Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku villainess pantang menyerah kalah!
Aku villainess pantang menyerah kalah!
Seri Pagi
12/3/2020 11:52:05
49,879
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
05

Pening.

 

Nampaknya ada sesuatu yang menyebabkan Diyana bertindak memecahkan pasu dengan sengaja. Adakah dia terbeban dengan sesuatu? Tapi hubungannya dengan Amir amat baik buat masa ini. Apa agaknya?

 

Tersedar,Farrah mengelengkan kepala.

Ini masalah mereka berdua. Perkara ini langsung tiada kaitan dengannya.

 

Farrah masuk ke sebuah bilik perbincangan yang lebih kecil dari bilik mesyuarat.Didalamnya ada seorang pekerja senior yang sedang menunggu ketibaannya. Pekerja senior itu kemudian menyerahkan satu sampul berisi proposal dokumen pada Farrah.

 

"Seperti biasa saya serahkan segalanya pada awak. Dengan pertolongan awak, saya harap tiada aktiviti yang ditolak kali ini."

 

"Baiklah.Jangan risau, Farrah akan uruskannya." Balas Farrah lalu mengambil sampul itu.

 

Pekerja senior dipanggil kak Siti itu tersenyum.

 

Dua minggu lalu, Farrah cuba mengaktifkan diri dengan aktiviti luar yang dikendalikan dan disertai oleh kebanyakan pekerja LinkComm. Dalam sesebuah syarikat, mesti ada sekumpulan pekerja yang cuba bersosial dan berkumpul dengan pekerja lain selain dari waktu bekerja. Mereka aktif mengajak rakan lain melakukan aktiviti sukan seperti futsal, bowling atau hiking bersama-sama pada hujung minggu. Dalam Linkcomm, aktiviti luar ini sebegini diterima baik oleh pekerja-pekerja sebagai satu cara mengurangkan stress.

 

..Seperti yang diinginkan Farrah kebelakangan ini! Untuk kurangkan tekanan lagipun tiada salah seorang 'famous trio' berminat dalam aktiviti luar sebegini.

 

Dan apa yang Farrah lakukan sekarang sebagai ahli baru ialah menolong Kak Siti selaku salah seorang ketua menghantar permohonan aktiviti untuk Corporate Social Responsibility (CSR) kepada lembaga pengarah intuk sokongan. Kebanyakan pekerja yang aktif dalam aktiviti luar adalah mereka yang terlibat sebagai jawatankuasa untuk CSR syarikat seperti Kak Siti. Sebagai seorang yang mengenali Dato Kamal, tugas Farrah Cuma memastikan kebanyakan aktiviti yang dicadangkan tidak ditolak dan permohonan itu diproses dengan cepat. Kerja mudah.

 

"Farrah..awak ikut CSR tahun ini? Berminat jadi salah seorang AJK?" Soal Kak Siti.

 

"Maaf, Farrah mungkin sangat sibuk pada waktu tu. Farrah tak janji."

 

"Ah..Sayangnya." Kak Siti kelihatan hampa.

 

Pintu bilik diketuk. Masuk seorang lelaki dan terus menuju kearah Kak Siti. Lelaki itu menyerahkan fail kepada Kak Siti sambil mengatakan "Kak Siti, lain kali jangan lupa bawa dokumen untuk mesyuarat!"

 

Ah! Farrah kenal lelaki ini. Dia ialah Kevin Lou dari Bahagian Compliance. Sentiasa bersama Kak Siti. Seperti pembantu. Tapi Farrah tidak pernah berbual dengannya sebelum ini.

 

Kevin akhirnya sedar kewujudan Farrah dalam bilik itu. Mukanya berubah takut. Dia tidak tahu Kak Siti ada temujanji kerja dengan Farrah.

 

Kevin, reaksi awak sama dengan pekerja di lobi beberapa lepas. Apabila terserempak dengan Farrah, mereka kelihatan takut lalu melarikan diri.

