Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 42

BAB 42: Gaduh! II


            Nadirah kelihatannya seronok membantu Mak Esah masak bersama. Dia rancak berborak bersama mak mertuanya. Sementara Daniel hanya memerhati Nadirah dari jauh.


‘Boleh pula senyum macam tu dengan mak?! Dengan aku tak nak!’, getus hati Daniel. Entah kenapa dia berasa cemburu pula  dengan Mak Esah.


            “Mak nak pergi tandas sekejap… yang ini tinggal kacau-kacau jelah ya”, pesan Mak Esah.


            “Baik mak”, kata Nadirah lalu mengambil senduk untuk mengacau lauk.


            Daniel merenung sahaja Nadirah yang sedang mengacau lauk. Lalu dia bangun menghampiri isterinya, setelah Mak Esah masuk ke dalam tandas. Dia memeluk isterinya dari belakang.


            Mata Nadirah membulat. Dia terkejut dengan tindakan Daniel.


            “Heh! Apa peluk-peluk macam ni?!”, cemas Nadirah.


            “Kenapa? Awak isteri saya kan?”, Daniel masih lagi memeluk isterinya dari belakang.


            “Tak malu ke mak nampak?!”, tegas Nadirah cuba menepis pelukan Daniel.


            “Biarlah mak nampak pun…”, Daniel mengeratkan lagi pelukannya.


            Hati Nadirah makin tidak tentu arah. Dia semakin bingung. Tindak tanduk Daniel mengelirukannya. Mereka asyik bertikam lidah tetapi… . Dia tidak tahu hendak memberi tindak balas apa. Hal ini kerana dia sudah tidak suka untuk berpelukan sebegini, tetapi Daniel sering sahaja mendesak hatinya. Perasaannya kepada suaminya bercampur baur. Kadangkala tidak bersefahaman, tetapi ada kala masanya begini pula. Perkahwinannya ini sungguh mengelirukan. Lebih-lebih lagi kehadiran gadis bertudung labuh yang dilihatnya tempoh hari.


            Tidak mahu ada perasaan tertanya-tanya, Nadirah melepaskan pelukan suaminya dan memandang suaminya serius.


            “Sekarang jujur dengan saya! Awak ada suka ke mana-mana perempuan dekat universiti awak?!”, tanya Nadirah.


            Daniel mengerutkan kening, “suka perempuan? Maksud Nad? Saya tak faham”.


            “Perempuan tudung labuh tu!... Dia suka awak kan?!”, Nadirah pula berkerut kening.


            Daniel terdiam. Dia cuba untuk mengingat kembali.


            “Ohh Lina?”, Daniel teringat. Dia tidak tahu bagaimana Nadirah boleh menyangka Lina menyukainya kerana hal itu memang betul.


“Emm, okay saya jujur… tak ada selindung. Dia memang suka saya pun tapi…”.


            “Tapi?!”,Nadirah berdebar menanti jawapan.


            Apabila melihatkan reaksi Nadirah yang seakan risau, Daniel tersenyum sinis.

            “Kenapa? Awak cemburu?”.


            Wajah Nadirah yang seakan risau tertanya-tanya tadi kembali menjadi serius. Mata Nadirah menjeling ke arah lain sambil tersenyum sinis. Apabila mendengar kata-kata Daniel dengan melihat riak wajah Daniel yang menyakitkan hati itu, ada satu perasaan menusuk ke dalam diri. Nadirah terasa hendak menggelakkan diri sendiri. Nadirah terasa bodoh berkomunikasi dengan suaminya. Nadirah terasa bodoh kerana bertanya dengan suaminya setelah suaminya menuturkan kata-kata demikian.


            ‘Bodoh ke apa mamat ni tanya soalan macam tu?!!’, bentak Nadirah jauh di sudut hati. Siapa saja yang tidak cemburu apabila mendapat tahu sang suami melayan peminat sendiri. Kalau tak layan tak apa! Ini layan! Kalau sudah layan perempuan itu…Pasti dia turut tertarik dengan perempuan itu! Fikir Nadirah.


            Nadirah menggeleng kepala seraya berkata perlahan tetapi masih boleh didengari Daniel,“I am a fool for talking to you this moment! I am done with this!”. Nadirah mengangkat kedua tangannya seakan gaya menyerah diri lalu menjauhi Daniel.


