Home Novel Komedi/Romantik Komedi Suamiku, Encik Sotong
Suamiku, Encik Sotong
Syikin Zainal
27/5/2013 15:35:23
493,218
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 24

Dhia Adirra masih lagi menjadi penunggu setia di bawah pohon yang rendang itu. Macam biasa menunggu kedatangan Farish yang sentiasa lambat. Penggal ini Shua menangguhkan pengajiannya. Biasalah anak orang kaya seperti Shua sesuka hati sahaja. Tinggallah dia berdua dengan Farish. Penggal kedua ini baru tiga minggu bermula, namun tugasan yang diberikan oleh pensyarah bertambah-tambah banyaknya. Dhia Adirra memandang disekelilingnya. Tercangak-cangak dia menunggu Farish yang masih juga tidak kunjung tiba.

“Hai. Lama tunggu?” sapa Farish. Semakin hari dia semakin tampan di sebalik T-shirt dan seluar jeansnya.

“Ish, mana ada lama. Kalau kahwin anak baru masuk sebelas orang,” Dhia Adirra memperlinya.

“Lain macam je bunyi. Tak puas hati ke?”

“Mana ada. Betul ni, kita baru je tunggu awak. Ada lah lebih kurang dua jam. Kejap je,” perli Dhia Adirra lagi, mukanya sengaja dimaniskan walaupun hatinya membara yang bukan-bukan.

“Sorrylah, pergi bank tadi.” Farish memberikan alasannya.

“Pergi bank lah, pergi gym lah, pergi beli susu lah. Banyak betul alasan awak ek?”

“Janganlah marah. Jom kita pergi sekarang. Nanti tutup pulak library tu. Senyum sikit,” usik Farish. Ingin memujuk Dhia Adirra. Dhia Adirra mencebikkan bibirnya.

Dhia Adirra merenggangkan badannya. Naik lenguh juga tangannya menaip. Kertas kerja yang baru disiapkan tadi di simpan di dalam ‘pen drive’. Farish masih lagi ralit menyiapkan kerja yang masih berbaki. Kadang-kadang tangannya juga di angkat tinggi, sekadar merenggangkan.

“Pasal tengok-tengok ni?” tegur Farish sambil matanya terus tertumpu di skrin komputer riba.

“Benda free tengok je lah, bukan kena bayar pun,” Dhia Adirra menjawab. Matanya terus memandang ke arah Farish yang leka dengan komputer ribanya.

“Jangan tengok lama-lama nanti jatuh cinta,” usik Farish. Sehingga kini dia masih lagi tidak mampu meluahkan cintanya pada Dhia Adirra, bimbang jika Dhia Adirra menolak cintanya. Di saat itu pasti hubungan dia dengan Dhia Adirra menjadi renggang.

“Memang dah jatuh cinta pun,” Dhia Adirra berkata dengan perlahan.

“Apa dia? Kuat sikit. Tak dengarlah,” Farish menoleh ke arah Dhia Adirra.

“Er, tak ada apa-apa lah. Pen ni nak terjatuh,” dalih Dhia Adirra, bimbang jika Farish terdengar.

“Iya ka? Macam terdengar memang dah jatuh cinta pun?”

“Ish, mana ada. Jangan-jangan puteri bunian tak?” Dhia Adirra menduga.

“Ke situ pulak. Jangan-jangan awak yang cakap tak?” serkap Farish. Dia memang yakin memang itu yang di dengarnya sebentar tadi. Dhia Adirra mengerutkan dahinya.

“Jomlah, kita keluarlah pulak. Hari ni saya nak pergi The Mall, beli barang.” Dhia Adirra cuba mengalih tajuk perbualan mereka. Malu jika Farish benar-benar dapat membaca apa yang tersirat di dadanya. Nanti dikatakan perigi mencari timba.

“Saya temankan awak nak?” Farish mempelawa dirinya sendiri.