 

"Kevin,rasanya ini kali pertama kita berbual. Mengapa kelihatan takut? Pernahkah Farrah lakukan sesuatu yang buruk pada awak? Farrah nak tahu."

 

"Kevin..Apa yang berlaku? Saya pun nak tahu." Kak Siti turut berminat ingin tahu.

 

Kevin mengalah. Dia akhirnya duduk bertentangan dengan kedua-dua wanita itu sebelum memandang Farrah.

 

"Cik Farrah.. Betulkah awak ingin berperang dengan Diyana? Maksud saya, awak tidak puas hati kerana Amir pilih Diyana sebab itulah awak marah pada Diyana.Kejadian kaca pecah di bilik mesyuarat baru-baru ini, Kejadian di Kafeteria dihadapan Amir dan juga awak bersama kawan-kawan awak pernah datang mencari Diyana sebelum ini. Sebab itulah semua orang berasa takut pada awak. Mereka takut suatu hari nanti awak balas dendam pada Diyana dan Amir, jadi semua orang cuba mengelakkan diri daripada awak."

 

Apa!? Semua ini tak benar.

 

Nampakny atiada siapa yang percaya semua ini hanyalah salah faham. Oh Tidak. Ada berapa ramai lagi pekerja yang ketakutan seperti Kevin? Tapi melihat pada reaksi Kak Siti yang tidak tahu, hanya pekerja yang mempunyai kedudukan sederhana dan rendah saja yang berasa takut. Perkara ini sungguh menyusahkan!

 

"Kevin, semuanya salah faham. Farrah tiada niat untuk balas dendam atau lakukan sesuatu yang buruk pada Amir atau Diyana." Farrah akhirnya terpaksa jelaskan perkara sebenar setiap kejadian yang berlaku. Percayalah Farrah!

 

Setahun nanti, Farrah akan dapat sejumlah wang yang sangat banyak dan juga satu permintaan dari Dato Kamal. Mengapa perlu ambil risiko untuk bergaduh dengan mereka berdua!

 

"Dugaan.."reaksi Kak Siti setelah tahu perkara sebenar. Kevin pula masih cuba menghadam segala cerita Farrah. Tapi dia mula menerimanya.

 

"Awak tahu Farrah, mereka berdua ada ramai penyokong, Amir tetap anak pengarah dan pewaris syarikat. Mereka kata awak macam villainess. Lebih jahat dari rival." tambah Kevin lagi.

 

Hah! Villainess?

 

Perempuan yang melakukan perkara jahat pada watak utama! Dalam sesebuah cerita, selalu menghalang watak utama dengan pelbagai cara untuk perkembangan plot. Watak yang selalu gelak apabila fikirkan idea jahat seperti OHOHOHOHOHO! Maksud awakFarrah macam emak tiri dalam cerita C*nderalla atau Bawang Putih dalam cerita donggeng Bawang M*rah Bawang P*tih? Seperti mereka?

 

Untuk plot apa? Cinta dua darjat? Kalau begitu hero dan heroin dalam plot cinta dua darjat ini ialah…

 

Selama ini Farrah ingat Farrah Cuma watak sampingan. Mob character.

 

"Mereka kata kemalangan awak adalah balasan sebab buli Diyana. You reap what you sow!" Tambah Kevin.

 

"Farrah pasti itu Cuma kebetulan."

 

Ah! Rasanya mata bergenang dengan air.

 

Kak Siti pula menahan gelak disebelah. Selepas itu dia menyoal Kevin. "Apa pandangan awak selepas berbual dengan Farrah?"

 

Kevin merenung Farrah sebelum membalas, "Saya rasa Farrah berbeza dari apa yang khabar angin gambarkan. Walaupun saya tak pasti sebenarnya."

 

Baguslah awak faham Kevin. Farrah seorang pacifist. Tapi mengapa reaksi awak seperti melihat sesuatu yang pathetic? Seperti Farrah yang awak bayangkan sebelum inijauh berbeza dengan apa yang awak lihat dihadapan mata. Ah! Maruah Farrah..