            Daniel berkerut kening lalu menarik tangan isterinya keras, “apa maksud done with this tu?!”.


            “Lepaslah!”,Nadirah cuba untuk melepaskan pegangan tangannya daripada Daniel.


            Daniel menguatkan lagi pegangan tangannya.


“Sakitlah!”, rengek Nadirah kesakitan.


“Jawab saya! Apa maksud…”, Daniel belum sempat menghabiskan kata-katanya.


“Danny… mak ada nampak kawan kamu dekat bawah”,kata-kata Mak Esah kedengaran.


Daniel terkejut dan pantas melepaskan pegangan tangannya. Nadirah turut memegang-megang tangannya yang sakit dek dicengkam suaminya. Mak Esah keluar lalu berjalan ke arah Nadirah dan Daniel.


“Mak nampak macam Wan tengah melepak dekat bawah tu… Kamu mesti dah lama tak sembang-sembang dengan dia. Kamu tak nak turun dulu ke?”, cadang Mak Esah.


“Wan?”, Daniel rasa tertarik.


“Haah Wan”, jelas Mak Esah.


Daniel memandang Nadirah dengan wajah rasa bersalah, “Danny turunlah kalau macam tu. Terima kasih mak beritahu. Dah lama juga orang tak bersembang dengan dia”. Daniel keluar dari rumah dan kembali mengunci pintu rumah.


Nadirah turut merenung suaminya yang hendak keluar dari rumah itu. Entah kenapa matanya mula hendak berair. Dia sangat sakit hati dengan tindakan yang dilakukan Daniel terhadapnya. Mahu saja hendak mengalirkan air mata tetapi dia cuba menahan kerana tidak mahu Mak Esah berfikir macam-macam. Hanya matanya berair saja tidak dapat ditahan.


“Eh? Kenapa mata Nad macam berair tu?”, Mak Esah menyedari mata Nadirah yang berair.


“Tak adalah… potong bawang lepastu mata masuk habuk tadi”, senyum Nadirah kepada Mak Esah sambil menggosok-gosok matanya.


“Ohh…”, kata Mak Esah.

Kemudian, Mak Esah dan Nadirah sambung memasak bersama. Nadirah cuba untuk memendam rasa sedihnya terhadap Daniel di hadapan Mak Esah.


Daniel turun ke bawah menghampiri Wan yang berada di gazebo. Wan mula berdiri tatkala melihat seseorang yang amat dikenalinya menghampiri.


“Danny?”, Wan membesarkan mata.


Daniel tersenyum, “nampak sihat Wan!”.


“Lahhh Danny! Assalamualaikum! Apa khabar weyh?Dah lama betullah tak jumpa!”, ramah Wan.


Daniel bersalaman dengan rakan sekolahnya laluberkata, “Waalaikumsalam… ada pernah jumpa Ammar ke?”.


“Ammar sibuk dah sekarang… Habis matrikulasi je dapat masuk Universiti dekat Perlis. Susah nak jumpa dia”, cerita Wan.


“Ohh itu aku tahu… aku pun tak jumpa dia. Cuma kadang-kadang tu aku sembang juga dengan dia kat IG”, beritahu Daniel.


“Rais macam mana? Aku pun dah susah nak nampak dia sekarang”, tersengih Wan apabila mengenangkan Rais.


Daniel turut ketawa kecil, “macam tulah. Okay je budak tu… Sihat walafiat”.


Daniel dan Wan ketawa. Masing-masing terkenangkan satu-satunya sahabat mereka yang bereperangai unik itu. Si Rais.


Mereka kembali duduk di kerusi gazebo itu.


“Kau belajar dekat DQ tu bila nak habis?”,tanya Daniel.


“Tak lama dah… lagi beberapa bulan habislah. Kau bila nak habis?”, tanya Wan kembali.


“Aku lagi beberapa bulan je lagi nak intern… Jadi dalam tahun depan baru habis macam tu”, jawab Daniel.


“Habis belajar nanti boleh dah lah jadi full man! Full husband! Kau dah boleh cari kerja yang lebih baik, sepadan dengan pendidikan kau dan lepastu dah boleh rancang untuk banyakkan lagi ahli keluarga kau. Yalah ekonomi dah stabil bolehlah nak buat kelab bola sepak dengan Nad”, Wan mengangkat kening.


Daniel tersenyum tipis.


