagipula, Fauzi antara atlet rumah merah yang hebat juga untuk menengah bawah. Antara pelajar yang selalu menyumbang mata rumah sukan. Sementara dirinya tidak begitu ambil tahu tentang sukan. Hanya aktif di bidang selain sukan sahaja seperti kuiz atau forum remaja.

               Saat mendengarkan Fauzi menyukainya sejak tingkatan 2, Sarah berkerut. Hatinya terusik. Ketika itu Sarah merasakan gaya lagak Fauzi macam dah besar. Fauzi juga lebih tinggi darinya. Fikir Sarah.

               Dia tidak begitu pasti apa yang perlu dilakukannya, tetapi apabila melihat wajah Fauzi yang bersungguh-sungguh, Sarah berasa hendak memberikan peluang. Rasa pelik tetapi bak kata orang putih follow the flow. 




Previous: Bab 64
Next: Bab 66

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.