 

Kevin akhirnya minta diri untuk beredar sambil diperhati oleh Farrah dan Kak Siti.

 

"Saya ada pandangan yang berbeza dari Kevin. Sebenarnya ada banyak kawan sekerja dan senior lain tidak setuju dengan keputusan Amir. Bagi kami, awak pilihan tepat sebagai bakal isteri pewaris syarikat. Tengoklah Diyana. Awak tahu, Amir lindunginya seperti ibu melindungi bayi. Semua yang mendekati dan cuba berbual dengan Diyana perlu mendapat kebenaran dari Amir. Nampaknya cinta memang buta.." Kak Siti meluahkan perasaan.

 

Berhenti!

 

"..Tapi awak berbeza. Sejak mula lagi awak berusaha untuk diterima semua orang. Seperti yang Kevin katakan, jika awak cari gaduh dan pertahankan posisi awak, saya akan sentiasa sokong awak." Tambah Kak Siti.

 

Jika terus bercakap lagi, kita berdua boleh disabit melakukan lese majeste versi LinkComm. Menakutkan!

 

"Expectation Kak Siti pada Farrah amat tinggi. Sayangnya Farrah tidak berminat untuk menjatuhkan Diyana. Farrah Cuma ingin hidup seperti pekerja biasa yang lain.Tentang Diyana, berikan dia sedikit masa, dia tetap pekerja baru." Farrah berharap Kak Siti boleh bertolak ansur dengan perkembangan Diyana.

 

"Sebut tentang pekerja baru, Haris juga pekerja baru tapi pencapaian sampai hari ini bagus sekali. Saya dengar banyak pujian pada semua kerja yang dia lakukan.Sememangnya anak kedua Dato!" Kali ini Kak Siti menukar topik.

 

"Betulkah? Haris tentu gembira dengar pujian daripada pekerja senior seperti kak Siti.Farrah akan beritahu padanya nanti." Farrah turut laju menukar mood.

 

Farrah tahu, ini Cuma cara halus Kak Siti membandingkan Diyana dan Haris sebagai orang baru. Untuk kali ini sahaja, Farrah akan abaikan perkara ini dan buat tak tahu.

 

Selepas puas bergosip, mereka berdua akhirnya beredar ke Bahagian masing-masing.

 

 

 

 

 

Terbaru,apabila bergosip dengan pekerja lain selain Shiela dan Nana, Farrah dapati ada segelintir pekerja yang meluahkan perasaan tidak puas hati mereka kepada Diyana. Diyana selaku pekerja baru begitu senang sekali menerima populariti dan perhatian. Hidupnya lebih baik daripada sebilangan pekerja lain dalam LinkComm.Dengan kata lain mereka cemburu. Bagaimanapun mereka tidak berani meluahkan kenyataan itu secara terang-terangan. Hanya mampu merunggut pada rakan sekerja yang dipercayai mereka. Farrah hanya mendengar tanpa komen apa-apa.

 

Farrah faham perasaan mereka tetapi hanya mampu bersimpati. Dihadapan Diyana yang bertuah, usaha dan titik peluh ibarat tiada makna.

 

Tindakan Diyana memecah pasu kaca dengan sengaja dan pandangan pekerja yang mengatakan dia sangat bertuah tidak selari. Mungkin Diyana sebenarnya mengalami masalah?


Dan sebab itulah dalam tempoh seminggu ini Farrah asyik memerhati pergerakan 'famous trio'.

 

Sewaktu berada di Kafeteria, mereka bertiga masih sama.. Menarik perhatian semua orang.Tiada perkara pelik dan tidak natural berlaku. Hmm- Mungkin Diyana betul-betul psycho?

 

Tapi ada satu masa Diyana mengerut dahi dan kelihatan berfikir sesuatu sedalam-dalamnya sewaktu tidak berbual dengan Amir dan Bayazid. Kadangkala merenung jauh kesuatu arah sebelum disapa semuala oleh Amir. Apa yang awak fikirkan Diyana?