“Kalau awak nak temankan, alamatnya nak runtuhlah The Mall tu.” Jawab Dhia Adirra sambil mengemas barang-barangnya.

“Dirra, kita pergi Pavillion nak?” ajak Farish.

“Orang kaya macam awak bolehlah jejak kaki kat Pavillion tu. Saya ni takat dapat masuk ‘The Mall’ pun dah besar rahmat,” jeling Dhia Adirra.

“Ala, kita jangan gie shooping, kita buat senaman jalan kaki, jom lah. Shua dah tak ada, ada awak pun macam tak ada je,” Farish merungut.

Dhia Adirra berhenti sejenak, memikirkan patut ke dia mengikut kehandak Farish atau tidak. Dia akhirnya menganggukkan kepalanya.

“Tapi sebelum pukul 8 kena hantar saya kat stesen LRT. Nak balik lambat, nanti kena cekup ngan orang jahat.” Dhia Adirra meletakkan syaratnya. Farish setuju. Dengan segera dia turut mengemaskan barang-barangnya.

“Menyesal tak sudah lah orang jahat tu nanti,” usik Farish. Dhia Adirra menjengilkan matanya, tidak menyangka itu yang keluar dari mulut Farish. Dia kemudiannya mengambil bekes pensilnya dan memukul bahu Farish. Farish tidak sempat mengelak.

Farish menghidupkan enjin keretanya. Dhia Adirra pula sedang mengemaskan duduknya. Farish memandu perlahan, kemudian dia ternampak Erica Soffea sedang berjalan menuju ke pondok keselamatan yang terletak berhampiran dengan pagar masuk ke kolej. Kelam-kabut sahaja dia melihat Erica, Farish serba salah jadinya. Hendak berhenti untuk bertanya, Dhia Adirra pula yang ada di sebelahnya. Farish memberhentikan keretanya di bahu jalan, dia mengambil telefon dan mendail nombor telefon Erica.

“Assalamualaikum,” Farish memberi salam. Dhia Adirra yang ada di sebelahnya hanya menjeling.

“Waalaikumussalam,” jawab Erica, suaranya termengah-mengah.

“Pasal laju je? Kena kejar anjing ke?” tanya Farish.

“Ish, assingment tertinggal kat rumah. Nak kena balik semula lah ni. Papa pulak out station. Ingat nak minta tolong dengan kau tadi, tapi ternampak pulak kau dengan awek tu. Malas lah nak kacau. Okey lah, aku nak tunggu bas ni,” Erica menjelaskan. Farish menggaru kepala, memikirkan bagaimana dia hendak membantu Erica.

“Kau telefon Iz lah, mana tahu kot-kot dia ada kat area ni. Aku nak ke Pavillion ni.”

“Tak apa. Aku malas nak kacau dia. Lagipun dia sibuk kot. Tak apa lah, kau gie je dating. Bila kau nak kenalkan awek kau pada bini kau ni?” Erica mengusik. Kini hubungannya dengan Farish berjalan dengan lancar. Dengan Izhan pun begitu juga, semakin rapat cuma mereka jarang bertemu sahaja.

“Kau gila ape? Okeylah kalau macam tu, aku pergi dululah. Adios.” Farish kemudiannya menekan butang yang berwarna merah.

“Siapa?” Dhia Adirra bertanya.

“Em, kawan.” Jawab Farish ringkas, sambil meneruskan pemanduannya. Dari cermin sisinya dia dapat melihat Erica yang sedang berjalan.

“Jangan-jangan buat hati tak?” Dhia Adirra menduga. Farish menjeling sambil tersenyum.

“Buah hati apa kebendanya. Mana ada, awak ni bukannya awak tak tahu saya ni macam mana.”

“Iyalah, orang dah macho, ada six pack pulak kat badan tu. Dressing pun dah ala-ala gigola kaya je. Mesti ada yang tersangkut kat mana-mana.”

