Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 55

BAB 55: Kegusaran II


Pada pagi ini Nadirah ada berjanji dengan Daniel minggu lepas yang Nadirah akan membawa Daniel ke universiti untuk pembentangan terakhir. Harinya sudah tiba dan masing-masing bersiap. Nadirah juga mengubah jadual paginya agar dapat menghantar suaminya ke universiti.


Nadirah hanya memandang Daniel yang masih berbaju pagoda berjalan di sekitar bilik.Daniel kelihatan penat. Daniel menggagahkan dirinya bersiap-siap untuk ke universiti walaupun semalam dia tidur lewat. Apa-apa sahaja pakaian diambilnya. Dia sudah malas untuk memikirkan pakaian apa yang sesuai.


“Macam itu nak buat presentation?”, tanya Nadirah kepada suaminya yang sedang bersiap.


Daniel mengeluh, “penatlah sayang… semalam tidur lambat. Yalah nak hafal ayat-ayat tu”.


Nadirah menggeleng, “Danny tahu tak first impression ni sangat penting untuk setiap presentation?”.


“Tak okay ke?”, tanya Daniel kepada Nadirah.


Nadirah menggeleng, “kalau saya jadi pensyarah awak… mungkin saya rasa, awak macam tak mandi lagi”.


“Ala…penat saya mandi subuh tadi hahaha”, Daniel ketawa kecil.


“Pembentangan mula lambat kan?”, tanya Nadirah.


Daniel mengangguk.


“Mari sini…”, Nadirah mengajak Daniel masuk ke dalam tandas.


Daniel hanya mengikut.


“Basuh muka”, Nadirah mengarahkan suaminya membasuh muka di singki tandas. Daniel langsung berbuat demikian.


“Ini krim pencukur dengan Gillete ni membazir saja beli kalau tak guna”, kata Nadirah sambil menyemburkan krim pencukur di dagu suaminya.


“Danny ni kuat berjambang lah”, bebel Nadirah lagi.


“Nah cukur sendiri…”, Nadirah menghulurkan alat pencukur.


“Saya tak pandai…”, Daniel sengaja.


“Ya Allah ya tuhanku… tak tanya kawan-kawan lelaki ke?”, Nadirah mengerutkan kening.


“Alaa…ini pertama kali saya tumbuh jambang. Saya mana tahu…”.


“Tipu!”,Nadirah mencebik.


“Alaaa…kalau awak cukurkan saya lagi bersemangat nak present hari ni”, pinta Daniel dengan wajah kasihan.


Nadirah mengeluh dan menggeleng, “ya ya”.


Daniel sedikit lega apabila isterinya tidak menyambung mood kucing garang semalam.


Nadirah mencukur jambang suaminya dengan teliti. Bulu janggut di dagu ditinggalkan sedikit.


 “Dah… kata nak ikut sunnah nabi kan. Ini saya tinggalkan dekat dagu sikit”, kata Nadirah lalu membasuh tangannya. Nadirah juga mengelap dagu Daniel dengan tuala.


Daniel hanya memandang Nadirah lama. Entah kenapa satu perasaan aneh menusuk ke lubuk jiwanya. Perasaan lembut bercampur getaran yang sukar diucapkan. Dia berasa dirinya seakan dikawal Nadirah. Sentuhan Nadirah sememangnya membuatkan Daniel terbuai.


“Sayang”,Daniel memegang bahu dan wajah Nadirah.


“Terima kasih…”, Daniel mendekatkan wajahnya kearah wajah isterinya.


Nadirah terkesima. Matanya terkunci dengan renungan mata Daniel. Namun, Nadirah cepat menyedarkan diri.


“Em…awak nak kena siap cepat. Saya tunggu dekat dalam kereta”, Nadirah pantas keluar dari bilik.

Daniel hanya mengetap bibir apabila Nadirah keluar dari tandas. Daniel juga mengeluh.


**

Didalam kereta masing-masing diam, lagi-lagi Nadirah.


“Sayang…kenapa diam je?”, tanya Daniel kepada Nadirah yang sedang memandu.


“Ohhhaha emm tak ada apa”, senyum Nadirah.


Walaupun Nadirah tersenyum, Daniel dapat merasakan senyuman itu seakan dibuat-buat.


Nadirah masih tidak lupa hal yang terjadi antara dirinya dan Daniel sewaktu di dalam tandas tadi. Hampir saja. 


Suasana di dalam kereta kembali sepi sehinggalah tiba di universiti Daniel.


Daniel turut menanti ciuman di pipi yang selalu diberikan Nadirah kalau mereka keluar pagi bersama. Namun, Nadirah hanya menyalami Daniel.

“Buat elok-elok”.


“Emm sayang ada lupa sesuatu ni…”, beritahu Daniel dengan keningnya sedikit kerut. Salam sebegini seakan sewaktu mereka sedang gaduh. Gusar Daniel.


“Danny…Nad kena cepat sampai pejabat”, Nadirah memberi alasan.