 

Seperti yang disebut Kak Siti, tidak banyak pekerja lain sudi berbual dan berkawan dengan Diyana. Salah satu sebab adalah seperti yang dikatakan Kak Siti, sebablain ialah Diyana sendiri tidak yakin dengan pekerja wanita yang mendekati Amir.

 

Awak ada personaliti yang lemah Diyana! Buka mata awak besar-besar. Amir takkan lihat perempuan lain. Awak perlukan kawan! Dalam LinkComm yang penuh mencabar, tiada siapa yang mampu hidup seorang diri walaupun awak ada sokongan dari anak pengarah sendiri. Ada 50 lebih bilik mesyuarat dan perbincangan dalam syarikat ini, takkan awak nak pecahkan setiap pasu dalam bilik itu jika awak hadapi masalah. Farrah merunggut dalam hati.

 

 "Farrah… Kak Siti soal awak tadi, dengar tak?" tegur Shiela kepadanya.

 

"Oh maaf Farrah. Ini proposal yang telah diluluskan. Tiada aktiviti yang ditolak kali ini" Farrah kemudian menyerahkan sampul kepada Kak Siti.

 

"Terima kasih banyak-banyak Farrah. Saya tahu awak orang yang sesuai sekali kendalikan hal ini." Balas Kak Siti menerima sampul tersebut sambil tersenyum gembira.

 

Tengahari itu agak istimewa, Kak Siti dan Kevin turut rehat bersama Farrah dan rakan-rakan.

 

"Sebenarnya, saya ada satu permintaan lagi. Boleh awak tolong Farrah? Apabila saya beritahu rakan sekerja lain mengenai kisah awak, seperti saya, mereka menyokong awak. Bagaimanapun sebilangan kecil dari mereka minta awak sekurang-kurangnya tolong nasihatkan Amir. Orang muda tahu bagaimana nasihatkan orang muda yang lain.Jika kami yang tegur, nampak seperti satu arahan. Tolonglah." Kak Siti separuh merayu melihat Farrah.

 

Mustahil! Mengapa Farrah? Kak Siti boleh suruh Farrah bincang proposal dengan Dato Kamal atau kendalikan masalah kerja bersama pelanggan dari luar negara tetapi beri nasihat pada Amir? Tak nak! Farrah tak nak bercakap dengan Amir jika bukan hal berkaitan kerja dan Farrah tahu Amir tentu berpandangan sama!

 

Kak Siti, awak mempergunakan Farrah. Awak dan rakan-rakan senior yang lain tidak mahu disalahkan jika ada perkara buruk terjadi nanti.

 

"Kalau begitu Kevin sesuai sekali dengan tugas ini, kan Kevin?" Farrah cuba tepis masalah kepada Kevin.

 

"Reject!" Dengan pantas Kevin bersuara." Kedudukan saya dalam syarikat lebih rendah dari awak. Lagipun awak kenal dia dan keluarga Dato Kamal jauh lebih baik dari saya."

 

"Duluya, sekarang tidak lagi." Farrah tak mahu! Have mercy! Have mercy!

 

"Apa kata kamu berdua pergi nasihatkan Amir bersama-sama? Farrah, Kevin boleh tolong awak. Kevin, tolong Farrah." Kak Siti melontar bom cadangan kepada kedua-dua mereka.

 

Aaaaaaaahhhhhhhhhhhh!

 

 

 

 

 

 

…Atas desakan Kak Siti, Farrah dan Kevin terpaksa membuat perbincangan ringkas bersama Amir.

 

Menurut Kak Siti, mereka perlu menasihatkan Amir supaya menghadkan masa dan jaga kelakuan apabila bersama Diyana dihadapan semua pekerja. Lagi, untuk tidak memonopoli Diyana dan beri peluang pekerja lain untuk berinteraksi dengannya.Cuma dua perkara ini.

 

Ini misi bunuh diri, kak Siti!