Farish ketawa. Ketawa kali ini agak kuat, kerana menyedari ada riak cemburu di dalam kata-kata Dhia Adirra.

“Mana ada. Tapi kalau ada pun kenapa? Cemburu?” soal Farish.

“Tolong sikit, apa kes nak cemburu-cembura. Ish, tak kuasa,” dalih Dhia Adirra. Namun Farish dapat membaca air muka Dhia Adirra. Dhia Adirra mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Dia mencebik-cebikkan mulutnya.

“Mentang-mentanglah, dah hensem sekarang. Aku kau buat dek je. Masa lembut dulu, akulah tempat kau mengadu, tempat kau nak bermanja-manja. Sekarang dah macho-machi buat tak endah kat aku. Tak pa. La, yang aku nak jeleous ni pasal lak? Dia tak pernah pun cakap dia nak kat aku. Ish, muka tak malu betul lah aku ni,” Dhia Adirra berperang sendiri, di dalam hatinya.

“Pasal tengok kat luar tu?” Tegur Farish. Dhia Adirra tidak mendengarnya. Dia asyik merungut-rungut sendirian.

“Hey, apasal ni?” Panggil Farish lagi. Kali ini suaranya ditinggikan sedikit, Tersentak Dhia Adirra.

“Awak ni terkejut beruk saya. Cakap lah pelan-pelan. Saya bukannya pekak pun.” Marah Dhia Adirra.

“Tak pekak lah tu, dua kali saya tanya, buat dek je. Ingatkan pekak badak tadi.”

“Lambat lagi ke nak sampai ni wak, saya dah lapar tahap cipan dah ni. Cepatlah sikit. Terkemut-kemut bawak kereta. Cakap drifter. Kalau tahap semut ni, saya jalan kaki pun lagi laju. Patutlah datang kelas selalu lambat, rupanye bawak kereta macam semut tercekik tulang,” kata Dhia Adirra.

Farish menjeling dalam senyuman. Dia amat senang dengan sikap gadis disebalahnya. Semakin lama dia mengenali Dhia Adirra semakin dia merasakan yang dia menyukai gadis itu. Memang sepanjang hidupnya, hanya Dhia Adirra yang mampu mengenali siapa dirinya, yang dapat menerima siapa Farish sebelum ini. Tapi Farish tertanya-tanya, dapatkan Dhia Adirra menerima cintanya. Farish menjeling lagi, sampai bila dia harus menyembunyikan perasaannya. Tidakkan Dhia Adirra perasan akan cintanya? Farish terus bertanya sendiri. Paling dia suka ialah sikap yang bersahaja dan riang Dhia Adirra dan kesederhanaannya. Wajah hanya diselaputi dengan bedak yang nipis, pakaiannya tidak keterlaluan jika hendak dibandingkan dengan Erica. Pendek kata, semuanya cantik di mata Farish.

Dhia Adirra memilih tempat duduk yang terletak di bahagian tepi, sengaja memilih tempat yang agak jauh dari orang ramai. Farish duduk di sebelahnya, sedang membelek telefon bimbitnya. Suasana agak sesak dengan orang ramai, maklumlah hujung-hujung bulan sebegini pasti ramai orang yang mengambil peluang untuk membeli belah. Dhia Adirra hanya menjadi pemerhati. Sesekali di komennya salah seorang pengunjung yang datang, baju tidak kena, warna yang terlalu garang. Kasut yang dikenakan tidak sesuai dengan jenis baju. Macam-macam yang diperkatanya. Namun Farish tetap membisu, di fikirannya sedang memikirkan bagaimana hendak berterus-terang dengan Dhia Adirra. Jauh di penjuru hatinya dia amat yakin, yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dia tahu Dhia Adirra turut menyukainya secara diam. Dari gerak-gerinya, dia seolah-olah memberi petunjuk apa yang sedang di rasainya, tetapi Farish sengaja buat tidak menyedarinya.