‘Kelab bola sepak ya? Dengan keadaan aku dan Nadirah yang tak stabil ni… Asyik gaduh saja… Aku tak tahulah Nad nak buat kelab bola sepak dengan aku ke tak?’, getus hati Daniel termenung.


“Hey! Kenapa muka macam tu?”, Wan pula tertanya. Adakah pertanyaannya menyinggung perasaan Daniel? Fikir Amar.


“Tak ada apalah… aku cuma”, Daniel tidak tahu hendak berkata apa.


“Jangan kata yang kau masih ada lagi masalah dengan Nad?”, cepat saja Wan meneka.


Daniel terdiam lalu memandang tepi.


Senyap tandanya setuju. Wan mengeluh lalu berkata, “cerita dekat aku apa yang terjadi. Kot-kot aku boleh bantu”.


“Macam nilah… biasalah kan kalau pasangan yang dah kahwin ada salah faham kan. Aku dengan Nad pun macam tu juga. Kitorang ada je masa gaduh-gaduh tu… tapi lepastu berbaik balik. Tapi gaduh kali ini macam susah nak berbaik. Makin komunikasi makin gaduh… makin banyak bertikam lidah setiap kali bercakap. Aku ingat keadaan akan jadi seperti sedia kala, berbaik balik macam dulu-dulu… tapi sekarang dah tak. Nad makin dingin dengan aku. Dah malas nak layan aku…Kadang-kadang buat aku macam tak wujud pun ada. Aku tahu aku pun ada salah tapi aku tak tahu nak perbetulkan macam mana. Aku selalu cuba nak berkomunikasi dulu dengan Nad secara baik pada awalnya, tapi selalu berakhir dengan rasa sakit hati. Aku tak tahu nak buat macam mana agar hubungan kitorang baik macam dulu-dulu”, cerita Daniel panjang lebar.


“Macam mana mula-mula gaduh tu? Yang sampai jadi macam ni…”, Wan tertanya-tanya.


Daniel mengeluh, “Masa tu kitorang bertikam lidah sampai satu tahap Nad cakap benda yang buat aku lagi naik marah tahap maksima. Nad ungkit semua benda…. Dia cakap aku ni tak layak nak bersyurga neraka sebab itu rumah dia, gaji dia lebih tinggi daripada aku bagai… kiranya aku ni macam menumpanglah. Aku sebagai  suami rasa terhina sangat bila dia cakap macam tu… Aku kerja sambilan pun sebab aku tengah belajar, bukannya sebab aku malas nak cari kerja tetap ke apa… Dia tak sedar ke apa yang dia cakap dekat aku tu semuanya macam down kan martabat aku sebagai suami? Aku ni masa tu kecewa gila tau! Bila dengar isteri aku sendiri merendah-rendahkan aku. Aku masuk belajar pun atas dorongan dia dengan mak! Lepastu nak kata aku macam tu pula. Aku tak tahulah macam mana nak cakap?...”.


Wan masih mendengar.


“Aku tak tahu apa yang aku fikir masa tu… aku terbuat cadangan Rais masa tu. Aku tak boleh nak fikir apa… Aku cakap saja tanpa aku sedar. Aku cakap ada je  perempuan dekat luar yang nak dengan aku cuma aku berkawan je dengan perempuan tu… Kalau dia tak behave aku akan kahwin lain. Lepas tu aku keluar rumah, aku tidur rumah mak aku. Tak lama lepas tu aku baliksemula ke rumah… aku harap keadaan akan baik semula as time goes by… Tapi sangkaan aku salah. Sampai sekarang  kitorang asyik gaduh saja. Ada je benda tak kena”, cerita Daniel pandang lebar.


Wan menggeleng kepala disertai kerutan di keningnya apabila mendengar cerita Daniel.


“Kejap?! Kau cakap cadangan Rais tadi apa benda?! Yang cakap kau ada perempuan lain tu?”,berkerut Wan bertanya.


“Bukannya aku ada perempuan lain… Aku cakap ada perempuan suka aku! Kalau Nad tak behave, baik aku kahwin dengan perempuan yang suka aku tu”, terang Daniel.


Wan mengurut dahinya, “Kau cakaplah macam manapun… tapi bunyinya macam kau dah berniat untuk curang dengan Nad ataupun kau dah lama kenal perempuan tu belakang Nad selama ni”.


Daniel terdiam. Keningnya berkerut. Adakah kata-katanya kedengaran seakan ada unsur kecurangan? Seakan-akan bunyinya hendak curang dengan Nadirah.