Daniel terdiam.

“Ohh…”,Daniel mengangguk senyum lalu dia keluar dari kereta.


Daniel melambai ke arah isterinya. Namun, isterinya hanya beredar.


Nadirah memandu pergi tanpa menyambut lambaian suaminya. Dia mengeluh sambil mencuri-curi pandang suaminya di cermin sisi. Dia rasa bersalah kepada Daniel. Bukannya dia tidak suka, tetapi dia dalam keadaan bingung. Dia juga tidak tahu mengapa perasaannya begitu sukar sekarang ini. Perasaan complicated ke? Tak ada mood lagi ke? Nak datang bulan ke? Apa ke teruknya mood ni. Sensitif semacam. Daniel yang masih berdiri di situ keseorangan membuatkan Nadirah rasa kasihan pula.

Sorry…’.


“Aduhhh!!! Tulah kau! Apasal lah kau buat macam itu dekat dia?! Tak pasal-pasal dia tak selesa dengan aku!”, Daniel mengomel sendiri.


‘Ya Allah… harap elok-elok sajalah Si Nad ni’, pinta Daniel dalam hati. Apabila mengenangkan hari ini hari terakhir pembentangan, Daniel tidak mahu rasa gusar. Daniel langsung menelefon Mak Esah.


“Assalamualaikum Danny?”, kata Mak Esah di talian.


“Mak…doakan Danny. Hari ini Danny ada last presentation…”, cerita Daniel.


“Haa ya mak doakan. Dari dulu mak doakan kejayaan anak-anak mak… Ini pukul berapa presentation nya? Buat elok-elok ya nak”,sembang Mak Esah.


“Ohh pukul 11.00 pagi nanti giliran Danny mak…”, sambung sembang Danny panjang lagi.


Sebesarmanapun seseorang lelaki itu, mereka akan mencari ibu juga di saat memerlukan sokongan dan doa. Doa ibu juga yang akhirnya dipinta. Sememangnya syurga seorang lelaki itu ada pada ibunya. Seorang ibu yang baik ialah seorang ibu yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, tidak kira apa sekalipun. Doa kejayaan anak, doa untuk rumah tangga anak, doa agar cucu-cucu menjadi soleh dan banyak lagi. Itulah betapa agama memuliakan seorang wanita dan ibu.


**

            “Nad… pukul 12 tengahari ni saya dan yang lain nak pergi minum dekat kedai bawah. Nad nak ikut?”, ajak Farid.


            “Jomlah Nad… kau pun macam letih je aku tengok. Kita chill chill lah”,ajak Liza pula.


            Nadirah hanya senyum. Dia rasa tidak larat untuk membalas ajakan kedua rakan sekerjanya itu. Dia sudah berjanji untuk makan tengahari bersama Daniel pada waktu itu. Maklumlah waktu itu Daniel sudah habis pembentangan. Tetapi apabila melihatkan keadaan sekarang, mengambil Daniel juga dia rasa tidak larat. Rasa hendak duduk saja di kerusi dan melentokkan kepala di atas meja. Rasa nak minum air pun ada. Rasa nak pergi tandas pun ada.


            “Nad? Kau okay tak ni?”, tanya Liza lagi apabila melihat Nadirah seakan khayal.


            ‘Dapat bantal pun sedap ni… lagi sedap kalau ada minyak panas letak dekat tekak dengan perut’, fikir Nadirah khayal lalu matanya terpejam dan terjatuh.


            “NADD!!”, Liza dan Farid terkejut dengan keadaan itu. Satu pejabat juga terkejut dengan teriakan Liza dan Farid.Semua melihat dan mengeremuni mereka.


**          

               “For Daniel… last chill question. What do you aim to be? What kind of internship that you apply?”,tanya pensyarah itu.


               “For intern I apply in research associate area… but in future I would like to be part of laboratory scientist”, jawab Daniel dengan keyakinan.


               “Nice… good job you all. You can rest peacefully… then do good in your final okay!”, kata pensyarah itu lalu memberi isyarat kepada kumpulan seterusnya untuk masuk.


               “Alright… thak you sir!”, teruja tiga jejaka itu lalu menabik hormat pada pensyarah mereka. Pensyarah mereka tersenyum dan turut membalas tabik itu.


               Mereka bertiga keluar dari tempat pembentangan dan duduk sebentar di gazebo berhampiran.


               “Kita pergi makan nasi ayam lepas ni nak?”, ajak Rais.


               “Boleh je… sekali ah Danny?”,tanya Jai kepada Daniel.


               “Aku ada luch date dengan bini aku nanti…”, sengih Daniel menolak pelawaan rakannya.


               “Untunglah! Wuut Wuut!”, usik Jai dan Rais. Daniel hanya ketawa.


               “Alhamdulillah… habis dah. Pejam celik pejam celik, tinggal final je”,kata Jai lagi.       

                                                                          

               “Itulah… dapat juga kita duduk asrama sampai ke akhir tua bangka ni kan Jai?”, sengih Rais.