“Dari tadi saya seorang sahaja yang bercakap, yang awak ni macam cicak tertelan kapur barus ni pasal?” Dhia Adirra sudah tidak mampu untuk terus bercakap seorang mula menegur kebisuan Farish.

“Saja, bagi peluang kat awak komen orang. Ish, belajar tak habis lagi, dah pandai nak komen-komen. Ikut suka dia oranglah nak pakai apa. Fashion ni kan universal. Awak pun apa kurangnya, sejak belajar ni baru pandai nak berfesyen, kalau tak. Kasut pink, baju oren, seluar hijau.” Jawab Farish.

“Tolong sikit. Mana ada. Ingat minah bangla ke, nak pakai warna-warni macam tu. Awak pun apa kurangnya Farish. Sekarang dah pandai pakai jeans dengan T-shirt. Dulu, slack hitam, baju bunga-bunga, Siap bawak scaft lagi. Beg pulak jenis ‘tote’ siap ada sekuntum bunga.” Balas Dhia Adirra.

“Iyalah kalau saya pakai macam tu lagi, sah-sah awak tak nak keluar dengan saya kan?” Duga Farish, walaupun dia tahu Dhia Adirra tidak kisah tentang penampilannya.

Dhia Adirra mengelengkkan kepalanya. Dari hari pertama dia mengenali Farish tiada sedikit pun rasa malu jika keluar dengan Farish mahupun dengan Shua. Malah dia kasihankan mereka berdua kerana terperengkap dalam krisis identiti mereka sendiri. Kerana itu dia suka menghampiri mereka berdua. Sekala-sekali dia akan menyelitkan nasihat untuk mereka berdua berubah. Dia pasti Farish hanya keliru dan pasti akan berubah, kerana keadaan Farish bukanlah seperti Shua, yang sudah terlajak penampilannya.

“Saya tak pernah pun rasa malau bila keluar dengan awak. Cuma kasihan je ada,” Dhia Adirra berterus-terang.

“Kasihan?” Farish kehairanan, apa yang hendak dikasihankan, fikirnya.

“Kasihan, tengok awak dengan Shua seolah-olah terperangkap. Iyalah, orang selalu salah sangka dengan awak kan? Syukurlah awak dah boleh ubah penampilan awak. Tapi saya harap awak tetap orang yang sama macam yang saya kenal dulu. Muhd. Farish Haiqal yang ganteng tetapi ada kelembutan. Bukan lelaki sasa tapi kasar. Tak sukalah lelaki macam tu. Kasar semacam je,” Dhia Adirra berkata.

“Iya ke? Terima kasih lah sebab banyak menyedarkan saya. Percaya tak masa saya kecil-kecil saya pun lasak jugak. Tapi hidup saya ni hanya dikelilingi dengan wanita-wanita yang saya kagum, dengan spa, dengan butik, dengan fesyen. Saya pun tak sedar bila saya jadi macam tu. Saya nak jadi desingner, nak uruskan peninggalan Mak Engku. Saya fikir cara saya betul, mana tahu rupa-rupanya krisis identiti.”

“Mak Engku? Siapa?” soal Dhia Adirra. Ini kali pertama dia mendengar nama itu dari Farish. Walaupun lebih setahun dia mengenali lelaki ini tetapi langsung Farish tidak bercerita tentang keluarganya. Dhia Adirra hanya tahu Farish berasal dari Melaka, tapi hanya itu sahaja. Dia cuma mengandaikan Farish berasal dari keluarga yang kaya.

“Orang yang paling saya sayang. Orang yang menjaga saya sejak saya bergelar anak yatim piatu.”

“La, awak tak pernah beritahu pun yang awak ni anak yatim piatu.” Kata Dhia Adirra dengan terkejut.

“Buat apa nak cerita. Sebab kadang-kadang saya pun terlupa yang saya anak yatim.” Terang Farish.

“Ada pulak macam tu. So Mak Engku tu lah yang jaga awak?”