“Hishh! Aku tak fahamlah kenapa Si Rais ni boleh terfikir solusi macam tu! Aduh… dari dulu sampai sekarang Si Rais tu tak ubah-ubah perangai! Kalau dia ada depan mata aku sekarang ni, aku hempuk-hempuk kepala dia! Kau tahu tak cakap macam tu bukan benda kecil-kecil!”, kesal Wan.


Daniel masih lagi terdiam. Dia cuba mengingati tindakan-tindakannya.


“Aku tak menyebelahi sesiapa… Aku tahu Nad pun ada salah, sebab dia pun cakap benda-benda macam tu! Perempuan memang beremosi! Tapi suami ni lain! Kena jaga tutur kata… Kena banyak-banyak sabar. Kita tak boleh cakap apa saja yang terlintas. Kalau fikiran bercelaru, tak waras… Patutnya baik diam dulu”, tegas Wan sambil mengerut kening.


Daniel cemas dengan reaksi Wan yang sangat serius lalu berkata, “tapi aku tak berniat Wan!...”.


“Bolehlah sekarang kau cakap tak berniat! Kalau dah terlepas talak macam mana?! Satu? Boleh rujuk lagi… Tiga?!”, Wan menggeleng lagi sambil berkata. Dia sangat kesal dengan situasi yang dialami Daniel. Kesal tatkala teringat kembali kebahagiaan Daniel di majlis perkahwinan sewaktu dulu. Kesal kerana masalah rumah tangga dialami oleh rakannya sendiri.


Daniel terdiam. Dia turut memandang bawah.


“Aku minta maaf Danny kalau aku macam beremosi… aku cuma sedih. Aku tak sangka masalah-masalah rumah tangga macam ni jadi dekat kawan aku sendiri. Aku nak kawan aku ni bahagia dengan masjid yang dibina. Aku minta maaf sekali lagi cakap pasal talak-talak tu semua. Aku nasihat sebab tak nak kau terhantuk baru terngadah. Aku bukan apa… Aku ada ramai kakak kan… Aku dapat fahamlah yang kata-kata kau ucapkan tu, memang perit weyh. Ada masuk campur urusan perempuan lain? Kita mungkin sangat beremosi dalam berbicara… tapi kau tak tahu yang kau dah tinggalkan parut dalam hati isteri kau”, nasihat Rais.


“Aku tahu aku salah! Aku tahu!… akulah sebenarnya punca Nad perangai macam tu! Aku sedar yang selama ni aku tak pernah meringankan kerja dia! Aku tak pernah nak tolong dia melainkan kalau dia suruh! Itupun aku mengeluh tak nak buat. Aku suruh dia jadi macam isteri orang lain yang buat semua benda tu!”, Daniel turut beremosi menyedari kesalahannya.


Wan terkesima.


“Tapi aku nak buat apa sekarang?... Aku sedar Wan aku ada salah! Tapi aku nak kena buat apa?! Setiap kali nak bercakap memang selalu asyik gaduh saja! Komunikasi ke? Nak berbicang ke? Nak minta maaf ke? All of it not went well!”, luah Daniel.


Wan berkerut mendengar luahan rakannya itu. Wan mengeluh, “Sabar! Sabar Danny! Kesabaran adalah satu-satunya cara. Seperti mana Nad boleh bersabar dengan kau selama ni… sampai tahap perangai dia boleh jadi macam tu. Macam itulah kau kena sabar dengan dia”.


“Dan lagi satu, kita kena ubah perangai kita menjadi yang lebih baik. Rajin-rajinkanlah diri bantu isteri kau. Ringankan kerja dia. Tanya dia apa yang kau boleh tolong. Ambil hati isteri kau. Insyaallah kalau kau ada niat nak memperbaiki rumah tangga… Allah pasti akan bantu!”, sambung Wan lagi.


Daniel mengeluh, “dengar macam senang… tapi nak buat tu susah!”.


Wan menggeleng lalu menepuk-nepuk belakang Daniel seraya berkata, “aku sentiasa doakan kebaikan untuk kawan-kawan aku… Tapi sekarang ni semuanya ada pada diri kau. Tabiat tak boleh ubah? Itu kata-kata yang salah! Nak hendak seribu daya tak hendak seribu dalih”, nasihat Wan.



Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.