 

Dihadapan Amir dan Bayazid sekarang ini, mereka berdua perlu menjelaskan tujuan perbincangan itu. Jika perlu melarikan diri kalau gagal, Farrah hanya perlu menghantar signal kepada Shiela dan Nana yang berdiri agak jauh dari kawasan perbincangan itu.

 

"Saya tak ada banyak masa, cakap cepat!" arah Amir kepada Farrah dan Kevin.

 

"Sekarang masuk bulan ketiga setelah perjanjian dibuat dalam bilik pengarah.Sekurang-kurangnya, sila jelaskan keadaan keseluruhan projek yang awak terima dari ayah awak kepada Farrah. Kejayaan dan kegagalan projek yang diketuai oleh awak tetap ada kaitan dengan Farrah." Untuk permulaan ini, Farrah jadi penyoal pertama.

 

"Saya akan suruh pekerja lain hantarkan laporan pada awak melalui email. Secara ringkasnya, ada sedikit kelewatan dari rancangan sebenar tapi masih dalam kawalan." Balas Amir dalam keadaan professional.

 

Farrah memandang Kevin.

Agaknya kita berdua ada peluang, Kevin! Amir dalam mood kerjanya.

 

"Tentang Diyana.." Kevin bersuara sebelum berhenti kerana direnung tajam oleh Amir.


Menakutkan!

 

Jangan putus asa Kevin! Farrah akan sokong awak disebelah!

 

"Maaf Encik Amir, tapi ada banyak pekerja lain yang memerhati kelakuan awak dan Diyana sekarang ini. Sebagai wakil, saya ingin sampaikan apa yang mereka semua inginkan. Anggaplah nasihat ini sebagai satu cara mereka berasa risau dengan keadaan awak. Mereka berniat baik." Dalam keadaan tenang, Kevin cuba menyebut tiap satu perkataan dengan ikhlas.

 

Nice one Kevin! Walaupun Farrah dapat lihat peluh halus di dahi awak.

 

"Wakil? Siapa yang hantar awak?" Soal Amir.

 

"Semua orang. Tiada sesiapa di 'belakang' kami berdua." Jelas Kevin lagi.

 

Nampaknya dia enggan libatkan Kak Siti dan para senior lainnya. Tapi kevin tidak menipu dalam hal ini. Bagi Farrah, para senior sebulat suara dalam hal ini. Mereka Cuma suarakan pandangan tertutup mereka. Tapi kami berdua dipilih sebagai 'kambing hitam'. Selepas ini, Farrah akan minta 'interest' tinggi dari Kak Siti dan rakan-rakan senior yang lain bagi pihak Kevin.

 

"Awak Kevin Lou dari Bahagian Compliance. Dari rekod awak, boleh tahu awak dibawah siapa." Celah Bayazid disebelah Amir.

 

Diam Bayazid. Tiada siapa minta pandangan awak!

 

Nampaknya Farrah terpaksa tolong Kevin. Untuk Kali ini sahaja.

 

"…Atas permintaan Farrah. Kevin Cuma buat apa yang Farrah suruh. Sebelum ini, Farrah pernah bantu segala urusan awak, Amir. Nampaknya Farrah masih teringat tugas Farrah untuk nasihatkan awak dalam perkara berkaitan etika dan moral sebagai pewaris syarikat. Tabiat lama. Tapi sekarang ini, tiada siapa yang berani tegur awak. Menunjuk-nunjuk kemesraan dihadapan orang ramai? Jangan lupa awak dan Diyana belum berkahwin.. Ah maaf! Belum bertunang lagi!" Sindir Farrah dengan senyuman besar.

 

Ah! Hancurlah hidup Farrah dalam LinkComm sekarang ini. Maafkan Farrah, ayah!

 

Akibatnya renungan tajam Amir berpindah kepada Farrah. Kevin terlepas.

 

"Awak tahu sebab utama saya takkan jatuh cinta awak, Sebab awak belenggu hidup saya.Saya mahukan kebebasan. Cukuplah arahan dari ayah saya seorang. Saya takperlukan awak untuk beritahu saya apa yang saya perlu lakukan." marah Amir pada Farrah.