“Dia dengan Mama Lia. Tapi dia dah meninggal, yang ada sekarang ni Mama Lia. Tak pa lain kali saya cerita lagi pasal saya. Sekarang ni kita makan dulu nak? Nanti pengsan pulak,” ajak Farish.

“Em, kita beli burger je lah. Kita port je kat sini. Happening apa. Boleh tengok orang keluar masuk. Amacam okey tak?” Dhia Adirra memberikan cadangannya. Sebenarnya dia takut kalau-kalau Farish mengajak dia makan di tempat-tempat yang mahal di dalam Pavillion ini. Duit yang ada pun hanya cukup-cukup untuk dia makan dua tiga hari. Keluarganya bukanlah orang kaya, dia cuma dari golongan pertengahan. Ayah dan ibunya hanya kerani di agensi kerajaan.

“Awak tunggu kat sini, saya pergi beli kebab kat Tarbush Express.” Kata Farish. Dia kemudiannya bangun dari duduknya.

“Okey,” Kemudian Dhia Adirra membuka beg galasnya. Dia mengambil not RM10 dari beg duitnya. Dihulurkan duit itu kepada Farish.

“Apa ni?” tanya Farish.

“Duit kebab. Awak tambah lah yang lebihnya, saya bagi RM10.”

“Tak apa, hari ni saya belanja awak. Simpan je duit tu.” Farish berkata. Sambil berlalu pergi. Dhia Adirra menyimpan kembali duitnya.

Tidak sampai 20 minit, Farish kembali dengan membawa satu beg kertas yang mengandungi dua kebab, dan dua bekas air minuman. Dihulurkan bekas minuman itu kepada Dhia Adirra. Dhia Adirra menyambutnya. Kemudian Farish kembali duduk di sebelah Dhia Adirra. Dibukanya beg kertas itu, dan dikeluarkan kedua-dua kebab yang ada.

“Nah,” kata Farish. Dhia Adirra mengambilnya tanpa banyak soal. Air minuman tadi diletakkan di atas bangku. Dhia Adirra kemudianya membuka kertas pembalut, ini kali pertama dia makan Kebab yang sebegitu besar.

“Mak ai, besarnya kebab ni beb, tak ada yang kecil ke? La, awak punya lagi besar?” Terkejut Dhia Adirra melihat kebab yang dibeli oleh Farish.

“Yang awak punya saiz kecil, saya punya ni besar?”

“Besar ke?” usik Dhia Adirra, dia ketawa.

“Wei, jangan ke lain lah beb. Awak nampak je baik, tapi dirty,” marah Farish. Dia sebenarnya malu.

“Farish, awak ni ke situ. Saya tak maksudkan apa-apa lah. Ingat saya ni apa. Awak ni. Malas lah. Saya cakap betul. Tak ada double meaning. Besar ke awak punya kebab tu? Tak baik tau lah tuduh saya macam tu,” rajuk Dhia Adirra.

“Habis tu gelak apa sal?” tanya Farish.

“Gelak tak boleh ke? Dia yang ke lain, cakap kita pulak,” Dhia Adirra merajuk lagi. Diletakkan kebab itu di atas bangku.

“Ala, jangan merajuk. Salah faham je. Jom makan,” panggil Farish sambil mengambil kembali kebab yang diletakkan oleh Dhia Adirra.

“Makan lah sorang,” Dhia Adirra masih lagi merajuk manja. Padahal dia malu kerana dia sebenarnya berniat untuk mengusik Farish.

“Janganlah merajuk macam ni,” pujuk Farish. Dia dengan berani-berani takut memegang bahu Dhia Adirra. Dhia Adirra tersentak. Kali pertama bahunya disentuh Farish. Mukanya merah, di berpaling sambil tersengih-sengih. Dia yakin Farish menyukainya, tetapi takut untuk menyatakannya.

“Lain kali jangan buat lagi,” kata Dhia Adirra, dia meneguk air melalui penyedut.