               “Tua bangka? Kau jelah tua bangka…aku tak hahaha”, ketawa Jai.


               “Tchh alaa kau ni… maksud aku, kita kan senior yang boleh dikatakan paling tua dekat asrama tu tau tak. Senior lain tu dah menyewa kat luar… macam orang tu, ada orang rumah huhu”, kata Rais memandang Daniel.


               Daniel tersengih, “ya ya… jangan jealous”.


               “Eeeiih”, Rais berkerut.


               Jai dan Daniel ketawa melihat reaksi muka Rais.


               Dalam pada mereka ketawa, Daniel mendapat panggilan telefon. Daniel memberi isyarat kepada rakannya untuk mengangkat telefon.


               “Assalamualaikum?”, kata Daniel.


               “Waalaikumsalam… Ini Danny kan? Ni Kak Liza… Nad ada dekat hospital! Cepat datang ya! Tolong”, kata Liza.


               Mata Daniel membulat dan pantas bergegas bangun. Rakannya terkejut, “Ehh?!! Kau nak ke mana tu Danny?!”.


               “Isteri aku ada dekat hospital!Aku kena pergi!”, gundah Daniel.


               “Kau mana ada bawa motor hari ini!”, Rais mengingatkan.


               “Alaaaaa Ya Allah… Bini aku weyh!Masuk hospital apasal?! Bini aku!”, Daniel sangat risau.


               “Jai… aku hantar Danny ke hospital lah… makan nasi ayam tu lain kali”, kata Rais bergegas bangun.


               “Haa ya ya… hantar Danny pergi hospital. Hati-hati weyh korang!”, kata Jai. Sementara Rais dan Daniel bergegas hendak berangkat.


               Rais menghidupkan motornya dan berlalu pergi. Dia juga memecut tatkala melihat wajah Daniel sudah pucat lesu.


               ‘Ya Allah… selamatkanlah isteri aku. Janganlah jadi apa-apa yang buruk kepada dia’, doa Daniel dalam hati.Sekarang hatinya rasa sangat gundah. Kalau ini motornya, mahu saja dia memecut tahap maksima. Sudah tak boleh fikir lagi.


               Bagaimana isterinya… Itu sahaja yang berada di dalam kepalanya.


               Setibanya di ruang kecemasan hospital, Daniel terus turun dari motor Rais.


               “Terima kasih Rais! Kau balik dulu!”, kata Daniel yang semakin beredar.


               “Sama-sama! Ehh?! Kau balik macam mana?!”, tanya Rais risau.


               “Tak apa- tak apa! Tak payah risau! Grab je!”, kata Daniel lantang.


               Dari jauh juga Rais risau melihat rakannya yang bergegas masuk ke ruangan kecemasan hospital. Dalam hatinya mendoakan yang baik-baik untuk Daniel. Hilang saja Daniel dari pandangannya,Rais langsung menunggang motornya pulang.


               Saat masuk ke ruangangan hospital, matanya terus dapat menangkap Liza, Farid dan seorang lagi lelaki rakan sekerja mereka. Sally tak silap. Fikir Daniel.


               “Kak Liza. Nad dekat dalam?”,tanya Daniel cemas.


               Liza mengangguk. Wajah Liza juga terpamer cemas.


               “Macam mana boleh jadi macam ni?”,tanya Daniel lagi.


               “Nad tiba-tiba pengsan masa dekat pejabat pukul 11 lebih tadi… Itu yang bawa ke sini dan sampai sekarang masih dekat dalam”, kata Liza.


               “Ooh okaylah kalau macam tu”,kecewa Daniel lalu menanti. Dek kerana perasaan risaunya, dia tidak senang duduk. Dia hanya berdiri saja di tiang sambil bersilang tangan. Hatinya berdoa agar tiada apa-apa terjadi.


               Setelah 10 minit menanti, ada jururawat memanggil.

               “Suami Nurul Nadirah ada?”.


               “Saya nurse!”, pantas Daniel menyahut lalu mengikuti jururawat itu masuk ke dalam ruangan.


               Saat masuk ke ruangan itu, Daniel dapat melihat isterinya juga hendak duduk di kerusi. Kelihatannya, isterinya baru saja bangun dari pembaringan. Doktor wanita yang ditugaskan juga duduk di kerusi.


               “Awak datang? Liza panggil ya?”,tanya Nadirah kepada Daniel perlahan.


               “Ya… Risau saya dibuatnya. Macam mana boleh pengsan ni?!”, kata Daniel perlahan juga.


               Kemudian, doktor wanita itu memulakan perbicaraan.


               “Emm… Puan Nadirah dan Encik?”,tanya doktor itu.


               “Daniel…”.


               “dan Encik Daniel”, angguk doktor itu.


               Daniel dan Nadirah menanti kata-kata doktor itu.


               “Tahniah… isteri awak mengandung dua minggu”.



Previous: Bab 54
Next: Bab 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.