 

Semuanya terlambat.. Tiada gunanya awak beritahu segalanya pada Farrah sekarang ini.Untuk pengetahuan awak Amir, ayah awaklah yang berikan arahan pada Farrah untuk berkeras dan nasihatkan awak. Ini bukan pilihan Farrah. Ini Cuma salah satu kriteria yang ditetapkan oleh ayah awak sendiri kepada calon bakal isteri awak.Kalaulah awak beritahu keinginan awak pada Farrah sebelum ini, agaknya semua perkara tidak jadi seteruk sekarang ini.

 

Dan Farrah percaya suatu hari nanti, Diyana juga terpaksa lakukan perkara yang sama seperti apa yang Farrah lakukan sebelum ini.

 

Farrah takkan merayu untuk minta bersama-sama dengan awak kembali. Kerana Farrah juga baru dapat kebebasan dari harapan menggunung semua orang. Sama seperti awak, Farrah terasa penat selama ini.

 

"Hanya itu yang kami berdua ingin sampaikan. Kami minta diri dahulu. Kevin.. Mari keluar sekarang." Farrah mengundur diri tanpa komen apa-apa lagi. Kevin telah lari ketakutan meninggalkan Farrah seorang.

 

Maaf Kevin! Farrah akan beri coklat Belgium pada awak selepas ini. Kononnya ada bahan dalam coklat boleh merangsang perasaan gembira.

 

"Sebelum terlupa.. Rasanya Diyana ada sakit mental. Dia pecahkan pasu dengan sengaja. Awak cakap Farrah belenggu hidup awak sebelum ini. Tapi awak lakukan perkara yang sama pada Diyana. Rupanya awak dan Farrah sama sahaja." tambah Farrah sambil mengetuk lembut dahinya dengan tali telunjuk.

 

Ini serangan kata-kata 'berani mati' Farrah kepada Amir. Hidupnya dalam LinkComm akan huru-hara selepas ini jadi apa salahnya lepaskan sahaja semua persoalan. Biar Amir uruskan masalah Diyana.

 

BAM!

Amir menghempas kedua tangan diatas meja.

 

Signal! Signal! SIGNAL! Farrah melambai tangan.

 

Dia berlari mendapatkan Shiela dan Nana. Mereka berempat dengan cepat meninggalkan tingkat bangunan itu dengan menuruni tangga kecemasan.

 

Sewaktu berlari Nana sempat memberitahu mereka sesuatu.

"Untuk nasihatkan Amir, bukankah lebih baik serahkan tugas ini pada Haris? Dia adik Amir."

 

NANA! MENGAPA BARU SEBUT SEKARANG INI!

 

Farrah menangis dalam hati.

 

 

 

 

 

Keesokannya, sewaktu melalui lobi, Farrah terserempak dengan Kevin yang sedang berbual gembira bersama seorang pekerja wanita bernama Cynthia. Agaknya Cynthia adalah kekasih Kevin kerana mereka berdua kelihatan mesra.

 

UKIII! Berani awak berbual dengan gembira sedangkan Farrah dalam keadaan serabut sekarang ini. Terimalah hukuman dari Farrah!

 

"Oh Kevin! Gembira jumpa awak disini. Jangan lupa perbincangan kita berdua selepas ini. Hanya. kita. Berdua. Selepas. Ini. Sama seperti sebelum ini, Farrah akan beri 'Special service'." Farrah senyum sambil mengenjit mata.

 

Sebenarnya tiada apa-apa perbincangan dengan Kevin atau Kak Siti selepas ini. Farrah hanya ingin lihat bagaimana reaksi Kevin berusaha menjelaskan perkara sebenar kepada Cynthia yang kelihatan marah. Dan Special service yang Farrah maksudkan adalah Coklat dari Belgium yang Kevin tidak akan dapat untuk kali kedua.

 

OHOHOHOHOHOHOHOHO!

 

 

Previous: 04
Next: 06

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.