“Baik sayangku,” balas Farish.Tersembur air dari dalam mulut Dhia Adirra. Habis basah mengenai muka Farish dan kebab di tangannya.

“Sorry,” Dhia Adirra bersuara sambil menyapu muka Farish dengan tangannya. Farish memejamkan matanya.

“Sorry, Farish. Saya tak sengaja, saya terkejut.” Kata Dhia Adirra lagi.

“Terkejut pasal apa?” soal Farish sambil menyapu mukanya.

“Pasal awak panggil....” kata-kata Dhia Adirra terhenti di situ. Dia menyelongkar beg galasnya mencari tisu.

“Pasal saya panggil awak sayang?” soal Farish lagi. Dhia Adirra berpura-pura tidak mendengar, dia mencari lagi tisu di dalam begnya, padahal dia sudah pun nampak bungkusan tisu itu. Entah kenapa dia merasa malu mendengar perkataan sayang yang keluar dari mulut Farish, walaupun memang perkataan itu ditunggunya selama ini.

Farish mendapat keberaniannya. Dia menarik tangan Dhia Adirra yang sedang sibuk mencari tisu.

“Dirra, saya suka kan awak. Walaupun saya bukanlah segagah lelaki impian awak selama ini, tapi saya nak awak jadi teman saya. Saya tak pandai nak mengayat, saya tak hensem, tak gagah perkasa, tak macho gila tapi saya sayang awak. Awak banyak mengubah saya, banyak menasihati saya, entahlah macam mana nak cakap. Tapi saya suka awak, sayang awak. Itu yang saya tahu.” Farish berterus terang. Dhia Adirra termangu.

“Kenapa gabra pulak ni?”bisik hati Dhia Adirra.


“Saya tak paksa awak, nak terima saya ke tak. Saya sedar siapa saya. Kalau awak tak terima, kita tetap kawan. Saya tak marahkan awak, saya faham. Awak tak perlu jawab sekarang. Awak balik fikir dulu. Sorrylah kalau cara saya ni tak romantik. Ingat nak luahkan malam nanti, nak duduk bawah lampu, nak bagi bunga. Tapi salah planninglah, spontan je ni,” bersungguh-sungguh Farish menerangkan kata-katanya. Dhia Adirra masih lagi dalam keadaan terkejut. Senyap dan kelu. Tidak tahu apa yang hendak dikatakannya. Untuk menatap muka Farish pun dia malu apatah lagi untuk mengakui apa yang tersirat dihatinya.

Farish melepaskan gengaman tangannya. Dia memejamkan matanya, dahinya dikerutkan, rasa menyesal pula meminta Dhia Adirra mengisi kekosongan hatinya dengan keadaan yang langsung tidak romantis. Dia mengelengkan kepalanya, kalau lah dia bersabar untuk bebarapa jam lagi, mungkin keadaan berbeza.

Dhia Adirra menarik nafas panjang. Dia mengaru kepalanya. Di dalam hatinya dia sedang memarahi dirinya sendiri kerana melepaskan peluang ini. Dia malu untuk meluahkan yang dia turut menyukai Farish. Kemudian dia mendapat satu akal, dia mengambil kembali air minumannya. Dalam pada yang sama, dia menarik kembali tangan Farish. Di gengamnya tangan Farish erat. Dengan harapan Farish memahami yang dia menerima Farish seadanya. Farish senyum sendiri, tangannya yang dipegang erat oleh Dhia Adirra dibiarkannya. Dia faham.

“Lepaslah nak makan, lapar ni,” kata Farish kepada Dhia Adirra setelah hampir 5 minit tangannya di pegang oleh Dhia Adirra. Sepantas kilat Dhia Adirra melepaskannya. Malunya bukan kepalang. Rasa macam nak tudung je kepalanya.

“Lepas makan kita pegang tangan balik ye,” sambung Farish lagi. Dhia Adirra sekadar menganggukkan kepalanya.

Previous: BAB 23
Next: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.